السلام عليكم...جزاكم الله خيرا جزاء إلى كل من يزور هذا الموقع وأرجو منكم تستفيد وتنتفع بها إذا كانت وجدتها غير مفيدة ولا فائدة لكم فاتركها...أهلا وسهلا إلى بيتي جنتي...قال الله

تعالى: يأيها الذين ءامنوا اتقوا الله حق تقاته ولا تموتنّ إلا وأنتم مسلمون

Wednesday 30 December 2009

kini aku mengingati wanita-wanita itu...

siapakah dia????


Hari ini ana teringat kepada beberapa orang wanita...


Siapakah yang ana teringat itu?


Wanita-wanita ini, ada yang ana kenal sewaktu kecil. Ada pula yang ana kenal masa sekolah rendah. Ada pula yang ana kenal masa sekolah menengah.



Apabila ana dewasa, ana berusaha memeriksa latar belakang perempuan-perempuan ini, dan mengkaji kehidupan mereka. Mudah cerita, ana amat suka dengan wanita-wanita ini sebenarnya. Pada ana, mereka amat bermakna dan lain daripada wanita pada masa kini.




Oleh kerana ana teringat akan mereka, maka ana ingin perkenalkan mereka kepada kalian. wanita-wanita ini, adalah wanita-wanita yang dilupakan. Hari ini, wanita melihat kepada siapa untuk mereka contohi?Hari ini, lelaki akan memilih wanita yang bagaimana untuk dijadikan isteri??Hari ini, ibu bapa akan membesarkan anak perempuan mereka mengikut wanita yang mana?Hari ini, masyarakat akan mengangungkan wanita yang bagaimana?Hari ini, wanita jenis apakah yang dikira sebagai mulia?Hari ini, wanita bagaimanakah yang lelaki puja?



Persoalan ini, antum boleh jawab sendiri di dalam hati, dengan melihat keadaan sekeliling kita. Antum akan melihat satu jawapan yang sama, walau di mana sahaja antum berada. wanita jenis ‘itu’. ‘Itu’ itu antum terjemahkan sendiri dengan pengamatan antum pada keadaan hari ini. Kita lihat hari ini, masyarakat, baik lelaki atau perempuan, orang tua atau anak-anak, telah melupakan sebahagian wanita-wanita agung yang sepatutnya dijadikan contoh, qudwah untuk wanita-wanita seluruh dunia, sepanjang zaman. Sesungguhnya, gambaran-gambaran inilah yang mengusung panji ISLAM dalam kehidupan, seterusnya memuliakan diri mereka dengan kalimah ALLAH SWT.



Maka hari ini, ana nak mengingati semula wanita-wanita yang dilupakan oleh ummah ini. Ramai manusia sudah melupakan Ummul Mukminin Khadijah binti Khuwailid. Dialah yang digelar Afifah Solehah(wanita suci). Seorang wanita yang sanggup berkorban segala kekayaannya untuk membantu dakwah Rasulullah SAW. Dialah yang paling pertama beriman, tanpa meragukan seruan Rasulullah SAW. Dialah wanita, yang menenangkan suaminya yang ketakutan tanpa memperlekehkan. Dialah wanita, yang tegar bertahan susah senang bersama suaminya, sehingga nyawanya ditarik ALLAH SWT. Bayangkan, dia adalah seorang yang kaya raya, hartawan, tetapi sanggup dipulau bersama Rasulullah SAW selama 3 tahun 3 bulan dan makan pucuk kayu sahaja hingga pecah-pecah mulut.



Ramai juga terlupa dengan Fatimah Az-Zahrah binti Rasulullah SAW. Dialah yang bertahan di sisi Rasulullah SAW ketika ayahandanya itu diseksa teruk. Tanpa kecewa, tanpa rasa hendak berputus asa, dia sentiasa membantu ayahandanya yang sering disakiti. Tangannya yang bersih dan suci itulah yang mencuci najis yang dibalingkan ke tubuh ayahandanya. Tangannya yang suci itulah yang membersihkan segala luka ayahandanya. Seorang wanita yang tabah, kuat menempuhi segala dugaan.



Ramai yang telah terlupa akan seorang wanita bernama Asiah. Dia adalah isteri kepada Firaun yang menentang Musa. ALLAH telah menjadikan bicara lembutnya menyelamatkan Musa as dari dibunuh Firaun. ALLAH juga menjadikan dia antara yang beriman dengan seruan Musa as. Malah, ALLAH telah merakamkan namanya di dalam Al-Quran, dan menjanjikan kepadanya syurga atas balasan ketabahannya dalam mengharungi hidup bersama Firaun dan menerima segala seksaannya dalam mengekalkan deen yakni agama ALLAH dalam dirinya.



Ramai pula yang tidak tahu berkenaan Masyitah. Dia adalah tukang penyisir rambut anak Firaun. Beriman kepada Allah SWT dan Nabi Musa, kemudian keimanannya diketahui oleh Firaun. Akhirnya dia bersama suami, serta anaknya yang masih bayi telah dicampakkan ke dalam kuali penuh minyak mendidih. Walaupun nyawa di hujung tanduk, imannya tidak tergadai, malah terjun dengan penuh keyakinan. Masyitah mati syahid mempertahankan imannya dari digadai.



Ramai juga yang telah terlupa kepada Si Suci Mayram, ibu kepada Isa as. Sang Perawan itu menjaga dirinya, mengabdikan diri dalam bilik yang terkunci, ALLAH memuliakannya dengan memilih Zakaria as sebagai penjaga. Maryam yang suci inilah dipilih ALLAH untuk mengandungkan Isa as. Apabila dia melahirkan Isa as dan ditohmah dengan pelbagai dugaan, dia bergantung kepada ALLAH, dan bersangka baik atas segala apa yang berlaku ke atasnya. Akhirnya anaknya Isa as boleh berbicara dan menyeru manusia sedari buaian.



Siapakah yang hendak mencontohi Nusaibah RAH? Ketika Perang Uhud, Nusaibah keluar memberi minum kepada pasukan Muslimin yang kehausan dan merawat mereka yang mendapat luka. Apabila tentera Islam menjadi terdesak dan lari dari medan perang, cuma ada seratus orang sahaja yang tetap bertahan dan Nusaibah adalah salah seorang yang menghunuskan pedang serta memakai perisai bagi melindungi Rasulullah dari diserang musuh. Kesungguhan Nusaibah melindungi Rasulullah begitu hebat, hinggakan Rasulullah berkata, “Aku tidak menoleh ke kiri dan ke kanan kecuali melihat Ummu Imarah (Nusaibah) berperang dihadapanku.”



Ketika itu, anaknya Abdullah luka parah ditikam musuh. Dia mengikat luka anaknya lalu berkata, “Bangun wahai anakku.” Anaknya itu terus bangun dan melawan tentera musuh. Rasulullah yang melihat peristiwa itu bersabda. “Wahai Ummu Imarah, siapakah yang mampu berbuat seperti mana yang engkau lakukan?” Ketika tentera musuh yang menikam anaknya itu menghampiri, Rasulullah berkata kepadanya, “Ini dia orang yang telah melukakan anakmu.” Nusaibah menghampiri orang itu dan menikam betisnya dengan pedang. “Ya, Ummu Imarah! Engkau berjaya membalasnya,” kata Rasulullah sambil tersenyum melihat kesungguhan Nusaibah Hatta Rasulullah SAW pun bersorak untuknya. Siapakah yanng mengingati Ummu Imarah ini?



Siapakah pula yang hendak menjadi seperti Ummu Sulaim? Dia berkahwin dengan Abu Talhah dengan mahar iman. Abu Talhah seorang kafir ketika itu, jatuh hati kepada Ummu Sulaim yang masih muslim. Ummu Sulaim berkata: “Jika hendak mengahwiniku, maka maharnya adalah iman”.Maka islamlah Abu Talhah. Sehingga ada sahabat yang berkata, “Aku belum pernah melihat seorang wanita sama sekali yang lebih mulia maskawinnya dibandingkan dengan mas kawin Ummu Sulaim.” Malah, dia mentarbiyyah suaminya, sehingga suaminya menjadi seorang sahabat yang komited. Siapa yang tidak kenal dengan Abu Talhah? Dialah yang menyambut semua panahan yang ditujukan kepada Rasulullah SAW, pada hari Uhud dengan belakang tubuhnya. Lihatlah bagaiman Ummu Sulaim mentarbiyyah suaminya? Adakah lagi isteri yang sebegitu hari ini?



Siapakah pula yang mengingati isteri kedua Rasulullah SAW? Ummu Salamah. Bagaimana cerdiknya dia, bijaknya dia sehinggakan dia menjadi penasihat yang baik kepada Rasulullah SAW. Ketika peristiwa Perjanjian Hudaibiyyah, apabila Rasulullah mengarahkan semua sahabat sahabatnya menyembelih haiwan dan bercukur rambut, tiada seorang pun yang bangkit menyahut arahannya. Rasulullah SAW hairan, lantas kembali ke khemah, lalu berkata di hadapan Ummu Salamah, “ Kenapakah berlaku begitu?” Ummu Salamah berkata, “ Jangan kau hiraukan mereka, cukurlah rambutmu, dan sembelihlah haiwanmu” Bila Rasulullah SAW melakukan, semua sahabat mengikuti.



Siapakah pula yang hendak mencontohi isteri Rasulullah SAW, Aisyah RA? Ketika peristiwa Hadith Ifki(kisah rekaan) berlaku, menumpahkan fitnah ke atasnya, mengotorkan namanya, dia tetap teguh, yakin kepada ALLAH SWT. Tiada sebentar pun dia bersangka buruk kepada ALLAH SWT bila ditimpa dugaan.



Siapakah pula yang mengingati Asma’ binti Abu Bakr? Dia digelar Zat An-Nitaqain kerana mengoyakkan tali pinggangnya kepada dua untuk membawa makanan kepada Rasulullah SAW dan bapanya Abu Bakr RA ketika persembunyian di Gua Thur. Dialah juga yang dilempang oleh Abu Jahal sehingga tercabut subang di telinganya, kerana tidak mahu memberitahu posisi Rasulullah SAW dan bapanya ketika hijrah. Dialah juga yang mentarbiyyah anaknya, Abdullah Ibn Zubair RA, sehingga menjadi seorang sahabat Rasulullah SAW yang berani.



Siapakah pula yang ingat kepada Khansa? Dia mempunyai empat orang anak. Dia mentarbiyyah empat orang anaknya dengan baik. Apabila mendapat seruan jihad, dihantarnya anaknya yang sulung. Anak sulungnya syahid. Dihantar pula yang kedua. Yang kedua juga syahid. Dihantar pula yang ketiga. Yang ketiga juga syahid. Begitu jugalah juga dia menghantar anaknya yang keempat, dan yang keempat itu pun syahid. Akhirnya dia menangis. Orang berkata, “ Khansa kesedihan kerana kehilangan semua anaknya” Tetapi tahukah kalian apakah jawapannya?“ Diamlah kalian, sesungguhnya aku bersedih kerna aku tidak punya anak lagi untuk dihantar berjihad di jalan ALLAH”



Wahai Wanita hari ini, siapakah antara kamu yang mengingati mereka?


Wahai lelaki hari ini, siapakah antara kamu yang mengenang mereka?



Wahai ummah, hari ini Wanita mana yang kamu puja dan puji? Oh masyarakat, hari ini wanita bagaimana yang kamu sanjungi?



Oh Wanita, hari ini Wanita mana yang kamu ikuti dan contohi?



Oh lelaki, hari ini wanita yang bagaimana kamu gila-gilakan untuk dijadikan isteri?



Siapa?



Sesungguhnya wanita-wanita dalam lipatan sirah ini telah dilupakan.



Mereka sememangnya wanita-wanita yang telah dilupakan.



Sedangkan pada diri mereka, terdapat kemuliaan yang tiada tandingan.



Dan hari ini ana teringatkan perempuan-perempuan itu.


ya allah...... masih adakah wanita-wanita seperti mereka di waktu ini... jika ada kuatkanlah iman mereka... agar mereka tidak terjerumus bersama wanita-wanita yang telah lalai dan hanyut...


Read more...

Monday 28 December 2009

Polis tahan gadis pakai seluar ketat

SEORANG wanita yang menunggang motosikal ditahan kerana memakai seluar ketat di Banda Aceh pada Disember lalu.

BANDA ACEH - Seorang gadis yang hanya dikenali sebagai Yuli berjanji akan memakai pakaian bercirikan keislaman selepas dia ditahan oleh polis pencegah maksiat di sini baru-baru ini.


"Saya berjanji akan membeli pakaian yang lebih bercirikan keislaman," katanya yang ditahan ketika sedang menunggang motosikal.


Dia menunjukkan reaksi kesal semasa ditahan oleh seorang anggota polis lelaki.


Semasa ditahan, dia memakai seluar jean ketat dan blaus yang dianggap tidak mencerminkan pakaian Muslim.


Pasukan polis itu mempunyai 1,500 anggota termasuk 60 wanita.


Dalam operasi yang dilakukan polis itu, sebanyak 18 wanita ditahan kerana memakai pakaian terlalu ketat dan baju yang menunjukkan bentuk tubuh badan mereka.


Seramai tiga lelaki ditahan kerana memakai seluar pendek.


"Kita perlu menghormati undang-undang syariah yang telah diguna pakai oleh pemerintah wilayah dengan menetapkan wanita cuma boleh menunjukkan wajah dan tangan mereka," kata ketua polis maksiat itu, Hali Marzuki.


harian kosmo


dikala banda Aceh boleh melaksanakan undang2 yg sedemikian rupa... mengapa tidak di wilayah kita??

wallahu 'aklam...

Read more...

Thursday 24 December 2009

ketika rasulullah bergurau.....bagaimana kita??



Ramai yang akan menggunakan teknik pembohongan bagi mengenakan seseorang. Bagi sebahagian manusia, mereka menganggap tindakan mereka yang sedemikian adalah sebagai satu jalan keluar kepada kehidupan yang mungkin sarat dengan kekangan, kerja dan dugaan.


“ Salah ke nak bergurau-gurau dengan kawan? rase biase2 je..” Itulah ayat yang keluar jika ditegur.


Saya, tidak kata bergurau itu salah. Yang saya katakan salah di sini adalah pembohongan, atau mengenakan seseorang dengan sesuatu yang mungkin boleh membuatkan dia benci, atau terasa hati.


“ ISLAM ni sempit la, nak bergurau pun tak boleh” Mungkin sebahagian manusia akan merasa sedemikian bila hal ini dibangkitkan.


Benarkah sedemikian?


Tahukah kita bahawa, Rasulullah SAW adalah seorang yang senang bercanda juga?


Bagaimanakah canda baginda?


Antara canda Rasulullah SAW yang masyhur adalah, gurauan baginda dengan seorang wanita tua.


Wanita itu pergi bertemu dengan Rasulullah SAW dan meminta supaya baginda mendoakannya agar masuk ke dalam syurga.


Rasulullah SAW berkata, “ Wahai ibu, tahukah ibu bahawa di dalam syurga nanti tiada perempuan tua?”


Si Wanita yang menyangka bahawa harapannya untuk masuk syurga telah tiada, lantas menangis ketika itu juga. Siapakah yang lebih mengetahui berbanding ALLAH dan RasulNya dalam hal ini? Mendengar kalam sedemikian keluar dari bibir Rasulullah SAW yang mulia, siapa yang tidak bergetar kesedihan hatinya?


Melihat keadaan Si Wanita, Rasulullah SAW tersenyum, lantas bersabda menceritakan bahawa semua orang yang masuk ke syurga akan dijadikan muda semula.


Ada lagi canda Rasulullah SAW, kali ini ada seorang anak kecil yang berusaha untuk memberikan salam kepada baginda terlebih dahulu, memandangkan Rasulullah SAW ini sering memberikan salam kepada orang lain terlebih dahulu. Maka anak kecil itu bersembunyi di balik dinding rumah, tempat Rasulullah SAW akan lalui.


Dalam rancangannya, budak itu ingin memunculkan diri secara mengejut sebaik sahaja Rasulullah SAW melalui tempat itu, dan segera melontarkan salam. Pastinya Rasulullah SAW akan terpintas dari memberi salam terlebih dahulu dalam keadaan terkejut itu.


Sebaik sahaja Rasulullah SAW sampai, budak itu terus keluar secara mengejut dari balik dinding,


“ As…”


“ Assalamu’alaikum” Rasulullah SAW melontarkan salam terlebih dahulu sebelum budak itu sempat memberikan salamnya.


Rasulullah SAW tersenyum, dan anak kecil itu pun menggeleng sendirian. Rasulullah SAW memang yang utama dalam hal ini.


Sahabat-sahabat juga beranda dengan Rasulullah SAW. Pernah satu ketika, seorang sahabat sakit sebelah matanya. Rasulullah SAW menziarahinya dan melihat sahabat itu sedang memakan sejenis tumbuhan. Maka Rasulullah SAW berpesan,


“ Hindarilah tumbuhan itu, kerana ia akan tambah menyakitkan matamu”


Sahabat itu mejawab, “ Aku memakannya dengan mata yang sebelah lagi”


Pernah juga satu ketika, seorang perempuan meminta Rasulullah SAW seekor unta untuk ditungganginya. Rasulullah SAW bersabda,


“ Baiklah, maka aku akan berikan kamu anak unta”


Perempuan itu menyatakan bahawa anak unta tidak akan mampu menampungnya.


Rasulullah SAW tersenyum, “ Tidak, aku tetap akan memberikan kamu anak unta”


Perempuan itu kehairanan. Kemudian ada sahabat yang mencelah,


“ Bukankah semua unta itu anak kepada unta juga?”


Barulah perempuan itu tersedar.


Pernah terjadi satu ketika, betis Abdullah Ibn Mas’ud terselak, lalu sahabat-sahabat yang terlihat betis Abdullah Ibn Mas’ud mempersendakan betisnya yang kecil itu. Rasulullah SAW melarang, dan berkata,


“ Ketahuilah bahawa, betisnya itu lebih berat dari bukit Uhud” Sekaligus menyatakan keutamaan Abdullah ibn Mas’ud.


Rasulullah SAW juga meluangkan masa, bergurau, bercanda, dengan isteri-isterinya, cucu-cucunya, anak-anak kecil, jiran tetangga, para sahabat dan semua masyarakat sekelilingnya. Dia melayani semua manusia dengan penuh kasih sayang dan memberikan mereka hak masing-masing.


Rasulullah SAW sebagai rahmat dan petunjuk kepada seluruh alam, ternyata mempunyai susuk yang humoris juga, sekaligus menunjukkan keluasan ISLAM dan kesyumulan deen ini. Tambahan, jika kita perhatikan, tiada dari satu pun gurauan baginda yang mempunyai unsur pembohongan di dalamnya.


Inilah dia bergurau gaya Rasulullah SAW. Baginda telah menunjukkan kepada kita, bagaimana dengan gurauan pun, kita boleh beribadah kepadaNya.


Orang kata, gurauan itu manisan hidup. Ada juga orang kata, gurauan itu pengerat hubungan kasih sayang antara manusia.


Maka bercandalah, sebagaimana candanya baginda Rasulullah SAW.


Indah, hangat, tenang, menyenangkan.


Semoga hidup kita penuh dengan keceriaan!

Read more...

Sunday 20 December 2009

luangkanlah sedikit masa untuk keluargamu.. :-)


Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu bertanya kepada ayah.....

Anak : Ayah...ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?

Ayah : Hmmm....nak tanya apa?

Anak : Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?

Ayah : Itu bukan urusan kamu, buat apa sebuk-sebuk nak tanya? Si ayah

mula menengking.

Anak : Amin saja nak tahu ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah

sejam di pejabat?

Si anak mula merayu pada ayahnya.

Ayah : 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah ayahnya lagi.

Anak : Oh..20 ringgit..

Amin menundukkan mukanya.

Anak : Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?

Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10ringgit? Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur! Dah pukul berapa nih...!!"

Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit. Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini. Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya.Didapati anaknya masih belum tidur.

"Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni" Si ayah mengeluarkan sekeping duit colour merah.

Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang. "Terima kasih banyaklah ayah!"

Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping note 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal. Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang.

"Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapat duit tu??"

Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya. Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan....."Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari tu.Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit...”

"Tak cukup duit nak beli apa??" Jerkah ayahnya lagi.

"Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit..Nah..ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu.Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah.."

Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya...Dengan rasa hiba..ayahnya terus memeluk Amin dengan seerat-eratnya...

The moral of this story...

Kongsilah cerita ni dengan sesiapa je yg anda suka tapi..yang penting skali, sharelah masa sebanyak 20 ringgit itu bersama2 dgn insan yang anda sayangi.

Ini hanyalah setitis peringatan kepada sesiapa yang bekerja keras sepanjang hidupnya..yang bakal kerja sok lusa... atau sesiapa saja yang selalu sibuk.

Jangan biarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa dinikmati bersama2 dengan mereka2 yang begitu rapat dengan kita & yang sentiasa berada di hati kita.

Bayangkan, bila dah kerja nanti, kalau kita mati, pihak syarikat akan senang2 cari orang lain gantikan kita. Tapi, keluarga, rakan2 yang kita tinggalkan kat dunia ni pasti akan berasa suatu kehilangan sepanjang hidup mereka.

Fikirlah, selama ni apa yang kita dah buat untuk keluarga kita? Untuk insan yang kita sayang?



dipetik dari : www.sodiqatulhasanah.blogspot.com

Read more...

Thursday 17 December 2009

ya allah !!! mengapa aku di Uji dengan ujian ini???

"Kita sering diuji dalam kehidupan kita ini. Namun tahukah mengapa kita diuji. Manusia diuji oleh ALLAH untuk mendidik jiwa mereka agar tabah dalam menghadapi setiap dugaan yang mendatang. Manusia pula menguji untuk mengetahui sejauh mana kekuatan atau kebolehan mereka terhadap sesuatu perkara. Mari kita sama-sama renungkan ayat yang telah Allah turunkan tentang ujian dalam kehidupan kita sebagai hambaNYA..agar bertambah ketaqwaan dan keimanan kita...


Kenapa AKU DIUJI?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3


Kenapa AKU TAK DAPAT APA yang AKU IDAM-IDAMKAN?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216


Kenapa UJIAN SEBERAT INI?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286


rasa FRUST dan tak puas hati??

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." - Surah Al-Imran ayat 139


BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan
kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45


APA YANG AKU DAPAT daripada SEMUA INI?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dr orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129


AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
"... ..dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
-Surah Yusuf ayat 12

wallahu 'aklam.... mari same2 muhasabah diri...

Read more...

Tuesday 15 December 2009

Fahaman anti-tuhan (Atheist)

Dalam proses membina keutuhan kerohanian bagi meningkatkan kualiti Insaniah untuk melayakkan manusia berstatus hamba Allah dan khalifah di bumi, perhatian perlu sekali diberi kepada gangguan-gangguan dalam proses tersebut menerusi pengetahuan yang mendalam mengenai gangguan tersebut untuk dielakkan atau dimusnahkan. Jika ia telah menetap dihati, ia sebagai tompkan-tompokan hitam yang mesti dikikis dari hati itu, supaya hati dapat digilapkan.


Halangan yang terbesar ialah halangan kufur. Disisni akan dihuraikan secara lebih terperinci mengikut susunan keutamaannya. Senarai teratas dalam senarai kekufuran ialah kekufuran Ilhad dan ingkar iaitu kekufuran yang terbit dari sikap anti tuhan, Atheis dan tidak mengakui adanya tuhan. Justeru tidak percaya adanya tuhan, maka mereka tidak dapat menghayati kepercayaan-kepercayaan yang lain yang berbangkit darinya. Mereka tidak percaya adanya kitab-kitab Allah, rasul-rasul, hari akhirat dan kepercayaan-kepercayaan lain yang dibawa oleh para rasul yang diutus oleh Allah s.w.t. Kepercayaan dan keyakinan mereka ada disebutkan dalam surah Al-Ana’am ayat 22 yang bermaksud:
“Tidak ada kehidupan selain dari kehidupan kami didunia dan kami tidak akan dibangkitkan kembali”


Ini adalah keadaan hati para materialistik setiap zaman dan diatas asas inilah tertegaknya fahaman komunis pada zaman kita dan kaum mulhid di zaman lampau. Terdapat pula golongan lain selain dari komunis yang menganut kepercayaan anti tuhan pada umumnya diistilahkan sebagai Atheis, walaupun mereka tidak menganut fahaman komunis.


Bagi golongan komunis, mereka bukan sekadar anti tuhan, tetapi anti agama. Menurut mereka adanya benda berpunca dari benda. Agama bagi mereka adalah sesuatu yang karut, sebagaimana tuhan itu sesuatu yang dongeng. Setiap golongan Atheis percaya bahawa bukanlah tuhan yang mencipta manusia dan alam, tetapi manusialah yang mencipta tuhan.


Terdapat golongan Atheis yang tidak percaya adanya tuhan tertapi tidak menolak agama. Walaupun demikian agama bagi mereka adalah daripada realiti kemanusiaan. Menurut Karen Amstrong, Homo Sapiens adalah juga Homo Religious. Lelaki dan perempuan mula menyembah tuhan seawal mereka dikenali sebagai manusia. Mereka mencipta agama semasa dengan mereka mencipta kerja-kerja seni (Karen Amstrong - xix 1993).


Kepercayaan anti tuhan adalah kekufuran terbesar dan paling dahsyat. Kesesatan ini berada dikemuncaknya. Allah s.w.t. berfirman didalam surah An-Nisa’ ayat 136 yang bermaksud:
“Sesiapa yang kufur terhadap Allah, MalaikatNya, KitabNya, RasulNya dan Hari Qiamat, maka ia telah sesat sejauh-jauhnya”


Kufur yang dibawah dari kufur yang berasaskan kufur anti tuhan ialah kufur syirik seperti kemusyrikan arab jahiliyah. Kufur ini diamalkan kebanyakannya oleh penyembah berhala. Mereka beriman kepada adanya tuhan yang mencipta alam semesta, menentukan hidup dan mati dan kepadanya bergantung semua yang ada didalam alam ini dari urusan rezeki dan lain-lainnya. Pendekata mereka beriman kepada tuhan dari segi Rububiah dan ketuhananNya. Tetapi mereka meyekutukan tuhan dari aspek dari segi Uluhiah atau peribadatan. Mereka beribadah kepada tuhan bersama dengan beribadah kepada yang lain daripadanya atau mereka tidak beribadah kepada tuhan, tetapi mereka mengambil dewa-dewa mereka sebagai sembahan selain dari tuhan sebagai objek untuk diibadahkan.


Mengenai kekufuran syirik ini Al-Quran menyebut bahawa mereka mempercayai adanya Allah. Allah berfirman dalam surah Al-Zukhruf ayat 9 yang bermaksud:
“Jika engkau menanyakan mereka siapa yang mencipta langit dan bumi, nescaya mereka akan berkata, yang menciptakannya ialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui”


Meskipun mereka beriman kepada Allah tetapi mereka tidak beribadah kepada Allah dan tidak menyembahnya. Sebaliknya merak menyembah pokok-pokok, binatang-binatang, berhala-berhala mengikut khayalan mereka dan berbagai objek yang lain. Alasan mereka seperti yang disebutkan dalam Al-Quran, surah Al-Zumar ayat 3 yang bermaksud:
“Kami tidak menyembah mereka melainkan untuk mendekatkan kami kepada Allah yang jauh”


Tetapi pada hakikatnya, mereka menyembah dan beribadah kepada yang yang lain daripada Allah yang tidak berkuasa mendatangkan kepada mereka apa-apa manfaat dan mudarat dan mereka berkeyakinan objek yang mereka sembah itu boleh memberi syafaat atau bantuan disisi Allah s.w.t. Allah berfirman dalam surah Yunus ayat 18 yang bermaksud:
“Mereka beribadah kepada yang lain dari Allah yang tidak berkuasa memberi mudarat dan manfaat kepada mereka dan mereka berkata, mereka itu (objek-objek yang disembah itu) pemberi-pemberi bantuan kepada kami disisi Allah s.w.t.”


Kefahaman syirik didokong oleh berbagai-bagai agama penyembah berhala seperti agama orang-orang jahiliyah Arab, Majusi, Hindu, Buddha dan lain-lain.


Seperti yang telah disebutkan sebelum ini, syirik adalah pemikiran keanak-anakan dan kebodohan yang jelas dan nyata. Bagaimanapun kekufuran dalam bentuk ini dianuti oleh bermilion manusia dibenua Afrika dan Asia. Inilah kekufuran yang paling ramai dianuti dan pengikutnya. Antara hampir satu billion manusia di China, berjuta-juta di India Kambodia, Burma, Jepun dan lain-lain.


Kekufuran yang lebih ringan daripada kekufuran syirik ialah kekufuran Ahlul Kitab, iaitu pengikut nabi-nabi dan rasul-rasul tedahulu yang telah menyimpang dan menyeleweng daripada ajaran sebenar nabi-nabi dan rasul-rasul itu. Sebahagian mereka telah menyeleweng sehingga termasuk kedalam golongan syirik. Sebahagian mereka yang masih berpegang kepada tauhid dari segi kepercayaan ketuhanan, tetapi konsep tauhid itu sendiri tidak lagi jelas dan mereka menolak ajaran nabi Muhammad s.a.w. yang mengajak mereka kembali kepada ajaran tauhid yang sebenar. Ahlul Kitab terdiri dari orang-orang Yahudi dan Kristian. Kekufuran mereka dalah dari segi penolakan terhadap ajaran yang dibawa oleh nabi Muhammad s.a.w. dan mengingkari kerasulannya serta menolak Al-Quran sebagai wahyu yang diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w.


Dunia Kristian adalah luas, terdiri daripadabenua Eropah barat dan timur, Australia, sebahagian dari Asia, Amerika Utara dan Selatan, sebahagian Afrika dan terdapat pula penganut-pengannut Kristian dimerata-merata tempat, termasuk dinegara-negara yang tergolong dalam dunia Islam.


Penduduk di dunia Kristian ini pada umumnya percayakan adanya tuhan. Tunjauan yang dibuat baru-baru ini menunjukkan bahawa sembilan puluh peratus (90%) penduduk Amerika berkata bahawa mereka percaya kepada tuhan (Amstrong, 1993:xxii), tetapi tidak dapat dipastikan persepsi mereka mengenal tuhan, samada berasaskan triniti seperti yang dianjurkan oleh gereja atau mempunyai persepsi sendiri mengenai tuhan. Bagaimanapun, fenomena keugamaan di barat menunjukkan bahawa mereka tidak lagi beriltizam dengan agama Kristian versi gereja Katholik atau Protestan, walaupun mereka masih menganggap diri mereka beragama Kristian. Banyak gereja dibarat telah ditutup atau dijual, kerana tiada lagi kegiatan ibadat atau apa-apa kegiatan agama yang dijalankan digereja-gereja tersebut dan terbiar menjadi bangunan usang.


Konsep triniti adalah tanggapan yang bersifat syirik, walaupun masih dikatakan tauhid oleh oleh pendita-pendita Kristian. Tetapi dakwaan bahawa triniti masih mengekalkan hakikat tauhid sukar dijelaskan oleh mereka.


Triniti dikalangan pengikut ajaran Kristian dizaman Rasulullah s.a.w. telah dijelaskan didalam Al-Quran. Mereka menjadikan Isa sebagai tuhan selain daripada Allah, Isa dipercayai oleh mereka sebagai anak Allah sebagaimana Uzair dijadikan oleh orang-orang Yahudi sebagai anak Allah. Di dalam risalah-risalah dakwah Kristian, tumpuan banyak diberikan kepada Yesus iaitu Yesus sebagai penyelamat dan keyakinan kepada Yesus. Tumpuan tidak sangat diberikan tuhan bapa, tetapi kepada tuhan anak. Penyelewengan kepada hakikat tauhid adalah jelas apabila dikaji daripada risalah-risalah dakyah Kristian. Ini bermakna pada umumnya, kepercayaan ketuhanan didalam kepercayaan Kristianisasi, berpegang kepada asas yang sama iaitu triniti, dari zaman dahulu hingga sekarang, walaupun penjelasan mungkin berubah-ubah disetiap zaman.


Sebenarnya, akidah Kristian telah dimasuki dan dipengaruhi oleh pelbagai pengaruh luar terutama pengaruh kepercayaan keberhalaan peninggalan tamadun Romawi dan juga tafsiran-tafsiran berbagai falsafah dan fahaman antropomorphism yang menyerupakan Allah sama sebagai manusia.


Tetapi dalam penyelewengan tauhid orang-orang Yahudi, keadaan agak berbeza, kerana tidak banyak pengaruh. Pengaruh luaran di dalam penyelwengan itu agak terbatas dibandingkan dengan keadaan yang terjadi didalam agama Kristian. Penyelewengan terjadi daripada tafsiran pendeta-pendeta mereka sendiri.


Walaupun orang-orang Yahudi dan Kristian atau Nasrani terjebak dalam kekufuran, tetapi kedudukan mereka hampir dengan orang-orang Islam, kerana mreka masih mempercayai keesaan tuhan, masih yakin dengan ajaran-ajaran agama yang dibawa oleh rasul-rasul yang diutus oleh tuhan dan beriman kepada hari Akhirat.


Kekufuran mereka disebabkan mereka tidak menerima pembetulan terhadap penyelewengan daripada akidah tauhid yang sebenar yang dibawa oleh utusan Allah yang terakhir iaitu nabi Muhammad s.a.w. Ini dapat dilihat daripada sikap orang-orang Yahudi dizaman Rasulullah s.a.w. Walaupun keterangan mengenai nabi yang terakhir itu adalah jelas sepertimana yang tercatit dalam kitab-kitab mereka, tetapi mereka menolak kerasulan nabi Muhammad itu kerana fanatik perkauman dan kerana angkuh kepada kedudukan bangsa mereka. Mereka tidak bersedia menerima pembaharuan dan pembetulan atas agama yang mereka anuti yang telah terpesong daripada ajaran nabi Musa alaihissalam. Mereka tidak menerima hakikat bahawa risalah nabi Musa alaihissalam itu telah digantikan dengan risalah nabi Muhammad s.a.w. Kekufuran mereka jauh lebih ringan daripada kekufuran golongan anti tuhan dan golongan musyrikin.


oleh: Haji Mohammad Nakhaei Ahmad

Read more...

Monday 7 December 2009

Ibuku Seorang "PEMBOHONG"..???


Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.


Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : ""Makanlah nak ibu tak lapar." – PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.


Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu lapangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu, ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih melekat di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu... Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.


Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.


Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" – PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.


Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah da semakin susah.. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki." –PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.


Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.


Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak boleh tinggal di negara orang." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.


Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit, ibu sihat.. ibu akan kembali tak lama lagi..." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali. dan itulah pembohongan

itulah..kasih dan sayang seorang ibu kepada anak2nya... bagaimana pula kasih anak kepada ibunya??? pembohongan yg bagaimanakah yg anak2 balas kepada ibunya.. maka marilah muhasabah bersama2..

wallahu 'aklam...

Read more...

Friday 4 December 2009

Yakinilah Bahawa Anda Tetap Mulia Bersama Para Penerima Cobaan!!!

Khas untuk sahabat....


Tengoklah kanan kiri, tidakkah Anda menyaksikan betapa banyaknya orang yang sedang menerima cobaan, dan betapa banyaknya orang yang sedang tertimpa bencana? pergilah di setiap rumah pasti ada yang merintih, dan setiap pipi pasti pernah basah oleh air mata.


Sungguh, betapa banyaknya penderitaan yang terjadi, dan betapa banyak pula orang-orang yang sabar menghadapinya. Maka Anda bukan hanya satu-satunya orang yang mendapat cobaan. Bahkan, mungkin saja penderitaan atau cobaan Anda tidak seberapa bila dibandingkan dengan cobaan orang lain. Berapa banyak di dunia ini orang yang terbaring sakit di atas tilam selama bertahun-tahun dan hanya mampu membolak-balikkan badannya, lalu merintih kesakitan dan menjerit menahan kepedihan.


Berapa banyak orang tua yang harus kehilangan anak kesayangannya, baik
yang masih kecil, atau yang sudah remaja dan penuh harapan. Betapa banyaknya di dunia ini orang yang menderita, mendapat ujian dan cobaan, belum lagi mereka yang harus setiap saat menahan keperitan hidup.


Kini, sudah tiba waktu Anda untuk memandang diri Anda mulia bersama mereka yang terkena musibah dan mendapat cobaan. Sudah tiba pula waktu Anda untuk menyadari bahawasanya kehidupan di dunia ini merupakan penjara bagi orang-orang mukmin dan tempat kesusahan dan cobaan. Di pagi hari, istana-istana kehidupan penuh sesak dengan penghuninya, namun menjelang senja istana-istana itu runtuh menjadi
debu. Mungkin saat ini kekuatan masih kuat, badan masih sihat, harta melimpah, dan keturunan banyak jumlahnya. Namun dalam hitungan hari saja semuanya boleh berubah:jatuh miskin, kematian datang secara tiba-tiba,perpisahan yang tak boleh dihindarkan, dan sakit yang tiba-tiba menyerang.

{Dan, telah nyata bagimu bagaimana Kami berbuat terhadap mereka dan telah Kami berikan kepadamu beberapa perumpamaan.} (QS. Ibrahim: 45)


Sebaiknya Anda mempersiapkan diri sebagaimana kesiapan seekor unta berpengalaman yang akan mengiringi Anda menyeberangi padang sahara. Bandingkan penderitaan Anda dengan penderitaan orang-orang di sekitar Anda dan orang-orang sebelum Anda, niscaya Anda akan sedar bahwa Anda sebenarnya lebih beruntung dibanding mereka. Bahkan, Anda akan merasakan bahawa penderitaan Anda itu hanyalah duri-duri kecil yang tak ada ertinya. Maka, panjatkan segala pujian kepada Allah atas semua kebaikan-Nya itu, bersyukurlah kepada-Nya atas semua yang diberikan kepada Anda, bersabarlah atas semua yang diambil-Nya, dan yakinilah kemuliaan Anda bersama orang-orang menderita di sekitar Anda.


Banyak suri tauladan Rasulullah s.a.w. yang perlu Anda contohi. Pertama, baginda pernah dilempar najis unta oleh orang-orang kafir Makkah, kedua kakinya dicederai dan wajahnya mereka lukai. Dikepung dan dipulau dalam untuk beberapa lama hingga baginda hanya dapat makan dedaunan, diusir dari Makkah, dipukul gerahamnya sehingga retak, tujuh puluh sahabatnya terbunuh, dan bnyak lagi..Bahkan, kerana terlalu lapar, beliau pernah mengikatkan batu di perutnya untuk menahan lapar.


Sebelum itu, Nabi Zakariya dibunuh oleh kaumnya, Nabi Musa diusir dan dikejar oleh firaun, dan nabi Ibrahim dibakar hidup-hidup. Cobaan-cobaan itu juga menimpa para khalifah dan pemimpin kita; Umar r.a. dilumuri dengan darahnya sendiri, Uthman dibunuh diam-diam, dan Ali ditikam dari belakang. Dan masih banyak lagi.. sepertimana dalam firman allah yg telah termaktub..

{Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang'orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan).} (QS. Al-Baqarah: 214)

Read more...

Wednesday 2 December 2009

Biarkan Masa Depan Datang Sendiri

{Telah pasti datangnya ketetapan Allah, maka janganlah kamu meminta agar disegerakan (datang)nya.} (QS. An-Nahl: 1)


Jangan pernah mendahului sesuatu yang belum terjadi!!! Apakah Anda mahu mengeluarkan kandungan sebelum waktunya dilAhirkan, atau memetik buah-buahan sebelum masak?? Hari esok adalah sesuatu yang belum nyata dan dapat dirasa, belum berwujud, dan tidak memiliki rasa dan warna.

Jika demikian, mengapa kita harus menyibukkan diri dengan hari esok, mencemaskan keburukan-keburukan yang mungkin akan terjadi padanya, memikirkan kejadian-kejadian yang akan menimpanya, dan meramalkan bencana-bencana yang bakal ada di dalamnya?? Bukankah kita juga tidak tahu apakah kita akan bertemu dengannya atau tidak, dan apakah hari esok kita itu akan ada kesenangan atau kesedihan?? Yang jelas, hari esok masih ada dalam alam gaib dan belum turun ke bumi. Maka, tidak seharusnya kita menyeberangi sebuah jambatan sebelum sampai di atasnya. Sebab, siapa yang tahu bahawa kita akan sampai atau tidak pada jambatan itu. Bolehjadi kita akan terhenti sebelum sampai ke jambatan itu, atau mungkin pula jambatan itu hanyut dibawa arus terlebih dahulu sebelum kita sampai di atasnya. Dan bolehjadi pula, kita akan sampai pada jambatan itu dan kemudian menyeberanginya.


Dalam syariat, memberi kesempatan kepada fikiran untuk memikirkan masa depan dan meneka alam ghaib, dan kemudian terhanyut dalam angan-angan yang baru di fikirkan darinya, adalah sesuatu yang tidak dibenarkan. kerana, hal itu termasuk thulul amal (angan-angan yang terlalu jauh). Secara jelasnya, tindakan itu pun tak masuk akal, kerana sama halnya dengan berusaha melawan bayang-bayang. Namun realitinya, kebanyakan manusia di dunia ini,banyak yang termakan oleh ramalan-ramalan tentang kelaparan, kemiskinan,dan wabak penyakit yang khabarnya akan menimpa mereka. Padahal, semua itu hanyalah bahagian daripada bisikan syaitan.

{Syaitan menjanjikan (menakut-nakuti) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (kikir), sedang Allah menjanjikan untukmu ampunan daripada-Nya dan karunianya} (QS. Al-Baqarah: 268)


Mereka yang menangis sedih menatap masa depan adalah yang menyangka diri mereka akan hidup kelaparan, menderita sakit selama setahun, dan memperkirakan umur dunia ini tinggal seratus tahun lagi. Padahal, orang yang sedar bahawa usia hidupnya berada di 'genggaman yang lain'(ALLAH) tentu tidak akan menggadaikannya untuk sesuatu yang tidak ada. Dan orang yang tidak tahu bila akan mati, tentu salah besar bila sahaja
menyibukkan diri dengan sesuatu yang belum ada dan tak wujud. Biarkan hari esok itu datang dengan sendirinya. Jangan pernah menanyakan khabar beritanya.. kerana, hari ini Anda sudah sangat sibuk.

Jika Anda hairan, maka lebih menghairankan lagi orang-orang yang berani menebus kesedihan suatu masa yang belum tentu matahari terbit di dalamnya dengan bersedih pada hari ini. Oleh karena itu, hindarilah angan-angan yang berlebihan...

Read more...

Monday 30 November 2009

Aku hanya akan hidup hari ini......

Jika kamu berada di pagi hari, janganlah menunggu petang hari tiba. Hari inilah yang akan Anda jalani, bukan hari semalam yang telah berlalu dengan segala kebaikan dan keburukannya, dan juga bukan esok hari yang belum tentu datang. Hari yang saat ini mataharinya menyinari Anda, dan siangnya menyapa Anda inilah hari Anda.


Umur Anda, mungkin tinggal hari ini. Maka, anggaplah masa hidup Anda hanya hari ini, atau seakan-akan Anda dllahirkan hari ini dan akan mati hari ini juga. Dengan begitu, hidup Anda tak akan tercampur -baur diantara gumpalan keresahan, kesedihan dan duka masa lalu dengan bayangan masa depan yang penuh ketidakpastian dan acapkali menakutkan. Pada hari ini pula, sebaiknya Anda mencurahkan seluruh perhatian, kepedulian dan kerja keras. Dan pada hari inilah, Anda harus bertekad mempersembahkan kualiti solat yang paling khusyu', bacaan al-Qur'an yang sarat tadabbur, dzikir dengan sepenuh hati, keseimbangan dalam segala hal, keindahan dalam akhlak, kerelaan dengan semua yang Allah berikan, perhatian terhadap keadaan sekitar, perhatian terhadap kesehatan jiwa dan raga, serta perbuatan baik terhadap sesama.


Pada hari dimana Anda hidup saat inilah sebaiknya Anda membagi waktu dengan bijak. Jadikanlah setiap minitnya laksana ribuan tahun dan setiap detiknya laksana ratusan bulan. Tanamlah kebaikan sebanyak-banyaknya pada hari ini. Dan, persembahkanlah sesuatu yang paling indah untuk hari ini. Beristighfarlah atas semua dosa, ingatlah selalu kepada-Nya, bersiap-siaplah untuk sebuah perjalanan menuju alam keabadian, dan nikmatilah hari ini dengan segala kesenangan dan kebahagiaan!!! Terimalah rezeki, isteri, suami, anak-anak, tugas-tugas, rumah, ilmu, dan Jawatan Anda hari ini dengan penuh keridhoan.

{Maka berpegangteguhlah dengan apa yang Aku berikan kepadamu dan hendaklah kamu termasuk orang yang bersyukur.} (QS. Al-A'raf: 144)

Hiduplah hari ini tanpa kesedihan, kegalauan, kemarahan, kedengkian dan kebencian. Jangan lupa, hendaklah Anda pahatkan pada dinding hati Anda satu kalimah (bila perlu Anda tulis pula di atas meja kerja Anda): Harimu adalah hari ini. Yakni, bila hari ini Anda dapat memakan nasi yang hangat dan harum baunya, maka adakah nasi basi yang telah Anda makan semalam atau nasi hangat esok hari (yang belum tentu ada) itu akan merugikan Anda???


Jika Anda dapat minum air jernih dan segar hari ini, maka mengapa Anda harus bersedih atas air masin yang Anda minum semalam, atau merasa risau untuk air masam dan panas esok hari yang belum tentu terjadi???? Jika Anda percaya pada diri sendiri, dengan semangat dan tekad yang kuat Anda, maka akan dapat menundukkan diri untuk berpegang pada prinsip: ""aku hanya akan hidup hari ini. Prinsip inilah yang akan menyibukkan diri Anda setiap detik untuk selalu memperbaiki keadaan, mengembangkan semua potensi, dan mensucikan setiap amalan. Dan itu, akan membuat Anda berkata dalam hati, "Hanya hari ini aku berkesempatan untuk mengatakan yang baik-baik saja. Tak berucap kotor yang menjijikkan, tidak akan pernah mencela, mengherdik dan juga membicarakan keburukan orang lain. Hanya hari ini aku berkesempatan membersihkan rumah dan pejabat agar tidak berserabut dan tidak teratur. Dan kerana hanya ini saja aku akan hidup, maka aku akan memperhatikan kebersihan tubuhku, kerapian penampilanku, kebaikan tutur kata dan tindak tandukku.


"Karena hanya akan hidup hari ini, maka aku akan berusaha sekuat tenaga untuk taat kepada Rabb, mengerjakan solat sesempurna mungkin, membekali diri dengan solat-solat sunah, berpegang teguh pada al-Qur'an, mengkaji dan mencatat segala yang bermanfaat. Aku hanya akan hidup hari ini, karenanya aku akan menanam dalam hatiku semua nilai keutamaan dan mencabut darinya pohon-pohon kejahatan berikut ranting-rantingnya yang berduri, baik sifat takabur, ujub, riya', dan buruk sangka.


Hanya hari ini aku akan dapat menghirup udara kehidupan, maka aku akan berbuat baik kepada orang lain dan mengulurkan tangan kepada siapapun. Aku akan menjenguk mereka yang sakit, mengantarkan jenazah, menunjukkan jalan yang benar bagi yang tersesat, memberi makan orang kelaparan, menolong orang yang sedang kesulitan, membantu yang orang dizalimi, meringankan penderitaan orang yang lemah, mengasihi mereka yang menderita, menghormati orang-orang alim, menyayangi anak kecil, dan berbakti kepada orang tua.


Aku hanya akan hidup hari ini, maka aku akan mengucapkan, "Wahaimasa lalu yang telah berlalu dan selesai, tenggelamlah seperti mataharimu. Aku tak akan pernah menangisi kepergianmu, dan kamu tidak akan pernah melihatku termenung sedetik pun untuk mengingatmu. Kamu telah meninggalkan kami semua, pergi dan tak pernah kembali lagi."Wahai masa depan, engkau masih dalam keghaiban. Maka, aku tidak akan pernah bermain dengan khayalan dan menjual diri hanya untuk sebuah dugaan. Aku pun tak bakal memburu sesuatu yang belum tentu ada, kerana esok hari mungkin tak ada sesuatu. Esok hari adalah sesuatu yang belum diciptakan dan tidak ada satu pun darinya yang dapat disebutkan.


"Hari ini milik Anda", adalah ungkapan yang paling indah dalam "kamus kebahagiaan". Kamus bagi mereka yang menginginkan kehidupan yang paling indah dan menyenangkan.

Read more...

Sunday 29 November 2009

Dikala Allah menciptakan Nafsu.......

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud :

"Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T.

kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :

"Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik. Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud :

"Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."



Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."



Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau." Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."



Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa. Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

Read more...

Tuesday 24 November 2009

Izinkan abang kawin seorang lagi...???


assalamualaikum... salam keatas antum semua... post kali ini... adalah maklum balas keatas posted ana yg bertajuk "AKU yang beristeri 4 dan sebaliknya"... bukan apa... kerana ada pembace yang terkejut kerana ana postkan sesuatu yg begitu iaitu beliau merujuk kepada isteri 4.. walhalnya.. beliau belum membacenye.. apakah disebalik tajuk itu... maka ana pun terima satu link dari beliau.. berbentuk artikel mengenai perkahwinan... namun tidak mengapalah.. ana slowtalk dengan beliau.. usahlah pandang pada tajuk sahaja... bacelah.. ade tersirat disebalik yg tersurat...didalam tajuk "aku yg beristeri 4 dan sebaliknya"...

jadi post pada kali ini....kiasan kepada post yg lalu...selamat membace.. :-)

"sayang, izinkan abg kawin satu lagi?"

Jannah yang sedang melipat kain,terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak.
Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Soleh Mukmin, kemudian tersenyum.

Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Nur, Ain, dan Khadrah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Ahmad dan fauzan.

Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Soleh Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Jannah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

´Kau mampu Soleh, dengan gaji kau. Aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga,´ sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Jannah.

´Abang Soleh, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis,´ masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.

Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak..
Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.

´Abang , Jannah setuju dengan permintaan abang. Tapi, Jannah nak berjumpa dengan wanita tu,´ Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya.

Dia tahu, Jannah bukan seorang yang panas baran. Jannah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

´Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Jannah selama 1 hari saja, boleh?´ pelik benar permintaan isterinya.

Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.

Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Jannah.

´Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri abang,´ terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau.
´Kak Jannah yang minta,´ masih lembut dia memujuk Qis.
´Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?´
´Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!´ terkejut Soleh Mukmin.
´Percayalah Qis, Jannah bukan macam tu orangnya. abang dah lama hidup dengannya. abang faham,´

Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina.

Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.
Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Jannah. Sedangkan dia diminta oleh Jannah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Jannah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Soleh Mukmin yang dulu. Soleh Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Soleh Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya.
Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Jannah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Jannah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Jannah.

breast breast... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya.

´Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik untuk abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Jannah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama abang,´

Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

Kepada:
Soleh Mukmin,
Suami yang tersayang...

soleh Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,
Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu.

abang yang dikasihi,
Genap seminggu sesi temuduga yang Jannah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana abang membawakan Jannah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Jannah kemukakan penilaian Jannah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Jannah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Jannah sayangkan abang. Jannah tak sanggup abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi abang nak menggalas dosa org lain. Jannah sayangkan abang...

2. Jannah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Jannah sayangkan abang. Aliyah tahu selera abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Jannah kalau-kalau selera abang sudah berubah. Tapi, Jannah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. kasihan nanti, tak makan lah pula anak-anak kita. Jannah sayangkan abang...

3. Jannah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Jannah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat abang yang lahir, jadinya Jannah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak abang nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Jannah sayangkan abang...

abang yang disayangi,
Cukuplah rasanya penilaian Jannah. Kalau diungkap satu persatu, Jannah tak terdaya. abang lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan abang mengenalinya lebih dari Jannah mengenalinya.

abang yang dicintai,
Di dalam sampul ini ada boring keizinan berpoligami. Telah siap Jannah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak . Jika munajat abang di Masjid Putra
mengiayakan tindakan abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di sawarak. Menunggu abang... Jannah sayangkan abang... Tetapi jika abang merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Jannah... Jannah sayangkan abang.

Tetapi, jika abang merasakan Jannah adalah isteri yang hebat untuk abang.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Jannah bawakan sarapan kegemaran abang, roti canai.. air tangan Jannah.

Salam sayang,
Nur Jannah binti Abdullah

Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Nur Jannah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!
Benar, tiada isteri sehebat Jannah isterinya!!! !!

Read more...

Monday 23 November 2009

Seorang anak membangkangi perintah ayahnya...


Ketika Rasulullah S.A.W memanggil kaum Muslimin yang mampu berperang untuk terjun ke gelanggang perang Badar, terjadi dialog menarik antara Saad bin Khaitsamah dengan ayahnya yakni Khaitsamah. Dalam masa-masa itu panggilan seperti itu tidak terlalu menghairankan. Kaum Muslimin sudah tidak merasa asing bila dipanggil untuk membela agama Allah dan jihad fisabilillah. Sebab itu Khaitsamah berkata kepada anaknya, "Wahai anakku, aku akan keluar untuk berperang dan kau tinggal di rumah menjaga wanita dan anak-anak."

"Wahai ayahku, demi Allah janganlah berbuat seperti itu, kerana keinginanku untuk memerangi mereka lebih besar daripada keinginanmu. Engkau telah berkepentingan untuk tinggal di rumah, maka izinkanlah aku keluar dan tinggallah engkau di sini, wahai ayahku."



Khaitsamah marah dan berkata kepada anaknya, "Kau membangkang dan tidak mentaati perintahku."

Saad menjawab, "Allah mewajibkan aku berjihad dan Rasulullah memanggilku untuk berangkat berperang. Sedangkan engkau meminta sesuatu yang lain padaku, sehingga bagaimana engkau rela melihat aku taat padamu tetapi aku menentang Allah dan Rasulullah."

Maka Khaitsamah berkata, "Wahai anakku, apabila ada antara kita harus ada yang berangkat satu orang baik kau mahupun aku, maka dahulukan aku untuk berangkat."

Saad menjawab, " Demi Allah wahai ayahku, kalau bukan masalah syurga, maka aku akan mendahulukanmu."



Khaitsamah tidak rela kecuali melalui undian antara dia dan anaknya sehingga terasa lebih adil. Hasil undian menunjukkan bahawa Saadlah yang harus turun ke medan perang. Dia pun turun ke medan Badar dan mati syahid.

Setelah itu Khaitsamah berangkat menuju medan pertempuran. Tetapi Rasulullah tidak mengizinkannya. Hanya sahaja Rasulullah akhirnya mengizinkannya setelah Khaitsamah berkata sambil menangis, " Wahai Rasulullah, aku sekali terjun dalam perang Badar. Lantaran inginnya aku harus mengadakan undian dengan anakku. Tetapi itu dimenangkannya sehingga dia yang mendapat mati syahid.



Kelmarin aku bermimpi di mana di dalamnya anakku itu berkata kepadaku, "Engkau harus menemani kami di syurga, dan aku telah menerima janji Allah. Wahai Rasulullah, demi Allah aku rindu untuk menemaninya di syurga. Usiaku telah lanjut dan aku ingin berjumpa dengan Tuhanku."



Setelah diizinkan Rasulullah, Khaitsamah bertempur hingga mati syahid.....


Read more...

Sunday 22 November 2009

khusus untuk wanita...


Satu episod rancangan sitcom televisyen NBC Kanada, "Little Mosque on the Prairei" amat menarik perhatian penulis. Rancangan sitcom itu penulis tonton melalui MyTube.com. "Little Mosque on the Prairei" mengisahkan kehidupan sekelompok muslim Kanada di sebuah bandar di pinggir kawasan Prairei yang terkenal dengan penghasilan gandum.

Episod itu bermula dengan kecederaan yang dialami seorang pengusaha kafe muslim yang terjatuh ketika bertengkar dengan seorang pelanggan di kafenya. Setelah dirawat oleh seorang doktor muslim, beliau dinasihatkan supaya banyak beriadah dengan berenang bagi menguatkan ligamen lututnya. Oh, lupa nak dinyatakan bahawa kedua-dua pengusaha kafe dan doktor itu perempuan.

Pada satu hari, kedua-dua mereka pergi ke kolam renang milik perbandaran. Alhamdulillah, bandar itu mempunyai hari khusus untuk wanita menggunakan kolam renang. Maka soal aurat tidak menjadi persoalan kerana semua pengguna kolam renang pada hari itu ialah perempuan. Bagaimanapun masalah timbul kerana instructor kolam renang itu ialah seorang 'lelaki lembut'. Maka kedua-dua wanita muslim itu membantah kehadiran instructor itu atas alasan mereka beragama Islam dan menjadi satu kesalahan di sisi Islam untuk mereka berbikini di hadapan seorang lelaki bukan muhrim. Lelaki lembut itu mendakwa dia seorang 'gay' dan tidak bernafsu melihat perempuan. Jadi dia enggan meninggalkan kolam renang itu kerana dia bertugas pada hari itu. Pengusaha kafe dan doktor muslim itu akhirnya terpaksa mengalah dan tidak jadi berenang kerana kelas renang hanya dikendalikan oleh instructor 'gay' itu.

Maka bermulalah perjuangan doktor muslim itu untuk mendesak datuk bandar - yang juga seorang wanita - untuk menyediakan instructor renang wanita. Beliau memohon pertolongan ibunya, pegawai perhubungan awam di pejabat datuk bandar untuk melobi majlis perbandaran agar memenuhi tuntutannya. Datuk bandar bukan muslim itu tidak membantah cadangan tersebut tetapi berkata majlis perbandaran tidak mempunyai bajet yang cukup untuk menggaji seorang instructor renang wanita. Beliau (datuk bandar) bagaimanapun berjanji akan membawa perkara itu ke mesyuarat majlis jika doktor muslimah itu berjaya mengutip tandatangan sokongan daripada sekurang-kurang 120 wanita (jika ingatan saya belum pudar).

Ibu doktor muslim itu pula berhadapan dengan masalah. Jika permohonan anaknya itu diluluskan oleh mesyuarat majlis, maka harapannya untuk menyertai lawatan ke China akan terjejas. Ini kerana bajet untuk membiayai instructor renang wanita akan diambil daripada kos membiayai lawatan beliau ke China. Maksudnya, beliau tidak akan tersenarai menyertai lawatan ke China jika instruktor renang wanita digaji. Maka bermulalah usahanya untuk menggagalkan kempen pungutan tandatangan itu. Dalam salah satu slot sitcom itu, beliau cuba mempengaruhi seorang wanita bukan muslim agar tidak menurunkan tandatangan di kertas petisyen. Bagaimanapun cubaannya gagal dan wanita bukan muslim itu menurunkan tandatangan kerana menganggap idea menggaji seorang instructor wanita bagi perenang wanita adalah baik.

Saya tidak ingat kesudahan cerita itu kerana tumpuan saya terganggu dengan tugas-tugas lain di pejabat. Tetapi pengajaran yang diperolehi dari sitcom itu adalah, bukan menjadi satu keganjilan atau kesukaran untuk mengamalkan Islam di negara-negara minoriti muslim seperti Kanada. Walaupun Barat kini diserang sindrom Islamophobia (ketakutan terhadap Islam) pasca insiden 11 September 2001, masih ada di kalangan masyarakat dunia yang mampu berfikiran rasional dan mengamalkan toleransi. Sitcom "Little Mosque on the Prairie" adalah salah satu usah untuk mengikis sindrom Islamophobia itu. Memang ada pro dan kontra dengan penyiaran sitcom itu, tetapi penulis tidak mahu mengulasnya di sini.

Apa yang cuba diketengahkan dalam tulisan ini adalah usaha mewujudkan environment yang selesa untuk wanita Islam bersosial tanpa menjejaskan pegangan syariat telah wujud di peringkat global. Di negara kita, Sukan Nisa' - acara sukan khas untuk wanita berjalan penuh meriah dan warna warni. Kehadiran ratu pecut 200m sukan Asia Doha, Ruqayya al-Ghasara mencetus semangat peserta dan penganjur. Bagaimanapun tidak semua yang melihat ini sebagai satu perkembangan sihat. Menteri Belia dan Sukan, Azalina Othman Said dan Ketua Puteri Umno, Noraini Ahmad (yang tidak punyai apa-apa portfolio dalam kerajaan) tidak berpuashati kerana lelaki tidak dibenarkan menyaksikan sukan itu. Hujah mereka kaum kerabat lelaki peserta tidak dapat memberi sokongan moral. Itu jugalah yang dikritik pengarang The Star, Wong Chun why yang selalunya sinis dengan apa jua perkembangan di Kelantan.

Penulis pernah berbual dengan seorang teman, prof madya di sebuah IPTA tentang perkembangan ini. Sambil menyatakan sokongannya terhadap Nisa' Games yang berlangsung di Kelantan, beliau mempunyai pandangannya sendiri tentang fenomena segregasi gender ini. Menurut beliau, mengapakah kerajaan negeri begitu obses dengan peraturan segregasi gender sehingga mengasingkan kaunter lelaki dan wanita di pasaraya. Mengapa tidak diwujudkan kaunter khas untuk wanita. Maksud beliau, biarlah wanita yang mahu berbaris di kaunter khas wanita berbuat demikian, manakala yang mahu terus berbaris di kaunter biasa berbuat demikian.

Menurutnya, adalah lebih praktikal untuk orang ramai khususnya wanita diberikan pilihan daripada dipaksa untuk ke barisan tertentu yang mungkin menyulitkan mereka khususnya kepada yang berkeluarga.

Beliau memberi contoh Jepun yang menyediakan gerabak keretapi khas untuk wanita dan beberapa bandar di India yang menyediakan bas khas untuk wanita. Pokoknya wanita diberi kebebasan untuk memilih - tempat khusus untuk wanita atau kaunter dan kenderaan awam yang bersifat uniseks. Mungkin cadangan ini dapat menutup mulut wanita dan lelaki gatal yang saja-saja mahu bercampur di khalayak umum tanpa sebarang alasan yang munasabah. Sekurang-kurangnya wanita kita bahkan wanita di seluruh dunia punyai pilihan. Maaflah ya! Ini khusus untuk wanita..


hasil nukilan : NURbalqis....

Read more...

About This Blog

helwa telinga

Tetamu maya

free counters

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP