السلام عليكم...جزاكم الله خيرا جزاء إلى كل من يزور هذا الموقع وأرجو منكم تستفيد وتنتفع بها إذا كانت وجدتها غير مفيدة ولا فائدة لكم فاتركها...أهلا وسهلا إلى بيتي جنتي...قال الله

تعالى: يأيها الذين ءامنوا اتقوا الله حق تقاته ولا تموتنّ إلا وأنتم مسلمون

Friday 18 September 2009

Britain boikot produk Israel

LONDON - Kumpulan kesatuan sekerja Britain semalam bersetuju untuk memboikot sejumlah produk keluaran Israel sebagai tindak balas terhadap tindakan ganas rejim Zionis di Gaza.


Boikot yang diluluskan pada persidangan tahunan Kongres Kesatuan Perdagangan (TUC) menggesa pengharaman semua import produk yang dikeluarkan di penempatan Israel, menamatkan urusniaga senjata dan menamatkan pelaburan dalam sejumlah syarikat.


Para pegawai kesatuan berkata, pemulauan itu menyasarkan produk seperti kurma, herba, buah-buahan dan sayur-sayaruan yang dieksport penempatan Yahudi di Tebing Barat.


"Kami akan menyokong pemulauan terhadap barang-barang berkenaan dan produk pertanian dari wilayah penempatan haram menerusi kempen yang berkesan terutama pada peringkat pengguna," kata TUC dalam satu kenyataan di sini.


TUC ialah badan induk kepada 58 kesatuan buruh Britain yang mewakili 6.5 juta pekerja.Dalam kenyataan sama, ahli-ahli kesatuan turut mengutuk serangan roket Hamas terhadap penduduk Israel.


Pemulauan itu sebagai tindak balas terhadap serangan Israel di wilayah Gaza pada Disember-Januari lalu yang menyaksikan lebih 1,400 penduduk Palestin maut manakala beribu-ribu lagi cedera.


"Gesaan ini bukan pemulauan barangan dan perkhidmatan dari Israel secara keseluruhan tetapi ia digerakkan oleh pengguna yang menyasarkan perniagaan," kata Setiausaha Agung TUC, Brendan Barber.


Dua tahun lalu, kesatuan sekerja guru kolej terbesar Britain cuba memboikot universiti-universiti Israel namun Kesatuan Universiti dan Kolej mendesak ia ditamatkan kerana ia melanggar undang-undang diskriminasi. - AP


dipetik dari :http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0918&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm

Read more...

Sunday 13 September 2009

Musuh islam merosakkan wanita muslimah..

MUSUH-MUSUH Islam menggunakan bermacam-macam cara untuk merosak wanita muslimah dalam semua aspek kehidupannya. Di antara cara yang mereka lakukan adalah:

a. Berita-berita media massa, sama ada media cetak mahupun elektonik. Secara zahirnya, dapat saja pemberitaan itu dianggap sebagai langkah maju dalam membela kaum kewanitaan melalui tajuk-tajuk yang diperlukan wanita dan kononnya untuk membela hak-hak wanita. Namun, pada hakikatnya adalah eksploitasi dan penindasan terhadap kaum wanita melalui penampilan wanita-wanita yang tidak memiliki rasa malu dan berakhlak rendah.

b. Menyeru kaum wanita untuk menjalani kehidupan bebas.

c. Mengkempenkan hidup serba boleh serta keluar dari nilai-nilai syariat dan budaya Islam.

d. Meniru budaya glamour yang menyimpang dari nilai-nilai Islam,seperti kehidupan para artis dan penyanyi.

e. Mengikuti fesyen-fesyen baru sama ada dalam pakaian,kasut dan lain-lain.

f. Menyeru wanita muslimah untuk bekerja di luar rumah dan bercampur dengan lelaki.

g. Mengajari wanita tentang cara-cara menarik perhatian lelaki melalui penulisan syair dan asmara dalam ruangan majalah atau akhbar yang diberi nama: sastera, pena pembaca,dialog,dan lain-lainnya.

h. Kolum perkenalan antara remaja yang mendorong mereka untuk saling berkirim surat dan gambar dan seterusnya merangsang kepada pergaulan bebas.

Paul,seorang misionari jerman (1879), pernah berkata: "Yakinlah anda dengan sepenuhnya bahawa kita tidak akan mampu mengalahkan Islam kecuali jika wanita itu bersama kita dan berjalan di barisan kita."

Muhammad Thala'at Harb Basya dalam kitabnya Al-Mar'atu wal Hijab berkata: "Sesungguhnya penghilangan hijab dan percampuran laki-laki dan wanita adalah dua perkara yang menjadi impian bangsa Eropah (Barat) sejak dulu."

wallahu a'klam......

sekadar perkongsian... "musafir ilmu"

Read more...

Saturday 5 September 2009

Fikirlah dan Syukurilah....

Sekadar renungan, perkongsian, nasihat, mendidik, dan menilai.. terhadap diri kita.. sebagai hamba allah yg lemah untuk kita sentiasa bersyukur dan bermuhasabah kembali kepadanya....
Ertinya, ingatlah setiap nikmat yang Allah anugerahkan kepada kita. Kerana Dia telah melipatkan nikmat-Nya dari hujung rambut hingga ke bawah kedua telapak kaki.

{Jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan sanggup menghitungnya.} (QS. Ibrahim: 34)

Kesihatan badan, keamanan negara, udara dan air, semuanya tersedia dalam hidup kita. Namun begitulah, kita memiliki dunia, tetapi tidak pernah menyedarinya. kita menguasai kehidupan, tetapi tak pernah mengetahuinya.

{Dan, Dia menyempurnakan nikmat-Nya kepadamu lahir dan batin.} (QS. Luqman: 20)

kita memiliki dua mata, satu lidah, dua bibir, dua tangan dan dua kaki.

{Maka nikmat Rabb kamu yang manakah yang kamu dustakan?} (QS. Ar-Rahman: 13)

Adakah kita mengira bahawa, berjalan dengan kedua kaki itu sesuatu yang lumrah, sedang kaki seringkali menjadi bengkak bila digunakan berterusan tanpa henti? Apakah kita terfikir bahawa berdiri tegak di atas kedua betis itu sesuatu yang mudah, sedang keduanya boleh saja tidak kuat dan suatu ketika patah?

Maka sedarilah, betapa hinanya diri kita apabila kita tertidur lelap, ketika sanak saudara di sekitar kita masih banyak yang tidak boleh tidur karena sakit yang mengganggunya?Pernahkah kita merasa bersalah apabila dapat menyantap makanan yg sedap dan minuman sejuk saat masih banyak orang di sekitar kita yang tidak mampu makan dan minum karena sakit?

Cuba fikirkan, betapa besarnya fungsi pendengaran, yang dengannya Allah menjauhkan kita dari ketulian. Cuba renungkan dan sentuh kembali mata kita yang tidak buta. Ingatlah dengan kulit yang terhindar dari penyakit yang membahayakan. Dan renungkan betapa dasyatnya fungsi otak kita yang selalu sihat dan terhindar dari kegilaan yang menghinakan. Adakah kita ingin menukar mata kita dengan harga emas seberat gunung , atau menjual pendengaran Kita seharga perak sebesar bukit? Apakah kita hendak membeli istana-istana yang menjulang tinggi dengan lidah kita, hingga kita bisu? perlukah kita menukar kedua tangan kita dengan untaian mutiara, sementara tangan kita kudung? Begitulah, sebenarnya kita berada dalam kenikmatan tiada tara dan kesempumaan tubuh, tetapi kita tidak menyedarinya. kita tetap merasa resah, keluh kesah, sedih, dan gelisash, meskipun kita masih mempunyai sepinggan nasi untuk disantap, air segar untuk diteguk, waktu yang tenang untuk tidur puas, dan kesihatan untuk melakukan perbuatan seharian.

kita acapkali memikirkan sesuatu yang tidak ada, sehingga kita pun lupa mensyukuri yang sudah sedia ada. Jiwa KIta mudah terganggu hanya kerana kekurangan benda-benda yang mendera. Padahal, sesungguhnya Kita masih memegang kunci kebahagiaan, memiliki jambatan pengantar kebahagian, kurnia, kenikmatan, dan sebagainya. Maka fikirkan semua itu, dan kemudian syukurilah!

{Dan, pada dirimu sendiri. Maka, apakah kamu tidak memperhatikan.}(QS. Adz-Dzariyat: 21)

fikirkan dan renungkan apa yang ada pada diri, keluarga, rumah, pekerjaan, kesihatan, dan apa saja yang terdapat di sekeliling Kita. Dan janganlah termasuk dalam golongan yg mungkar.

{Mereka mengetahui nikmat Allah, kemudian mereka mengingkarinya.}(QS. An-Nahl: 83)

Read more...

About This Blog

helwa telinga

Tetamu maya

free counters

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP