السلام عليكم...جزاكم الله خيرا جزاء إلى كل من يزور هذا الموقع وأرجو منكم تستفيد وتنتفع بها إذا كانت وجدتها غير مفيدة ولا فائدة لكم فاتركها...أهلا وسهلا إلى بيتي جنتي...قال الله

تعالى: يأيها الذين ءامنوا اتقوا الله حق تقاته ولا تموتنّ إلا وأنتم مسلمون

Monday 5 April 2010

Betulkah solat itu mencegah diri daripada melakukan kemungkaran???

“Dia solat tapi masih melakukan kemungkaran. Dia solat lima waktu tapi masih tidak menjaga batasan aurat. Kenapa ya?”


Persoalan inilah yang terus bermain di fikiran ana. Kerp kali kita membace atau terbaca dalam buku atau penulisan2 yg mengatakan bahawa ‘Solat mencegah kemungkaran.’ Tapi kenapa ada orang yang solat, tapi masih melakukan perbuatan mungkar? adakah ianya tidak benar??



Sudah tentu Tidak! Itu bukan ayat rekaan . Ana menyemak kembali lembaran suci AL-Quran dan ana bertemu dengan ayat ini.


“Bacalah kitab (Al-Quran) yang telah diwahyukan kepadamu (Muhammad) dan laksanakanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan) keji dan mungkar. Dan (ketahuilah) mengingat ALLAH (solat) itu lebih besar (keutamaannya dari ibadah yang lain). ALLAH mengetahui apa yang kamu kerjakan.” [Al –Ankabut, 45]



Jelaslah bahawa kata-kata itu bukan rekaan kosong tapi adalah firman ALLAH dalam kalamnya. Dengan kekerdilan diri, ana cuba lagi berfikir kenapa masih ada berlaku mungkar pada mereka yang solat. Dan mungkin ana juga tergolong dalam kalangan mereka... mungkin antum juga termasuk dalam golongan mereka yang solat tapi masih melakukan perkara mungkar. Atau mungkin ada dalam golongan keluarga dan rakan ana dan juga antum yang begitu? Atau adakah ALLAH telah menipu kita dengan ayat itu? Nauzubillah!!!! Semoga ALLAH ampunkan dosa kita bersama. Ana terus menyelak, dan ana bertemu pula dengan ayat ini,



“Maka celakalah orang yang solat, (yaitu) orang-orang yang lalai terhadap solatnya.”

[Al-Maun, 4-5]



Mungkin di sini jawapan yang ana cari. Kita selalu menitik beratkan perihal solat. Tapi solat itu bukanlah pada perbuatan sahaja. Solat bukanlah satu perkara remeh yang hanya bergantung sepenuhnya pada perlakuan rukuk dan sujud dan berdiri dan yg lain2. Malangnya, dalam dunia yang serba moden ini ramai yang hanya melakukan solat sekadar mahu memenuhi rukun islam yang kedua itu sahaja.



“Biarlah aku solat lewat pun. Asalkan aku solat.”



“Alamak, dah lewat ni! Solat simple-simple jela. Yang penting solat.”



Frasa ‘asalkan aku solat’ dan ‘yang penting aku solat’ inilah yang mematikan kuasa solat itu. Akhirnya solat itu tidaklah lebih dari sekadar perbuatan-perbuatan kaku yang hanya sia-sia dan memenatkan. Ia tidak lagi menjadi pencegah kemungkaran bagi pelaksananya. Bagaimanakah solat yang dilaksanakan pada saat waktu hampir berakhir (solat gajah) mampu memberi kesan pada pelaksananya?? Dan adalah tidak mungkin bagi mereka yang bersolat dengan pantas tanpa tomakninah mampu merasa kemanisan solat itu sendiri. Lalu solat itu tidaklah mampu menjadi benteng bagi diri kita menghindar dari kemungkaran. Rugilah seorang umat Muhammad yang meringankan solatnya.



Solat bukanlah hanya pergerakan-pergerakan yang mula kita pelajari sejak kecil, yang hanya kita ikut dan amalkan tanpa meletakkan hati kita di dalamnya. Ia adalah satu ibadah yang mendahului ibadah lain dan menjadi perkara pertama yang dihisab. Sabda nabi s.a.w yang juga riwayat at-Tabrani yang memperkatakan perihal solat, yang bermaksud:



“Awal-awal perkara yang dihisab atas hamba pada hari Kiamat ialah solat. Maka sekiranya solat itu elok nescaya eloklah lain-lain amalannya (diterima Allah), dan sekiranya solat itu rosak nescaya rosaklah lain-lain amalannya (ditolak oleh Allah).”



ALLAH juga telah dengan jelas menyuruh kita untuk melaksanakan solat dengan firmannya dalam Surah An-Nisa pada pengakhiran ayat 103 yang bermaksud:


“Sesungguhnya solat itu adalah kewajipan (fardhu) yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman.”



Tapi jika telah difardhukan, bagaimana pula dengan pelaksanaannya? Jangan risau, ALLAH bersifat maha Pengasih dan dia tidak akan membiarkan kita tanpa pedoman. Selain di dalam AL-Quran, telah ALLAH utuskan kekasihNYA Muhammad Bin Abdullah supaya dapat kita contohi gerakan solatnya agar ia diterima ALLAH. Agar solat itu menjadi perisai kita yang terbaik.


“Solatlah kalian sebagaimana kalian melihat aku solat.”

[Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]



Jadi marilah kita semak semula, adakah solat kita menepati ciri-ciri solat Rasulullah SAW. Atau ia hanyalah taklik kita pada buku ‘Mari Belajar Sembahyang’ yang kita baca berpuluh tahun lalu? Dari permulaan mengambil wudhu’ sehinggalah kepada memberi salam, semua caranya telah Rasulullah ajarkan kepada kita untuk kita contohi. Jika kita mampu berusaha mencari buku dan menghafal formula bagi mendapatkan gred ‘A’ dalam peperiksaan, mengapa kita masih berdiam diri dari mencari sumber sahih dan cara terbaik melaksanakan solat bagi memastikan kita turut mendapat gred ‘A’ di mata ALLAH?



Dan sedarkah antum bahawa setiap perbuatan2 dalam solat serta bacaan-bacaan dalam solat adalah yg aula(utama) setiap perbuatan. sebagai contoh selawat ketika duduk tahiyat adalah selawat yg paling mustajab berbanding selawat yg lain. sujud adalah kedudukan yg paling dekat dengan allah. ruku'k pula adalah keadaan yang rasulullah akan lihat di akhirat kelak. salam ketika berakhirnya solat adalah salam kita secara terus(direct) kepada malaikat yg mencatat amalan kita. Bacaan surah al-fatihah adalah Ummul Quran... dan banyak lagi..(boleh rujuk pada buku2 yg menulis tentang kedudukan dalam solat)



Cuma nasihat ana, nilailah semula solat kita. Contohilah sifat solat Rasulullah. Dan tatkala mencari rujukannya, tidak kisahlah daripada buku mahupun vcd atau internet, berpeganglah hanya pada sifat yang didatangkan dengan hadis sahih. Adalah kewajipan kita untuk berpegang pada AL-Quran dan sunnah. Janganlah rasa fanatic terhadap kepercayaan sendiri dan mazhab membutakan hati kita. Dan pada mereka yang mahu berubah, mulakanlah perubahan mu dengan menyempurnakan solat. InsyaALLAH bagi mereka yang sempurna solatnya, maka akan sempurna segala amalannya.



Buanglah frasa ‘asalkan aku solat’ dan ‘yang penting aku solat’ jauh-jauh dari hidup kita. Datangkanlah rasa dari hati dan kehambaan kepada ALLAH pada setiap solat kita. Supaya kita merasakan kemanisannya. Supaya aantum tidak menjadi seperti ana yang dahului pernah meragui firman ALLAH. Nauzubillah!!! Allah tak pernah menipu kita. Hanya kita yang membiarkan diri kita tertipu dengan bisikan syaitan.



Ingatlah, solat itu mencegah kemungkaran! Solatlah kamu dengan rasa pada hatimu, pasti kamu selamat dan merasa bahagia…



muhasabah semula nasihat dan teguran untuk diri ana yg acap kali terlalai...



Nota : Untuk setiap maksud ayat Al-Quran yang tertulis, adalah lebih baik jika antum membuat rujukan semula dalam tafsir Al-Quran supaya dapat melihat ayatnya (dalam bahasa Arab) =)

0 comments:

About This Blog

helwa telinga

Tetamu maya

free counters

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP