السلام عليكم...جزاكم الله خيرا جزاء إلى كل من يزور هذا الموقع وأرجو منكم تستفيد وتنتفع بها إذا كانت وجدتها غير مفيدة ولا فائدة لكم فاتركها...أهلا وسهلا إلى بيتي جنتي...قال الله

تعالى: يأيها الذين ءامنوا اتقوا الله حق تقاته ولا تموتنّ إلا وأنتم مسلمون

Monday, 6 September 2010

Sifat amarah itu Meninggalkan kesan yang berpanjangan..

asslmualaikum... ana sudah lama tidak membuat post baru yg berbentuk kisah atau cerita...
jadi post kali ini ana ingin kongsi pada antum semua sebuah kisah yang sentiasa berlaku pada diri kita atau disekeliling kita namun kita tidak sedar bahawaianya berlaku pada diri kita...
semoga kita sama-sama bermuhasabah dari cerita ini...


selamat membaca..




Suatu ketika ada seorang anak yang pemarah. Ayahnya memberikan kepadanya sekotak paku dan mengatakan pada anak itu bahawa jika setiap kali ia tidak dapat mengendalikan kemarahannya, maka ia harus memakukan sebiji paku di bahagian belakang pagar.




Pada hari pertama, anak itu telah memukulkan 30 biji paku di pagar. Dalam beberapa minggu kemudian, kerana ia telah semakin mampu mengendalikan amarahnya, maka jumlah paku yang dipakukan itu menjadi berkurang setiap hari. Ia merasakan bahawa ternyata lebih mudah mengendalikan kemarahannya daripada memakukan paku di pagar.




Akhirnya, pada suatu hari, ketika anak itu sudah tidak marah lagi, ia berkata pada ayahnya mengenai keadaanya itu dan ayahnya menyarankan agar anak itu mencabut sebiji paku setiap hari kerana ia telah mampu mengendalikan amarahnya itu.




Haripun berlalu dan anak itu mengatakan kepada ayahnya bahawa semua pakunya telah dicabutinya. Kemudian ayahnya membawa anaknya dan menuntunnya ke pagar tempat dimana anaknya memaku paku-paku itu. Ayahnya berkata, “Kau telah melakukannya dengan baik anakku, tetapi lihatlah lubang di pagar ini.”




Pagar ini menjadi tidak sama. Ketika mengucapkan kata-kata dengan melempiaskan kemarahanmu, ucapan itu akan meninggalkan sebuah bekas sebagaimana bekas paku ini. Dan hal itu seperti kau menusukkan pisau di tubuhnya kemudian mencabutnya. Meskipun kau meminta maaf berulangkali, bekas luka itu masih tetap ada. Kesan luka kerana ucapan lebih meninggalkan kesan yang dalam berbanding kesan luka fizikal iatu luaran...



semoga kisah ini dapat diambil kebaikannya bersama..

0 comments:

About This Blog

helwa telinga

Tetamu maya

free counters

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP