السلام عليكم...جزاكم الله خيرا جزاء إلى كل من يزور هذا الموقع وأرجو منكم تستفيد وتنتفع بها إذا كانت وجدتها غير مفيدة ولا فائدة لكم فاتركها...أهلا وسهلا إلى بيتي جنتي...قال الله

تعالى: يأيها الذين ءامنوا اتقوا الله حق تقاته ولا تموتنّ إلا وأنتم مسلمون

Friday 26 February 2010

Inilah yg dikatakan sahabat..,,

Imran dan Nabil bersahabat sejak dari kecil lagi. Hubungan persahabatan antara mereka sangat akrab. Dalam apa jua aktiviti, mereka sering bersama.

Setelah tamat alam persekolahan, kedua-dua mereka menyertai kem tentera. Bertugas dan berkhidmat mempertahankan kemakmuran negara, mereka adakalanya terpaksa mengorbankan waktu untuk bermesra bersama. Namun begitu, persahabatan antara mereka tetap teguh dan kuat.

Pada suatu hari, Leftenan mengarahkan sebahagian daripada anak-anak buahnya untuk ke medan perang di suatu kawasan, manakala sebahagian yang lain diminta tinggal di markas untuk mempersiapkan diri andai berlaku pertempuran di kawasan yang lain.

Ditaqdirkan Imran dan Nabil terpisah dalam kumpulan yang berbeza. Imran ditugaskan menyertai pasukan perang ke medan pertempuran, meninggalkan sahabat baiknya Nabil di markas tentera.

Tanpa diduga, malapetaka menimpa. Sesuatu yang tidak diingini terjadi kepada Imran. Diserang hebat oleh pasukan lawan, Imran akhirnya jatuh tersungkur ekoran kecederaan teruk yang dialaminya di bahagian kepada dan dada.

Khabar malang tersebut sampai ke pengetahuan mereka yang tinggal di kem. Betapa hancur luluhnya hati Nabil ketika dia mendengar berita keguguran sahabat karibnya itu di medan pertempuran yang agak jauh dari markas. Dia segera meminta izin dari Leftenan untuk membenarkan dia menjemput tubuh sahabatnya yang gugur itu.

“Kamu boleh pergi, saya izinkan...” kata Leftenan, lalu menyambung, “tetapi saya merasakan usahamu itu tidak berbaloi. Tidak akan mendatangkan apa-apa keuntungan. Imran sudah mati, dan kamu malahan berkemungkinan ikut mati sama di sana nanti.”

Tanpa mempedulikan kata-kata nasihat Leftenan itu, atas dasar persahabatan, prajurit muda itu tetap saja pergi. Dengan perjuangan yang luar biasa, akhirnya Nabil berhasil menemukan sahabatnya. Dia bersyukur masih berpeluang bertemu Imran.

Dengan hati yang sedih menangisi pemergian sahabatnya itu, Nabil segera mengendong mayat sahabatnya itu, lalu dibawa pulang ke markas. Namun, di pertengahan jalan, ternyata prajurit muda itu sendiri tertembak, dan mengakibatkannya cedera parah.

Setibanya di markas, Leftenan memeriksa keadaan Nabil, dan dengan sendu dia berkata, “Kan saya sudah katakan, usahamu itu akan sia-sia saja. Sahabatmu sudah mati dan… kamu juga ternyata akan mati…”

Dalam keadaan dirinya yang tidak bermaya, Nabil tetap bersuara, “Tidak, ia bukanlah suatu yang sia-sia...”

“Apa maksudmu?” tanya Leftenan. “Sahabatmu kan ternyata sudah mati, dan sekarang kamu juga akan ikut menyusuli pemergiannya”

“Tidak...” sekali lagi Nabil menafikannya. “Ketika saya menemukannya, Imran ternyata masih hidup… malah dia sempat berkata kepada saya, ‘Bil, aku tahu… kamu pasti datang…’”

Tidak lama selepas itu, Nabil juga akhirnya memejamkan matanya buat selama-lamanya, menyusuli pemergian sahabat baiknya, Imran.
..



dicreaditkan : www.kongsibersama07.blogspot.com

Read more...

Saturday 20 February 2010

Kawan yang macam mana tu???




Kawan bukan macam main FUTSAL…
Mula-mula kejar, tapi dah dapat, disepak.

Kawan bukan macam main SKATE...
Mula-mula gosok, lepas tu pijak.

Kawan bukan macam main RAGBI...
Mula-mula tangkap, bila dah dapat, ditendang.

Kawan bukan macam PAMPERS…
Dah pakai, buang.

Kawan bukan macam BARANG KEMAS…
Waktu baru beli pakai, tapi bila sengkek, digadai.

Kawan bukan macam PELANGI…
Hari cerah tiada, tapi bila hujan gerimis, barulah muncul.

Kawan bukan macam KERETA…
Rosak sikit, terus dijual, dan diganti dengan kereta baru.

Kawan bukan macam CHIPSMORE…
Kejap ada, kejap tak ada.

Kawan bukan macam BANK…
Bila tiada duit, barulah datang untuk ambil (pinjam) duit.

Lagi..... kawan tu macam ape ye???


Haa... kawan tu macam Antum la!

Bila ana hantar mesej, antum akan baca mesej ana dengan teliti sampai habis, kemudian balas...
Bila ana update blog ni, antum akan datang ziarah untuk baca ...


Walau apa pun tanggapan orang tentang ‘kawan’, bagi ana, kawan tu penting. Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis, sedih, berduka dan sebagainya sendirian. Kawan yang sejati akan sentiasa berada di sisi kawannya di waktu susah mahupun senang, dan mudah untuk diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara. Dan yang paling penting, seorang kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman kepada kawan-kawannya (^_^)


“Sebaik-baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (HR al-Hakim)



dari: www.kongsibersama07.blogspot.com

Read more...

Tuesday 16 February 2010

Persoalan yang mengikut bilangan.???? masya-allah.. (episod 2)...

Assalmualaikum...
post kali ini adalah sambungan kepada post sebelum ini...
iaitu sambungan kepada soalan yg mengikut bilngan...
dan antara soalannya adalah seperti dibawah.... dan dimualai dengan soalan yg ke-11..

________________________________________________

11. sebelas yang tiada dua belasnya,


12. duabelas yang tiada tiga belasnya,

13. tigabelas yang tiada empat belasnya.

14. Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai roh!!

15. Apa yang dimaksud dengan kuburan yang berjalan membawa isi yg ada didalamnya?

16. Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga?

17. Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya?

18. Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!

19. Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah
yang terpelihara dari api?

20. Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?

21. Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar!

22. Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?"



Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan penuh keyakinan kepada Allah. Setelah membaca bismillah ia berkata,............



11. Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .


12.Dua belas yang tiada tigabelasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air." (Al-Baqarah: 60).


13.Tigabelas yang tiada empatbelasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.


14.Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah SWT ber-firman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. " (At-Takwir: 18).


15.Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.


16.Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf dengan barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala." Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, " tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Yusuf:98)


17.Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah SWT berfirman, "Sesungguhnya seburuk-buruk suara adalah suara keldai." (Luqman: 19).


18.Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.


19.Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah SWT berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya':69).


20.Makhluk yang diperbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ash-habul Kahfi (penghuni gua).


21.Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah SWT? "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).


22.Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.


Pendeta dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda muslim tersebut. Kemudian ia pun mula hendak pergi. Namun ia mengurungkan niatnya dan meminta kepada pendeta supaya menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh pendeta. Pemuda ini berkata, "Apakah kunci surga itu?"


Mendengar pertanyaan itu, lidah pendeta menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan wajahnya pun berubah. Ia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun ia cuba mengelak.


Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya ia jawab, sementara ia hanya memberi hanya satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya! "


Pendeta tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapan nya, namun aku takut kalian akan marah."


Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda. " Pendeta pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhadu Al La Ilaha Illallah Wa Aasyhadu Anna Muhammadar Rasulullah."


Lantas pendeta dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda muslim yang bertakwa.


Kisah benar ini diambil dari Mausu'ah al-Qishash al-Waqi'ah
di : www.gesah.net

Read more...

Thursday 11 February 2010

Persoalan yang mengikut bilangan.???? masya-allah.. (episod 1)...

Asalamualaikum wbt,
post kali ini.. ana ingin berkongsi satu cerita atau kisah yang ana baca dari sebuah laman web.. "http://www.gesah.net ".. dan kesohehan kisah ini,,, sama ada ianya benar2 berlaku.. ana tidak pasti.. namun apa yang menarik perhatian ana ialah.. isi kandungan pada kisah tersebut dan pertanyaan2 serta jawapan kepada pertanyaan tersebut... dan kisah itu sepertimana dibawah...

________________________________________


Ada seorang pemuda arab yang baru menamatkan kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan ia mampu mendalaminya. Pemuda itu juga seorang juru dakwah Islam. Ketika berada di Amerika, ia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah SWT memberinya hidayah masuk Islam.


Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas di sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar ia turut masuk ke dalam gereja. Mula-mula ia keberatan, namun disebabkan ajakan temannya itu, akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku di dalam gereja tersebut. Seperti mana biasa, Ketika pendeta masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan dan kembali duduk.


Di saat itu, si pendeta agak terkejut ketika melihat kepada para hadirin dan lantas berkata, "Dalam kalangan kita ada seorang muslim. Aku harap ia keluar dari sini." Pemuda arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Pendeta tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun ia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya pendeta itu berkata, "Aku minta ia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya. " Barulah pemuda ini beranjak keluar.


Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang pendeta, "Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang muslim." Pendeta itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu." Kemudian ia bergerak menuju pintu keluar. Namun, pendeta ingin memanfaatkan keberadaan pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, Pemuda muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.


Pendeta berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat."Si pemuda tersenyum dan berkata, " In-sya allah, Silakan!
Sang pendeta pun mulai bertanya, "


1.Sebutkan satu yang tiada duanya,

2.dua yang tiada tiganya,

3.tiga yang tiada empatnya,

4.empat yang tiada limanya,

5.lima yang tiada enamnya,

6.enam yang tiada tujuhnya,

7.tujuh yang tiada lapannya,

8.lapan yang tiada sembilannya,

9.sembilan yang tiada sepuluhnya,

10.sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh


Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan penuh keyakinan kepada Allah. Setelah membaca bismillah ia berkata,


1.Satu yang tiada duanya ialah Allah SWT.


2.Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah SWT berfirman, "Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)." (Al-Isra': 12).


3.Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.


4.Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.


5.Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.


6.Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah SWT menciptakan makhluk. (QS. As-Sajdah, 32:4)


7.Tujuh yang tiada lapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah SWT berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).


8.lapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat penjinjing Arsy ar-Rahman. Allah SWT berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di setiap penjuru langit. Dan pada hari itu lapan malaikat men-junjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).


9.Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin taufan, musim Kemarau, katak, darah, kutu, belalang dan pent.


10.Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah SWT berfirman, " sesiapa yang melakukan kebaikan maka untuknya sepuluh kali ganda." (Al-An'am: 160).



12 soalan yang berikutnya,, akan ana sambung pada post yang akan datang....

terjemahan dari : http://www.gesah.net/

Read more...

Wednesday 3 February 2010

6 perkara disebalik 6 perkara...

Assalamualaikum wrt kpd sahabat2 ukhwatul muslimin dan muslimat...
Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:


Setelah Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah
menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata: "Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?." Lalu Allah berfirman yang bermaksud.. "Tidak"


Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.

"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya 'Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih
sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."


Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?" Lalu Allah berfirman yang bermaksud.


"Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..." Kemudian Jibrail as meminta izin keada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia
mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:


"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud.


"Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa
perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."


Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :


1. Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
2. Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
3. Allah S.W..T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
4. Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
5. Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat(yang 5 waktu)
6. Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.


Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahua'lam.....
Kalau rajin... Tolong sebarkan cerita ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia...

Read more...

About This Blog

helwa telinga

Tetamu maya

free counters

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP