السلام عليكم...جزاكم الله خيرا جزاء إلى كل من يزور هذا الموقع وأرجو منكم تستفيد وتنتفع بها إذا كانت وجدتها غير مفيدة ولا فائدة لكم فاتركها...أهلا وسهلا إلى بيتي جنتي...قال الله

تعالى: يأيها الذين ءامنوا اتقوا الله حق تقاته ولا تموتنّ إلا وأنتم مسلمون

Wednesday 31 March 2010

mungkin kamu pernah mengalaminyaa....

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini....awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla..... dah lapar ini !! mmm.​sedapnyaaaa?​ .

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh,panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?​mmm.​aaahh?​ suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. . .
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh.... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? .

Manusia -Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-​menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2.... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,​sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali.​rugila.​.​.​.​ (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah,​berpalinglah dari jalan itu ..
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu.Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA,​kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,​kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....

Read more...

Sunday 28 March 2010

Fenomena zaman kini.....

dikala bangun dari tidur... mencari mood untuk mengulang kaji... tetapi tidk juga tidak datang mood itu... akhirnya... mood lain pula yang hadir... sekadar perkongsian....


Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.
Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.
Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.
Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.
Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.


TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.
Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
Apabila tempat2 maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.
Apabila manusia telah mengubah tabiat,ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.


Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla minyak gamat.


Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar pendek ketat2.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.


Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat.
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.
Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.


Duduk jauh berkirim surat .
Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah
pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat.


MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.


Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat! .
Berangkat menuju ke negeri akhirat.


Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sendiri mau ingat.
Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?
Harta benda anta, dari mana anta dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?
Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera
meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.



sama2 muhasabah diri kita yg sedikit alpa... :-)


Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa.

Read more...

Friday 26 March 2010

Aku masih lagi ikut arahan itu sebab itulah aku........


Asslamualaikum, kepada antum semua,sudah lama ana tidak menulis cerita teladan dalam blog ana. maka entry kali ini.. ana ingin berkongsi sebuah kisah yang ana dapat dari saudara ana..

Oleh kerana kisah ini menarik perhatian ana, maka ana abadikan dalam laman blog ini untuk dijadikan bahan renungan tentang pengajaran di sebalik kisah tersebut.


Namun sebelum itu, ana meminta kepada antum yang membaca entry ini, agar memberikan pengajaran yang antum dapat disebalik kisah ini.. mungkin kita boleh berkongsi pendapat atau mengambil pengajaran yg mungkin antum tidak nampak dari sudut yg lain.. dengan itu..kita akan dapat kebaikan bersama..

Kisahnya lebih kurang begini.....


..................................................


Seorang lelaki telah berjumpa dengan seorang doktor. Dalam perjumpaan itu, doktor mendapati beliau menghidapi penyakit darah tinggi. Beliau dinasihatkan supaya tidak memakan makanan yang berlemak seperti daging lembu dan kambing.

“Kamu hanya boleh memakan daging binatang yang pandai berenang’, kata doktor pada beliau.

Sebelum pulang, doktor telah membuat temujanji agar beliau datang semula pada minggu berikutnya.

Masa yang dijanjikan telah pun tiba, namun kelibat beliau datang hadir tidak kelihatan. Doktor yang merasa hairan mengambil keputusan untuk berkunjung ke rumahnya.

Setibanya di rumah beliau kelihatan isterinya sedang menyapu halaman. Doktor berkenaan bertanya, dimanakah suaminya.

“Dia berada di belakang rumah’, kata isterinya sambil mengiringi doktor menuju belakang rumah.

Setibanya di belakang rumah, doktor mendapati suami wanita tadi sedang mandi dalam kolam bersama seekor kambing!

Doktor yang terkejut dengan gelagat suami itu, bertanya apa yang sedang di buatnya.

“Hai Tuan Doktor, saya sedang mengajar kambing berenang supaya saya boleh makan dagingnya nanti!”, jawab suami wanita tadi dengan selamba.


Apa pengajaran yang boleh kita perolehi dari kisah ini.... ?????

Read more...

Thursday 25 March 2010

Doa ini untuk "sahabatku"

Doa ini Dari seorang sahabat untuk sahabat...


Ya Allah,
Panjangkanlah umur sahabatku. Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya, terangi hatinya dengan nur pancaran iman. Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama, dunia dan akhirat


Ya Muhaimin Ya Salam, Jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu. Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hatiMu. Jika dia rindu, rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu

Ya Allah
Jangan biarkan sahabatku terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kejalanMu jika kau halalkan aku merindui sahabatku, janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki, rindu abadi dan kasih sejati hanya untukMu.

Ya Allah
Kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan hidup di dunia akhirat kelak..

AMIN YA RABBAL 'ALAMIIN....

KALAM HIKMAH :
"Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara."
-(Saidina Abu Bakar As-Siddiq )

" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " -Imam Umar bin Abdul Aziz


Read more...

Wednesday 17 March 2010

apabila kamu berbicara nengenai cinta dan ukhuwah.....


Ana seringkali melawat blog dan website orang. Walaupun ana dikenali dengan Website Musafir Ilmu, ana masih amat yakin bahawa ana bukan mempunyai semua ilmu. Jadi, mengembara ke laman sesawang orang lain memungkinkan ana mendapat sesuatu yang baru... oleh sebab itu ana bermusafir dalam alam maya...



Apa yang menarik perhatian ana, majoriti blog dan website yang ana jumpa, terutama kalangan mahasiswa atau pelajar sekolah, meraka banyak membicarakan dua perkara.



1. Cinta



2. Ukhuwwah



ana tersenyum. Kadang-kadang menggelengkan kepala juga. Mungkin, ana pun dua kali lima dengan mereka... tetapi Dua tajuk itu sememangnya adalah perkara yang akan terus segar mengikut aliran waktu....



Tetapi kenapa ya?



Di samping lambakan penulisan ukhuwwah dan cinta ini, kenapa ana lihat manusia tetap hidup dalam keadaan hasad dengki dan dengki membenci dan seangkatan dengannya??



Sebenarnya, teori ukhuwwah dan cinta ini memang sedap kita dengar dan baca. Kita lihat di pasaran novel dan cerpen pun, tema cinta dan ukhuwwah ini akan mendapat sambutan. Semua suka mempunyai sahabat yang baik, dan cinta yang sejati. Kita suka ulang-ulang hadith Rasulullah SAW yang amat masyhur,



“ Tidak beriman seseorang itu melainkan apabila dia mencintai sahabatnya, apa yang dia cintai pada dirinya” Al-Hadith.



Tetapi, ana lihat, semua itu hanya bermain di ruangan teori sahajabetulkah macam itu??. Siapakah yang mengamalkannya secara zahir???



Ukhuwwah dan cinta ini, mempunyai dua persamaan yang besar.



Pertama, kedua-duanya perlu dibangunkan atas keimanan yang benar kepada ALLAH. Barulah ukhuwwah dan cinta ini akan terserlah kesejatiannya.



Kedua, kedua-duanya perlu dimulakan dengan pemberian.



“ Tidak beriman seseorang itu melainkan apabila dia mencintai sahabatnya, apa yang dia cintai pada dirinya” Al-Hadith.



Semua orang boleh sebut bermacam perkataan – ukhuwwah fillah, uhibbukafillah, kita berukhuwwah kerana ALLAH, saya mencintai kamu kerana ALLAH, baitul muslim, keluarga sakeenah – dan pelbagai lagi ayat-ayat islamik yang mengiringi dua perkara itu iaitu "cinta dan ukhuwah"... Mengetahui perkataan-perkataan itu menunjukkan bahawa manusia sedar akan keimanan kepada ALLAH adalah tiang paling utuh untuk membangunkan dua perkara itu dalam kehidupan insan.



Masalah mula muncul bila tiba ke peringkat kedua.



Pemberian.



“ Tidak beriman seseorang itu melainkan apabila dia mencintai sahabatnya, apa yang dia cintai pada dirinya” Al-Hadith.



Siapakah yang berani memberi terlebih dahulu?



Inilah yang membuatkan Cinta dan Ukhuwwah ini menjadi sekadar lambakan isu hangat di dalam blog dan website, serta tema popular dalam penulisan Novel dan Cerpen serta drama-drama dan filem. Tetapi hendak membumikan dua perkara ini dalam kehidupan, jarang-jarang dapat kita lihat.



Tiada siapa yang berani sebenarnya hendak memulakan ukhuwwah dan cinta. Hal ini kerana, di belakang dua perkara itu terdapat satu perkara yang manusia tidak berapa berminat dengannya. Itulah dia PENGORBANAN.



“ Tidak beriman seseorang itu melainkan apabila dia mencintai sahabatnya, apa yang dia cintai pada dirinya” Al-Hadith.



Manusia senang mengorbankan sesuatu jika mendapat balasan. Tetapi, manusia akan berkira-kira terlebih dahulu jika pengorbanannya itu mempunyai dua kemungkinan, dibalasi atau dilupakan. Inilah yang membuatkan Ukhuwwah dan Cinta sukar bercambah dalam kehidupan insan. Tiada ramai yang berusaha untuk memberi. Ramai suka untuk menerima sahaja. Sedangkan pemberi itu adalah sumber. Jika kekurangan sumber, bagaimana hendak bercambah?



Contohnya mudah. Ada dua orang manusia, saling kenal mengenali, tetapi bila seorang kawan menghadapi masalah, seorang yang lain akan berkata,



“ Ala, kalau aku tolong pun, bukannya aku dapat apa-apa”



Ataupun, dalam situasi lain, seorang sahabat sudah memberi. Dia membeli hadiah bila hari lahir sahabatnya tiba, dia mengambil berat akan sahabatnya, dia sentiasa bersama sahabatnya dan sebagainya. Tetapi sahabatnya itu pula tidak menjadi pemberi. Dia senang menerima sahaja. Dia tidak berapa suka hendak mengeluarkan wangnya untuk sahabatnya yang baik itu, malah dia hanya mencari sahabatnya itu bila susah, pendek kata, dia hanya mempergunakan sahabatnya itu sahaja, lebih teruk lagi dia meragui pula keikhlasan sahabatnya itu. Maka ukhuwwah satu hala ini tidak akan mampu bercambah dengan baik. Bila-bila masa sahaja salah satu dari dua pihak itu akan bersengketa.



Manusia ramai yang bersikap sedemikian. Suasana inilah yang menyekat percambahan ukhuwwah dan kecintaan dalam kehidupan insan.



Ana tersenyum. Siapakah yang berani menjadi pemberi? Menepikan rasa ingin dibalas, memikirkan keikhlasan pada jalan persahabatan, mencintai sepenuh jiwa raga atas dasar keimanan yang menjadi teori harian insan.



“ Tidak beriman seseorang itu melainkan apabila dia mencintai sahabatnya, apa yang dia cintai pada dirinya” Al-Hadith.



Sepanjang 20 tahun ana hidup, tidak sampai 5 orang pun yang ana jumpa bersikap sedemikian. Kalau ditambah ummi dan ayah ana, mungkin angka itu akan menjadi sekitar 7 atau 8... iaitu sahabat ana dan keluarga ana sendiri... :-)



Sebenarnya, pada pendapat Ana, ukhuwwah dan cinta ini mesti dipraktiskan, bukan sekadar kita tayang di blog dan website, bukan sekadar kita karang dalam novel dan cerpen serta drama. Hasad dengki, benci membenci, ragu meragui, semuanya itu perlu kita lupuskan dari hati kita. Semua orang tahu teori ini.



Persoalannya…



Siapakah yang cuba untuk mempraktisnya dengan zahir???



sebelum ana mengakhiri post kali ini.. ana ingin menerangkan kepada antum kenapa ulang2 hadith yg sama.... kerana Dr.AMjad.. pensyarah di universiti jordan pernah berkata.. menggunakan 1 dalil sudah mencukupi untuk bg mereka yg faham akan apa yang tersirat didalamnya....



selamat bermuhasabah.. untuk diri ana juga...

-musafir ilmu-

Read more...

Saturday 13 March 2010

Kerana mereka, kamu masih berdiri...




"Apabila kau ingin berteman, Janganlah kerana kelebihannya, Kerana mungkin dengan satu kelemahan, Kau mungkin akan menjauhinya....



Andai kau ingin berteman, Janganlah kerana kebaikannya, Kerana mungkin dengan satu keburukan, Kau akan membencinya....



Andai kau inginkan sahabat yang satu, Janganlah kerana ilmunya, Kerana apabila dia buntu, Kau mungkin akan memfitnahnya....



Andai kau inginkan seorang teman, Janganlah kerana sifat cerianya, Kerana andai dia tidak pandai menceriakan, Kau mungkin akan menyalahkannya....



Andai kau ingin bersahabat, Terimalah dia seadanya, Kerana dia seorang sahabat, Yang hanya manusia biasa.... Jangan diharapkan sempurna, kerana kau juga tidak sempurna, Tiada siapa yang sempurna.. Tapi bersahabatlah kerana Allah... "

Read more...

Saturday 6 March 2010

Wahai "Hawa", lindungilah dirimu, agar "Adam" mudah melindungimu....


Ana sudah menegur kaum adam dalam post “ Jangan Kau Ganggu Muslimahku”. Hari ini, ana hendak berkongsi sesuatu dengan pasangan Adam, yakni kaum Hawa.



Berkongsi, berkenaan keadaan perempuan yang tercedera.



Anggap lah apa yang ana post kali ini, sebagai muhasabah.



Sebab hakikatnya, ana rasa ada sebahagian kaum adam rasa bertanggungjawab dengan kamu wahai perempuan.



Kerana kamu akan melahirkan generasi hadapan. Kalau kamu rosak, maka yang mendodoikan buaian anak adalah mereka yang tidak mengamalkan Islam secara benar, dan apakah yang akan terjadi dengan anak di dalam buaian?



Ana risau dengan keadaan kalian sebenarnya wahai perempuan.



Kerana ana lihat sebahagian dari kalian ini tercedera.


Tahukah kalian siapakah perempuan yang tercedera?



Itulah perempuan yang telah meninggalkan peranannya, yang telah tercemar pemikirannya, yang telah songsang pegangannya. Ada yang terang-terangan, ada pula yang diam-diam.



Tetapi siapakah yang mencederakan perempuan?



Jangan salahkan mereka sahaja. Salahnya juga terletak atas bahu ummah.



Hari ini, perempuan telah menjadi mangsa agenda serangan diktatirinasi musuh-musuh yang ingin melihat kekuatan ISLAM runtuh. Pelbagai pihak, kononnya, dengan nama hendak membela hak asasi manusia, telah mengeluarkan wanita dari rumah-rumah mereka, dan mengajar wanita agar bersaing dengan lelaki dalam kehidupan dan medan pekerjaan. Kononnya itulah persamaan taraf, kononnya itulah tanda kecemerlangan, kekuatan dan sebagainya. Akhirnya, ibu kepada manusia ini terluka. Terluka dengan suasana, dan medan yang bukan medannya.



Luka atas wanita ini, tidak akan mampu dirawati, diubati, melainkan dengan memahami keadaan mereka, dan mereka juga cuba memahami diri mereka. Melainkan, apabila kita semua kembali kepada apa yang telah Allah susunkan untuk kita.



Kalau kita lihat hari ini, kita boleh saksikan ramai perempuan-perempuan yang tercedera. Mereka tidak luka pada kulit, tetapi mereka luka pada hati. Dari luka hati inilah, bernanahnya kefahaman yang rapuh serta amal yang buruk.



Rata-rata hari ini perempuan membuka perisai malu mereka kepada sesiapa sahaja. Hatta, sebahagian besar tidak memilih orang, malah membuka perisai malu itu untuk tayangan ramai. Mereka menampilkan fesyen pakaian yang pelbagai, sama sekali jauh dari adab berpakaian yang ISLAM anjurkan.



Bila ditanya mengapa tidak menutup aurat?



Mereka menyatakan bahawa itu adalah kebebasan peribadi. Bila disuruh, mereka terus menyatakan bahawa kita hendak memberikan tekanan kepada mereka. Tetapi, jangan kita salahkan mereka 100% atas tindak balas mereka. Mereka adalah perempuan yang tercedera oleh pisau sistem, konspirasi untuk merosakkan masa hadapan kita.



Rasulullah SAW bersabda,


“Tidaklah aku tinggalkan setelahku fitnah yang lebih berbahaya bagi laki-laki daripada fitnahnya wanita.” (HR. Al-Bukhari no. 5096 dan Muslim no. 6880)



Benar. Fitnah terbesar adalah perempuan. Kerana, kejatuhan wanita adalah kejatuhan ummah. Mereka adalah makhluk Allah yang sangat penting dalam pembinaan ummah. Kerana mereka merupakan ibu manusia, dan pendidik ummah yang pertama.



“ Penzina perempuan dan penzina lelaki, sebatlah kedua mereka dengan seratus sebatan, dan janganlah rasa belas kasihan kamu terhadap mereka bedua mencegah kamu untuk(menjalankan) agama(hukum) ALLAH, jika kamu beriman kepada ALLAH dan hari kemudian. Dan hendaklah(perlaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sebahagian orang-orang yang beriman” Surah An-Nur ayat 2.



Lihat, kenapa Allah SWT menyatakan: “Penzina perempuan dan penzina lelaki…” Bukan “Penzina lelaki dan penzina perempuan” Macam ayat: “Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri..”?



Kenapa?



Sebab, dalam hal mencuri, kudrat lelaki melebihi perempuan. Tetapi dalam hal zina, maka perempuan adalah faktor utama. Pada perempuan ada tarikan yang lebih. Sebab itu, Islam amat menjaga perempuan, dan menyuruh perempuan agar menjaga diri dengan menutup aurat dan membataskan pergaulan.



“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan kain kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” Surah An-Nur ayat 31.



Lihatlah hari ini, bagaimana perempuan-perempuan dicederakan. Mereka dilimpahkan lampu kepopularan. Lalu dinipiskan pakaian mereka biar mengiurkan. Suara sengaja dilembut lembutkan. Menggoda. Disingkat pakaian mereka biar ada bahagian tubuh cantik terdedah. Dicukur bulu kening mereka agar kelihatan anggun. Gincu merah menyala dikenakan pada bibir. Tidak kurang pula yang sengaja menggoda lelaki-lelaki. Kononnya diri dianggap hebat jika mempunyai 2-3 pasangan serentak.



Saya hendak bertanya, bagaimanakah dengan anak-anak kepada perempuan sebegini? Adakah anak mereka akan lebih mudah mengikuti ajaran ISLAM dan mengamalkannya, atau mereka akan rasa sukar mengamalkan ISLAM lalu meninggalkannya? Posibiliti yang manakah mempunyai peratusan lebih tinggi?



Tercederanya perempuan hari ini tidak lagi mengira umur. Ramai sahaja berumur semuda belasan tahun sudah mengandung. Kalau sudah berkahwin tidak mengapa, tetapi rupanya hubungan seks bebas luar nikah yang dilakukannya. Ada yang sanggup berbogel, menangkap gambar lalu menghantarnya kepada yang tercinta. Ramai pula yang tertipu dengan satu kalimah bernama CINTA.



Bila menyebut cinta, jangan dikatakan perempuan yang mendedah-dedah auratnya sahaja. Sudah banyak kes perempuan yang bertudung labuh pun terjebak sama. Hal ini kerana, mereka telah menjatuhkan pegangan mereka, menurunkan perisai keimanan mereka, lantas memurahkan diri mereka. Malah, ada kes, perempuan yang bertudung labuh, sekolah agama, IPT yang menggunakan perkataan "islam" sanggup murtad hanya kerana cintanya kepada seorang lelaki.



Kadang-kadang, ada perempuan sengaja menyembur minyak wangi harum semerbak, satu dewan kuliah boleh membauinya. Ada juga yang berhias berlebihan, bertabarruj dan seangkatannya.



Sedangkan Allah SWT berfirman:



“Janganlah kalian (wahai istri-istri Nabi) bertabarruj sebagaimana tabarruj orang-orang jahiliah yang awal.” Surah Al-Ahzab: 33



Perempuan, apakah kamu sedar akan keadaan kamu hari ini?



Hari ini, kebanyakan perempuan cedera tidak mengira sudut. Sudut pemikiran, sudut akhlak, sudut pegangan, sudut adab sopan, semuanya dihiris dengan pisau tajam nan buas. Perempuan rasa rumah tempat hina. Medan kerja lelaki itulah yang perlu disainginya. Maka tertinggallah anak hilang guru pertamanya. Perempuan rasa perlu setanding lelaki. Keluar berkerjaya hingga lupa tanggungjawab diberi ILAHI. Pergaulan bebas sudah ibarat garam dalam masakan sendiri.



Perempuan hari ini tercedera. Darah mereka masih mengalir. Luka semalam belum sembuh, muncul pula luka baru pada hari ini.



Bila perempuan tercedera, di manakah pendidik dan penjaga sang bayi suci?



Tercedera. Segeralah mencari ubat!



Apakah ubatnya? Semua perlu kembali kepada Islam. SEMUA . Lelaki dan perempuan. Sama-sama kembali menilai, bermuhasabah akan kepentingan dan kelebihan satu sama lain, seterusnya mencari titik persamaan. Ketahuilah bahawasanya, Nabi Adam dahulu pun sunyi di dalam syurga, lalu diberikannya Hawa.



ALLAH SWT berfirman,



Mereka itu adalah pakaian bagi kamu, dan kamu pula adalah pakaian bagi mereka” Ayat 187 Surah Al-Baqarah.



Kita saling memerlukan sebenarnya. Dan lelaki sebagai pemimpin, perlu lah mengambil berat akan keadaan hawa. Kenapa Ana menulis artikel menegur lelaki terlebih dahulu sebelum ini? Kerana lelaki adalah ketua. Sebaik mana pun perempuan, kemungkinan untuk lelaki tunduk mengikuti nasihatnya adalah sedikit. Agar lelaki lebih kuat, dan tabah, serta bersih, lelaki memerlukan suatu pengetahuan agama, iman dan akhlak yang soleh... seterusnya mampu memimpin perempuan-perempuan yang tercedera ini, mencuci luka mereka, dan merawat jiwa-jiwa mereka.



Hal ini kerana, pada Ana, bila perempuan tercedera, lelaki juga terluka.



Buangkan ego kita, kembalikan intelek kita, rasionalkan pemikiran, bina kesefahaman!



Kefahaman dan kesedaran ini perlu kita fahaminya,



Jika tidak kita akan terus luka, terluka dan terluka, bersama masa hadapan yang penuh kegelapan semata. Tidak kah kita memikirkan anak-anak yang akan menyambung kerja kita? Tidak kah kita memikirkan keadaan anak-anak kita pada zaman mereka?



Anak-anak memerlukan tarbiyah, didikan Islam daripada kedua ibu bapanya. Andai ibunya rosak, bapanya tidak faham, maka bagaimana dia hendak membesar dengan baik, dan berdiri di hadapan Allah dengan baik?



Maka, marilah kita sama-sama muhasabah. Sementara darah kita masih belum kering….



Mari kita berusaha mengubatinya, mengubati luka-luka kita!



Perempuan, Ana sebagai lelaki menyedari hal ini, maka bagaimana kah anda???




sekadar perkongsian dan nasihat....
-musafir ilmu-

Read more...

Monday 1 March 2010

pesanan Roh Kepada Manusia...


Buat tatapan dan peringatan kepada semua ....Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia.

Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut".Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu :

"Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuang- kan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".


Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :
"Demi Allah,wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh".


Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikatkan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.


Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan :
"Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi janda. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya".

Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepat- kan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah,


roh pula berpesan:
"Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku"."Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku"."Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".


diambil dari :Nur Ad'din...

Read more...

About This Blog

helwa telinga

Tetamu maya

free counters

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP