السلام عليكم...جزاكم الله خيرا جزاء إلى كل من يزور هذا الموقع وأرجو منكم تستفيد وتنتفع بها إذا كانت وجدتها غير مفيدة ولا فائدة لكم فاتركها...أهلا وسهلا إلى بيتي جنتي...قال الله

تعالى: يأيها الذين ءامنوا اتقوا الله حق تقاته ولا تموتنّ إلا وأنتم مسلمون

Friday 18 March 2011

Cahaya di kala Malam...


"...malam ketidaksedaran kamu akan melihat terangnya hari siang. Kemudian kamu akan menghirup air wangi kenangan dan “bertaubat di awal pagi” terhadap ketidaksedaran (kelalaian) dan menyesali umur kamu yang dihabiskan di dalam lena. Kamu akan mendengar nyanyian burung bulbul di pagi hari dan kamu akan mendengarnya berkata: Mereka tidur sedikit sahaja di malam hari dan pada awal pagi mereka memohon keampunan Allah Allah bimbangkan kepada cahaya-Nya sesiapa yang Dia kehendaki.

Read more...

Membawa diri yang kecewa...

Jangan pernah malu untuk mengadu pada Rabbmu, sebab Dialah yg Maha tahu.

Jangan takut untuk meminta kpd-Nya, kerana hanya Dia Pemilik segala.

Hanya Dia... Allah ta'ala yg selalu ada untuk kita..

membawa diri yang penuh kecewa kerana terlalu menaruh harapan pada yang tidak layak......

siapalah aku.... hanya pada-Nya aku Mengadu..

Read more...

Monday 14 March 2011

Antara KAYA dan MISKIN... kamu yang mana satu??

kita sering dengar mengenai dua perihal ini... kaya dan miskin... dan timbul juga perdebatan mengenai dua hal ini, kaya lebih baik atau miskin lebih baik? atau orang miskin yang bersabar lebih baik atau orang kaya kaya yang bersyukur lebih baik?? oleh itu, ana membincangkan sedikit tentang masaalah ini, dan maaf jika ianya agak kurang tepat dan kurang padat dalam menyenaraikan dalil-dalil untuk menguatkan hujah atau point-point ana ini...

----------

Syaikhu’l Islām Ibn Taimiyyah berkata, “Banyak dari orang-orang muslimin (muta’akhkhirūn) berbeza pendapat mengenai orang kaya yang bersyukur dan orang miskin yang sabar, manakah diantara duanya yang lebih utama. Sebahagian ulama dan ahli ibadah memilih kelompok pertama dan sebahagian yang lain memilih kelompok yang kedua. Dan dibuktikan pula dengan adanya dua riwayat dari Imam Ahmad dalam hal ini. walaubagaimanapun para Sahabat dan Tabi`īn, tidak pernah membangkitkan hal ini, yakni mengenai pengutamaan salah satu dari dua kelompok tersebut atas kelompok lainnya.” (Majmū` al-Fatāwā, vol. XI, hal. 119.)


Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah berkata, “ramai orang yang apabila berbicara tentang pengutamaan (sesuatu atas yang lain) maka ia tidak memperincikan (tafshīl) sisi-sisi pengutamaan (dari objek-objek yang hendak dibicarakan) dan tidak mempertimbangkan antara sisi-sisi tersebut, sehingga menghasilkan sesuatu natijah yang kurang tepat. Jika hal ini ditambah dengan sejenis fantasi/gambaran dan hawa nafsu terhadap individu yang diutamakan, maka sesuatu yang bersangkut-paut dengan hal yang ingin dibicarakan akan terganggu dan melencong jauh dari hakikat yang sebenarnya. Syaikhu’l Islam Ibn Taimiyyah pernah ditanya tentang pelbagai masaalah yang melibatkan tentang "pengutamaan" (sesuatu atas yang lain) maka beliau menjawab dengan sangat terperinci dan memuaskan.” (Badā’i` al-Fawā’id, vol. III, hal. 683.)


Dua riwayat dari Imam Ahmad yang dimaksud di atas adalah sebagai berikut:


Pertama: Orang miskin yang bersabar lebih utama. Riwayat ini dipilih oleh Abū Ishāq Ibn Syāqilā dan al-Qādhī Abū Ya`lā. Pendapat ini juga dipilih oleh majoriti Shūfiyyah dan banyak ahli fiqh. Termasuk dalam kelompok ini adalah al-Junaid. Di antara alasan yang digunakan adalah, bahawa cubaan dan kemaslahatan kemiskinan lebih berat untuk dirasakan dibandingkan cubaan kekayaan. Imam al-Ghazāli berpendapat bahawa secara umum kefakiran/kemiskinan lebih baik dibandingkan kekayaan [al-Ihyā’, vol. III, hal. 264]. beliau juga berkata, “Berapa banyak orang fakir/miskin yang bersabar lebih baik jika dibandingkan dengan orang kaya yang bersyukur. Dan (begitu pula sebaliknya), berapa banyak orang kaya yang bersyukur lebih baik jika dibandingkan dengan orang fakir/miskin yang sabar. yakni orang kaya yang melakukan(menjadikan) dirinya seperti orang fakir/miskin. Ia tidak memegang harta untuk dirinya kecuali sedikit keperluan yang darurat, dan selebihnya ia berikan untuk hal-hal kebaikan.” [Lihat al-Ihyā’, vol. IV, hal. 140.]


Dari Abū Hurairah, Nabi bersabda:

يَدْخُل فُقَرَاءُ الْمسْلمِينَ الْجنّةَ قَبْلَ أغْنِيَائِهِم بِنِصْفِ يَوْمٍ، وَهُوَ خَمْسُمِائَة عَامٍ

“Orang-orang fakir kaum muslimin mendahului orang-orang kaya mereka dalam hal masuk syurga selama setengah hari (di akhirat), yaitu lima ratus tahun.” [Lihat Shahīh al-Jāmi` no. 8076.]


Hadits di atas termasuk dalil yang digunakan oleh mereka yang mengatakan bahawa orang fakir yang sabar lebih utama dibandingkan orang kaya yang bersyukur. Namun, Imam Ibnu’l Qayyim berkata, “Di sini ada perkara yang harus diperhatikan, bahawa mendahului masuk syurga tidak melazimkan orang miskin lebih tinggi posisinya/tempatnya dibandingkan orang kaya yang ter-belakang( lewat) masuk syurga. Bahkan, boleh jadi orang yang terbelakang masuk syurga lebih tinggi tempatnya dibandingkan dengan yang mendahului. Dalilnya, ada dari umat ini sekelompok orang yang masuk syurga tanpa hisab, yaitu sejumlah 70 ribu orang, sedangkan boleh jadi sebahagian orang yang dihisab lebih afdhal dari kebanyakan mereka. Jika orang kaya dihisab, lalu didapati bahawa ia adalah orang yang bersyukur kepada Allah atas kekayaannya dan mendekatkan diri kepada Allah dengan berbagai macam kebajikan, kebaikan, sedekah dan hal-hal yang positif, maka ia lebih tinggi darjatnya dibandingkan orang fakir yang mendahului masuk surga namun tidak memiliki amalan-amalan tersebut.” [Hādī’l Arwāh, hal. 80]


Kedua: Orang kaya yang bersyukur lebih utama.

Pendapat ini dipilih oleh sejumlah ulama. Di antara tokoh yang memilih pendapat ini adalah Ibn Qutaibah, Abū’l `Abbās Ibn `Athā’, Abū ‘Ali ad-Daqqāq (guru Abū’l Qāsim al-Qusyairi) dan banyak ulama madzhab Syāfi’i. Mungkin ada sebahagian orang yang mendakwa bahawa ini adalah ijmā` dan itu merupakan kesalahan fatal. Di antara alasan yang digunakan kelompok ini adalah, bahawa kekayaan merupakan sifat Allah sedangkan kefakiran merupakan sifat makhluk, sementara sifat Allah tentu lebih baik dibandingkan sifat makhluk. Mutharrif Ibn ‘Abdi’Llāh berkata, “Sungguh, aku diberi afiat/kesihatan sehingga aku bersyukur dan lebih aku menyukainya berbandingkan aku diberi ujian sehingga aku bersabar.”


Dari Abū Dzarr, beliau menyebut bahawa sebahagian Sahabat mengadu kepada Nabi,

يَا رَسُولَ اللّهِ ذَهَبَ أَهْلُ الدُّثُورِ بِالأُجُورِ. يُصَلُّونَ كَمَا نُصَلِّي. وَيَصُومُونَ كَمَا نَصُومُ. وَيَتَصَدَّقُونَ بِفُضُولِ أَمْوَالِهِمْ …

“Ya Rasulullah, orang-orang kaya pergi membawa pahala-pahala. Mereka solat sebagaimana kami solat. Mereka puasa sebagaimana kami puasa. Namun mereka memiliki kelebihan harta yang mereka bersedekah dengannya, sementara kami tidak memiliki harta untuk disedekahkan….” [Riwayat Muslim dan lain-lain]


Imam an-Nawawi berkata, “Dalam hadits ini terdapat dalil bagi mereka yang mengutamakan orang kaya yang bersyukur atas orang miskin yang sabar. Dan dalam masalah ini terdapat perbezaan pendapat yang masyhur dalam kalangan Salaf dan Khalaf dari berbagai kelompok.” [Lihat ‘Aunu’l Ma’būd, vol. IV, hal. 260]


Dalam masaalah ini ada pendapat ketiga, iaitu: tidak dimutlakkan pada mana-mana yang lebih utama dari kedua kelompok tersebut, dan yang lebih utama adalah yang paling bertaqwa dari keduanya. Jika dalam hal ketaqwaan sama maka darjat dan keutamaan keduanya adalah sama. Pendapat ini dipilih oleh Ibn Taimiyyah, Ibnu’l Qayyim, al-Munāwi, Abū Hafsh as-Suhrawardi dan lain-lain.

[Lihat: Majmū` al-Fatāwā, vol. XI, hal. 119-123, Fathu’l Bārī, vol. XI, hal. 275-276, Badā’i` al-Fawā’id, vol. III, hal. 683, dan Faidhu’l Qadīr, vol. II, hal. 288.]


Ibnu’l Qayyim berkata, “Menurut ahli tahqīq dan ma`rifah, masaalah "pengutamaan" tidaklah berkait dengan hal kefakiran (kemiskinan) dan kekayaan (itu sendiri). Namun berkait dengan amal, kondisi dan realiti. Yang dipermasalahkan pun pada dasarnya adalah kurang tepat. Sebab pengutamaan di sisi Allah berkait dengan taqwa dan hakikat iman, bukan dengan kefakiran atau kekayaan.” [Madāriju’s-Sālikīn, vol. II, hal. 442]


Allah berfirman:

وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوباً وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ

“Dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertakwa di antara kamu.” (QS. Al-Hujurāt [49]: 13)


إِن يَكُنْ غَنِيّاً أَوْ فَقَيراً فَاللّهُ أَوْلَى بِهِمَا

“Jika ia kaya ataupun miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatannya.” (QS. An-Nisā’ [4]: 135)


`Umar Ibn al-Khaththāb berkata,

الْغِنَى وَالْفَقْرُ مَطِيَّتَانِ لاَ أُبَالِي أَيَّتهُمَا رَكِبْتُ

“Kekayaan dan kefaqiran adalah dua tunggangan, aku tidak peduli yang mana dari keduanya yang aku tunggangi.” [Majmū` al-Fatāwā, vol. XI, hal. 123.]


Diriwayatkan dalam hadits qudsi:

إِنَّ مِنْ عِبَادِيْ مَنْ لاَ يَصْلُحُ إِيْمَانُهُ إِلاَّ بِالْغِنَى وَلَوْ أَفْقَرْتُهُ لَكَفَرَ وَإِنَّ مِنْ عِبَادِيْ مَنْ لاَ يَصْلُحُ إِيْمَانُهُ إِلاَّ بِالْفَقْرِ وَلَوْ أَغْنَيْتُهُ لَكَفَرَ وَإِنَّ مِنْ عِبَادِيْ مَنْ لاَ يَصْلُح إِيْمَانُه إِلاّ بِالسَّقمِ وَلوْ أَصْحَحْته لَكَفَر وَإِنّ مِنْ عِبَاديْ مَنْ لا يصْلحُ إيمَانُه إِلاَّ بِالصِّحَّة وَلَوْ أَسْقَمْتُه لَكَفَرَ

“Sesungguhnya ada dari para hamba-Ku yang tidak memperbaiki imannya kecuali kekayaan. Sekiranya aku menjadikannya fakir nescaya ia kafir. Ada dari para hamba-Ku yang tidak memperbaiki imannya kecuali kefakiran. Sekiranya aku menjadikannya kaya nescaya ia kafir. Ada dari para hamba-Ku yang tidak memperbaiki imannya kecuali sakit. Sekiranya aku menjadikannya sihat nescaya ia kafir. Ada dari para hamba-Ku yang tidak memperbaiki imannya kecuali sihat. Sekiranya aku menjadikannya sakit nescaya ia kafir. [Hadits ini dinyatakan tidak valid oleh Syaikh al-Albāni dalam adh-Dha`īfah no. 1774, Allahu ta'ala 'aklam]


Ibn Taimiyyah berkata, “Terdapat orang-orang kaya dalam kalangan para Nabi dan orang-orang terdahulu yang (jelas) lebih baik jika dibandingkan dengan majoriti orang miskin. (Begitu juga sebaliknya,) dalam kalangan mereka terdapat orang-orang miskin yang (jelas) lebih baik jika dibandingkan dengan majoriti orang kaya. Dan orang-orang yang sempurna menunaikan dua posisi, (yakni) mereka melaksanakan syukur dan sabar secara sempurna, seperti mana para Nabi dan juga Abū Bakr dan `Umar.” [Majmū` al-Fatāwā, vol. XI, hal. 120.]


Imam Ibnu’l Qayyim berkata, “Masing-masing dari orang fakir dan kaya harus menunaikan sabar dan syukur. kerana, iman itu terbahagi dua, separuh dalam sabar dan separuh lagi dalam syukur. boleh jadi bahagian kesabaran orang kaya itu lebih banyak, kerana ia bersabar padahal ia mampu (untuk melakukan hal yang terlarang), sehingga kesabarannya lebih sempurna dibandingkan orang yang kesabarannya yang disebabkan ketidakmampuan (yakni orang fakir) yang terhad. Dan (demikian pula sebaliknya), boleh jadi kesyukuran orang fakir itu lebih sempurna.” [Madāriju’s Sālikīn, vol. II, 442-443.]


Imam al-Munāwi berkata, “Berapa banyak orang kaya yang kekayaannya tersebut tidak menyibukkan dan melalaikannya dari Allah, sementara berapa banyak orang fakir yang kefakirannya menyibukkan dan melalaikannya dari Allah.” [Faidhu’l Qadīr, vol. II, hal. 288]


Di samping ukuran ketaqwaan yang bersifat individualistik, penting juga untuk diingat bahawa sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi sesamanya.


Dari Jābir, Nabi ` bersabda,

خَيْرُ النّاسِ أَنْفَعُهمْ للنَّاسِ

“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia.” [Lihat as-Shahīhah no. 426.]


kini, di mana kemiskinan melanda , disitulah banyaknya kaum muslimin di samping invansi musuh dalam pelbagai aspek kehidupan. sehinggakan Ada di antara orang-orang muslim ini yang sanggup melakukan kejahatan, bahkan tidak segan menggadaikan iman disebabkan kemiskinan. Kerana itu, kemunculan orang-orang kaya dan para dermawan muslim yang memberikan hartanya untuk membela dan menegakkan Islam serta membantu sesama muslim menjadi suatu yang lumrah pada masa ini.

ALLAHU ta'ala 'aklam..


by: Ustaz Abu Abdillah Muhammad Yahya

Read more...

Saturday 12 March 2011

Universiti-universiti di Jordan...(terbaru)

*Edited* Terdapat perubahan drastik pada harga universiti di Jordan, buat masa ini ana belum mempunyai maklumat yang lengkap, sila layari http://www.mppmjordan.com/ bagi maklumat seluruh jordan atau http://ppmaj.blogspot.com/ bagi maklumat di Amman,ibu kota Jordan.


1)University Of Jordan, Amman

tidak wajib ambil pusat bahasa

Yuran pusat bahasa - 750JD
---------------
Yuran Pelajar Tempatan(melalui proses permohonan)

Yuran universiti :
yuran 1 jam kreadit : 16Dinar (16 x 3 = 48Dinar 1 subjek)
Yuran penuh 1 semester (6 subjek termasuk yuran) = 320 ++ DInar

------------------------
Yuran pelajar mawazi (antarabangsa)
yuran universiti -
yuran 1 Jam kreadit - 50Dolar (3 x 50= 150 Dolar 1 subjek )
yuran penuh satu semester (6 subjek) = 1300++ Dolar setiap semester

Tarikh kemasukan : bulan 9(september) setiap tahun

p/s : minimum adalah 6A kerana :
Bidang B.Arab : 88% (markah taujihi)
bidang usul fiqh : 81% (markah taujihi)
bidang usuluddin : 82.9%(markah taujihi)
sumber : ( http://www.ju.edu.jo/units/registration/Pages/UnivLeastAvr.aspx )

2) World Islamic Of Science And Education (WISE), Amman

tidak wajib ambil pusat bahasa

Yuran pusat bahasa - (need reconfirmation)
yuran universiti - 150JD
yuran satu subjek - 75JD
yuran penuh satu semester = 150 + (75 x 6) = 600JD

Tarikh kemasukan : bulan 9(september) setiap tahun.


3) Pusat Bahasa Arab Mujtama' Arabiah, Amman (tempat biasa student amman belajar bahasa)

Yuran Satu Semester = 460JD - (need reconfirmation)

Tarikh kemasukan : tiada waktu yang tetap


4) Universiti Yarmuk, Irbid

Wajib Ambil Pusat Bahasa di sana

yuran pusat bahasa - 400JD satu semester
yuran universiti - 50JD
yuran 1 subjek - 48JD
yuran penuh satu semester (6 subjek) = 50 + (144 x 6) = 482JD

Tarikh kemasukan : bulan 9(september) setiap tahun
Rujuk = www.yu.edu.jo


5) Universiti Mu'tah, Mu'tah

Tiada pusat bahasa

yuran universiti - 50JD
yuran 1 subjek - 36JD
yuran penuh satu semester (6 subjek) = 50 +(36 x 6) = 266JD

Tarikh Daftar Masuk = Bulan 9
Rujuk = www.mutah.edu.jo


6) Universiti Al-Bayt ,Mafraq

Wajib Ambil Pusat Bahasa di sana

yuran pusat bahasa - 300JD satu semester
yuran universiti - 129JD (KALI PERTAMA)
- 29JD (KALI KEDUA DAN SETERUSNYA)
yuran 1 subjek - 10JD
yuran penuh satu semester bagi kali pertama (6 subjek) = 129 + (10 x 6) = 189JD
yuran penuh satu semester bagi kali seterusnya (6 subjek) = 29 + (10 x 6) = 89JD

Tarikh kemasukan : bulan 9(september) setiap tahun
Rujuk =


7) Jordan Universiti Science and technology (JUSt)
Yuran : Tidak dapat dipastikan.
boleh rujuk pada blog persatuan Mantiqoh Irbid atau 'PERMAI'


p/s : yuran di Universiti Muktah adalah berdsarkan yuran lama, ana tidak pasti jika yuran di Universiti muktah berubah atau masih kekal.. wassalam



edited : http://asyraf86.blogspot.com/

Read more...

Sunday 6 March 2011

MUlakan kehidupan dengan penuh kesyukuran dan Ceria... :-)

BismiLLAH, setelah sekian lama, ana tidak meng'update' blog ini disebabkan kesempitan waktu.. dan akhirnya ana dapat juga mencuri sedikit masa yang terluang untuk menulis sedikit dan mengupdate blog yang agak lama ana tinggalkan ini.. al-Hamdulillah..


Tahukah antum bahawa permulaan hari baru antum dipengaruhi oleh sikap antum sewaktu antum mula terkejut atau bangun dari tidur???


Tidur merupakan mati yang sementara di mana sewaktu kita tidur Allah memegang nyawa kita dan Dia kembalikannya nyawa kita lalu kita terjaga dari tidur.


Apakah sikap antum sewaktu terjaga dari tidur? Adakah antum bangun dalam keadaan lesu, atau tiba-tiba terfikirkan masalah dan bebanan yang digalas tiada berkesudahan?


Apabila antum bangkit dengan perasaan yang tidak bersemangat maka situasi ini akan menggangu mood dan emosi sepanjang hari dan berlanjutan sepanjang hidup anda.


Bermula hari antum dengan rasa tertekan , sedih dan tidak bersemangat menyebabkan keadaan ini akan terbawa-bawa sepanjang hari antum pada hari tersebut dan antum benar-benar rasa tidak bersemangat, rasa malas dan rasa hidup yang penuh kebosanan yang mana sikap ini akan sering menjadikan antum adalah dalam golongan orang yang gagal.


Apa yang patut antum lakukan untuk kehidupan yang lebih ceria, bahagia dan penuh bermakna ialah apabila bangkit dari tidur antum perlu mengucapkan rasa bersyukur yang amat sangat kerana anda terlalu istimewa pada hari itu kerana antum masih lagi bernyawa dan sihat tubuh badan.


Doa bangun tidur mesti dilafazkan yang bermaksud Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan aku dari mati dan padanya jua aku dikembalikan.


Apa perasaan antum jika antum berada di tengah-tengah lautan tiba-tiba kapal yang antum tumpangi dihempas badai yang amat kuat dan kapal antum hampir-hampir akan tenggelam. Dalam keadaan huru-hara dan malapetaka yang besar antum benar-benar bermohon pada Allah memohon diri antum diselamatkan. Akhirnya doa antum dimakbulkan dan antum terselamat dari badai dan akhirnya antum berada di daratan...masih lagi dapat meneruskan kehidupan.. ah ..alangkah indahnya suatu perasaan kesyukuran yang amat sangat. Begitulah antum benar-benar menghargai sebuah kehidupan!


Begitulah yang patut antum rasa setiap kali terkejut dari tidur kerana antum masih lagi berpeluang untuk meneruskan kehidupan bagi perjuangan antum untuk berlumba-lumba melakukan kebajikan dan memohon keampunan pada Allah kerana apabila nyawa telah sampai ke halkum maka pintu taubat telah tertutup.


Senyumlah sewaktu antum bangun dari tidur dan genggamlah kedua-dua tangan antum berazam untuk melakukan yang terbaik untuk diri antum pada hari itu Bangunlah dengan penuh motivasi dan bersemangat.Mandikanlah minda antum dengan kata-kata positif. Emosi yang positif akan mengecas tubuh badan antum seterusnya mengalirkan bendalir penawar dalam tubuh antum.


Rasakan kehebatan dapat memiliki nyawa (kehidupan) itu. Setiap hari adalah hari yang baru penuh dengan sinar dari Allah yang memancar ke dalam jiwa antum.


Selepas menunaikan solat subuh hendaklah antum menikmati hidangan bagi roh anda iaitu zikir, istiqfar dan membaca ayat-ayat suci Al Quraan. Rasakanlah nikmat hidangan dari Allah yang akan membuatkan roh antum kenyang dan kuat dan hari tersebut menjadikan antum benar-benar bersemangat, ceria dan yang penting antum menjadi INSAN YANG TAHU BERSYUKUR KERANA ANTUM AKAN KEMBALI ke TEMPAT ASAL DALAM MEMPEROLEHI KEREDHAAN ALLAH.


Jumpa lagi ......salam penuh kasih sayang dari hati kerdil ini.

Read more...

About This Blog

helwa telinga

Tetamu maya

free counters

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP