السلام عليكم...جزاكم الله خيرا جزاء إلى كل من يزور هذا الموقع وأرجو منكم تستفيد وتنتفع بها إذا كانت وجدتها غير مفيدة ولا فائدة لكم فاتركها...أهلا وسهلا إلى بيتي جنتي...قال الله

تعالى: يأيها الذين ءامنوا اتقوا الله حق تقاته ولا تموتنّ إلا وأنتم مسلمون

Wednesday 27 October 2010

Solehah seperti mawar berduri atau pohon semalu...

mawar berduri VS pohon semaluku melihat pada bunga mawar..



lalu ku petik ia..
namun kemudian ia layu begitu sahaja.. mudahnya..
benda yang senang diperolehi, akan senang hilangnya..
cinta yang senang diperolehi adalah cinta dunia,
dan ia tidak akan berkekalan..


ku melihat pada semalu.. "erm..bunga apa ini, kat tapak kaki aje ia"
lalu ku mahu petik ia..
namun ia menutupi dirinya dan aku tidak bisa melihatnya..
masya Allah..benda yang sukar diperolehi, akan sukar hilangnya..
wanita solehah adalah wanita yang merendahkan diri sehingga kita melihatnya tiada satu pun yang indah, dan malu wanita ini sehingga tidak terlihat dirinya sebenar..


masya Allah..subhanallah..wallahua'lam.. wallahua'lam..


di antara Mawar Berduri dan Pohon Semalu..
ada satu perbezaan dan ia boleh dijadikan satu panduan utk muhasabah diri... sesungguhnya setiap apa yang Allah ciptakan di sekeliling kita, sebenarnya ada panduan yang tersembunyi,
dan sebab itulah kita dianugerahkan akal dan hati untuk menilai dan merasai setiap panduan tersebut, dan seterusnya beriman kepada-Nya...amin..(^_^)



apa perbezaan tu?



Mawar
~ sebuah pohon bunga indah.. keindahannya menarik mata manusia.. juga makhluk lain yang dicipta-Nya.. begitulah kagum makhluk-Nya pada keindahannya.. mawar punyai batang berduri.. sungguh sukar untuk menyentuhnya.. tetapi keindahannya lebih menarik hati.. maka berlumbalah orang memetik dirinya.. namun benda yang indah.. sudah pasti akan mengusik hati sendiri.. bahawa aku ini indah.. maka keindahan tersebut hanyalah dipandang sepi..




pohon semalu
~ sebuah pohon yang adanya batang dan daun.. tiada pun keindahan padanya menarik perhatian.. berada di celahan lalang dan daunan.. begitu kerdil dirinya sehingga tiada yang perasan.. namun perasankah kita, apabila menyentuhnya, dia akan terus menyembunyikan dirinya. begitu tinggi nilainya. hanya insan yang "terpilih" yang bisa di hatinya..


namun perasankah kita, pohon semalu ada keindahanya. kerana dia juga ada bunganya. namun bunga itu hanya diperolehi oleh insan yang sah untuknya..(^_^)


hayatilah sebaiknya..
dunia kini sudah berbeza. wanita yang indah semakin ramai. wanita sebegini memang mahal dirinya, sukar untuk didekati andai tiada cara..


apabila cara mengena diri, maka tunduklah wanita.itulah ia mawar berduri. walaupun berduri, tetapi keindahannya menjadi buruan sehingga dia boleh berada dalam bahaya dan fitnah pada dirinya..


tetapi... wanita solehah, adalah wanita yang sentiasa menjaga dirinya. tidak mempamerkan keindahan dirinya di khalayak ramai, menyimpan keindahan dirinya untuk sang suami yang dirindui..


wanita solehah.. akan bersederhana dalam perhiasan dirinya dikalangan awam, sehingga tiada kilauan mata yang tajam memandangnya. maka selamatlah dirinya dari bahaya dan fitnah..


wanita solehah.. apabila sudah memiliki suaminya, maka setialah ia kepada suaminya. disinilah dia menunjukkan keindahan sebenarnya..


itulah pohon semalu. hanya kelihatan daun dan batang berduri, tiada satu pun indah untuk melihatnya. namun apabila tiba masanya, ia bisa mengeluarkan bunga yang selama ini disembunyikan. subhanallah..wallahua'lam..


dr pena hati irtihaly:
..::dalam hati ada taman, taman bunga semalu (^_^) mne nak cari?? bukan pada seorang gadis yg 'solehah'nya hanya pada kad pengenalan bernama SOLEHAH semata2, tp yg terukir terpahat pd aqidah, akhlaq & muamalahnya juga ada 'cop' SOLEHAH! mata yg bsuluh cahaya iman shj akan dapat detect 'hologram' tulen SOLEHAH itu::..



Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.


Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.


Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).


Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.


Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.


Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.


Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil...



perkongsian dari : http://dzurriqaaq.blogspot.com/2010/10/mawar-berduri-vs-pohon-semalu.html ...

Read more...

Saturday 23 October 2010

kata-kata Hikmah dan Nasihat 2



"Dan apabila hamba2-KU bertanya kepadamu tentang AKU, maka (jawablah) bhwsanya AKU adalah dekat. AKU mengabulkan permohonan orang2 yg berdoa apabila ia memohan kepada-KU. Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)-KU & hendaklah mereka beriman kepada-KU agar mereka selalu berada dalam kebenaran." (QS Al Baqara...h, [2]:186

Read more...

Wednesday 20 October 2010

kahwin oh kahwin.... penuh pembaziran......

"Jemputlah datang, I punya wedding dengan my crush,". ujar penuh teruja Zati sambil menyerahkan kad perkahwinan kepada kawannya, Sufi.


Sufi melirik penuh minat kad eksklusif itu. Di atas perut tapak tangannya ialah kad Walimatul Urus berlatarkan warna emas. Tulisannya Papyrus bersaiz 18 bersepuh perak berbau cendana.


Belum puas terpesona dengan muka depan, Sufi menyelak halaman dalam. Bola matanya membesar. "Ooo Cyberjaya Lodge Resort, ni mesti Wedding of The Year." kata Sufi.



"Haah. I mesti buat grand. Yela, it's once in a lifetime. You jangan tak datang pula. Doorgift dia memang takkan menghampakan punyalah. You have to wear toxedo or baju melayu sepersalinan tau. Tema dia hitam, putih or gold." terang Zati senafas.



"Whoa. Manalah I nak cari baju tu. Anyway, I try ok. I'm sorry, who is your husband-to-be?"



"Syafiq. Ala pakwe I yang tinggi tu. I rasa kita pernah dinner kat Victoria Station sekali."



"Ooo, Syafiq. I ingatkan you dengan Shahmi. Anyway, congratz."



"Shahmi it's a long story bro. Now, Syafiq is my perfect crush. Thanks for the wish. Datanglah kul 2 p.m. I and Syafiq akan arrive."




Perkahwinan Impian



Kebanyakan pasangan inginkan perkahwinan mereka diingati sebagai Wedding of The Year. Ini menyebabkan pembaziran berlaku secara berleluasa. Sehinggakan tujuan menghebahkan perkahwinan bertukar menjadi perkahwinan yang heboh.



Yang dijemput pula, rata-rata orang-orang kenamaan, berpangkat, glamour, yang jiran-jiran setaman lupa pula hendak dijemput. Orang-orang kenamaan ni nanti, menjaga badan, menjaga kesihatan sehingga lauk-pauk masa kenduri tidak dijamah. Ini menjadi satu sumber pembaziran.



Terang-terang dalam al-Quran Allah berfirman bahawa orang-orang membazir ini merupakan saudara kepada musuh manusia yang nyata syaitan.



Tapi kita lupa. Kita lupa perkahwinan itu ibadah. Mana mungkin ada keberkatan dalam perkahwinan yang penuh dengan pembaziran. Penuh dengan pergaulan bebas lelaki perempuan. Dilatari mula dengan muzik-muzik melalaikan.



Yang menyedihkan, kita lupa ibadah fardu yakni solat. Sering, solat Zohor dan Asar menjadi mangsa kerana kegilaan berkenduri. Mana taknya, lepas satu persalinan, pengantin bertukar kepada persalinan yang lain. Lepas gaya Inggeris, bertukar ke gaya Hidustan, bertukar ke gaya Melayu dan macam-macam lagi.



p/s: Perkahwinan itu ibadah demi melengkapkan separuh lagi agama dan beberapa lagi tujuan murni yang lain. Jangan nodai tujuan perkahwinan dengan pembaziran dan kekufuran.


Renunglah dengan akal yang dibimbing wahyu.

Read more...

Wednesday 13 October 2010

kata-kata Hikmah dan Nasihat


Dan berusahalah agar kalimah yang terucap oleh lisanmu adalah kalimah yg baik dan menyejukkan ,tetap dalam kerangka jalan kebaikan, jauh dari keburukan dan sesuatu yang menghantarkan kepada murka Allah. Sesungguhnya kata2 itu memiliki tanggungjawab yg besar, sudah... berapa banyak kata2 yg memasukkan pengucapnya ke dalam syurga,sebaliknya sudah berapa banyak kata2 yg menenggelamkan pengucapnya ke lembah Jahanam.

Read more...

Saturday 2 October 2010

Lelaki oh lelaki.......

Assalmualaikum.. post kali ini ana berkongsi dengan antum sebuah artikel yang berkaitan dengan lelaki.. memang ditujukan khas untuk diri ana dan juga mereka yang bernama lelaki dan perkongsian am untuk muslimah... semoga kebaikannyaa dapat berkongsi bersama.. :-)


----------------------------------


"Tidak ada lelaki yang bakal tidak disukai perempuan.Semuanya pasti ada, kecualilah lelaki itu benar-benar hodoh..," keluar kata-kata dari Cikgu Tarmidzi.



Pecah deraian gelak ketawa kami sekelas 4 Sains Makkah, mendengar candaan Cikgu Tarmidzi, cikgu Kimia kami pada waktu itu. Sedikit masa senggang antara formula kimia dan cairan berbikar-bikar di makmal ujian, diisi dengan telatah cikgu yang melihat kami mula diserang kebosanan, ada yang tidur dan ada yang memulakan aktiviti ber'gosip'.


Anak-anak teruna semuanya pada waktu itu hanya menyeringai, melihatkan belahan gigi nan tersusun putih. Maklumlah umur I6 tahun, topik tentang perempuan memang menjadi agenda hangat.Ada 'gewe' belum, siapa bakal isteri, cantik tidak budak tu dan sebagainya menjadi bualan mengisi ruang waktu.


Cikgu Tarmidzi ternyata memahami gejolak jiwa para teruna didikannya. Fitrah untuk mencintai dan dicintai sudah membenih subur di dalam sanubari.


"Fokus belajar dulu. Lepas itu, petik saja jari, sekali petik sepuluh yang datang..," Cikgu Tarmidzi mula membajai pemikiran anak didiknya.


" Anak-anak ini masih sangat hijau, masih belum kenal selok-belok terajang dunia. Mereka perlu dikenalkan mana satu kawan mahupun lawan..," itu mungkin monolog seorang cikgu yang penuh dedikasi dan memahami..





Hati Seorang Perempuan..


Setelah 8 tahun dari peristiwa itu, saya mula mampu menghadam apa yang benar-benar dimaksudkan cikgu.Pengalaman melihat dunia nyata dan menambah dari persepsi hidup insan yang jauh lebih pengalaman, jelas mencambah pemahaman saya.


Kenapa pasti semua lelaki ada yang akan menyukainya?


Jawapannya sangat subjektif.Mungkin sebab lelaki itu kacak, banyak duit, baik, berakhlak dan sebagainya.Tetapi saya senang untuk mengatakan bahawa hati seorang perempuan itu sangat lembut, 'fragile'...


Disebabkan kena marah dengan lelaki, marah bertransformasi menjadi cinta. Hanya dari jauh mengenal, melihat, tanpa pernah berbual bicara, cinta boleh berputik.


Apatah lagi dengan perempuan yang saban hari, kebajikan, kesihatan, makan, pakai, semuanya diambil berat. Hati perempuan mana yang mampu menafikan perasaan cinta itu. Naluri fitrah itu tumbuh tanpa memberi tanda berjaga-jaga.


Sensasi riang, gembira, bahagia bermain di batin jiwa. Pemuda idaman hati sering bermain di hati, walau fizikal ribuan kilometer terpisah jaraknya.


Hanya sang hati mampu mendiagnosa apakah namanya penyakit yang bersarang hinggap di badan.Lenanya tidur terganggu, seharian tidak mencicipi makanan, tiada sang perut mengalunkan 'keroncong' dan pelbagai keluhan luaran yang mendasari penyakit yang terinfeksi dek diri.


Sungguh aneh lagi pelik perasaan itu..



Lelaki oh lelaki..


Saya tidak berniat melabel siapa-siapa. Saya berbicara tentang adegan atau perilaku bak Cassanova, seorang legenda pencinta, konon-kononnya. Dikatakan Cassanova mempunyai pesona yang cukup menawan. Sesiapa yang melihatnya ditambah dengan pujuk rayu membelai yang melemahkan hati nurani perempuan, hampir sesiapa sahaja boleh diajak berselingkuh olehnya.


Sehinggakan dari beberapa sumber mengatakan anak-anak haram hasil perbuatan Cassanova sangatlah banyak. Ada yang merupakan anak haramnya sendiri, yang dia sendiri tidak kenali, dijadikan sebagai mangsa.


Itu hikayat seorang bernama Cassanova..


Saya cuma ingin mengaitkan dengan sikap sesetengah lelaki berjiwa 'Cassanova'.


Ada yang dengan mudah mengambil kesempatan..
Ada yang melambakkan kasih-sayang, perasaan, mencuri hati seorang perempuan dan ditinggalkannya..
Ada yang memerah manis madu sehingga habis dan kemudiannya dibuang nista, ditendang bak anjing nan hina..
Dan pelbagai senario aksi yang mampu kita saksikan pada akhir zaman ini..


Sudah terang, tidak perlu lagi bersuluh untuk benda-benda di atas.


Ada sisi lain yang perlu diperhati bersama.



Salahkah Aku?



" Jangan main-mainkan anak gadis orang!" suatu hari Mak Long berkongsi pengalaman dengan saya.


Sudah resmi kalau pulang bercuti, sama ada atas arahan mama abah atau kerelaan hati sendiri, saya pasti akan bertandang ke rumah sanak saudara terutamanya Mak Long, kakak kepada abah.Mak Long seorang ustazah lulusan Al-Azhar, baru pencen tahun kelmarin.


Bukan mahu mengaibkan sesiapa. Nasihat Mak Long itu dijuruskan kepada saya, memandangkan keletah perangai seorang sepupu saya,anak Mak Long. Orangnya baik, taat pada agama cuma ada satu sisi kehidupan yang emaknya sendiri menggelengkan kepala pusing..


Mungkin kerana perilakunya yang penuh perhatian dan mengambil-berat, ramai anak gadis yang terpikat dengannya. Dan tidaklah dia me'monggek' anak siapa-siapa, jauh sekali berdua-duaan ke Pantai Cahaya Bulan, menikmati pemandangan malam disinari purnama di sana.


Tidak..


Hanya keprihatinannya bermasalah. Suka mengambil berat..


Sikap yang baik tetapi membungakan perasaan si perempuan.Calon suami soleh gamaknya, monolog sang kalbu.


Begitulah cerita sehingga bukan satu, tetapi 3 ,4 yang menyimpan perasaan kepadanya.Ada yang sampai menangis-nangis, merengek berkehendakkan jejaka tadi, yakni sepupu saya..


Walaubagaimanapun, jejaka ini tidak pernah mengatakan YA dan juga TIDAK.Semuanya terawang-awang, tiada keputusan rasmi. Harapan membara, tidak pernah padam dan surut.


Begitulah suatu sketsa dari sebuah babak kehidupan insan.


Ini perkara lumrah dan sering terjadi kepada insan-insan biasa, yang berhajatkan kasih dan sayang, cinta dan suka..


Persoalannya sebagai seorang lelaki adalah..



"Salahkah aku?"






"Aku tidak pernah melafazkan kata-kata AKU CINTAKANMU.."







"Kita hanya kawan biasa selama ini"





Itulah melodi justifikasi seorang lelaki. Sekali pandang, memang tidak ada silapnya. Semuanya kerana perempuan yang naif.Sekali pandang...




Jawapannya..


Cinta dan perasaan suka itu lumrah. Harus berterima kasih kepada kurniaan Ilahi..


Untuk lelaki, kalau sudah tahu perempuan hatinya lembut, jadi usah dibelai dan diberi perhatian membuta-tuli, semata-mata untuk mempermainkan perasaannya.


Jangan sesekali..


Juga bukan salah kita lelaki, andainya tiba-tiba perasaan cinta itu hadir di sanubari seorang anak hawa kepada kita.Itu FITRAH namanya..


Cumanya kalau kita tidak berkehendak dan serius, KATAKAN TIDAK sahaja padanya. Bunyinya kejam tetapi itulah tonik paling mujarab untuk meredamkan kecamuk jiwa sang hawa. Parahnya lebih jika keadaan itu dibiarkan berlanjutan kerana harapan itu akan sentiasa menyala.


Lebih baik nyalanya itu DIPADAMKAN sewaktu masih kecil, sukar sekali jika sudah marak nyalaannya. Silap-silap kebakaran terjadi, dan alhasilnya lebih buruk dengan kerugian berlipat kali ganda..


Dan untuk perempuan, jangan jadi NAIF . Jangan sesekali tunduk pada lelaki yang anda idamkan ke hulu ke hilir, mempercayainya setengah mati..Dan andai tidak pernah terdengar perkataan JUMPA MAK AYAH, KAHWIN, ANAK, terkeluar dari mulut jejaka idaman, usahlah JIWA dan RAGA dikorbankan kepada jejaka ' plastik' tadi.



Kalau berani, silakan beradab jumpa dengan mak ayah si hawa.Itu cara orang 'gentleman'..Berdada dalam memikul tanggungjawab bukan segan malu bersembunyi di belakang langsir bak pengecut..


Percayalah, jika inipun si 'plastik' ini tidak mampu, manakah mungkin urusan rezeki anak, bancuh susu, tukar lampin anak jam 2,3 pagi akan menjadi pilihan hatinya. Tidak masuk dek akal..



Pesan Buat Diri Ana dan Antum..


Pesona seorang wanita itu hebat.Boleh menjatuhkan, dan juga sebaliknya boleh menaikkan izzah seorang lelaki.


Wanita boleh menjadi seindah perhiasan dunia kurniaan Ilahi, juga wanita boleh menjadi fitnah penghancur seorang lelaki, neraka duniawi ukhrawi..


Rentak Rasulullah mampu meningkatkan jatidiri seorang Khadijah, pesona seorang Aishah Humaira'.. Melodi seorang Ali , mencipta seorang Fatimah, sang setia berjiwa perwira..


Begitu juga irama Cassanova, mencelakakan lelaki, mendurjanakan perempuan bak abdi..


Mahu bertemankan Muhammad di SYURGA atau Cassanova di NERAKA nanti, tepuklah dada, tanyalah hati...





penulis asal : Ahmad zulfahmi
diedit semula oleh :musafir ilmu

Read more...

About This Blog

helwa telinga

Tetamu maya

free counters

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP