السلام عليكم...جزاكم الله خيرا جزاء إلى كل من يزور هذا الموقع وأرجو منكم تستفيد وتنتفع بها إذا كانت وجدتها غير مفيدة ولا فائدة لكم فاتركها...أهلا وسهلا إلى بيتي جنتي...قال الله

تعالى: يأيها الذين ءامنوا اتقوا الله حق تقاته ولا تموتنّ إلا وأنتم مسلمون

Saturday 30 May 2009

Umrah: Antara ibadah, trend dan bisnes



SABAN tahun, berjuta-juta umat Islam di seluruh dunia dan berpuluh-puluh ribu umat islam di Malaysia akan merebut peluang menunaikan ibadah haji dan umrah. Kedua-duanya adalah ibadah yang mempunyai nilai-nilai mulia secara tersendiri. Sejarah ibadat ini telah bermula dari zaman Jahiliah lagi di mana mereka mengerjakan ibadat haji dengan cara yang salah dan sesat.

Pada masa ini dapat dilihat bahawa semakin hari semakin ramai umat Islam yang ingin menunaikan haji dan umrah. Bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini, ibadah umrah menjadi seperti satu trend untuk melancong secara bersuka ria.
Perkara ini berlaku kerana sebahagian daripada mereka tidak mengetahui dan tidak mempelajarinya dengan mendalam sehingga melanggar perkara-perkara asas dalam ibadah tersebut seperti larangan semasa berihram dan pelaksanaan mengikut tertib rukun yang betul.

Ia juga boleh disebabkan oleh penyampaian maklumat yang salah dan tidak tepat daripada pihak-pihak tertentu yang menawarkan perkhidmatan umrah kerana adanya unsur-unsur berkepentingan.

Faktor perniagaan ke atas perkhidmatan ini juga secara tidak langsung turut mempengaruhi perjalanan ibadah itu sendiri.
Agensi-agensi yang bertanggungjawab menguruskan perkhidmatan ini seharusnya melaksanakan amanah yang dipikulnya dengan penuh integriti. Bukan hanya untuk meraih keuntungan semata-mata tanpa memikirkan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan secara serius.

Ibadat umrah

Melaksanakan umrah adalah merupakan fardu ain bagi setiap orang Muslim lelaki dan perempuan yang mempunyai keupayaan baik dari segi kewangan mahupun kesihatan fizikal.

Berbeza dengan ibadah haji, ibadah umrah boleh dilaksanakan sepanjang tahun manakala ibadah haji hanya boleh dilakukan pada bulan haji sahaja iaitu pada bulan Zulhijjah.
Di dalam Islam, ibadah umrah adalah bertujuan memperhambakan diri kepada Allah SWT dengan mengingati kebesarannya serta kekuasaannya. Selain kemanfaatan untuk akhirat, umrah juga mampu memberi faedah dan kebaikan dari segi pembentukan rohani, moral, kemasyarakatan, ekonomi, politik dan lain-lain.

Manakala amalan ziarah yang diamalkan oleh agama-agama lain pula hanyalah bertujuan melawat kubur orang-orang suci dan peninggalan nenek moyang mereka sahaja.

Dalam ibadah haji dan umrah, setiap perkara yang dilakukan bukanlah hanya perbuatan semata-mata. Setiap perbuatan itu mempunyai sejarah, nilai dan hikmahnya yang tersendiri.

Secara tidak langsung ia mampu melatih umat Islam untuk bersatu padu, kenal mengenal antara satu sama lain serta menanam semangat perjuangan dalam berusaha untuk menghadapi cabaran dan dugaan hidup. Di sinilah buktinya kekuasaan dan kebijaksanaan Allah SWT dalam mentadbir urusan alam.
Trend umrah masa kini

Sepanjang tahun, ramai di kalangan rakyat Malaysia berkunjung ke Tanah Suci Mekah untuk melaksanakan ibadah umrah. Ini merupakan satu amalan yang baik bagi umat Islam dalam membentuk kerohanian yang lebih utuh serta meningkatkan syiar Islam di persada dunia dengan mengabdikan diri kepada Allah SWT dengan sebenar-benar pengabdian. Bagaimanapun, terdapat segelintir daripada golongan ini yang menunaikan umrah dengan niat untuk melancong dan bersiar-siar.

Demi mengejar untuk melaksanakan ibadah ini, ramai di kalangan jemaah telah membelakangkan segala perkara-perkara asas dalam ibadah tersebut yang melibatkan perkara-perkara seperti larangan ketika berihram dan pelaksanaan rukunnya yang betul.

Perkara ini berlaku kerana sikap jemaah itu sendiri yang tidak mengambil berat mengenai kepentingan di sebalik ibadah tersebut lalu tidak mengendahkan hukum-hukum serta amalan yang perlu dititik beratkan dalam beribadat.
Sebahagian puncanya lagi adalah ilmu yang tidak tepat dan berlaku salah faham kerana kepentingan peribadi atau pihak-pihak tertentu.

Oleh demikian, secara tidak langsung, hampir sebahagian jemaah umrah Malaysia berisiko tinggi untuk tersasar dari ibadah umrah yang sebenar dan menjadikan
amalannya itu membazir dan sia-sia sahaja.

Bukan setakat itu sahaja, malah terdapat ramai di kalangan para jemaah yang pulang dari melaksanakan umrah membawa cerita-cerita yang karut dan khurafat. Cerita ini sengaja direka-reka dengan tujuan untuk menunjukkan bahawa mereka sahajalah yang benar dan hebat.

Umrah dari perspektif bisnes masa kini
Pada setiap tahun umat Islam di Malaysia dianggarkan sehingga seramai 70,000 orang jemaah akan berkunjung ke Tanah Suci, Mekah untuk melaksanakan ibadah umrah. Berbeza dengan ibadah haji, setiap tahun ia hanya dilaksanakan sekali sahaja dengan kuota
jemaah yang dianggarkan berjumlah seramai 26,000 orang.

Justeru itu, wujud pelbagai jenis agensi-agensi pengelola umrah yang tumbuh seperti cendawan menceburkan diri dalam peluang ini.

Malangnya, sehingga hari ini, hampir sejumlah besar daripada agensi-agensi tersebut tidak mampu melaksanakan tanggungjawab sepenuhnya dalam perkhidmatan umrah yang
ditawarkan.

Keuntungan tinggi

Kerana ingin merebut keuntungan yang tinggi, agensi-agensi pengelola umrah ini memperniagakan ibadat umrah dengan sewenang-wenangnya tanpa memikirkan keperluan perkhidmatan yang wajib diberi kepada para jemaah.

Kebanyakan agensi ini tidak mengambil berat tentang penyampaian maklumat yang jelas dan juga mengabaikan tuntutan untuk memberikan bimbingan umrah yang sewajarnya kepada para jemaah yang menggunakan perkhidmatan mereka.

Berdasarkan pada penemuan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman bermula pada tahun 2006, taktik tawaran pakej haji dan umrah adalah antara 12 bentuk penipuan yang paling popular berlaku di Malaysia.

Di antara modus operandi yang sering digunakan oleh agensi-agensi tersebut adalah menawarkan pakej haji atau umrah pada harga yang murah dengan pengurusan yang mudah. Namun, apabila mangsa telah membuat bayaran, pakej yang ditawarkan tersebut tidak wujud sama sekali.

Selain itu, turut timbul masalah di mana agensi yang menawarkan perkhidmatan umrah ini tidak melaksanakan pengurusan dengan baik dan teratur menyebabkan para jemaah tidak dapat melaksanakan ibadah umrah dengan sempurna.

Kes-kes seperti jemaah terkandas ketika melaksanakan ibadah umrah di Tanah Suci, penipuan pasport dan visa umrah serta tawaran pakej palsu bukan sahaja menganiayai para jemaah, malah turut membawa masalah dan impak negatif kepada negara.

Setiap agensi pengelola umrah seharusnya beroperasi dan melaksanakan perkhidmatan yang ditawarkan dengan ikhlas dan bertanggungjawab sepenuhnya.

Ini supaya perkhidmatan yang dilaksanakan mampu berjalan dengan lancar dan berkualiti. Agensi pengelola umrah sepatutnya memahami, mengkaji dan menilai hasrat yang diharapkan oleh para jemaah terhadap perkhidmatan umrah yang disediakan.
Pengurusan yang sistematik dan terancang mampu memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan memuaskan para jemaah di mana jemaah dapat melakukan umrah dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Pihak agensi pengelola umrah pula mendapat keuntungan yang bersih dan bebas daripada masalah-masalah yang membebankan diri sendiri.
Penutup

Dalam menyusuri era globalisasi yang semakin berkembang maju, keinginan manusia untuk memperoleh sesuatu yang sempurna juga semakin bertambah.

Hari demi hari masyarakat sering menuntut perkhidmatan yang efisien dan berkualiti. Pihak kerajaan dan swasta adalah penjana pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara.
Dari dahulu sehingga kini, Lembaga Tabung Haji (LTH) memainkan peranan yang penting bagi membolehkan jemaah Malaysia menunaikan ibadah haji di Tanah Suci Mekah. Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dan kemudahan kepada para jemaah, pelbagai usaha telah dilaksanakan bagi tujuan tersebut.

Kini, LTH telah menjadi contoh terbaik dunia dalam menguruskan hal ehwal berkaitan haji bagi negara Malaysia.

Bagaimana pun, ia berbeza dengan hal ehwal umrah yang masih belum mendapat perhatian khusus dari mana-mana pihak. Seringkali kita lihat di ruangan akhbar mahupun di kaca televisyen, masalah umrah sering berlaku dan tiada tindakan khas untuk menanganinya yang dilakukan secara berterusan.

Bertitik tolak dari permasalahan ini, kerajaan mengambil inisiatif menjadikan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar) sebagai agensi pemantau kepada perkhidmatan ini.

Secara dasarnya, pemantauan yang akan dilaksanakan ini adalah bertujuan untuk memperbaiki sistem perkhidmatan umrah supaya menjadi satu sistem bersepadu yang teratur dan berkualiti tinggi.

Perkara ini perlu diperhatikan secara serius kerana jika ia tidak dipantau dengan bijaksana dan efektif, ia boleh menatijahkan imej yang negatif kepada Malaysia dan juga menganiayai jemaah Malaysia sendiri.

Oleh itu, adalah wajar pengurusan berkaitan hal ehwal umrah ini dapat diuruskan secara teratur dan terancang. Ini supaya dapat menjamin kesempurnaan para jemaah dalam menunaikan ibadah ini dan meningkatkan kualiti perkhidmatannya ke tahap bertaraf dunia.

Read more...

Friday 22 May 2009

Jika aku jatuh Cinta ya ALLah

Read more...

Thursday 21 May 2009

Tetamu dari angkasa datang ke Bumi ????

Kelihatan dua makhluk asing sedang bersiap sedia untuk mendarat ke bumi.
"Kao dah siap barang barang untuk kiter pi bumi?" tanyer komander pader rakannyer.
"Sudah tuan....sumer suah ready....tinggal nak land je" jawab sorang lagik.
"Ok bagus...cumer tinggal satu lagik yg kiter nak kener bereskan sebelom mendarat " balas komander alien tu."Oh ye ke? Aper tu tuan?""Kiter kener turun menyerupai makhluk bumi.....takkan kiter nak turun dgn ruper kiter camnie....nanti makhluk bumi tu mesti tangkap dan buno kiter" jawab komander alien tu.

"Tapi tuan camner kiter nak menyerupai diorang paderhal kiter tak pernah nampak diorang?" tanyer sorang tu lagik."Ah yg tu kao jgn bimbang...kiter land secara senyap senyap, pastu kiter sembunyik kat one corner, kiter tunggu makhluk diorang keluar, pastu on the spot kiter copy dan menyerupai diorang lah" jelas komander. "Wah bagus tu cadangan tuan, amat bernas sekali usulan itu"Mereka pun terus mendarat ke satu kawasan tanaman padi...dgn senyap senyap mereka kuar dari spaceship dan sembunyik di belakang semak.

Tak lamer kemudian mereka pun ternampak dua makhluk bumi di hujung sawah. Dengan menggunerkan teknologi terkini mereka pun menyerupai dua makhluk bumi .Mereka keluar dari tempat persembunyian dan berjalan kearah dua penduduk bumi yg sedang bekerja. Kerana bentuk tubuh badan mereka yg samer, penduduk bumi itu tidak sedikitpun meraser hairan dgn kehadiran mereka.

Mereka bersuara konon konon bertanyer arah jalan, tapi tidak dilayan. Tiba tiba...mereka terdengar bunyik riuh di belakang , mereka pun toleh dan nampak sekumpulan makhluk bumi yg lain sedang berlari ke arah mereka. Sementara itu makhluk bumi yg dua nie terus menghilangkan diri.
"Ah cepat...cepat.....jgn kasi dia lari!!!!!" seorang daripader makhluk bumi itu meneriak pader rakan rakannyer.Kedua dua makhluk asing ini tercegat....mereka tidak tahu aper yg telah terjadi.

"Ahhhhh dapat jugak!...kalao korang sumer nak tahu inilah dua ekor kerbau liar yg asek makan padi padi aku....ok kiter bawak ke kampung...kiter sembelih nie dua ekor kerbau." Pak Salleh memberitahu orang orang kampung sambil mengikat leher kedua dua makhluk asing yg baghal.

huhuhuuu inilah cerita untuk minggu ke-2...

Read more...

Sunday 17 May 2009

Kitab Injil bawa Khadijah kepada Islam

Pada kali ini.. ana tertarik dengan satu artikel yg mengisahkan suatu cerita benar.. yg benar2 berlaku.. dan ana bersyukur dan gembira kerana kejadian ini berlaku ditanah atau dibumi jordan dimana tempat ana menuntut sekarang ini...



Memang benar, sesiapa yang Allah Swt hendak anugerahkan hidayah kepadanya, tiada siapa yang mampu menghalang.Benarlah Firman Allah Swt di dalam Surah Al-An'am ayat 125 :


...فَمَنْ يُرِدِ اللَّهُ أَنْ يَهدِيَهُ يَشْرَحْ صَدْرَهُ لِلْإِسْلَام


Yang bermaksud : Maka sesiapa yang Allah hendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Dia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima islam.



dan kisah ini ana sedari setelah ana membelek2 blog rakan2 seperjuangan ana di jordan dan akhirnya ana terbace artikel ini di blog alfadhil al-ustaz wan yusrizal.. dan setelah selesai ana membacenye.. terdetik hati ana untuk mengeposkan artikel ini di blog ana...



artikel itu bermula begini....




KHADIJAH Emile, wanita warga Jordan yang berasal dari Palestin ini dilahirkan kira-kira 48 tahun lalu. Beliau dilahirkan dalam sebuah keluarga Kristian dan pernah bekerja sebagai pengurus pejabat.
Menurut wanita ini kepada laman web IslamOnline.net, pegangan agama Kristiannya bertahan sehingga 15 Januari 2006 apabila, dia memeluk agama Islam, tiga tahun lalu.



Akui Khadijah lagi, dia membesar dalam sebuah keluarga yang tidak begitu komited dengan agama Kristian yang diwarisi turun temurun daripada nenek moyang mereka. Apatah lagi, bapanya berfahaman ateis. Malah bapanya juga tidak pernah mempengaruhi ahli keluarga yang lain untuk mengikutnya atau masuk campur dalam pilihan mereka.


Ibunya memang dilahirkan Kristian dan mewarisinya dari nenek moyang. Sekali gus ibu bertanggungjawab membesarkan dia adik-beradik dengan cara hidup Kristian.
Khadijah menerima pendidikan di sekolah yang dikendalikan oleh para biarawati. Oleh sebab itulah, mempelajari Kristian adalah wajib dan mereka terpaksa menghadiri perjumpaan pada setiap Ahad dengan dihadiri paderi serta perjumpaan khas pada Rabu untuk setiap pelajarnya.


Keluh Khadijah, dia tidak menyukai ritual dalam setiap perjumpaan kerana beranggapan tidak wujud perasaan yang menghubungkan dirinya dengan tuhan menerusi ritual-ritual tersebut. Namun dia berpura-pura menyukainya dengan keyakinan bahawa itulah satu-satunya cara atau peluang untuk merasai dekat dengan tuhan, satu cara untuk meluahkan rasa terima kasih dan merayu kepada-Nya.


Lantaran itu, jauh di sudut hatinya, Khadijah tidak berapa selesa dengan segala proses itu. Berkemungkinan kerana suasana dan kaedah ia dikendalikan di mana berlaku percampuran di antara lelaki dan perempuan malah perlu kepada orang tengah iaitu paderi yang khusus berkuasa untuk mengampunkan dosa.
Mengapa tidak boleh secara terus?, Kenapa perlu ada pihak ketiga? Apatah lagi orang ketiga itu juga adalah manusia sepertinya.


Menurut Khadijah, sejak kecil lagi mereka sekeluarga mempunyai seorang pembantu (amah) yang datang ke rumah membantu ibu membersih dan mengemas.
Dia seorang Muslim. Saya cukup tertarik apabila melihatnya bersembahyang. Saya dapat lihat keikhlasan dan kekhusyukan si amah, meskipun dia bersembahyang sendirian dan tidak di rumah ibadat.
Jawapannya itu menyentuh jauh di sudut hati saya. Sejak it"Saya pernah bertanyakan kepada amah itu, adakah dia rasa Allah dekat dengannya semasa bersembahyang? Jawabnya, "Ya, bila kita sembahyang, kita akan rasa kehadiran-Nya".



Jawapannya itu menyentuh jauh disudut hati saya. Sejak itu, setiap kali berkumandang laungan azan, saya iri hati kepada orang Islam. Ini kerana memikirkan saat ini mereka sedang mendirikan sembahyang dan hampir dengan tuhan mereka.
"Pun begitu saya masih dengan agama Kristian sehinggalah pada usia awal 30-an, apabila saya mula menyertai parti komunis dan pada masa sama cuba meminggirkan agama. Ia secara tidak langsung, menjadikan saya berfahaman ateis. Namun saya tidak menolak kewujudan tuhan. Walau bagaimanapun, ia cukup jelas bahawa hubungan saya dengan tuhan sudah terputus dan hanya berlaku pada sambutan Hari Natal, Easter dan semasa menyertai majlis-majlis sosial," katanya.


Lama kelamaan, Khadijah bosan dengan hubungan yang sentiasa terputus-putus itu. Jadi dia membuat kesimpulan bahawa satu cara sahaja untuk mengatasinya iaitu ialah dengan membina semula hubungan dengan agama. Dia yakin dengan kaedah sebegini, akan menguatkan pertalian dengan tuhan.
"Peliknya, semakin saya mendekatkan diri dengan agama dan pengajarannya, saya dihantui dengan soalan-soalan seperti; Siapa itu Tuhan? Adakah dia Ayah, Anak atau Roh Kudus? Sedangkan Tuhan itu Satu. Bagaimana Tuhan itu ada anak dan anak itu pula adalah Dia dan mengapa pula tuhan perlukan anak untuk membuktikan dia tuhan?


"Mengapa sebagai seorang Kristian, saya perlukan Nabi Isa untuk berhubung dengan Allah? Jika Nabi Isa itu nabi dan dia juga manusia seperti saya, sungguhpun dia memiliki tahap kerohanian yang jauh lebih tinggi.
"Tetapi saya tidak perlukan Nabi Isa untuk menghubungkan saya dengan tuhan. Lagipun, Nabi Isa hanyalah pesuruh-Nya. Jadi kalau dia juga tuhan, bermakna saya kena menyembah dua orang tuhan? Ia sesuatu yang tidak masuk akal," akui Khadijah.
Sejak itu, Khadijah mula banyak membaca, lebih-lebih lagi dalam situasi tertekannya itu. Dia berusaha mendekati tuhan menerusi Kristian, agama yang diwarisi sejak dilahirkan.


Sayangnya, hatinya semakin bimbang dan fikirannya semakin berserabut, apa lagi apabila menyentuh aspek amalan dan ajarannya. Khadijah semakin sedar bahawa apa yang ada di dalam kitab Injil itu bukan daripada Allah.
Malah di dalam kitab itu juga banyak ditemui petunjuk bahawa Nabi Isa itu cuma seorang nabi yang diutus oleh Allah untuk menyempurnakan agama yang dibawa oleh nabi sebelumnya.
Contohnya dalam Matthew 18:11, John 12:49, Matthew 5:17, Mark 10:18, Mark 9:37, John 17:3 dan banyak lagi contoh di mana Nabi Isa tidak pernah mengakui bahawa dirinya itu Tuhan.


Jadi, dari mana datangnya idea tentang konsep Triniti, soal Khadijah. Semua persoalan ini membingungkan fikirannya bertahun-tahun lamanya. Sungguhpun pelbagai jawapan yang diberikan oleh paderi bertauliah, seperti ia adalah satu mukjizat, namun semuanya masih boleh disangkal dan dipersoalkan.
Dengan demikian, Khadijah mula membuat penyelidikan sehinggalah beliau mengetahui tentang debat yang bertajuk, Is the Bible the Word of God? oleh Ahmad Deedat, seorang penceramah dari Amerika Syarikat.




Banyak bukti yang diperjelaskan oleh penceramah itu menyedarkan Khadijah akan penyelewengan yang telah dilakukan ke atas kitab Injil. Maka sejak itu, hijrah akidah Khadijah pun bermula.
Serangan menjadi-jadi ke atas Islam merebak di arena antarabangsa, ia telah membantu Khadijah untuk lebih mendalami agama Islam. Umat Islam hanya mengakui bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah malah segala sesuatu itu hanyalah datang dari-Nya dan tiada suatu di dunia ini berkuasa menandingi kekuasaan Allah. Rukun ini menjadikan Islam itu agama yang realistik bagi Khadijah.



Menurut Khadijah, Islam adalah agama yang menyeru manusia menyembah Allah dan hanya kepada-Nya tempat meminta. Ini jelas membuktikan tiada perlu ada perantara di antara hamba dan Pencipta iaitu Allah SWT.
Akhirnya, naluri Khadijah merasai dirinya serasi dengan Islam tanpa sebarang penolakan malah minda dan hatinya tenang dengan Islam, seolah-olah dirinya dilahirkan sebagai Muslim.
Tanggungjawab melaksanakan solat itu perlu demi mendekatkan diri dengan Allah, malah dia melaksanakan puasa pada bulan Ramadan dan membaca keseluruhan al-Quran.


"Saya dapati diri ini benar-benar menerima Islam secara lahiriah dan batiniah. Akhirnya saya temui ketenangan dalaman. Saya mengucap dua kalimah syahadah pada sambutan Aidiladha iaitu pada 15 Januari 2006 dengan disaksikan dua teman baik Muslim.
"Sukar untuk digambarkan perasaan gembira ketika itu. Syukurlah saya telah diselamatkan di dunia dan di akhirat oleh Allah di mana telah memilih saya menjadi hamba-Nya," kata Khadijah yang mendirikan solat sunat kesyukuran sebaik bergelar Muslim.

sekian..






itulah kisah yang penuh dengan kebenaran...


ana menulis semula artikel ini adalah bertujuan berkongsi dengan tetamu2 blog ana...

disini juga link untuk artikel di atas...

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0416&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm





sebelum terlupa... syukran ustad yus....

Read more...

Wednesday 13 May 2009

kelebihan Al-quran ditulis di dalam bahasa Arab



Mengapa Al-Quran Berbahasa Arab? Setiap saat, lahirnya orang-orang alim yang mampu menghafaz isi kandungan Kitab Suci Al-Quran. Hatta, orang buta atau kanak-kanak. Itulah bezanya dengan Kitab Suci lain.



“Mengapa Al-Quran diturunkan kepada seorang Nabi yang miskin dan buta huruf (ummiy)? Mengapa tidak diberikan kepada pembesar Mekkah mahupun Tha’if saja?” Pertanyaan seperti ini sering menjadi tanda tanya. Pertanyaan yang sama, “Mengapa Al-Qur’an berbahasa Arab?” Banyak dalil yang mengungkap hal ini.Boleh dikata, hampir semua ayat tersebut menyatakan, bahwa Al-Qur’an itu diturunkan dalam “bahasa Arab”. Adalah mustahil jika kerana Allah menurunkan Al-Quran ke dalam bahasa Arab kemudian dikatakan ianya“tidak universal”. Kenapa Allah memilih bahasa Arab? Bukan bahasa lain? Mungkin itu adalah hak Allah. Meskipun demikian, pilihan Allah mengapa Al-Quran itu dalam bahasa Arab boleh dijelaskan secara ilmiah.



Pertama, sampai hari ini, bahasa yang berasal dari kaum kuraisy yang masih bertahan sempurna adalah bahasa Arab. Bible (Old Testament) yang bahasa aslinya bahasa Ibrani (Hebrew) telah musnah, sehingga tidak ada naskah asli dari Perjanjian Lama.


Kedua, bahasa Arab dikenal memiliki banyak kelebihan: (1) Sejak zaman dahulu kala hingga sekarang bahasa Arab itu merupakan bahasa yang hidup, (2) Bahasa Arab adalah bahasa yang lengkap dan luas untuk menjelaskan tentang ketuhanan dan ukhrawi, (3) Bentuk-bentuk kata dalam bahasa Arab mempunyai tasrif, yang amat luas hingga dapat mencapai 3000 bentuk perubahan, yang demikian itu tak terdapat dalam bahasa lain.


Ketiga, Allah menurunkan Al-Qur’an kepada Rasulullah SAW. dalam bahasa Arab yang nyata (bilisanin ‘Arabiyyin mubinin), agar menjadi: mukjizat yang kekal dan menjadi hidayah (sumber petunjuk) bagi seluruh manusia di setiap waktu (zaman) dan tempat (makan); untuk mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya: dari kegelapan “syirik” kepada cahaya “tauhid”, dari kegelapan “kebodohan” kepada cahaya “pengetahuan”, dan dari kegelapan “kesesatan” kepada cahaya “hidayah”.


Keempat, menurut Syeikhu’l-Islam, Ibnu Taimiyah, “Taurat diturunkan dalam bahasa Ibrani saja. Dan Musa ‘alayhissalam tidak berbicara kecuali dengan bahasa itu. Begitu juga halnya dengan al-Masih: tidak berbicara tentang Taurat dan Injil serta perkara lain kecuali dengan bahasa Ibrani. Begitu juga dengan seluruh kitab. Ia tidak diturunkan kecuali dengan “satu bahasa” (bilisanin wahidin): dengan bahasa yang dengannya diturunkan kitab-kitab tersebut dan bahasa kaumnya yang diseru oleh para rasul. Justeru Al-Quran diturukan dalam bahasa Arab.


Walaupun bahasa Arab adalah bahasa yang sukar, namun bukanlah susah bagi umat Islam menghafaznya. Ini berbeza dengan kitab suci lain, sebagaimana Bible misalnya. Keuniversalan Al-Quran lainnya, dibuktikan dengan bagaimana Allah menjaganya melalui orang-orang alim dan yang memiliki kelebihan dalam menghafaznya (tahfiz). Walaupun ianya terdiri dari ribuan ayat, dalam sejarah, selalu saja banyak orang mampu menghafaznya secara cermat dan tepat. Hatta, ia orang buta atau kanak-kanak pun. Al-Quran, mudah dihafaz atau dilagukan dengan gaya apapun.








-editan semula wanhazar.blogspot.com-

Read more...

Saturday 9 May 2009

Linangan air mata untukmu


Linangan airmataku
Bila mengingati insan sepertinya
Insan yang tak pernah ku bersua muka
Insan yang tak pernah ku gelak tawa
Namun tetap sentiasa di jiwa untuk selama-lamanya


Linangan airmata buatnya
Bukan kerana sedih
Bukan kerana duka
Bukan kerana hiba Bahkan kerana cinta
Cinta yang membara pada insan yang bergelar hamba
yang sentiasa melutut pada yang Maha Esa

Ku cintakannya bukan kerana batang tubuhnya
Bukan kerana pangkatnya
Bukan kerana kecantikannya
Bukan kerana hartanya
Namun...demi Allah


akhlaknya yang terpuji lagi tinggi
menyentuh hati tersemat di sanubari
Ku kenalinya insan pejuang
Belum pun cecah usia dewasa
Insan sederhana dihiasi senyuman
Lembut tetapi tegas
dalam menegakkan kalimah Tuhan
menyambung perjuangan
Ummul mukminin di akhir zaman

Wasiat dan nasihatnya tetap kan ku pahat
Tazkirah serta khutbah pasti kan ku ingat
Sebagai modal untukku bergiat mengharungi dunia
yang penuh maksiat cabaran, dugaan dan cubaan
yang tak henti-henti datang melayang

Oh Tuhan...Ku harapkan padaMu
akan ada insan di masa kan datang
Yang mampu merempuh dunia fana
Yang sanggup merentasi lautan bergelora
Yang berupaya merealisasi Islam hendaknya
Yang mungkin menjadikan aku
berlinangan airmata untuk musim kedua

Oh Tuhan...Doaku padamu
Kurniakan aku hidup yang berkat
Hidup yang penuh dengan rahmat
Moga-moga kan ku dapat bersatu,
berjiran bersamanya di akhirat
Kerana “jiwanya jiwa seorang pejuang…”



-diedit dari http://sitihaslizaa.blogspot.com/2008/10/linangan-airmata-buatnya.html-

Read more...

Thursday 7 May 2009

Mutiara Al-quran : Janji allah yang sudah termaktub..





Salah satu kecantikan Al-Quran ialah ia diturunkan dalam bahasa Arab. Sebahagian daripada mutiara yang boleh diambil tidak memerlukan seseorang itu untuk tahu 13 cabang ilmu bahasa Arab atau belajar selama 13 tahun. Hanya mengetahui satu huruf mampu menukar keseluruhan cerita, itulah keindahan yang Quran tawarkan kepada kita. InshAllah contoh seperti ini akan menggalakkan kita untuk menyelami lautan Al-Quran dan belajar bahasanya.
Allah berfirman dalam Surah Zumar 39:71





وَسِيقَ الَّذِينَ كَفَرُوا إِلَى جَهَنَّمَ زُمَرًا حَتَّى إِذَا جَاؤُوهَا فُتِحَتْ أَبْوَابُهَا وَقَالَ لَهُمْ خَزَنَتُهَا أَلَمْ يَأْتِكُمْ رُسُلٌ مِّنكُمْ يَتْلُونَ عَلَيْكُمْ آيَاتِ رَبِّكُمْ وَيُنذِرُونَكُمْ لِقَاءَ يَوْمِكُمْ هَذَا قَالُوا بَلَى وَلَكِنْ حَقَّتْ كَلِمَةُ الْعَذَابِ عَلَى الْكَافِرِينَ - قِيلَ ادْخُلُوا أَبْوَابَ جَهَنَّمَ خَالِدِينَ فِيهَا فَبِئْسَ مَثْوَى الْمُتَكَبِّرِينَ




Orang-orang yang kafir digiring ke neraka Jahanam secara berombongan. Sehingga apabila mereka sampai kepadanya (neraka) pintu-pintunya dibukakan dan penjaga-penjaga berkata kepada mereka “Apakah belum pernah datang kepadamu rasul-rasul dari kalangan kamu yang membacakan ayat-ayat Tuhan, dan memperingatkan kepadamu akan pertemuan (dengan) harimu ini?” Mereka menjawab, “Benar, ada,” tetapi ketetapan azab pasti berlaku terhadap orang-orang kafir”
Mari kita lihat ayat dari surah yang sama yang menceritakan tentang penghuni Syurga 39:73-74


وَسِيقَ الَّذِينَ اتَّقَوْا رَبَّهُمْ إِلَى الْجَنَّةِ زُمَرًا حَتَّى إِذَا جَاؤُوهَا وَفُتِحَتْ أَبْوَابُهَا وَقَالَ لَهُمْ خَزَنَتُهَا سَلَامٌ عَلَيْكُمْ طِبْتُمْ فَادْخُلُوهَا خَالِدِينَ - وَقَالُوا الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي صَدَقَنَا وَعْدَهُ وَأَوْرَثَنَا الْأَرْضَ نَتَبَوَّأُ مِنَ الْجَنَّةِ حَيْثُ نَشَاءُ فَنِعْمَ أَجْرُ الْعَامِلِينَ


Dan orang-orang yang bertakwa kepada Tuhannya dihantar ke dalam Syurga secara


berombongan. Sehingga apabila mereka sampai kepadanya (Syurga) dan pintu-pintunya telah dibukakan, penjaga-pengajanya berkata kepada mereka, “Kesejahteraan (dilimpahkan ) atasmu, bebahagialah kamu! Maka masuklah kamu kekal di dalamnya.” Dan mereka berkata “Segala puji bagi Allah yang telah memenuhi janjiNya kepada kami dan telah memberikan tempat ini kepada kami sedang kami (diperkenankan) menempati Syurga di mana sahaja yang kami kehendaki. “Maka (Syurga itulah) sebaik-baik balasan bagi orang-orang yang beramal
Terjemahan ini tidak mampu menyingkap kecantikan dan mezahirkan perbezaan kepada kedua ayat di atas yang hanya mampu disingkap dalam bahasa Arab. Mari kita lihat kedua ayat tersebut sekali lagi, fokus kepada bahagian awal dari setiap ayat. Saya telah membezakan


bahagian yang merupakan satu-satunya perbezaan antara kedua ayat tersebut.


وَسِيقَ الَّذِينَ كَـفَرُواْ إِلَى جَهَنَّمَ زُمَراً حَتَّى إِذَا جَاؤُوهَا فُتِحَتْ أَبْوَابُهَا



Orang-orang yang kafir digiring ke neraka Jahanam secara berombongan sehingga apabila mereka sampai kepadanya (Neraka) pintu-pintunya dibukakan.
dan


وَسِيقَ الَّذِينَ اتَّقَوْاْ رَبَّهُمْ إِلَى الّجَنَّةِ زُمَراً حَتَّى إِذَا جَاؤُوهَا وَفُتِحَتْ أَبْوَابُهَا


Jika dilihat sepintas lalu, kita mungkin fikirkan satu-satunya perbezaan antara kedua ayat tersebut ialah satu golongan الَّذِينَ كَـفَرُواْ (orang-orang kafir) digiring إِلَى جَهَنَّمَ (ke Neraka) manakala satu golongan lagi ialah الَّذِينَ اتَّقَوْاْ رَبَّهُم(orang-orang yang bertakwa kepada Tuhannya) dihantar إِلَى الّجَنَّةِ (ke Syurga).
Walaubagaimanapun kita tertinggal sesuatu. Di ayat kedua, daripada mengatakan فُتِحَتْ أَبْوَابُهَا (pagar akan dibuka) , Allah mengatakan وَفُتِحَتْ أَبْوَابُهَا (ada huruf و ditambah) pada awal perkataan. Huruf و ini mengubah suasana keseluruhannya.
-dipetik dari kalam abul sattar-

Read more...

Wednesday 6 May 2009

Pesanan buat HAwa

Beritahu pada muslimah itu,
dirinya ibarat kaca; disentuh terguris,
dihantuk serpih, dihempap berkecai.
Beritahu pada muslimah itu,
jaga tutur kata; cakap tinggi nanti dibenci,
terlalu rendah dipijak pula,
cakap sombong mengundang lawan, hati-hati meluah kata,
kerana pulut santan binasa,kerana mulut badan binasa.


Beritahu pada muslimah itu,
jaga tingkah laku; harga diri letaknya di situ,
jangan meluru ikut telunjuk nafsu, sesekali tersilap langkah, akan dihukum selamanya, keturunan dicerca payah,
menyesal kemudian bukan faedah.


Beritahu pada muslimah itu,
jaga pakaian; ia cermin peribadi, juga lambang bangsa,
di mana dan dalam keadaan macam manapun,
biar orang kenal...Dia orang ISLAM.
Beritahu pada muslimah itu,
simpan secebis malu; kerana malu itu,
sebahagian daripada iman...

-hasil nkilan everjihad-

Read more...

Monday 4 May 2009

CeriTa DaRI TImuR TEngAH..

تَزَوَّجَ أَرْمَلٌ عِنْدَهُ سِتَّةُ أَوْلَادٍ مِنْ أَرْمَلَةٍ عِنْدَهَا خَمْسَةُ أَوْلَادٍ، وَبَعْدَ الزَّوَاجِ أَنْجَبَا أَرْبَعَةَ أَوْلَادٍ. وَذَاتَ يَوْمٍ حَدَثَتْ مُشَاجَرَةُ بَيْنَ الأَوْلَادِ، فَاسْتَغَاثَتِ

الأُمُّ مِنْ زَوْجِهَا قَائِلَةً : اِلْـحَقْنِيْ، اِلْـحَقْنِيْ، أَوْلَادِيْ وَأَوْلَادُكَ يَضْرِبُوْنَ أَوْلَادَنَا
!!

terjemahan (kali ini sahaja.. lepas ni pergi belajar Arab)
Seorang duda beranak 6 berkahwin dengan janda beranak 4. Selepas kahwin mereka melahirkan 4 orang orang anak. Pada suatu hari berlaku pergaduhan antara anak-anak. Si ibu meminta bantuan dari suami sambil berkata : Tolong, tolong, anak-anak saya dan anak-anak awak sedang memukul anak-anak kita.

hihihiiii

Read more...

Sunday 3 May 2009

UNtuK SaHabAT dAri SahabaT


Dengarlah sahabatku , Allah memujukmu..
at-toyyibat littoyibin, annur;26.
Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.
Jelas, wanita baik itu dijanjikan untuk lelaki baik & sebaliknya.
Telah tercatat seungkap nama wanita di loh mahfuz untukmu.
Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu.
Jika engkau berada di atas jalan yang diredhai,InsyAllah,si dia turut di jalan yang sama.
Lupakan segala kegundahan, teguhkan diri pada cinta Hakiki nescaya cinta mujahid soleh turut kau miliki.
Yakinlah dengan janji Allah.Senyumlah pada sinar yang menantimu di hadapan! ^_^Allah amat sayang pada hamba-hambaNya yang bertaqwa =)

-hasil nukilan qoin-

Read more...

Saturday 2 May 2009

berusahalah mempelajari bahasa arab.

Oleh: Fahri Abdullah al-Masri

Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab yang betul. Hasan al-Banna.

As-Syahid Imam Hasan al-Banna dalam wasiatnya yang ketiga meminta kita dapat mempelajari dan berusaha keras memahami bahasa Arab. Kenapakah pentingnya umat Islam memahami bahasa Arab dengan fasih itu?

Berikut, kami paparkan kepentingan bahasa Arab sebagai yang disebutkan dalam al-Quran.

Yusuf
[1] Alif, Laam, Raa'. Ini ialah ayat-ayat Kitab Al-Quran yang menyatakan kebenaran. [2] Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya.

Ar-Ra'du
[37] Dan demikianlah Kami menurunkan Al-Quran sebagai hukum dalam bahasa Arab. Dan demi sesungguhnya, jika engkau (wahai Muhammad) menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya kepadamu wahyu pengetahuan (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau peroleh dari Allah sesuatupun yang dapat mengawal dan memberi perlindungan kepadamu (dari perkara-perkara yang tidak diingini).

An-Nahl
[103] Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa mereka yang musyrik itu berkata: " Sebenarnya dia diajar oleh seorang manusia". (Padahal) bahasa orang yang mereka sandarkan tuduhan kepadanya itu ialah bahasa asing, sedang Al- Quran ini berbahasa Arab yang fasih nyata.

Taha
[113] Dan demikianlah Kami telah menurunkan Al-Quran sebagai bacaan dalam bahasa Arab, dan kami telah terangkan di dalamnya berbagai-bagai amaran supaya mereka (umat manusia seluruhnya) bertaqwa, atau mereka mendapat daripadanya sesuatu peringatan dari faedah mereka.

Asy-Syu'araa'
[195] (Ia diturunkan) dengan bahasa Arab yang fasih serta terang nyata.

Az-Zumar
[27] Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengemukakan kepada umat manusia berbagai misal perbandingan dalam Al-Quran ini, supaya mereka mengambil peringatan dan pelajaran. [28] laitu Al-Quran yang berbahasa Arab, yang tidak mengandungi sebarang keterangan yang terpesong; supaya mereka bertaqwa.

Fussilat
[1] Haa, Miim [2] Turunnya Kitab ini dari Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. [3] Sebuah Kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya satu persatu; iaitu Al-Quran yang diturunkan dalam bahasa Arab bagi faedah orang-orang yang mengambil tahu dan memahami kandungannya.

Asy-Syuura
[7] Dan sebagaimana Kami tetapkan engkau hanya penyampai, Kami wahyukan kepadamu Al-Quran dalam bahasa Arab, supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada (penduduk) "Ummul-Qura" dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya, serta memberi peringatan dan amaran mengenai hari perhimpunan (hari kiamat) - yang tidak ada syak tentang masa datangnya; (pada hari itu) sepuak masuk Syurga dan sepuak lagi masuk neraka.

Az-Zukhruf
[1] Haa, Miim. [2] Demi Kitab Al-Quran yang menyatakan kebenaran. [3] Sesungguhnya Kami jadikan Kitab itu sebagai Quran yang diturunkan dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal) memahaminya.

Al-Ahqaaf
[12] (Bagaimana mereka tergamak mengatakan Al-Quran ini rekaan dusta yang telah lama?) Pada hal telah ada sebelumnya Kitab Nabi Musa yang menjadi ikutan dan rahmat (kepada umatnya); dan Al-Quran pula sebuah Kitab - yang mengesahkan kebenaran (kitab-kitab yang telah lalu), - diturunkan dalam bahasa Arab untuk memberi amaran kepada orang-orang yang zalim, dan berita gembira bagi orang-orang yang berbuat kebaikan.


-dipetik dari Dr.siti hasliza-

Read more...

Friday 1 May 2009

Amalkanlah budaya Salam..

Berkenalanlah dengan saudara yang baru dikenali walaupun tidak meminta untuk berkenalan. Ini kerana asas gerakan dakwah adalah perkenalan dan berkasih-sayang. - Hasan al-Banna.Gerakan dakwah Ikhwan Muslimin ditandai dengan kekuatan hubungan erat dan rasa persaudaraan sesama mereka. Ikhwan Muslimin tidak berhasrat memanjangkan pertengkaran sesama muslimin. Malah, mereka mahu berusaha keras untuk membendung hal-hal yang boleh merebakkan pertikaian dalam umat Islam. Dan, kalimah salam adalah kunci kepada perpaduan itu.
Pendek kata, hadis Rasulullah s.a.w yang meminta agar ucapan salam itu disebarkan memang dimanfaatkan oleh ahli-ahli ikhwan itu sendiri. Semangat asal dan ruh perpaduan itulah yang sentiasa menjadi ingatan kepada anggota ikhwan.
Pada akhir zaman ini, kita lihat bahawa ada kecenderungan untuk memberikan salam cuma kepada orang yang dikenali saja. Kepada mereka yang tidak dikenali, maka kita abaikan sahaja. Dan, hal inilah yang cuba disampaikan oleh Hasan al-Banna kepada pendokong gerakan Ikhwan Muslimin.
"Rasulullah s.a.w perintahkan kami 7 perkara: "Mengunjungi pesakit, menghantarkan jenazah, menjawab tahmid ke atas orang yang bersin, membantu orang lemah, membantu orang teraniaya, menyebarluaskan salam dan menepati sumpah." - (Hadis riwayat al-Bukhari)
Lihat anjuran agama yang mahukan umatnya menyebarluaskan salam itu. Semua ini tidak lari dan tidak jauh daripada sikap Islam yang mahu menjadi juara kepada perpaduan sejagat dan Islam sebagai faham yang membawa rahmat ke serata alam.
Jika dunia hari ini tidak aman, bererti bukanlah silap Islam. Malah, kesilapan itu berpunca daripada orang Islam yang tidak menyebarluaskan salam dan tidak mengikuti anjuran baginda s.a.w itu dengan bersungguh-sungguh. Islam dan orang Islam itu dua perkara yang berbeza.
Sinar Islam malap oleh sikap Muslimin
Diakui bahawa kelakukan buruk umat Islam menyebabkan Islam itu menjadi buruk gambarannya. Kata Syeikh Muhammad Abduh, "Al-Islam mahjuubun bil Muslimin - (Keindahan) Islam itu terhijab oleh (kelakuan) umat Islam."
Wasiat ke-9 Al-Banna ini tidak lari daripada seruan baginda Rasulullah s.a.w sendiri. Dalam hadis lain disebutkan:
Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w: "Apakah (amalan) Islam yang terbaik? Nabi berkata: "Engkau memberi makan dan memberi salam kepada orang yang engkau kenali dan kepada orang yang engkau tidak kenali." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sebenarnya, hal memberikan salam itu bukanlah satu-satunya cara mengukuhkan perpaduan. Ia perlu disusuli dengan amalan memberikan makanan kepada orang-ramai, menghidupkan amalan baik pada waktu malam dan sebagainya.
Daripada Abdullah bin Salam r.a katanya, Nabi s.a.w. bersabda: "Hai sekalian manusia, sebarkanlah salam, berikan makanan, bersolatlah pada waktu malam sedang para manusia sedang tidur, maka engkau semua akan dapat memasuki syurga dengan selamat." - (lmam at-Tirmizi).
Maka, selain menyebarluaskan salam, Islam melihat hal menjawab salam itu juga termasuk dalam perkara yang mesti diberi perhatian yang bersungguh-sungguh oleh umat Islam.
"Dan apabila kamu diberi penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balas penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah selalu menghitung tiap-tiap sesuatu." - (Surah an-Nisaa: 86)
'Budaya lepak' secara Islam
Budaya lepak bukan budaya baru. Rasulullah s.a.w tidak suka mereka yang berada di tepian jalanan. Maka, baginda tegah para sahabat membuat pekerjaan yang sia-sia di tepi jalan itu. Tapi jika kita mahu berlepak-lepak juga, hendaklah kita melaksanakan 'hak-hak jalan' itu. Maka, termasuk dalam hak jalan itu ialah menjawab salam!
Dari Abi Sa'id Al-Khudriy r.a Rasulullah s.a.w bersabda: "Jauhilah duduk-duduk di pinggir jalan!" Sahabat berkata, "Ya Rasulullah, kami tidak boleh meninggalkan majlis kami ini dan juga bercakap-cakap dalamnya."
Rasulullah berkata, "Kalau enggan meninggalkannya, maka beri hak jalan itu." Sahabat bertanya, "Apakah hak jalan itu ya Rasulullah?" kata Rasulullah, "Tundukkan pandangan, singkirkan gangguan di jalan, jawablah salam dan melakukan amar ma'ruf nahi mungkar." (Muttafaq 'alaih).
Maka, perbuatan duduk di tepi jalan atau minum-minum petang di kedai kopi dan berbual-bual itu tergolong dalam istilah budaya lepak dalam masyarakat kita. Maka, hendaklah kita menunaikan hak-hak jalan di tempat kita sedang bersantai itu. Rasulullah cuba mengelakkan kita, tapi jika hendak melakukannya, maka hendaklah menunaikan hak jalan.
Kita lihat, dakwah Hasan al-Banna pun bermula di tempat lepak juga. Seperti yang kita ketahui, Al-Banna pun memulakan dakwah di kedai-kedai makan, kedai kopi, tempat di mana berkembangnya budaya lepak dengan begitu berleluasa. Ceramah dan khutbah di masjid saja tidak cukup menyekat arus kemungkaran dalam masyarakat.
Lebih ramai orang-orang yang memerlukan seruan dakwah, tetapi mereka sukar menuju ke masjid dengan sebab perawakannya yang menyebabkan mereka sendiri sukar menuju ke masjid.
Negara Islam terbina oleh masyarakat Islam bawahan yang perlu diislamkan sepenuhnya. Cabaran hari ini ialah bagaimana mahu mengislamkan orang Islam daripada sudut jiwanya, pemikirannya. Ini kerana, masih ramai orang Islam, tetapi sikap mereka seperti Yahudi, pemikiran mereka bukanlah pemikiran Islam dan akhlak mereka tidak mengikuti saranan nabi.
Sesungguhnya, Islam bermula daripada salah satu 99 nama Allah yang baik, iaitu As-Salaam. Daripada As-Salaam ini maka istilah Islam mendapatkan namanya. Maka, perbuatan menyebarkan salam ke serata alam inilah agenda Islam yang terutama dan Negara Islam terbina daripada masyarakat Islam yang benar-benar Islam.
Kita telah lama berdakwah di dalam Parlimen, mendakwahkan orang-orang atasan. Tapi, orang-orang bawahan tidak terkena tempias angin dakwah kerana dakwah cuma terhad di atas mimbar masjid, di khutbah-khutbah Jumaat dan di Parlimen.
Salam perlu disebarluaskan ke seluruh alam, lorong-lorong kecil, tempat anak-anak muda yang kering jiwanya akibat sudah lama hidup dibelenggu oleh faham kebendaan yang mengasuh mereka mengejar kemewahan.

Read more...

About This Blog

helwa telinga

Tetamu maya

free counters

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP