Salam Kemaafan dari Musafir Ilmu.. :-)
Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh,
Disni, Ana ingin Mnegambil kesempatan, kepada Antum semua.. untuk memohon maaf kepada semua yang mengenali diri ana ini.. dan kepada para pembaca atau yang mengikuti Blog "musafir ilmu" ini, dengan rendah diri ana ingin memohon maaf jika dari aspek penulisan dan perkongsian yang ana pernah nukilkan di blog ini, pernah mengguris hati para pembaca... oleh itu hanya kemaafan yang ana pinta..
Budaya maaf-bermaafan di hari raya ini.. ana masih belum lagi terbaca di Mana-mana kitab, namun kita sebagai umat islam amat-amat digalakkan untuk meminta maaf dan memaafkan.. oleh itu, sepanjnag bulan Ramadhan, kita semua sudah berusaha bersungguh-sungguh untuk memohon AMPUN kepada yang maha kuasa tetapi keampunan itu hanyalah dosa kita dengan yang Maha ESa .Oleh yang demikian, diri ini masih berasa kekurangan jika Kesalahan sessama KIta iaitu "Manusia" masih lagi terpahat dihati tanpa kita sedari bahawa dosa kita sesama manusia itu hanya akan terhapus jika manusia itu yang maafkan kita bukan Allah...
Sekali lagi dengan rendah diri, Maafkan diri ini, Mohon Dihalalkan untuk segala-galanya.. dan juga Salam kemenangan Kepada antum diatas kejayaan antum kerana telah berjaya menunaikan ibadah puasa sepanjang Bulan Ramadhan..
dan ingatlah sesungguhnya hari Raya Ini adalah hari kita untuk Bersuka diatas kemengan kita. oleh itu, Bergembiralah dan usahlah bersedih... kita berbalik pada pengertian العيد itu sendiri yang membawa maksud secara umum adalah digunakan sebagai SAMBUTAN untuk memperingati peristiwa yang besar dan istimewa.. oleh itu bersukalah dan bergembiralah.. :-)
akhir kalam,
Selamat Hari Raya Aidil Fitri diucapkan kepada Keluarga yang berada di Malaysia, dan juga yang kini sedang bercuti di Indonesia, ibu-ibu angkat yang dirindui, Guru-guru di SMK seri keramat, SMKA KUALA selangor, dan Kolej UNiversiti islam antarabngsa Selangor(KUIS) dan UNiversity Of Jordan, sahabat-sahabat yang dikasihi, rakan-rakan seperkenalan hidup , Salam Hari raya dan salam Kemengan Buat antumm..
Taqabbalallahu minna wa minkum... :-)
Semoga Ramadan yang berlalu kelmarin menjadikan kita semua lebih bertaqwa di sisinya..
Maaf zahir dan batin.
0 comments:
Post a Comment