السلام عليكم...جزاكم الله خيرا جزاء إلى كل من يزور هذا الموقع وأرجو منكم تستفيد وتنتفع بها إذا كانت وجدتها غير مفيدة ولا فائدة لكم فاتركها...أهلا وسهلا إلى بيتي جنتي...قال الله

تعالى: يأيها الذين ءامنوا اتقوا الله حق تقاته ولا تموتنّ إلا وأنتم مسلمون

Wednesday 28 July 2010

Why??? Because he is a " MUSLIM " !!!











































p/s ; sumber dari sahabat ppma

Read more...

Saturday 24 July 2010

Wahai Sahabat perempuanku…


Bicara hati seorang sahabat !!!...



Sahabatku.. Benarlah bahawa lelakilah yang memulakan langkah pertama dalam lorong dosa, tetapi apabila engkau tidak setuju, lelaki itu tidak akan berani, dan andai kata bukan lantaran lemah gemalaimu, lelaki tidak akan bertambah parah. Wanitalah yang membuka pintu, seolah kau katakan kepada si pencuri itu : Silalah masuk………


Apabila ia telah mencuri, engkau berteriak : Pencuri ! tolong, aku telah dicuri….


Demi Allah, dalam khayalan seorang pemuda tidak akan melihat gadis kecuali gadis itu ditelanjangi pakaiannya.



Demi Allah begitulah juga, janganlah engkau mudah percaya apa yang dikatakan lelaki, kebanyakan daripada mereka tidak akan melihat gadis kecuali akhlak dan budi bahasanya. Ia akan berbicara kepadamu sebagai seorang sahabat. Demi Allah ia telah berbohong!



Senyuman yang diberikan pemuda kepadamu, kehalusan budi bahasa dan perhatiannya, semua itu tidak lain hanyalah merupakan perangkap rayuan. Setelah itu apa yang terjadi??



Kalian berdua sesat berada dalam kenikmatan, kemudian engkau ditinggalkan dan selepas itu selamanya akan merasakan penderitaan akibat kenikmatan itu. Si lelaki akan mencari mangsa lain untuk diterkam kehormatannya, dan engkaulah yang menanggung beban kehamilan dab kerosakan. Jiwamu menangis, pipimu basah dibasahi air mata , hidupmu berkubang dalam kehinaan dan keaiban, masyarakat tidak akan mengampunimu. Kesal dan kamu akan merasa kesal..



SAhabat perempuanku..



Cita-cita wanita tertinggi adalah perkahwinan. Bagaimana tinggi pun status sosialnya, kejayaan, pekerjaan , populariti, prestasinya, namun sesuatu yang paling agung dan sangat diinginkannya adalah menjadi isteri dan ibu yang baik kepada sebuah rumah tangga yang bahagia.



Tidak ada seorang pun lelaki yang mahu menikahi pelacur, sekalipun ia lelaki hidung belang., Apabila akan berumahtangga ia tetap akan memilih wanita yang baik, kerana ia tidak rela suri rumahtangganya dan ibu kepada putera dan puterinya adalah seorang wanita yang tidak baik.




Sahabat perempuanku..


Sahabatku yang beriman dan beragama! Sahabatku yang terhormat dan terpelihara, ketahuilah bahawa yang menjadi korban semua ini bukanlah orang lain terkecuali engkau.



Oleh kerana itu, jangan berikan diri kamu semudah itu. Sesungguhnya kemuliaan yang tercela tidak akan kembali, martabat yang hilang tidak akan dapat ditemui kembali.



Inilah nasihatku padamu, Sahabatku.. Inilah kebenaran. Sedarilah bahawa di tanganmulah kunci pintu kebaikan. Bila diri kamu diperbaiki, dengan demikian umat pun akan menjadi baik.



Kehormatanmu terletak di tanganmu. Keruntuhan akhlakmu juga di tanganmu.


Read more...

Monday 19 July 2010

Permohonan untuk penukaran permohonan dari universiti lain di jordan ke University Of Jordan kali kedua.







assalamualaikum..

disini ana ingin memberitahu kepada pelajar-pelajar yang telahpun mengisi borang permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke jordan. Ada berita baik untuk pelajar yang ingin menyambung pelajaran mereka ke Universiti OF Jordan.


Hasil perbincangan yang ringkas.. Pihak Malaysian Student Department(MSD) memberi peluang keTIGA setelah DUA kali permohonan penukaran dibuka kepada pelajar-pelajar yang ingin menukar pilihan pertama universiti mereka kepada Universiti Jordan.



untuk makluman, bahawasanya Universiti jordan untuk sessi pengambilan pelajar 2010/2011, pembayaran yuran unutk pelajar Malaysia adalah berdasarkan pembayaran yuran pelajar tempatan iaitu dalam 15JD/1hour berbanding sebelum ni 50/1hour. Namun, Universiti Jordan hanya menyediakan 40 tempat sahaja kepada pelajar Malaysia. Oleh itu, kepada pelajar-pelajar yang telah memohon untuk menyambung belajar di jordan dan ingin menukar pilihan universiti Ke Universiti OF JORDAN amatlah dialu-alukan.

permohonan ini akan mula di buka dari tarikh dan waktu post ini diterbitkan dari blog ini hingga hari khamis 22/7/10 jam 7.00am(waktu jordan) dan 12.00tgh(waktu malayisa)


Kepada mereka yang ingin melakukan penukaran permohonan ini atau mengetahui maklumat lanjut tentang perkara ini, anda boleh terus hubungi saudara Qudrotullah di " Kdq_qud@yahoo.com "

sekian terima kasih.



Read more...

Thursday 15 July 2010

Malaikat Kecil – Tapi Ayah, Adakah Manusia Tidak Masuk Neraka Jika Hari Hujan?

asslmualaikum... ana ingin berkongsi dengan antum semua, sebuah kisah yag ana dapat dari sahabat ana.. dan di titipkan disitu juga agar kisah ini dapat dikongsikan bersama dan di ambil pengajaran yg terdapat didalam.. Subhanallah.. suatu kisah yg hebat dan penuh dengan pengajaran. kisahnya seperti yg ada di bawah :


---------------------------------------------


Pada setiap petang Jumaat, selepas solat Jumaat, selepas melayani para jamaah di Masjid, Imam dan putera lelakinya yang berumur 11 tahun akan keluar ke bandar untuk mengedarkan risalah bertajuk “Jalan Ke Syurga” dan juga menyampaikan ceramah agama.


Pada petang Jumaat itu, seperti biasa Imam dan putera lelakinya akan keluar untuk mengedarkan risalah. Bagaimanapun pada petang tersebut keadaan di luar rumah sangat sejuk dan hujan pula turun dengan sangat lebat.


Budak itu memakai baju sejuk dan baju hujan dan berkata “OK ayah, saya sudah bersedia”. Ayahnya berkata “Bersedia untuk apa?”. Budak itu menjawab “Ayah, masa telah tiba untuk kita keluar mengedarkan buku-buku tentang Islam ini”. Ayahnya membalas “Anakku, di luar sana sangat sejuk dan hujan lebat pulak”.


Dengan muka yang kehairanan, budak itu bertanya ayahnya, Tetapi ayah, adakah manusia tidak masuk neraka jika hari hujan?”


Ayahnya menjawab, “Anakku, Ayah tak akan keluar dengan cuaca begini..”. Dengan nada sedih, budak itu bertanya, “Ayah, boleh tak benarkan saya pergi?”. Ayahnya teragak-agak seketika, kemudian berkata, “Anakku, awak boleh pergi. Bawalah buku ini semua dan berhati-hati” .


Kemudian, budak itu telah keluar dan meredah hujan. Budak sebelas tahun ini berjalan dari pintu ke pintu dan lorong-lorong sekitar bandar. Dia memberikan risalah dan buku kepada setiap orang yang ditemuinya.


Setelah dua jam berjalan dalam hujan, akhirnya tinggal hanya satu naskhah padanya. Ketika itu dia telah basah kuyup dan berasa sejuk hingga ke tulang. Budak itu berhenti di satu penjuru jalan sambil mencari seseorang untuk diberikan buku tersebut. Namun keadaan di situ lengang. Kemudian dia berpatah balik ke rumah pertama yang dia lalu di lorong itu. Dia berjalan di kaki lima menuju ke rumah tersebut. Bila sampai di pintu hadapan, dia menekan suis loceng namun tiada sesiapa yang membuka pintu. Dia tekan lagi dan lagi, tetapi masih tiada jawapan. Dia tunggu lagi tetapi masih tiada jawapan.

Akhirnya dia berpaling untuk meninggalkan rumah tersebut, tetapi seperti ada sesuatu yang menghalangnya. Dia kembali ke pintu itu dan menekan lagi suis loceng dan buat pertama kalinya mengetuk pintu dengan kuat. Dia tunggu, kemudian seperti sesuatu di anjung rumah itu menghalangnya supaya jangan pergi. Dia menekan suis loceng sekali lagi dan kali ini dengan perlahan pintu dibuka.


Berdiri di hadapan pintu itu seorang perempuan tua yang berwajah kesedihan. Dengan perlahan perempuan tua itu bertanya, “Apa yang boleh saya bantu awak, wahai budak?”. Dengan senyuman serta mata yang bersinar yang boleh menyinarkan bumi, budak itu berkata, “Makcik, saya mohon maaf kalau saya telah mengganggu makcik. Saya hanya ingin memberitahu bahawa Allah sangat sayang dan sentiasa melindungi makcik. Saya datang ini hendak memberikan sebuah buku yang terakhir ada pada saya ini. Buku ini menerangkan semua tentang Tuhan, tujuan sebenar Tuhan menjadikan kita dan bagaimana untuk mencapai kebahagiaan daripada-Nya” .


Kemudian, budak itu menyerahkan buku terakhir itu dan berpaling untuk balik. Sebelum berjalan balik, perempuan itu berkata, “Terima kasih ya anak dan semoga Tuhan memberkatimu” .


Selepas solat Jumaat pada minggu berikutnya, Imam menyampaikan ceramah agama seperti biasa. Dia menamatkan ceramahnya dengan bertanya, Ada sesiapa yang ingin bertanya soalan atau ingin berkata sesuatu?”.


Dengan perlahan, di barisan belakang di kalangan tempat duduk muslimat, suara seorang perempuan tua kedengaran di speaker, “Tiada di kalangan jemaah yang berkumpul ini mengenali saya. Saya tidak pernah hadir sebelum ini. Sebelum hari Jumaat yang lepas, saya belum lagi memeluk agama Islam bahkan tidak terfikir langsung untuk memeluknya. Suami saya telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu, meninggalkan saya sebatang kara, saya benar-benar keseorangan di dunia ini."


Pada petang Jumaat yang lepas, ketika cuaca sejuk dan hujan lebat, saya telah bertekad untuk membunuh diri kerana sudah putus harapan untuk hidup. Jadi saya mengambil seutas tali dan sebuah kerusi lalu menaiki loteng di rumah saya. Saya ikat tali tersebut dengan kuat pada kayu palang di bumbung rumah kemudian berdiri di atas kerusi, hujung tali satu lagi saya ikat di sekeliling leher saya. Sambil berdiri di atas kerusi, saya berasa benar-benar keseorangan, patah hati. Saya hampir-hampir hendak melompat tiba-tiba loceng pintu berbunyi di tingkat bawah dan saya tersentak. Saya berfikir untuk menunggu sebentar, dan pasti orang itu akan pergi. Saya tunggu dan tunggu, tetapi bunyi loceng semakin kuat dan bertubi-tubi. Kemudian orang yang menekan suis loceng itu, mengetuk pintu pula dengan kuat. Saya berfikir sendirian lagi “Siapalah di muka bumi ini yang boleh buat begini? Tiada siapa pernah tekan suis loceng itu atau nak berjumpa dengan saya”. Saya longgarkan tali ikatan di leher dan kemudian pergi ke pintu hadapan. Ketika itu bunyi loceng kuat dan semakin kuat.


Bila saya buka pintu dan lihat, sukar untuk dipercayai oleh mata saya, di anjung rumah saya itu berdiri seorang budak yang sangat comel yang bersinar wajahnya seperti malaikat, tidak pernah saya jumpa sebelum ini di dalam hidup saya. Budak itu tersenyum. Oh! Saya tidak dapat hendak gambarkan kepada anda semua. Perkataan yang keluar daripada mulutnya menyebabkan hati saya yang telah lama mati tiba-tiba hidup semula, seruan budak itu seperti suara bayi yang sangat comel. “Makcik, saya datang hendak memberitahu bahawa Allah sangat menyayangi dan sentiasa melindungi makcik”. Kemudian dia memberikan kepada saya sebuah buku bertajuk “ Jalan Ke Syurga” yang saya sedang pegang ini.


Bila “malaikat kecil” itu telah pulang meredah sejuk dan hujan, saya menutup pintu dan membaca dengan perlahan setiap perkataan yang tertulis di dalam buku tersebut. Kemudian saya naik semula ke loteng untuk mendapatkan semula tali dan kerusi. Saya tak perlukannya lagi.


Oleh sebab di belakang buku ini ada tertera alamat tempat ini, saya sendiri datang ke masjid ini ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan. Tuhan kepada budak kecil yang telah datang tepat pada waktunya, yang dengan demikian telah terhindar jiwa saya daripada keabadian di dalam neraka.


Ramai yang berada di dalam masjid ketika itu menitiskan air mata. Mereka melaungkan TAKBIR…ALLAH HU AKBAR…gemaan takbir bergema di udara. Imam iaitu ayah kepada budak itu turun dari mimbar pergi ke barisan hadapan di mana “malaikat kecil” itu sedang duduk.


Dia mendakap puteranya dengan air mata keluar tanpa disedarinya. Mungkin tidak ada jemaah yang memiliki saat yang lebih mulia ini dan mungkin di alam semesta ini belum pernah melihat seorang ayah yang penuh kasih sayang dan penghormatan terhadap anaknya.
Inilah satu peristiwa..


Berbahagialah anda kerana membaca kisah ini. Jangan biarkan kisah ini di sini sahaja. Bacalah lagi dan sampaikan kepada yang lain. Syurga adalah untuk umat-Nya. Ingatlah, dengan menyebarkan firman Allah boleh mengubah hidup seseorang yang hampir dengan anda. Sila kongsi kisah menarik ini.


Sebarkanlah kalimah Allah, kalau kita bantu Allah, Allah akan membantu kita dalam semua perkara yang kita buat.

Maksud firman Allah dalam Surah al-Maidah ayat 3;

“…pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya), sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu, maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani"

Read more...

Wednesday 7 July 2010

Beribadahlah dengan Menggunakan kesempatan keatas berlangsungnya piala dunia...

Pada kali ini ana ingin mengupas atau ingin berkongsi suatu artikel yang menarik minat ana untuk berkongsi dengan antum, mengenai isu semasa iaitu "Bola sepak piala dunia"... :-)
dan diharapkan kebaikannya dapat dikongsi bersama. :-)


Saat ini, kira-kira 2,6 milion pasang mata menyaksikan perkembangan akhbar Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan. Peminatnya tidak mengira usia, warna kulit, etnik, agama, dan jantina. Semuanya bersatu padu menyaksikan Pertandingan yang hanya berlangsung empat tahun sekali itu. Ada yang menyaksikannya secara berkumpulan , baik di rumah, kafe, restoran, mahupun hotel.


Sungguh dahsyat magnet deman piala dunia, hingga banyak orang rela menunggu untuk menyaksikan pemain kesayangannya dan pertandingan antara negara itu. Tidak terkecuali umat Islam, sebahagiannya rela dan turut serta melampiaskan kesenangannya untuk menyaksikan pertandingan tersebut.


Alangkah indahnya, bila sebagian dari waktu menunggu itu dapat dimanfaatkan untuk menghidupkan malam (Qiyamul Lail) digunakan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Sebab, kesempatan menunggu atau selepas menyaksikan pertandingan tersebut (adalah sekitar pukul 3.00 - 4.00 a.m), digunakan untuk beribadah kepada Allah. Hal itu, jauh akan lebih dahsyat lagi, kerana mendapatkan dua keuntungan. Dapat menyaksikan piala dunia, dan juga dapat kebahagiaan dan ketenangan hati kerana mempunyai kesempatan lebih dalam mendekatkan diri kepada Allah.


Menghidupkan malam (Qiyamul Lail) itu, antara lainnya, dapat dilakukan dengan mendirikan solat tahajjud, sollat witir, membaca Al-quran, berzikir, munajat, muhasabah, taubat, dan lainnya.iaitu semudahnya yang termampu oleh pembuatnya. Semua itu adalah ibadah yang dicontohkan oleh Rasul SAW dalam mengisi sebagian waktu malam, dengan tujuan mengharapkan ampunan, berkat,rahmat dan ridha Allah SWT.


Kedasyatan Qiyamul Lail telah dijelaskan oleh Allah dan Rasul-Nya.

Pertama, orang yang mengerjakannya akan mendapat darjat yang terpuji di sisi Allah. "Dan pada sebagian malam hari, bertahajjudlah kamu sebagai suatu ibadah penambah hari bagimu. Mudah-mudahan Tuhan-Mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji."(QS Al-Isra [17]: 79).


Kedua, mendapatkan kemuliaan dari Allah SWT. "Dan orang-orang yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri (tahajjud) untuk Tuhan mereka." (QS Al-Furqan [25]: 64).


Ketiga, doanya akan dikabulkan dan dosanya diampuni oleh Allah. Sebab, pada sebagian malam terdapat waktu yang mustajab untuk berdoa. Sebagaimana sabda Rasul SAW dalam hadis Qudsi: "Sesungguhnya Allah, jika telah berlalu sepertiga malam yang pertama, perlahan-lahan turun ke langit dunia. Maka, Allah berfirman, "Barangsiapa yang meminta kepada-Ku, pasti Aku kabulkan permintaannya, dan barangsiapa memohon ampun kepada-Ku, pasti Aku ampuni."


Jika seluruh umat Islam dari berbagai lapisan dan pemimpin negeri ini mahu bersama-sama menggerakkan diri untuk menghidupkan malam (Qiyamul Lail), nescaya akan terciptalah kedamaian serta kebahagiaan dunia dan akhirat. maka akan wujud pula negara yang diredhaiNya, Baldatun Thoyyibatun wa rabbun Ghafur. Wallahu a'lam.


sumber : www.republika.co.id

Read more...

About This Blog

helwa telinga

Tetamu maya

free counters

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP