السلام عليكم...جزاكم الله خيرا جزاء إلى كل من يزور هذا الموقع وأرجو منكم تستفيد وتنتفع بها إذا كانت وجدتها غير مفيدة ولا فائدة لكم فاتركها...أهلا وسهلا إلى بيتي جنتي...قال الله

تعالى: يأيها الذين ءامنوا اتقوا الله حق تقاته ولا تموتنّ إلا وأنتم مسلمون

Saturday 20 June 2009

kasih sayang kerana Allah


LAngit petang di bumi jordan ini cerah dan bercahaya... diri yang keseorangan memandang langit yang indah.. tanda sebentar lagi hari akan berakhir dan hari baru akan bermula... Terasa sarat diri dengan kecintaan yang tidak terhingga pada sekecil makhluk hinggalah kepada sang Pencipta Allah swt.... Melampiaskan tanda gembira dan syukur kerana nikmat yang tidak terhingga hari ini.... Alhamdulillah!!!

Menjadilah hati yang sarat dengan kasih sayang agar hati akan senantiasa tenang. Jalinkan persahabatan kerana Allah kerana sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Barangsiapa yang menjalin persaudaraan kerana Allah maka Allah akan meninggikan darjatnya di dalam syurga, tidak condong suatu apapun dalam amalannya".

Berkata Abu Idris Al Khaulani kepada Muaz bin Jabal: "Sesungguhnya aku mencintai anda kerana Allah". Maka Muaz berkata: "Sampaikanlah berita gembira dan bergembiralah. Sesungguhnya aku telah mendengar daripada Rasulullah SAW bersabda: "Suatu kelompok manusia kelak akan memperoleh kursi di sekitar Arsy pada hari kiamat, wajah mereka bagaikan bulan purnama pada malam lailatul qadar, waktu itu manusia terkejut padahal mereka tidak merasa terkejut, dan manusia takut padahal mereka tidak merasa takut, mereka itu adalah Auliya Allah yang tidak pernah takut terhadap mereka (musuh-musuh Allah) dan tidak pernah merasa khuatir".
Kemudian aku (Muaz) bertanya: "Siapakah mereka itu ya Rasulullah ?"
Baginda menjawab: "Mereka adalah yang berkasih sayang kerana Allah". (Riwayat Ahmad dan Hakim)

Dalam sebuah hadith diterangkan, sesungguhnya Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Allah SWT berfirmaan pada hari kiamat: "Dimana orang-orang yang menjalin rasa cinta kerana Aku ? Hari ini pada saat tidak ada lagi naungan apapun kecuali naungan-Ku, maka akan Aku naungi mereka di bawah naungan-Ku. Ada sebanyak tujuh kelompok dari mereka itu yang mendapat perlindungan Allah di saat tidak ada perlindungan lain pada hari itu kecuali perlindungan-Nya saja.

Sebagaimana diriwayatkan Asy Syaikhani bahawa di antara yang tujuh kelompok itu adalah dua orang yang menjalin cinta kerana Allah, berkumpul kerana Allah dan berpisah juga kerana Allah. (Ibnu Hibban dan Hakim dari Anas ra).

Dirikanlah kasih sayang kerana Allah,kerana ingin menegakkan kalimah Allah dan meninggikan asma' Allah...Memberi itu lebih baik... ^_^ Andai banyak diberi maka Allah akan memberi pada kita lebih banyak. Setapak melangkah mencintai Allah ,seribu langkah Allah menghampiri memberikan kasihNYA pada diri kita... Semaikan kasih dalam dirimu sebelum esok tiada lagi dalam diari perjalananmu.

0 comments:

About This Blog

helwa telinga

Tetamu maya

free counters

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP