السلام عليكم...جزاكم الله خيرا جزاء إلى كل من يزور هذا الموقع وأرجو منكم تستفيد وتنتفع بها إذا كانت وجدتها غير مفيدة ولا فائدة لكم فاتركها...أهلا وسهلا إلى بيتي جنتي...قال الله

تعالى: يأيها الذين ءامنوا اتقوا الله حق تقاته ولا تموتنّ إلا وأنتم مسلمون

Thursday 23 January 2014

apakah yang cantik itu???

Siapa yang cantik? Awak cantik? Saya? Atau dia?
Kalau di Bollywood mungkin kata mereka, Aishwarya Rai yang tercantik, atau di Hollywood, Paris Hilton adalah cantik pada pandangan mereka dan mungkin juga di Malaysia, Fasha Sandha yang tercantik.



Siapa agaknya yang dapat memberi definisi dan ciri-ciri tepat tentang apa yang dikatakan sebagai ‘cantik’?
Cantik adalah sesuatu yang sangat subjektif. Setiap orang mempunyai definisi kecantikan masing-masing.



Mungkin bagi saya, cantik adalah begitu dan begini, tapi bagi anda, lain pula.
Tiada siapa dapat memberi definisi tepat tentang cantik.



Mata lah yang akan mendefinisi cantik. Namun kini, pada pendapat saya, barat sudah pun mempengaruhi definisi cantik pada dunia dan hampir seluruh dunia memakai definisi cantik barat.
Kadang kala, cantik juga didefinisi mengikut tempat, kaum dan budaya.
Kalau di barat sekarang, the thinner the better, tapi berbeza pula di Mauritania, Africa, the bigger the better.
Orang di barat berperang dengan aneroksia dan bulimia akibat mahu kurus, sebaliknya di Mauritania, wanita mengamalkan ‘makan paksa’ sejak berumur 5-6 tahun untuk gemuk, agar menjadi cantik dan mudah mendapat jodoh.


Sungguh berbeza kan? Definisi kecantikan yang sungguh berbeza.
Ataupun, ada juga yang sanggup melakukan pelbagai cara yang pada pandangan kita pelik dan tidak masuk akal tetapi pada mereka, itulah cantik!
Satu kaum di Thailand menganggap leher panjang itu cantik, lantas sejak dari umur 5 tahun lagi, mereka sudah dipakaikan gelang logam di leher agar leher mereka akan menjadi semakin panjang dan panjang dan panjang justeru mereka cantik dan mudah mendapat jodoh.


Di Sarawak pula, suku kaum Oran Ulu menganggap telinga panjang itu sangat cantik pada mata mereka, lagi panjang, lagi cantiklah seseorang wanita itu pada pandangan mereka.
Tapi kini, generasi muda sudah tidak lagi mengamalkan amalan ini. (Mungkin sudah terikut-ikut definisi cantik barat..hmmm)
Perlukah jadi cantik?


Di Mexico, kaum wanita menghabiskan separuh dari gaji mereka untuk kecantikan seperti ke salun, malahan ada juga pakej bayar secara ansuran untuk pembedahan plastik.
Atau di Iran, pembedahan hidung sangat popular di sana.
Wanita Iran sanggup berkorban wang ringgit demi mendapatkan hidung yang diidam-idamkan lantaran kata mereka, hidung mereka besar.


Tetapi saya tertanya-tanya juga, bukankah mereka Islam dan Islam melarang pembedahan plastik untuk tujuan kecantikan? Wallahualam.
Bayangkan betapa wanita-wanita ini mahu kelihatan cantik.
Betapa pentingnya menjadi cantik pada seorang wanita itu.
Macam-macam sanggup dikorbankan, wang ringgit, masa, kesakitan yang perlu ditanggung demi cantik,bahkan, hukum agama pun sanggup dilanggar demi cantik.


Tidak kisahlah perbuatan mereka dilarang agama, janji mereka kelihatan cantik. Plastic surgery, Botox,liposuction, gastric bypass sekarang bermain di sekitar hidup wanita demi cantik.
Walaupun mereka sedar akan kesan sampingan perbuatan ini, semua itu ditolak tepi, demi CANTIK.
Innallah jamil, wa yuhibbu jamal: Allah itu cantik dan sukakan kecantikan.
Kata mereka, apabila diri terasa cantik, barulah mereka ada keyakinan diri.


Saya juga bersetuju dengan ini, tetapi bukanlah sampai sanggup berkorban segalanya demi cantik.
Allah suka akan kecantikan, tetapi bukan lah sehingga mengubah ciptaanNya.
Tambahan lagi, mereka yang ekstrem mahu kelihatan cantik ini, bukanlah mahu kelihatan cantik di mata Allah, tapi di mata manusia. Semuanya dilakukan agar kelihatan cantik pada manusia dan agar mendapat tempat di hati manusia.
Dulu sewaktu kecil, saya juga suka kelihatan cantik.
Kalau baju pink, maka seluruh badan perlu pink termasuklah sepit dan pengikat rambut. Tapi kini, saya bukan perempuan yang obses cantik, kerana pada saya, cantik bukan sekadar di wajah, tapi cantik itu dari akhlak dan keimanannya kepada Pencipta.


Cantik akan pudar walau cuba dipertahankan, tapi akhlak itu hiasan yang kekal pada diri seorang wanita.
Wanita yang cantik akhlaknya, maka cantiklah luarannya.
Tiada guna mempunyai wajah seindah bidadari kerana satu hari nanti, kita cuma akan menjadi tengkorak yang menakutkan.


Bukanlah tidak perlu menjadi cantik dan perlu mejadi buruk sedangkan Allah menyukai kecantikan, tetapi,biarlah cantik itu kerana Allah, dan definisi cantik itu juga perlu sesuai dengan Islam.
Janganlah sanggup melanggar larangan agama demi kelihatan cantik.
Perbaikilah akhlak diri sekaligus, anda akan kelihatan cantik pada pandangan Allah dan pandangan manusia.
Bersyukurlah dan berpuas hati lah dengan kurniaan Allah kepada kita, dan gunakan ia sebaik-baiknya hanya keranaNya.

Read more...

Saturday 14 September 2013

Amanah, kerjaya dan 'dihargai'


Assalamualaikum,

setelah sekian lama, teratak musafir ilmu ini sepi tanpa ada sebarang berita. Namun, alhamdulillah, diberikan waktu dan kesempatan oleh-Nya untuk mengimbau dan mencoretkan sesuatu di teratak musafir ilmu ini..

alhamdulillah thumma alhamdulillah, Pada hujung Januari 2013 diri ini telah pun bergelar seorang mahasiswa yang telahpun graduate dari sebuah institusi pengajian tinggi yang dikenali sebagai universiti Jordan dalam bidang pengajian Bahasa Arab dan kesusasteraan.

maka dengan ini, setelah mendapat rehat atau kata mudahnya 'penganggur atau bibik' selama 4 bulan, diri ini pula berubah menjadi seorang yang berkerjaya dan buruh di sebuah badan NGO yang bergerak atas nama kebajikan, dakwah dan kemanusian di malaysia ini, dibawah Jabatan Perhubungan Luar Negara. Inilah takdir dan ketentuan ALLAH.... Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya,walaupun di lubuk hati ini merasakan "beratnya amanah ni" tp keyakinan pada diri juga perlu... sahut cabaran dalam membina kehidupan untuk menjadi lebih kuat dan berkeyakinan serta mendapatkan pengalaman yang 'istimewa'. inilah kerjaya dan ini juga amanah yang perlu dipikul.. huhuhu.. in-syaallah ALLAH ada, apa takut.. :-)




Segala yang Allah jadikan berharga di dunia ini semuanya disembunyikan dan sulit untuk digapai. 

Di mana engkau menemukan permata? Jauh di dalam tanah, tersembunyi dan terlindung. 

Di mana engkau menemukan mutiara? Jauh di dasar samudera, tertutup dan terlindungi oleh cengkerang yang indah. 

Di mana engkau menemukan emas? Jauh tertanam di dalam tanah, tertutup oleh berlapis-lapis batuan. 

Oleh itu, jika kau inginkan dirimu berharga tutupilah aurat mu , Tutupi tubuh sucimu , tutpilah segala2nya, sama ada malan baikmu, ikhlaskanlah dirimu... ingat lagikah apakah itu ikhlas? ianya seolah2 tersembunyi hanya kamu dan ALLAH sahaja yang tahu... sepertimana semut hitam di batu hitam dan di waktu malam??? sungguh.........

Engkau akan lebih berharga berbanding dengan permata dan mutiara yang ada di dunia ini ...


menuju melangkah demi kehiudpan yang lebih baik.. 

Read more...

Friday 2 November 2012

alasan untuk kapel??? adeeehh

kapel??? rilekslah bro, kawan2 aku yang belajar islamic pon ramai kowt yang berkapel dan berangkat2 dengan perempuan apatah lagi aku ni.. huhuuhu.!!!!!
--------------


respon dari seorang kawan yang sedang menuntut di negara mana entah... hearm....

bile keluar statement mcm nie, ana sendiri tertelan air liur, hearm... sbbnya di negara tempat ana belajar nie pon dah mula dah "PENYAKIT" ni, hanya s
egelintitr jelah, bilangan "KECIL" je.. kowt.. adeeeh.. "KOWT" lah...

dengan SYARIAHNYA yang terbahagi kepada USULUDDIn, FIQH wa usuluh, BAHASA ARAB, MASORIF islamnye, MEDIC dan dentishnye.... hearm.. eh, ada juga yang jadi NAQIB or NAQIBAH pong... tuelah penyakit.. tp bile bercerita n bgi nasihat, aduhaiii, macam ada bakat nak jadi "imam muda" dan "ustazah pilihan"... uittt.. yeakowtt.......

bile di lihat dan di amati, alasan yang sering digunapakai untuk melampuhijaukan kegiatan berkapel/ angkat2(abg,adik,kakak) ini:

1) "Alah bukan apa bang. Saya ni nak pastikan yang kami berdua ni 'terjaga.' Saling mengingatkan. Apa tu orang kata..? Kapel Islamik..? Haaa.."


2) "Takde apa pon, nak berkenal-kenalan je. Macam mana kita nak kahwin dengan orang yang kita langsung tak kenal..?? Nak kenal hati budi dulu, perangai macam mana, sesuai ke tak dengan kita. Nanti bila dah kahwin, takdelah terkejut beruk!"


3) "Hekele. Apa masalah enta ni hah..?? Allah dah bagi hati dan tanamkan perasaan kasih sayang. Dan Allah ciptakan manusia tu berpasang-pasangan. Normallah kalau jatuh chenta ni! Apa enta nak nafikan sunnatullah alam..??"


hearm... pengasan dengar alasan2 "islamik ni" adeeeeh... meyh jawab satu2......


1- 1) Dalam Islam tiada konsep kapel Islamik. Jika ada, para sahabat, salafus soleh, tabi' tabi'en yang lebih faham dan hidup dengan al-Quran dan al-Hadith itu, pastinya telah berkapel terlebih dahulu. Tapi tak pernah pula dengar Saad bin Abi Waqas berkapel sebelum kahwin atau Imam Hassan Basri pergi bertemu janji di tepi Sungai Furat bersama bakal isterinya. Peluh... ce check dengan buku2 subjek SIROH or ULUM HADITH atau ULUM QURAN tue.. ada ke tak eark???!!!


2- 2) kenal2 je,, Podaaaahhh! Itu alasan semata! Nak kenal konon. Lepas kenal, mulalah bermesej-mesej. Lepas tu mula gelak-gelak manja. Lepas tu mula keluar bertemu janji. Lepas tu mula berpegangan tangan. Lepas tu mula bercumbuan. Lepas tu berakhir dengan penzinaan. Lepas tu three. Eh.. three?? then buang?? two balik???!! hearm...


Ya, walaupon anda tidaklah sampai berzina fizikal di atas katil atau di belakang kereta, tapi zina hati itu juga suatu dosa tahu..?? Bayangkan anda berzina ketika solat, ketika membaca al-Quran, ketika membawa bulatan gembira dan ketika membaca maathurat. Tergamak anda melakukan perkara sekeji itu ketika pergi menghadap Tuhan..?? Astaghfirullahl adzim!


Kerana itu Allah menyeru kita supaya menjauhi zina, dan bukannya jangan berzina! Kerana penangan asmara dana itu sememangnya akan membuatkan kita sengsara derita..!!! tak percaya cubelah rujuk pada subjek2 yang disebutkan di atas tadi... betul tak???


3- ahakss, cinta naluri manusia... peerrgghhh, makin tinggi belajar , makin banyak hadith2 n ayat quran yang dia tafsir... maklumlah tahun 3 dan 4 dah... meyh sini, Allah bagi hati dan perasaan kasih tu, sebenarnya sebagai suatu ujian. Allah nak tengok dan uji, sama ada dengan perasaan yang Allah beri itu, kita akan gunakan untuk jatuh chenta denganNya atau jatuh chenta dengan makhluk lain dahulu!


Benar dalam hati ada taman. Benar dalam hati ada bunga. Namun taman itu perlu ditanam dengan benih-benih bunga chentaNya sebelum benih-benih bunga kechentaan pada yang lain!


Dari Anas r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: "Tiga sifat, barangsiapa mempunyai sifat-sifat yang berikut akan merasai kemanisan iman: Pertama, mereka yang mencintai Allah SWT dan Rasul SAW lebih dari segala sesuatu. Kedua, tidak mencintai seseorang kepada seseorang yang lain kecuali kerana Allah SWT. Ketiga, seseorang yang membenci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dia benci dicampakkan ke dalam api."


[Hadith Riwayat Bukhari]


Ya, ia satu ujian. Perasaan chenta ada suatu perasaan agung yang mulia. Maka perasaan sehebat itu sewajarnya disalurkan kepada Yang Maha Agung pula!


"Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya, untuk Kami menguji mereka, siapakah di antaranya yang terbaik perbuatannya."

[al-Kahfi, 18:7]


Nah, bukankah wanita itu merupakan perhiasan bagi seorang lelaki? Dan wanita juga sering menjadi fitnah besar kepada seorang lelaki..??


Terbukti, perasaan chenta yang terbit daripada hati itu hanyalah suatu ujian, untuk menilai siapa di kalangan kita yang lebih beriman!


Maka ana ingin mengajak diri ana sendiri dan anda semua untuk kita sama-sama jatuh chenta berguling-guling dengan Allah dahulu, sebelum sesuatu yang lainnya. Kerana sesungguhnya kita punya terlalu banyak sebab dan alasan untuk jatuh chenta padaNya..


ana tahu dan amat faham dengan apa yang ana katakan, kerana Allah telah membiarkan anaa untuk belajar dengan cara yang keras (Baca: Learn the hard way). Tunduk malu sambil memotong bawang..


Allahu Allah. Senyum, air mata mengalir perlahan..

huh.... settlepon.. so??? mcm mana ustadj2 dan ustzah2???


-ditulis, disusun dan diedit oleh Qud's Ikhwan-
p/s : klo nak share, sharelah.. lebih baik klo di sharekan pada kawan2 yang belajar di bidang yang diceritakan diatas.. hearm... n creadit to penulis asal juga..

Read more...

Saturday 20 October 2012

Qasidah Burdah

Doa berbentuk syair ini disusun oleh Syeikh Syarifuddin Abu
Abdillah Muhammad bin Zaid Al Bushairi yang hidup pada abad
ke-7 H. Beliau adalah seorang ulama Tarekat Syadziliyah
bermahzab Syafie, murid Abu Abas Mursyi.

dengan ini disertakan sekali liriknya.





semoga bermanfaat.

Read more...

Sunday 30 September 2012

menjahit sejadah keimanan yang 'koyak'

Dalam kita melangkah…

Terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat,

Hingga kita terduduk dan menangis,

Peritnya terasa tetapi ketahuilah,

Dan renungilah dalam diri kerana…

Mungkin air mata tika itu hadir kerana…

Dia mahu menjahit sejadah IMAN yang kian terkoyak

Lantaran ada langkah-langkah yang tersasar,

Semoga tabah dan tetapkan iman…

Read more...

Friday 7 September 2012

kenapa perlu menikah awal....

Bismillah..
 

Assalamualaikum, kepada sahabat semua, semoga berada dalam keadaan sihat dan berada dibawah lindungan allah. Pada post kali ini, ana ingin berkongsi pada antum semua, tertarik dengan satu perkongsian yang ana dapat dari sahabat ana tentang mengapa kita perlu menikah awal..

suatu kisah yang beliau kongsi adalah seperti dibawah, selamat membaca dan semoga kebaikkannya dapat dikongsikan bersama.


Seorang bapa bertanya kepada bakal menantunya:

"Mengapa engkau nak cepat kahwin dengan anak pakcik? Bagi 7 alasan engkau."

1. dah jumpa pasangan, harus dicepatkan kahwin (hadith)
 

2. nak jaga mata, hati dan kemaluan

3. nak ikut sunnah, kahwin, ajal bila2 masa sahaja

4. nak ada zuriat yg dapat bahagia dan doakan kami, mati bila2 masa aje

5. dapat beribadat dengan pahala yang berganda bila sudah punya isteri, sedangkan memandangnya sahaja sudah perolehi pahala

6. dapat merasa tanggungjawab sebagai suami dan menjadi seorang yg lebih berfikir lebih matang serta bijaksana bagaimana nak menyara keluarga

7. nak ambil amanah ibu dan ayahnya dan jaganya serta didiknya dengan kehidupan agama

8. saya sayang dan cintakan anak pakcik ♥


\namun kene ingat, Bersediakah kita untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang SUAMI dan seorang ketua keluarga??? persoalan ini yang perlu kita fikirkan.... tanya diri dan tanya iman.....!!!!
wallahua'lam ^_^'

Read more...

Thursday 9 August 2012

lakonan si "soleh" semata-mata si "solehah"



Ramai berlumba-lumba nak jadi ‘SOLEH SOLEHAH’ tapi sayang,
niat bukan kerana ALLAH,
tetapi niat semata-mata untuk mendapat pasangan yang ‘SOLEH SOLEHAH’..


Ruginya kita...
kerana dunia, kita berubah..
kerana dunia, kita usaha..
kerana dunia kita berkorban tapi tidak bertunjangkan Lillahi Ta’ala..


Alangkah ruginya kita kerana tidak berusaha untuk cuba rasai nikmat CINTA ALLAH..
Tetapi hanya cinta makhluknya yang kita dambakan..
Rugi, serugi, ruginya..!


Muhasabah bersama..


:: betulkan niat hanya kerana ALLAH :: Berubahlah kerana Allah ::



p/s: juga ditujukan kepada si "solehah" juga..

Read more...

Friday 3 August 2012

Hati-hati dengan Lelaki.....

assalamualaikum, salam ramadhan dari bumi syam..
apa khabar antum semua? harapnya berada dalam keadaan sihat dan hidup dibawah lindungan rahmat Allah yang esa disamping mendapat keberkatan di Bulan ramadhan yang mulia ini. Pada post kali ini ana hanya ingin berkongsi atau mudahnya ingin memberikan sedikit nasihat kepada sahabat-sahabat pembaca Blog Musafir ilmu ini. Dan nasihat ini adalah Khusus untuk wanita  dan umumnya kepada Lelaki. Semoga kita dapat kebaikan bersama. Dan nasihat ana adalah.... :


Orang perempuan JANGAN MUDAH TERTIPU dengan ayat lelaki yang MENGORAT versi baik:

"saya tertarik dengan status-status tazkirah awak di facebook.." atau "saya nak awak bimbing saya jadi baik.." dan yang sewaktu dengannya..


Ketahuilah, lelaki itu FITRAHNYA MEMBIMBING WANITA, bukan dibimbing wanita..dan jika betul dia inginkan bimbingan, dia pasti akan MENCARI SAHABATNYA yang SOLEH ataupun PARA USTAZ..


:: Lelaki yang BAIK adalah lelaki yang boleh membimbing wanita ke jalanNya, BUKAN MENGHANYUTKANNYA ::


p/s : Jika dia mencari kamu sebagai 'PEMBIMBING', sangat pasti ada udang di sebalik mee..HATI-HATI dengan AYAT LUNAK ORANG LELAKI..
..

Salam Ramadhan 2012...

Read more...

Sunday 29 July 2012

Lelaki dan wanita.... cintakah? atau nafsukah?

CINTA atau NAFSU..???


Setiap lelaki inginkan kesempurnaan pada wanita.Mungkin peluang memilih, terbuka luas untuk lelaki.Tetapi adakah insan yang bernama lelaki berhak memiliki yang terbaik?Itulah LELAKI...


Lelaki kebanyakannya ingin memiliki sesuatu yang sempurna pada wanita.Tidak akan menerima andaikata kekurangan ada pada pasangannya..  Ingat seperti mana pesan ustazahku, ustazah Ariza ketika dahulu Di SMKA kuala selangor, beliau berkata :

" Sejahat macam mana pun lelaki itu, dia akan menacari wanita yang baik-baik untuk teman hidupnya serta zuriat keturunanya"..

Namun, lelaki itu sendiri kadang kala sebahagiannya umpama bunga plastik...warnanya cantik tetapi harumnya tiada.


Kebiasaan LELAKI akan memilih wanita yang 'suci' untuk dijadikan teman hidup. Itulah naluri dan kehendak LELAKI yang paling utama.Tetapi diri sendiri sudah lama menjadi barang '2nd hand'.Mungkin agak sukar untuk mencari 'kesucian' LELAKI'...tidak seperti WANITA yang seperti buah durian,walaupun berduri tetapi tupai pandai menggodanya.


Bila pembuangan bayi berlaku,WANITA juga dipersalahkan.Mengapa LELAKI seperti terkecuali? Sedangkan LELAKI yang memujuk rayu ingin meragut kehormatan WANITA. Bila madu lazat diratah sepah yang akan dibuang.Yang menyedihkan bila WANITA telah mengandungkan zuriat kita,LELAKI akan cuba melarikan diri.Jadi kemana WANITA harus membawa diri? Dan yang menyedihkan lagi,bila dirujuk pada keluarga, mereka akan dicerca dan diusir kerana malu...Dan yang akan menjadi mangsa adalah bayi yang tidak berdosa.


Jadi WANITA harus bezakan CINTA dan NAFSU.Jangan mudah menjadi mangsa pada LELAKI yang pandai memujuk rayu.Percayalah jika diawal percintaan atau perhubungan telah ada permintaan yang diluar hukum agama,ketahuilah itu adalah nafsu semata-mata.


Renungkanlah...



p/s :FB perjuangan itu jihad..

Read more...

Saturday 28 July 2012

Doa-doa Dalam Al-Qur'an

Al-Quran sebagai kalam Allah dan pedoman hidup bagi setiap muslim, mengandungi banyak doa-doa. Sebagian doa-doa tersebut adalah:


1. Doa Mohon Keselamatan

Artinya: "Ya Tuhan, janganlah Engkau jadikan kami sasaran fitnah bagi kaum yang zhalim, dan selamatkanlah kami dengan curahan rahmat-Mu dari tipu daya orang- orang yang kafir." (Qs. Yûnus: 85-86).


Penjelasan:
Doa ini dibaca oleh kelompok minoriti yang beriman kepada Nabi Musa a.s., setelah mereka menyaksikan kemukjizatannya dihadapan Fir'aun. Ketika itu, kaum Nabi Musa as yang terdiri dari pemuda-pemuda dalam keadaan takut, bahawa Fir'aun dan tentera-tenteranya akan menyiksa mereka. Maka pada waktu itu pula Nabi Musa as memerintahkan kepada kaumnya agar tidak takut dan menyerahkan sepenuhnya kepada Allah Swt., lalu berdoa dengan lafaz doa diatas. Boleh dilihat dalam Surah Yûnus ayat 83-86.





2. Doa Mohon Perlindungan


Artinya: "Ya Tuhanku, sungguh aku berlindung kepada-Mu dari memohon sesuatu yang aku tidak mengetahui hakikatnya. Dan sekiranya Engkau tidak memberi ampunan serta tidak menaruh belas kasihan kepadaku, niscaya aku akan termasuk golongan orang-orang yang merugi." (QS. Hûd: 47).


Penjelasan:
Doa ini merupakan doanya Nabi Nuh a.s., iaitu ketika kaumnya termasuk anaknya (kan'an) ikut dihancurkan oleh Allah Swt. melalui banjir besar. Nabi Nuh a.s. memprotes kepada Allah Swt., "kenapa anaknya (kan'an) ikut dihancurkan padahal dia adalah bagian dari keluargaku, dan Engkau sendiri berjanji akan menyelamatkan keluargaku dan menenggelamkan kaumku." (QS. Hûd ayat 45).


Kemudian Allah memberikan jawapan: "bahawa dia (Kan'an) bukan termasuk keluargamu yang dijanjikan akan diselamatkan, kerana dia tidak soleh dan beriman kepada Allah. Padahal yang akan diselamatkan dari banjir besar adalah mereka yang beriman kepada Allah.(Hûd ayat 46).


Setelah diperingatkan Allah, Nabi Nuh a.s. berdoa dengan lafazh doa diatas. Kemudian Allah mengabulkan doanya. (QS. Hûd ayat 48).


13. Doa Keluarga Maslahah


Artinya: "Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan shalat, ya Tuhan kami perkenankanlah doaku. Ya Tuhan kami berikanlah ampunan kepadaku dan kepada kedua ibu bapakku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)." (QS. Ibrâhîm: 41-42).


Penjelasan:
Doa diatas baik dibaca dalam berbagai bentuk kesempatan, agar diri kita dan keluarga kita serta keturunan kita sentiasa taat dan rajin beribadah kepada Allah Swt., khususnya ibadah solat yang telah diwajibkan.

Dalam Al-Quran dikisahkan, bahawa doa tersebut dibaca oleh Nabi Ibrahim a.s., ketika ia baru saja memohon agar kota Mekkah dijadikan kota yang tenteram, aman dan anak keturunannya diselamatkan dari menyembah berhala. Lebih detail tentang kisah nabi ibrahim dapat dilihat dalam Al-quran Surah Ibâhîm ayat 35-42.


14. Doa Mohon Tempat yang Baik


Artinya: "Ya Tuhanku, masukkanlah aku secara masuk yang benar, dan keluarkanlah pula aku secara keluar yang benar. Dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan (pemimpin) yang menolong." (Al-Isrâ': 80).

Penjelasan:
.Doa di atas dibaca adalah untuk kita mendapatkan pemimpin yang jujur dan bijaksana. Baik juga doa di atas dibaca ketika kita akan meninggalkan tempat yang kita duduki (dunia), memohon agar ditempatkan pada tempat yang layak setelah meninggal. Demikian Al-Qurthubi menjelaskan dalam tafsirnya.


15. Doa Mohon diberi Kemudahan


Artinya: "Ya Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami ini." (QS. Al-Kahfi: 10).


Penjelasan:
Doa diatas baik dibaca oleh para pejuang muda yang menegakkan agama Allah agar mendapatkan kejayaan dan kemenangan. Kerana doa tersebut adalah doa yang dibaca oleh pemuda Ashhâb al-Kahfi, yakni sekelompok pemuda yang beriman kepada Allah Swt. hingga mendapatkan petunjuk yang sempurna dari sisi-Nya. Doa ini dibaca oleh mereka ketika akan masuk gua sebagai tempat persembunyiannya dalam menyelamatkan agama yang hak, agama yang mereka pegangi dari fitnah-fitnah dan orang-orang zalim. Dan Allah Swt. mengkabulkan doa mereka. Kisah Ashhâbu al-Kahfi dapat dibaca dalam Surah Al-Kahfi dari ayat 9-26.


16. Doa Kelapangan hati


Artinya: "Ya Tuhan, lapangkanlah dadaku, mudahkanlah segala urusanku, dan lepaskanlah kekakuan lidahku, agar mereka mengerti perkataanku." (QS. Thâha: 27)


Penjelasan:
Doa di atas balk dibaca ketika menghadapi kezaliman seseorang, kelompok, dan penguasa. Juga dibaca agar mendapa kemudahan dalam berdakwah. Doa ini pula yang sering dibaca oleh para mubaligh.
Al-Quran mengisahkan, bahawa doa tersebut dibaca oleh Nabi Musa a.s. ketika mendapat perintah dari Allah Swt. agar menyampaikan risalah kepada Fir'aun. Dan akhirnya Allah Swt. mengabulkan permintaan Nabi Musa a.s., bisa dilihat dalam Al-Quran Surah Al-kahfi dari ayat 24-36.


17. Doa Mohon Jodoh dan Keturunan yang Baik



Artinya: "Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidupku seorang diri, dan Engkaulah pewaris yang paling baik." (QS. Al-Anbiyâi': 89).


Artinya: "Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi-Mu seorang anak yang baik. Sungguh Engkau Maha Pendengar doa." (QS. Âli 'Imrân: 38).


Penjelasan:
Doa di atas baik dibaca oleh orang-orang yang belum mempunyai keturunan dan pasangan hidup. Juga amat baik untuk dibaca oleh setiap muslim agar diberi keturunan yang soleh.
Kedua ayat diatas merupakan doa Nabi Zakariya a.s. agar diberi keturunan sebagai pewaris perjuangannya menegakkan agama Allah. Kisah Nabi Zakaria boleh dilihat dalam Al-qur'an Surah Al-Anbiyâ' ayat, 89-90; Âli-'Imrân, 38-41.


18. Doa Mohon Terlepas dari Musibah



Artinya: "Ya Tuhanku, aku berlindung kepada-Mu dari bisikan-bisikan setan. Dan aku berlindung pula kepada-Mu, ya Tuhan kami dari kedatangan mereka kepadaku." (OS. Al-Mukminûn: 97-98).


Penjelasan:
Doa di atas dibaca dalam pelbagai keadaan agar selamat dari tipu daya syaitan, baik dalam beramal mahupun dalam pergaulan. Dan doa diatas merupakan perintah Allah agar kita memperbanyak membacanya ketika terjadi musibah. (QS. Al-Mukminûn ayat 93-94).


19. Doa Mohon Kemuliaan



Artinya: "Ya Tuhan kami, jauhkanlah adzab Jahanam dari kami, Sungguh 'adzab itu adalah kebinasaan yang kekal." (QS. Al-Furqân: 65).


Artinya: "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami istri-istri dan keturunan kami sebagai penyenang hati, dan jadikanlah kami imam (pemimpin) bagi orang-orang yang bertakwa." (QS. Al-Furqân: 74).


Penjelasan:
Dalam Al-Quran dikisahkan, bahwa doa tersebut dibaca oleh orang-orang yang senantiasa memuji dan menyucikannya. Mereka senantiasa berpegang teguh pada etika Islam, beramal soleh, memperbanyak zikir dan doa dalam segala kesempatan.


20. Doa Mensyukuri Ni'mat



Artinya: "Ya Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang ibu-bapakku dan untuk mengerjakan amal shalih yang Engkau ridhai, serta masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang shalih." (QS. Al-Naml: 19).


Penjelasan:
Doa di atas amat baik dibaca untuk kita mendapatkan ilham dalam mensyukuri nikmat serta dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yang beramal soleh di dunia" hingga kemudian mendapatkan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Doa tersebut  dibaca oleh Nabi Sulaiman a.s..


Artinya: "Ya Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang ibu-bapakku, dan untuk mengerjakan amal shalih yang Engkau ridhai, serta berilah kebaikan kepadaku dengan memberi kebaikan kepada anak cucuku. Sungguh aku bertaubat kepada-Mu, dan sungguh aku adalah termasuk golongan orang-orang yang berserah diri." (QS. Al-Ahqâf. 15).


Penjelasan:
Doa diatas dibaca oleh orang-orang mukmin yang jujur, agar mereka diberi ilham untuk tetap mensyukuri nikmat, berbakti kepada orang tua, beramal soleh, diberi keturunan yang mulia dan taubatnya diterima.

Ahli Tafsir yang lain menjelaskan bahwa doa tersebut diberkati dengan Abu Bakar assiddiq, ketika kedua orangtuanya memeluk agama Islam.




p/s : maaf diatas ketidakjelasan pada ayat al-quran. mungkin pembaca boleh terus rujuk pada al-quran untuk mendapatkan ayat al-quran yang lebih jelas... disebbkan masalah teknikal...
maaf..




 www.abatasa.com

Read more...

Sunday 1 July 2012

ketika jiwa merasa kesal dan kecewa

Ketika jiwa merasa kesal dan kecewa dalam mengenangkan dosa-dosa yang dilakukan,
ketika harapan dirasakan sudah tiada lagi......

Namun pada HAKIKATNYA......

Islam tidak pernah meletakkan perantaraan antara hamba dan tuhannya..
Bila-bila sahaja, dan siapa sahaja insan itu..
Dimana sahaja dia berada..
bangsa apa dan dari keturunan apa..
Siapa Emak dan bapaknya..
Siapa sahaja Nenek dan datuknya..

Jika dia ingin berhubung dengan ALLAH s.w.t atau kembali kepada-Nya..
ketahuilah tiada satu halangan pun keatas diri hamba itu..

Allah berfirman :

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu Yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana Sesungguhnya Allah mengampunkan Segala dosa; Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.(39:53)


 dari ayat ini, kita boleh tafsirkan seperti ini :

" Beritahu pada Hamba-hambaku, katakanlah wahai hamba-hamba Allah, yang mana mereka itu kecewa terhadap diri mereka(dosa yang banyak, atau kecewa.. )

dia rasa bila dia jumpa orang.. orang akan kata..' oh.. kau ni, tuhan takkan ampun dosa orang macam kau ni'..
jumpa orang lain pula : Tuhan tak ampun dosa kau ni..

TAPI al-quran kata.. dan allah berfirman : beritahu hamba-hambaku yang mana mereka itu telah kecewa terhadap diri mereka, jangan sekali-kali mereka putus asa dengan rahmat allah, jangan mereka kecewa dengan rahmat allah, allah mengampun segala dosa..

sepertimana sabda Nabi allah Muhammad S.A.W, mafhumnya :

Siapa yang berkata Lingkuplah orang ramai, jahanamlah puak-puak ini, semua jenis kaki-kaki dosa, jahanamlah dia.. tapi nabi kata, sesungguhnya Dialah orang yang paling binasa sebab dia tidak memberikan Nilai rahmat ALLAh kepada orang lain.

Sesungguhnya ALLAh maha Pengampun lagi maha penyayang

Apabila orang nak kembali kepada Tuhan, tuhan tak pernah tanya...

BAPAK kau siapa?
EMAK kau siapa?
Dulu ATUK kau siapa?

Tak... tidak akan.. mari kita imbas kembali sirah rasulullah...

Tika dulu, Abu Jahal perang ketas nabi, memerangi nabi, namun anaknya IKRIMAH masuk islam.. menajdi seorang sahabat Nabi dan menjadi salah seorang sahabat nabi yang paling dekat dengan Nabi..

JADI...

MAnusia yang TAMPIL menentang NABI, Lagi ALLAH ampunkan dosa dan terima taubatnya.. inikan pula manusia jalanan.. walaupun betul benda yang dia lakukan itu tidak betul dan kurang baik, yakni dia berzina, minum arak TAPI kalau dia nak kembali kepada ISLAM dan bertaubat kepada ALLAH.... Ketahuilah TIDAK PERNAH ada HALANGAN antara dia dengan TUHAN... sama sekali tidak ada...

hanya kepadanya kita sembah dan hanya kepadanya kita memohon pertolongan dan keampunan...


Read more...

Friday 29 June 2012

Allah tahu.....


Allah tahu apabila kamu melakukan sesuatu untuk seseorang dan tanpa ia sedar akan perbuatan yang telah kamu lakukan itu untuknya,

Allah tahu apabila kamu bangun di tengah malam untuk solat sedangkan manusia lain masih tidur dibuai mimpi,
allah tahu apabila kamu menahan lidah kamu daripada mengeluarkan kata-kata yang kurang enak didengar,

Allah tahu apabila kamu menahan diri kamu daripada berkelahi dengan kedua ibubapa kamu walaupun kamu dalam keadaan benar,

Allah tahu apabila kamu melakukan sesuatu yang benar sedangkan tiada seorang pun tahu,

allah tahu apabila kamu mendoakan seseorang dan dia tidak tahu yang kamu mendoakan untuk kebaikkannya,

Allah tahu yang kamu melakukan satu kebaikkan yang kecil walaupun kamu sendiri langsung tidak memperdulikan kebaikkan yang kamu telah lakukan itu..

Ingatlah.. sesungguhnya Allah Maha Mengetahui...

Read more...

About This Blog

helwa telinga

Tetamu maya

free counters

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP