السلام عليكم...جزاكم الله خيرا جزاء إلى كل من يزور هذا الموقع وأرجو منكم تستفيد وتنتفع بها إذا كانت وجدتها غير مفيدة ولا فائدة لكم فاتركها...أهلا وسهلا إلى بيتي جنتي...قال الله

تعالى: يأيها الذين ءامنوا اتقوا الله حق تقاته ولا تموتنّ إلا وأنتم مسلمون

Sunday 20 June 2010

Jangan Tangisi Apa Yang Bukan Milikmu

Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa dan sedih.


Sesuatu yang terlepas dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai, kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan. Akhirnya angan-angan-angan ini lelah berandai-andai dan sungguh semua itu telah menghadirkan kecelaruan yang begitu menggelora dalam jiwa.


Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu, majlis-majlis zikir yang akan menghantarkan pada ketenteraman jiwa..


Hidup ini ibarat hutan belantara.Tempat kita mengejar berbagai keinginan. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak, mempunyai keinginan. Tetapi tidak setiap yang kita inginkan dapat dibuktikan , tidak setiap yang kita mahu boleh tercapai. Dan tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita itu sebenarnya kita tidak perlu untuk tangisinya. Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak mempunyai satu hukum: harus kaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.


Betapa banyak orang yang kaya tetapi lupa bahawa sejatinya itu semua pemberian Allah hingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenang. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan benar. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah sesuatu perkara apa yang memang bukan hak kita dan ada sesuatu yang lebih untuk kita.


Apa yang memang menjadi keperluan kita di dunia, adakah ianya pangkat, wang , kedudukan suatu ketika nanti pasti akan Allah sampaikan.Tetapi apa yang memang bukan milik kita, ia tidak akan kita dapat miliki, meskipun ia nyaris menghampiri kita, meskipun kita bermati-matian mengusahakannya.


"Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab(Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakanya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu)supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikaNya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri." (QS Al-Hadid ;22-23)


Demikian juga bagi yang sedang mengaharap amat sangat terhadap jodoh.Kadang kala kita tak sedar, yang kita seperti mencabar Allah tentang jodoh kita, bukanya meminta yang terbaik dalam istikharah kita tetapi benar-benar mengugut Allah: sebagai contoh” apa yang penting dia hendaklah…….’, Ya Allah. Dia hendaklah………’ , karena aku sangat mencintainya. Seakan-akan kita jadi yang menentukan segalanya, kita meminta dengan paksaan. Dan akhirnya walaupun Allah memberikanya maka tak selalu itu yang terbaik. boleh jadi Allah tidak memakbulkannya tanpa ada kelembutan, tetapi memakbulkannya dengan marah kerana niat kita yang sedikit terpesong dan sebagainya..



Maka wahai jiwa yang sedang gundah, dengarkan ini dari Allah :

".. Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagi kamu. Dan boleh jadi kamu mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah Maha mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui." (QS. Al-Baqarah 216)



Maka setelah ini wahai jiwa, jangan engkau hanyut dalam nestapa jiwa berpanjangan terhadap apa-apa yang terlepas darimu. Selepas ini , kena benar-benar difikirkan bahawa apa yang kita rasa perlu didunia ini harus benar-benar perlu bila ada relevennya dengan harapan kita akan bahagia di akhirat. Kerana seorang mukmin tidak hidup untuk dunia tetapi menjadikan dunia untuk mencari hidup di akhirat kelak!


Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!



p/s : kemungkinan untuk jangka yang agak panjang, musafir ilmu tidak akan diupdate atas sbb-sbb tertentu.. mohon maaf untuk sebrang kesulitan.

Read more...

Wednesday 16 June 2010

Apabila "subuh" datang menziarahi kita....

Pada pagi itu, seperti mana pagi-pagi yang lain, aku menyambut kedatangan seorang tetamu tetapku.


"Assalamualaikum", seru Subuh."Wa'alaikumsalam", sahutku.


Dan kami terus berpelukan, tanda rindu serta kasih sayang. Kutanya khabar Subuh, bagaimana keadaannya mengembara dari satu tempat ke satu tempat."Tadi..", kata Subuh dengan sayu, "... aku baru sahaja melintasi satu tempat.


Kucari tempat persinggahan, kuketuk rumah-rumah yang sunyi, tapi satupun tiada yang mahu menerimaku sebagai tetamu." Dan airmata Subuh pun berlinangan.



"Subuh,jangan kau pedulikan mereka, bukankah aku menyambutmu dengan penuh rasa kegembiraan? Subuh mengangkat mukanya seolah-olah teringat sesuatu.


"Oh ya, tadi aku lalu di suatu tempat yang tanahnya disebalik sungai. Orang-orangnya sepertimu, menyambutku dengan penuh kesukaan, menjamuku dengan pelbagai hidangan yang lazat serta mengiurkan. Hidangan yang paling kusuka adalah buah Tahajjud, puas kucari dibumi lain, tapi jarang kujumpa. Di situ aku meratah buah Tahajjud dengan puas serta leka".



Dan Subuh merenung mataku mengharapkan sesuatu. Aku fahami maksud Subuh.

"Maaf Subuh, aku tiada menanam pohon Al-Lail, jadi aku tidak dapat menghidangkanmu dengan buah yang kau sukai. Tapi aku ada Roti Tazkirah",cadangku pada Subuh.


Subuh menolak dengan hormat. "Roti itu adalah tuan punya", kata Subuh


"Adakah kau mahu manisan Zikir?" rayuku pada Subuh.


"Baiklah, ambilkan aku sedikit, serta bawakan aku segelas Air Mata Tangisan", pinta Subuh


Aku agak sugul, bagaimana harusku beritahu pada Subuh, yang Mata Air Tangisan sudah hampir kekeringan akibat kemarau Maksiat yang berpanjangan? Namun, aku tetap menjenguk ke dalam Bekas simpanan Air yang memuatkan Mata Air tersebut. Aku terkejut. Bekas tersebut hampir separuh penuhnya. Dan aku berdetik di dalam hati, adakah ini tanda kemarau akan berakhir? Tanpa berlengah lagi kubawa Air tersebut pada Subuh, tetamu yang kusanjungi, dan kusuakan manisan yang dipintanya. Selesai menjamah kesemuanya, Subuh pun melirikkan sebuah senyuman.



"Subuh ..", seruku, "... mahukah kau tinggal selamanya denganku? Aku memerlukan teman dalam kesunyian. Akan kulayan kau dengan sebaiknya,wahai Subuh". Subuh tersenyum lagi menandakan permintaanku tidak akan terpenuhi. "Aku perlu menziarahi ramai orang, dan ramai lagi yang memerlukan kehadiranku untuk mengubati rindu mereka, sepertimana aku menguliti mimpimu".



Dan aku akur dengan penjelasan Subuh. "Subuh",.. seruku lagi, bila melihat Subuh bersiap untuk pergi, "Sudikah kau menziarahiku lagi esok hari?" "In-syaAllah", jawab Subuh,"... bukankah aku kekasih yang kau rindui?"Subuh berangkat dengan lambat tetapi tetap...


"Assalamualaikum", seru Subuh. "Waalaikumsalam", jawabku kembali.


Dan mataku terus meniti langkah Subuh, yang semakin laju dengan setiap langkah. Dan akhirnya Subuh hilang dari pandangan.


P/S : Apalah agaknya keluh kesah dari Zohor, Asar, Magrib dan Isyak?
Jawapannya... tersirat dalam diri…

Renungan untuk diri ana juga....

Read more...

Saturday 12 June 2010

Bersyukurkah kita.... renungkan....!!!!

Tuhan telah menghadiah kan dua mata untuk mu
Agar kau dapat melihat betapa indahnya senyuman orang-orang yang kau cintai...


Tuhan telah memberimu dua telinga hingga kau dapat mendengar merdunya nyayian burung
Tidakkah kau bahagia..


Dengan kedua kaki yang membuatmu dapat berjalan dan melompat sesuka hati
Tidakkah kau berterima kasih..


Tuhan telah memberimu dua tangan hingga kau dapat menuliskan puisi-puisi terindah
Tidakkah kau senang hati...


Dengan mulut dan lidahmu
Agar kau dapat berucap dan merasakan betapa lazatnya makanan..


Lebih dari itu…


Takkah kau mensyukuri
Bahwa..


Tuhan telah memberimu nafas
agar kau merasakan hidup....


Jadi…
Kenapa kau masih mengeluh…
Merasa selalu sial..
Merasa tuhan tidak adil padamu…


Cuba bayangkan tuhan mencabut
Salah satu anugerahnya itu daripadamu..

Mata........
Tangan..........
Atau kaki mu..…
Sesungguhnya tuhan telah memberimu nikmat yang banyak…

Renungkanlah..

Read more...

About This Blog

helwa telinga

Tetamu maya

free counters

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP