السلام عليكم...جزاكم الله خيرا جزاء إلى كل من يزور هذا الموقع وأرجو منكم تستفيد وتنتفع بها إذا كانت وجدتها غير مفيدة ولا فائدة لكم فاتركها...أهلا وسهلا إلى بيتي جنتي...قال الله

تعالى: يأيها الذين ءامنوا اتقوا الله حق تقاته ولا تموتنّ إلا وأنتم مسلمون

Monday 26 April 2010

Suatu masa dahulu yang telah berlalu...

Lampu dah pun dipadamkan. Rakan sebilik pun dah berangkat tidur.Mata masih tak lelap,mengantuk tapi belum mahu tidur... Sedangkan sepatutnya diriku ini perlu rehat yang secukupnya. Sudah tiga hari tubuh yang dipinjam ini tak mendapat rehat yang diinginkan.

Jemariku masih lagi menari mencari idea.Mengharap diilhamkan sebuah fikiran oleh Rabb kepada hambaNYa yang hina yang menanti sebuah jawaban.


Ampunkan aku Ya ALLAH……….


Saat demi saat , minit demi minit, jam yang berlalu, setiap hari yang hilang semakin terasa ruginya. kadang-kadang terasa sebuah kerugian, kerana seumur hidup ini tak banyak dihabiskan bersamaMu demi meraih syurga. Pelayaran ini yang tidak tahu bilakah labuhnya sauh ini, mengharapkan agar lemas pada lautan cintaNya.


Dari Ibnu Abbas Radiallahu-Anhuma dari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Dua nikmat yang kebanyakan manusia terpedaya dengannya ialah waktu sihat dan masa lapang. (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).


tapi, bisakah masa yang telah lalu dapat diputarkan kembali..??Adakah penyesalan yang telah terjadi dapat dipulihkan..??


Segalanya tak mungkin melainkan dengan kuasa Allah semata-mata. Kerana itu kita sering terdengar pujangga berbicara,” Kamu gagal merancang maka kamu merancang untuk gagal.”


Bahkan, kita sebagai umat Islam yang beriman juga semestinya percaya bahawa kita sebagai manusia hanya merancang tetapi Allah yang menentukan segala-galanya..


JAdi,, Jangan biarkan kita terus kehilangan masa dengan penyesalan yang sudah tidak berguna lagi..


Banyakkan amal,tingkatkan level kita di sisi Allah.. muhasabah diri semula.. :-)

pesanan untuk diri ini :-)

Read more...

Tuesday 20 April 2010

Tersenyumlah......


Elia Abu Madhi berkata:


Orang berkata, "Langit selalu berduka dan mendung."
Tapi aku berkata, " Tersenyumlah , cukuplah berduka cita di langit sana."


Orang berkata, "Masa muda telah berlalu dariku."
Tapi aku berkata, "Tersenyumlah , bersedih menyesali masa muda takkan pernah mengembalikannya"


Orang berkata, "Langitku yang ada di dalam jiwa telah membuatku merana dan berduka. Janji-janji telah mengkhianatiku ketika kalbu telah menguasainya. Bagaimana mungkin jiwaku sangggup mengembangkan senyum manisnya Maka,,
akupun berkata,"Tersenyum dan berdendanglah, kala kau membandingkan semua umurmu kan habis untuk merasakan sakitnya.


Orang berkata, "Perdagangan selalu penuh licikan dan penipuan, ia laksana musafir yang akan mati karena diserang rasa haus."
Tapi aku berkata, "Tetaplah tersenyum, karena engkau akan mendapatkan menghilangkan dahagamu. Cukuplah engkau tersenyum, kerana mungkin hausmu akan hilng dengan sendirinya. Maka mengapa kau harus bersedih dengan dosa dan kesusahan orang lain, apatah lagi sehingga engkau seolah-olah yang melakukan dosa dan kesalahan itu?


Orang berkata, "Sekian hari raya telah tiba, tanda-tandanya seakan memerintahkanku membeli pakaian dan anak2 patung. Sedangkan aku mempunya kewajiban bagi teman-teman dan saudara, namun tapak tanganku tak memegang apa-apa pun melainkan hanya satu dirham yg aku ada.
Ku katakan: Tersenyumlah, cukuplah bagi dirimu karena Anda masih hidup, dan engkau tidak kehilangan saudara-saudara dan kerabat yang kau cintai.


Orang berkata, " Malam memberiku minuman 'alqamah tersenyumlah, walaupun kau makan buah 'alqamah,Mungkin saja orang lain yang melihatmu mereka akan berdendang seterusnya membuang semua kesedihan. Berdendanglah Apakah kau merasakan dengan muka yg masam akan memperoleh dirham atau kau merasa rugi karena menampakkan wajah yg berseri?


Saudaraku, tak membahayakan bibirmu jika engkau mencium, juga tak membahayakan jika wajahmu tampak indah berseri.. Tertawalah, sebab meteor-meteor langit juga tertawa, mendung juga tertawa, karenanya juga kita mencintai bintang-bintang di langit.


Orang berkata, "Wajah yg berseri tidak membuat dunia bahagia,, bagi sesiapa yang datang ke dunia dan pergi dengan gumpalan amarah.
Ku katakan, "Tersenyumlah, selama antara kau dan kematian ada jarak sejengkal, setelah itu engkau tidak akan pernah tersenyum."....


-la tahzan-

Read more...

Monday 12 April 2010

PROSEDUR PERMOHONAN KE UNIVERSITI DI JORDAN SESI AKADEMIK 2010/2011

JABATAN PENGAJIAN TINGGI
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
ARAS 1-3, BLOK E9, PARCEL E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62505 PUTRAJAYA


1. Setiap pemohon yang berhasrat untuk mengikuti pengajian di universiti di Jordan di peringkat ijazah pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi seperti berikut:


i. Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh lima (5) Kepujian dalam mata pelajaran berkaitan bagi semua bidang pengajian kecuali perubatan dan pergigian di peringkat SPM;


ii. Bagi program perubatan dan pergigian, pemohon mesti memperoleh lima (5) Kepujian dengan mendapat sekurang-kurangnya 4B atau B (bermula SPM 2009) dalam mata pelajaran Sains dan Matematik di peringkat SPM;


iii. Bagi program pengajian Islam dan Bahasa Arab, pelajar diwajibkan memperoleh pangkat Kepujian di peringkat SPM dalam semua mata pelajaran berikut:

  • Bahasa Arab Tinggi/Komunikasi
  • Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah
  • Pendidikan Syariah Islamiah


2. Tawaran kemasukan ke universiti dijangka diumumkan pada bulan September 2010.



3. Borang permohonan boleh didapati daripada:



Pengarah
Bahagian Hal Ehwal Dan Pembangunan Pelajar (UHEJPM)
Jabatan Pengajian Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Aras 2 Blok E9, Parcel E, Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62505 PUTRAJAYA



4. Setiap permohonan untuk kemasukan ke universiti di Jordan perlu mengemukakan dokumen seperti berikut:


i. Dua (2) salinan Borang KPT/JORDAN/2010 (Borang Permohonan Dan Pendaftaran Pelajar Ke Universiti di Jordan);


ii. Dua (2) sijil terjemahan SPM (Bahasa Arab) yang asal dan dua (2) salinan yang telah disahkan;


iii. Dua (2) terjemahan Sijil Lahir (Bahasa Arab) yang asal dan dua (2) salinan yang telah disahkan;


iv. Terjemahan sijil SPM dan Sijil Lahir dalam bahasa Arab perlu dibuat di Institut Terjemahan Negara Malaysia di alamat berikut:


Institut Terjemahan Negara Malaysia
Wisma ITNM
No. 2, Jalan 2/27E
Wangsa Maju, Seksyen 10
53300 KUALA LUMPUR
Tel. : 03-4149 7210
Faks : 03-4149 1535



v. Terjemahan sijil SPM dan Sijil Lahir perlu disahkan oleh Bahagian Konsular, Kementerian Luar Negeri di alamat berikut:



Ketua Setiausaha
Kementerian Luar Negeri
Bahagian Konsular
Wisma Putra
No.1, Jalan Wisma Putra
Presint 2
62602 PUTRAJAYA
Tel.:03-8887-4159
Faks.: 03-8889-2923



vi. Lima (5) keping gambar warna berukuran pasport;


vii. Tiga (3) salinan pasport Malaysia yang telah disahkan;
(Muka surat yang mengandungi maklumat pelajar);


viii. Dua (2) salinan keputusan SPM yang disahkan;


ix. Dua (2) salinan Kad Pengenalan yang disahkan;


x. Dua (2) salinan pengesahan laporan perubatan; dan


xi. Bayaran pengurusan dan pendaftaran sebanyak USD 40.00 bagi permohonan bidang perubatan ke Jordan University of Science and Technology dan bidang Pengajian Islam. Bayaran hendaklah dibuat melalui bank draf atas nama Director, Malaysian Student Department Jordan.


xii. Kenyataan pengesahan borang yang bersetem


5. Borang-borang KPT/JORDAN/2010 serta dokumen lain yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan ke alamat berikut sebelum atau pada 15 Mei 2010:



Pengarah
Bahagian Hal Ehwal Dan Pembangunan Pelajar (UHEJPM)
Jabatan Pengajian Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Aras 2 Blok E9, Parcel E, Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62505 PUTRAJAYA...




p/s ; kepujian diatas adalah pangkat "A"

jika ada sebarang pertanyaan.. bolehlah meninggalkan maklum balas di komen..


yang benar

-Biro perhubungan luar dan kebajikan Amman-

Read more...

Sunday 11 April 2010

Sahabat atau teman yang macam mana kamu cari???

"Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..."


"Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya". (H.R al-Hakim)


ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.



Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.”


Dalam Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja. Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud).



Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”



Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:


Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.



Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita. Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:



Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.



Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.


Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah dipercayai, dia khianati. Bila telah dicintai, dia dustakan.



Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.



Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.
Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.


Kerana itu agama telah memberi panduan yg cukup lengkap dalam segala selok kehidupan. Satu kesan daripada sifat-sifat takwa (hati yg takut pada Allah), seseorang itu tidak akan menganiayai sahabatnya sendiri dan mempersiakan amanah/kepercayaan yg diberi.



“Sesungguhnya Allah membela orang yang beriman. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap seorang yang khianat, lagi tidak bersyukur.” (Al-Hajj : 38)



Sedaya upaya, pilihlah sahabat yg membimbing jalan ke syurga. Memberi sokongan di dunia, memberi manfaat di akhirat. Tiada manusia yang sempurna dan terlepas dari kesilapan. Tetapi manusia itu punyai hati, perasaan insaf (conscience – sense of right and wrong) dan jalan ikhtiar untuk memperbaiki diri jika berlaku kezaliman. Orang mukmin menyelesaikan masalah atau konflik dengan akhlak yang mulia. Tiada keadilan apabila ‘habis madu sepah dibuang‘. Berusahalah dengan hati yang ikhlas, jika sahabat tidak menghargai diri kita, bertawakkallah & doakan dirinya. Hanya Allah yang akan memberi petunjuk dan pertolongan. Ujian kehidupan di dunia yang fana’ ini akan menapis teman-teman yg benar2 jujur terhadap diri kita.



-gabungan artikel dari sahabat bloger yg laen-

Read more...

Monday 5 April 2010

Betulkah solat itu mencegah diri daripada melakukan kemungkaran???

“Dia solat tapi masih melakukan kemungkaran. Dia solat lima waktu tapi masih tidak menjaga batasan aurat. Kenapa ya?”


Persoalan inilah yang terus bermain di fikiran ana. Kerp kali kita membace atau terbaca dalam buku atau penulisan2 yg mengatakan bahawa ‘Solat mencegah kemungkaran.’ Tapi kenapa ada orang yang solat, tapi masih melakukan perbuatan mungkar? adakah ianya tidak benar??



Sudah tentu Tidak! Itu bukan ayat rekaan . Ana menyemak kembali lembaran suci AL-Quran dan ana bertemu dengan ayat ini.


“Bacalah kitab (Al-Quran) yang telah diwahyukan kepadamu (Muhammad) dan laksanakanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan) keji dan mungkar. Dan (ketahuilah) mengingat ALLAH (solat) itu lebih besar (keutamaannya dari ibadah yang lain). ALLAH mengetahui apa yang kamu kerjakan.” [Al –Ankabut, 45]



Jelaslah bahawa kata-kata itu bukan rekaan kosong tapi adalah firman ALLAH dalam kalamnya. Dengan kekerdilan diri, ana cuba lagi berfikir kenapa masih ada berlaku mungkar pada mereka yang solat. Dan mungkin ana juga tergolong dalam kalangan mereka... mungkin antum juga termasuk dalam golongan mereka yang solat tapi masih melakukan perkara mungkar. Atau mungkin ada dalam golongan keluarga dan rakan ana dan juga antum yang begitu? Atau adakah ALLAH telah menipu kita dengan ayat itu? Nauzubillah!!!! Semoga ALLAH ampunkan dosa kita bersama. Ana terus menyelak, dan ana bertemu pula dengan ayat ini,



“Maka celakalah orang yang solat, (yaitu) orang-orang yang lalai terhadap solatnya.”

[Al-Maun, 4-5]



Mungkin di sini jawapan yang ana cari. Kita selalu menitik beratkan perihal solat. Tapi solat itu bukanlah pada perbuatan sahaja. Solat bukanlah satu perkara remeh yang hanya bergantung sepenuhnya pada perlakuan rukuk dan sujud dan berdiri dan yg lain2. Malangnya, dalam dunia yang serba moden ini ramai yang hanya melakukan solat sekadar mahu memenuhi rukun islam yang kedua itu sahaja.



“Biarlah aku solat lewat pun. Asalkan aku solat.”



“Alamak, dah lewat ni! Solat simple-simple jela. Yang penting solat.”



Frasa ‘asalkan aku solat’ dan ‘yang penting aku solat’ inilah yang mematikan kuasa solat itu. Akhirnya solat itu tidaklah lebih dari sekadar perbuatan-perbuatan kaku yang hanya sia-sia dan memenatkan. Ia tidak lagi menjadi pencegah kemungkaran bagi pelaksananya. Bagaimanakah solat yang dilaksanakan pada saat waktu hampir berakhir (solat gajah) mampu memberi kesan pada pelaksananya?? Dan adalah tidak mungkin bagi mereka yang bersolat dengan pantas tanpa tomakninah mampu merasa kemanisan solat itu sendiri. Lalu solat itu tidaklah mampu menjadi benteng bagi diri kita menghindar dari kemungkaran. Rugilah seorang umat Muhammad yang meringankan solatnya.



Solat bukanlah hanya pergerakan-pergerakan yang mula kita pelajari sejak kecil, yang hanya kita ikut dan amalkan tanpa meletakkan hati kita di dalamnya. Ia adalah satu ibadah yang mendahului ibadah lain dan menjadi perkara pertama yang dihisab. Sabda nabi s.a.w yang juga riwayat at-Tabrani yang memperkatakan perihal solat, yang bermaksud:



“Awal-awal perkara yang dihisab atas hamba pada hari Kiamat ialah solat. Maka sekiranya solat itu elok nescaya eloklah lain-lain amalannya (diterima Allah), dan sekiranya solat itu rosak nescaya rosaklah lain-lain amalannya (ditolak oleh Allah).”



ALLAH juga telah dengan jelas menyuruh kita untuk melaksanakan solat dengan firmannya dalam Surah An-Nisa pada pengakhiran ayat 103 yang bermaksud:


“Sesungguhnya solat itu adalah kewajipan (fardhu) yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman.”



Tapi jika telah difardhukan, bagaimana pula dengan pelaksanaannya? Jangan risau, ALLAH bersifat maha Pengasih dan dia tidak akan membiarkan kita tanpa pedoman. Selain di dalam AL-Quran, telah ALLAH utuskan kekasihNYA Muhammad Bin Abdullah supaya dapat kita contohi gerakan solatnya agar ia diterima ALLAH. Agar solat itu menjadi perisai kita yang terbaik.


“Solatlah kalian sebagaimana kalian melihat aku solat.”

[Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]



Jadi marilah kita semak semula, adakah solat kita menepati ciri-ciri solat Rasulullah SAW. Atau ia hanyalah taklik kita pada buku ‘Mari Belajar Sembahyang’ yang kita baca berpuluh tahun lalu? Dari permulaan mengambil wudhu’ sehinggalah kepada memberi salam, semua caranya telah Rasulullah ajarkan kepada kita untuk kita contohi. Jika kita mampu berusaha mencari buku dan menghafal formula bagi mendapatkan gred ‘A’ dalam peperiksaan, mengapa kita masih berdiam diri dari mencari sumber sahih dan cara terbaik melaksanakan solat bagi memastikan kita turut mendapat gred ‘A’ di mata ALLAH?



Dan sedarkah antum bahawa setiap perbuatan2 dalam solat serta bacaan-bacaan dalam solat adalah yg aula(utama) setiap perbuatan. sebagai contoh selawat ketika duduk tahiyat adalah selawat yg paling mustajab berbanding selawat yg lain. sujud adalah kedudukan yg paling dekat dengan allah. ruku'k pula adalah keadaan yang rasulullah akan lihat di akhirat kelak. salam ketika berakhirnya solat adalah salam kita secara terus(direct) kepada malaikat yg mencatat amalan kita. Bacaan surah al-fatihah adalah Ummul Quran... dan banyak lagi..(boleh rujuk pada buku2 yg menulis tentang kedudukan dalam solat)



Cuma nasihat ana, nilailah semula solat kita. Contohilah sifat solat Rasulullah. Dan tatkala mencari rujukannya, tidak kisahlah daripada buku mahupun vcd atau internet, berpeganglah hanya pada sifat yang didatangkan dengan hadis sahih. Adalah kewajipan kita untuk berpegang pada AL-Quran dan sunnah. Janganlah rasa fanatic terhadap kepercayaan sendiri dan mazhab membutakan hati kita. Dan pada mereka yang mahu berubah, mulakanlah perubahan mu dengan menyempurnakan solat. InsyaALLAH bagi mereka yang sempurna solatnya, maka akan sempurna segala amalannya.



Buanglah frasa ‘asalkan aku solat’ dan ‘yang penting aku solat’ jauh-jauh dari hidup kita. Datangkanlah rasa dari hati dan kehambaan kepada ALLAH pada setiap solat kita. Supaya kita merasakan kemanisannya. Supaya aantum tidak menjadi seperti ana yang dahului pernah meragui firman ALLAH. Nauzubillah!!! Allah tak pernah menipu kita. Hanya kita yang membiarkan diri kita tertipu dengan bisikan syaitan.



Ingatlah, solat itu mencegah kemungkaran! Solatlah kamu dengan rasa pada hatimu, pasti kamu selamat dan merasa bahagia…



muhasabah semula nasihat dan teguran untuk diri ana yg acap kali terlalai...



Nota : Untuk setiap maksud ayat Al-Quran yang tertulis, adalah lebih baik jika antum membuat rujukan semula dalam tafsir Al-Quran supaya dapat melihat ayatnya (dalam bahasa Arab) =)

Read more...

About This Blog

helwa telinga

Tetamu maya

free counters

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP