السلام عليكم...جزاكم الله خيرا جزاء إلى كل من يزور هذا الموقع وأرجو منكم تستفيد وتنتفع بها إذا كانت وجدتها غير مفيدة ولا فائدة لكم فاتركها...أهلا وسهلا إلى بيتي جنتي...قال الله

تعالى: يأيها الذين ءامنوا اتقوا الله حق تقاته ولا تموتنّ إلا وأنتم مسلمون

Thursday 28 April 2011

Dikala Hati berbisik...

"Tak kira,dimana jua kita berada, bumi ALLAH tetap kita pijak, langit ALLAH tetap kita junjung."


tiba-tiba,hati terdetik untuk berkata-kata sedemikian. Itulah hidup, walaupun di mana kita berada,walaupun siapa kita,walaupun apa pangkat kita, kita semua adalah sama. Duduk di bumi tuhan,berjalan di bumi tuhan, menghirup udara ciptaan tuhan.


Tidak ada ruang untuk melarikan diri, tiada ruang untuk bersembunyi kerana setiap ruang adalah di bawah penguasaanNya.


Bagi diri,segala jenis dugaan,cabaran dan segala mcm halangan adalah satu permainan hidup. Bila diimbas, sebenarnya semua itu adalah satu bentuk tarbiah dari Pencipta, yang memanggil kita untuk kembali mengenalinya, kembali berjalan kearahNya. Siapalah kita untuk melarikan diri dariNya?


Sedar ataupun tidak, ketika Ruh ditiupkan ke dalam jasad oleh ALLAH, Ada Aqad yang ditunaikan("Alastu Mirobbikum? Qalu bala Shahidna" maksudnya " bukankah aku tuhan kamu? mereka menjawab : sudah tentu dan kami bersaksi keatasMU). bersama kembali mencariNya. Kejarlah CintaNYA...Berjalanlah di atas landasan Cinta & RedhaNya...

Read more...

Friday 22 April 2011

Pemikir Islam Dr. Mustafa al-Shak’ah رحمه الله تعالى




Pemikir besar Islam Dr. Mustafa al-Shak’ah, telah meninggal dunia pada 20 April 2011, dalam usia 94 tahun, setelah sepanjang hayatnya menyumbang usaha dan berbakti demi membela agama Islam. Beliau adalah anggota Institut Penyelidikan Islam dan Majlis Tertinggi Hal Ehwal Islam, Mesir dan juga merupakan seorang profesor sastera dan pemikiran Islam.



Beliau dikenali dengan pendirian-pendirian tegas dan pendapat-pendapat beraninya dalam menegakkan kebenaran, dan merupakan salah seorang pemikir yang amat bersemangat memperjuang dan mempertahankan Islam. Beliau banyak menulis berkaitan sastera dan Islam, dan bukunya yang terkenal ialah "Islam Bila Mazahib" (Islam Tanpa Mazhab – telah diterjemah ke bahasa Melayu), yang menyeru terhadap kesatuan umat Islam dengan pelbagai mazhabnya, serta menentang taksub buta yang membawa kepada perbalahan dan perpecahan. Selain usaha-usaha beliau dalam memelihara keunggulan bahasa Arab, dan membangkang terhadap pindaan undang-undang keluarga dan undang-undang kanak-kanak yang bertentangan dengan syariat Islam.



Dr. Mustafa Mohammed al-Shak’ah lahir pada bulan Ogos 1917, di Wilayah Gharbiyyah, Mesir. Beliau telah memperoleh ijazah BA-nya dari Cairo University tahun 1944. Kemudian ijazah kedoktorannya dalam bidang sastera tahun 1954.



Beliau memulakan kerjayanya sebagai seorang guru di peringkat sekolah menengah dalam tempoh (1944 1949). Kemudian sebagai pakar perancangan sosial (1949 1956) sehingga mendaftar diri bertugas sebagai pensyarah di Fakulti Sastera, Universiti Ain Shams, Mesir tahun 1956. Kemudian diangkat pula sebagai Dekan Fakulti. Beliau kemudian bertugas sebagai seorang penasihat budaya di Washington (1960 1965). Setelah itu dipinjamkan untuk mengajar di Universiti Arab Beirut, Lubnan dan kemudian pula di Universiti Umm Durman di Sudan. Beliau juga pernah menjawat sebagai Dekan Fakulti di Universiti Emerates, UAE.


Beliau giat menulis karya sastera dan agama, seperti:

  1. فنون الشعر في مجتمع الحمدانيين "Seni Syair Masyarakat Hamdani".
  2. بديع الزمان الهمذاني رائد القصة العربية والمقالة الصحفية "Bediuz Zaman al-Hamadani: Pelopor Cerita dan Makalah Akhbar Arab".
  3. أبو الطيب المتنبِّي في مصر والعراق "Abu al-Tayyib al-Mutanabbi di Mesir dan Iraq".
  4. معالم الحضارة الإسلامية "Ciri Tamadun Islam".
  5. Imam al-Syafi'i.
  6. Imam Ahmad bin Hanbal.
  7. Kumpulan Makalah Tentang Pengajian Islam (dalam bahasa Inggeris).
  8. Pendidikan dan Pembelajaran di Dunia Arab (dalam bahasa Inggeris).



Dr. Mustafa al-Shak'ah telah menerima pelbagai anugerah dan penghargaan, antaranya: Anugerah Republik Mesir Kelas IV, pada tahun 1959, Anugerah Republik Mesir Kelas II pada tahun 1977, dan Anugerah Kehormat Negara dalam bidang sastera dari Dewan Tertinggi Kebudayaan, Mesir pada tahun 1989.




sumber :http://islamtoday.net/albasheer/artshow-12-149435.htm (islam today)

Read more...

Friday 8 April 2011

Bicara Hati, tiada siapa yang tahu.....

Bismillah......


Siapa yang mengetahui isi hati seseorang? siapa yang boleh menyelami berapa dalamnya dan apa yang terbuku pada hati seseorang? Bila kita melihat seseorang tersenyum adakah dia benar-benar bahagia? apabila seseorang menangis adakah itu bererti dia sedang bersedih? adakah itu tafsiran yang boleh kita andaikan?? Hati, tidak ada seorangpun yang mampu meneka dengan pasti ,bahkan kita sendiri, kadang-kadang tidak boleh memahami apa yang ada di dalam hati....




Apa yang terzahir di luar belum tentu itu tercermin di dalam hati, bukan bererti munafik tetapi kadang-kadang orang lain tidak perlu tahu apa yang sebenarnya kita rasakan saat itu, bila kita bahagia tidak perlu kita perlihatkan kebahagian itu secara berlebihan kepada orang lain, ketika kita bersedih tidak perlu mereka mengetahui betapa sakitnya atau beratnya musibah yang menimpa kita sehingga membuatkan kita bersedih. Begitu juga ketika hati kita merasa sakit, jangan sampai orang lain juga terkena tempiasnya disebabkan kesakitan hati kita itu. Cukuplah kita sendiri yang mengetahuinya dan Allahlah tempat kita menumpahkan segala rasa yang ada di hati, hanya Allah tempat kita mengadu dan tempat kita berserah diri. "Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung."




Mungkin pada Saat ini, ada hati yang begitu bahagia, seolah-olah ia ingin tersenyum setiap saat. Dan di sana ada hati yang berbunga-bunga kerana akan memiliki apa yang sangat dia harapkan selama ini, seoalah-olah dia sedang mempersiapkan sesuatu yang istimewa dalam hidupnya. Maka disini kita dapat membayangkan bagaimana hatinya dipenuhi dengan kebahagiaan, kesenangan dan amat suka cita. Tetapi sebaliknya, ada juga hati yang terluka kerananya, sedih kerana kebahagian yang dirasakan olehnya. Siapa yang tahu didalam keadaan orang yang bahagia ada dalam kalangan mereka yang berbisik dihatinya......" Tahukah dia bahawa hati saya sakit di saat dia merasakan kebahagiaan yang sempurna? Tahukah dia bahawa saya ingin menangis, ketika dia tersenyum dan tertawa?" tiada siapa yang tahu...... kita pun tidak tahu...




Dalam hatinya tiada siapa yang tahu? senyumannya masih ada, tawanya kadang-kadang masih terlihat dan gurau senda itu juga masih dia berikan kepada setiap orang yang dekat denganya, tidak ada sesiapapun yang tahu bahawa di sebalik apa yang kita lihat dari raut wajah & tingkahlakunya yang sebenarnya dia sedang terluka, kemungkinan pada saat itu dia ingin menangis ,Namun tiada sesiapapun yang tahu tentang itu. Hanya Allah dan dirinya sahaja yang mengetahu bagaimana keadaan diri dan hatinya pada waktu itu, hanya Allah tempat dia mengembalikan semua rasa di dalam hatinya, hanya Allah pengubat sakit & lara hatinya itu..




Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah wallahuakbar walahaulawalaquwataillabillah rangkaian kalimat ini yang membasahi bibirnya, menggetarkan hati yang ingin kembali, menemani butiran air yang menitis dari kelopak matanya dengan pengharapan setelah ini semuanya akan menjadi lebih baik. Seperti halnya sabda Rasulullah Perbanyakkanlah membaca La Haula Wala Quwwata Illa Billah kerana sesungguhnya bacaan ini adalah ubat bagi 99 penyakit, yang mana penyakit paling ringan adalah kebimbangan” (Riwayat Al-Uqaili melalui jabir r.a.)


Read more...

Anggaran Kos Belanjawan Pengajian di University of jordan



Tahun Pertama



Kos Persediaan ke Jordan
Jumlah
Tiket Kapal Terbang + Visa
RM 1900
Urusan Permohonan
RM 300
Urusan-urusan lain
RM 200
Jumlah keseluruhan
RM 2400


Kos Keperluan Rumah
Jumlah
Katil + tilam
JOD 30 + JOD 17
JOD 47
Meja
JOD 25
JOD 25
Almari
JOD 25
JOD 25
Barang-barang dapur
JOD 120 / 4 ahli rumah
JOD 30
Karpet
JOD 120 / 4 ahli rumah
JOD 30
Mesin basuh
JOD 100 / 4 ahli rumah
JOD 25
Keperluan lain
JOD 100 / 4 ahli rumah
JOD 20
Jumlah Keseluruhan
JOD 212


Kos Yuran Pengajian
Jumlah
Yuran Semester Satu
6 subjek x JOD 48
JOD 288
Yuran Semester Dua
6 subjek x JOD 48
JOD 288
Yuran Semester Musim Panas
3 subjek x JOD 48
JOD 144
Yuran Khidmat Universiti
JOD 48 x 3 semester
JOD 144
Buku-buku Wajib Universiti
JOD 100
JOD 100
Buku-buku Tambahan
JOD 100
JOD 100
Jumlah Keseluruhan
JOD 1064


Hal-Hal Lain
Jumlah
Tambang ke Universiti
JOD 12 x 12 bulan
JOD 144
Sewa Rumah
JOD 45 x 12 bulan
JOD 540
Bil Air + Bil Elekterik
JOD 15 x 12 bulan
JOD 180
Belanja Dapur
JOD 20 x 12 bulan
JOD 240
Keperluan lain
JOD 30 x 12 bulan
JOD 360
Jumlah Keseluruhan
JOD 1464


Jumlah Tahunan
Jumlah
Kos Persediaan ke Jordan
RM 2400
RM 2400.00
Kos Keperluan Rumah
JOD 212 x 4.50
RM 954.00
Kos Yuran Pengajian
JOD 1064 x 4.50
RM 4788.00
Hal-hal lain
JOD 1464 x 4.50
RM 6588.00
Jumlah Keseluruhan
RM 14730.00
* Tukaran matawang Dinar Jordan (JOD) kepada Ringgit Malaysia (RM) JOD 1 = RM 4.50



Tahun Kedua




Kos Yuran Pengajian
Jumlah
Yuran Semester Satu
6 subjek x JOD 48
JOD 288
Yuran Semester Dua
6 subjek x JOD 48
JOD 288
Yuran Semester Musim Panas
3 subjek x JOD 48
JOD 144
Yuran Khidmat Universiti
JOD 48 x 3 semester
JOD 144
Buku-buku Wajib Universiti
JOD 100
JOD 100
Buku-buku Tambahan
JOD 100
JOD 100
Jumlah Keseluruhan
JOD 1064


Hal-Hal Lain
Jumlah
Tambang ke Universiti
JOD 12 x 12 bulan
JOD 144
Sewa Rumah
JOD 45 x 12 bulan
JOD 540
Bil Air + Bil Elekterik
JOD 15 x 12 bulan
JOD 180
Belanja Dapur
JOD 20 x 12 bulan
JOD 240
Keperluan lain
JOD 30 x 12 bulan
JOD 360
Jumlah Keseluruhan
JOD 1464


Jumlah Tahunan
Jumlah
Kos Yuran Pengajian
JOD 1064 x 4.50
RM 4788.00
Hal-hal lain
JOD 1464 x 4.50
RM 6588.00
Jumlah Keseluruhan
RM 11376.00
* Tukaran matawang Dinar Jordan (JOD) kepada Ringgit Malaysia (RM) JOD 1 = RM 4.50




Tahun Ketiga




Kos Yuran Pengajian
Jumlah
Yuran Semester Satu
6 subjek x JOD 48
JOD 288
Yuran Semester Dua
6 subjek x JOD 48
JOD 288
Yuran Semester Musim Panas
3 subjek x JOD 48
JOD 144
Yuran Khidmat Universiti
JOD 48 x 3 semester
JOD 144
Buku-buku Wajib Universiti
JOD 100
JOD 100
Buku-buku Tambahan
JOD 100
JOD 100
Jumlah Keseluruhan
JOD 1064


Hal-Hal Lain
Jumlah
Tambang ke Universiti
JOD 12 x 12 bulan
JOD 144
Sewa Rumah
JOD 45 x 12 bulan
JOD 540
Bil Air + Bil Elekterik
JOD 15 x 12 bulan
JOD 180
Belanja Dapur
JOD 20 x 12 bulan
JOD 240
Keperluan lain
JOD 30 x 12 bulan
JOD 360
Jumlah Keseluruhan
JOD 1464


Jumlah Tahunan
Jumlah
Kos Yuran Pengajian
JOD 1064 x 4.50
RM 4788.00
Hal-hal lain
JOD 1464 x 4.50
RM 6588.00
Jumlah Keseluruhan
RM 11376.00
* Tukaran matawang Dinar Jordan (JOD) kepada Ringgit Malaysia (RM) JOD 1 = RM 4.50



Tahun Keempat




Kos Yuran Pengajian
Jumlah
Yuran Semester Satu
6 subjek x JOD 48
JOD 288
Yuran Semester Dua
6 subjek x JOD 48
JOD 288
Yuran Semester Musim Panas
3 subjek x JOD 48
JOD 144
Yuran Khidmat Universiti
JOD 48 x 3 semester
JOD 144
Buku-buku Wajib Universiti
JOD 100
JOD 100
Buku-buku Tambahan
JOD 100
JOD 100
Jumlah Keseluruhan
JOD 1064


Hal-Hal Lain
Jumlah
Tambang ke Universiti
JOD 12 x 12 bulan
JOD 144
Sewa Rumah
JOD 45 x 12 bulan
JOD 540
Bil Air + Bil Elekterik
JOD 15 x 12 bulan
JOD 180
Belanja Dapur
JOD 20 x 12 bulan
JOD 240
Keperluan lain
JOD 30 x 12 bulan
JOD 360
Jumlah Keseluruhan
JOD 1464


Urusan Pulang
Jumlah
Tiket Kapal Terbang ( pulang sahaja )
JOD 300
Urusan-urusan lain
JOD 500
Jumlah keseluruhan
JOD 800


Jumlah Tahunan
Jumlah
Kos Yuran Pengajian
JOD 1064 x 4.50
RM 4788.00
Urusan Pulang
JOD 800 x 4.50
RM 3600.00
Hal-hal lain
JOD 1464 x 4.50
RM 6588.00
Jumlah keseluruhan
RM 14976.00




* Tukaran matawang Dinar Jordan (JOD) kepada Ringgit Malaysia (RM) JOD 1 = RM 4.50


ANGGARAN KOS KESELURUHAN
BELANJAWAN PENGAJIAN DI UNIVERSITI JORDAN, AMMAN


Jumlah Keseluruhan Pengajian di Jordan
Jumlah
Tahun Pertama
JOD 3273.33
RM 14730.00
Tahun Kedua
JOD 2528.00
RM 11376.00
Tahun Ketiga
JOD 2528.00
RM 11376.00
Tahun Keempat
JOD 3328.00
RM 14976.00
Jumlah keseluruhan
JOD 11657.33
RM 52458.00
* Tukaran matawang Dinar Jordan (JOD) kepada Ringgit Malaysia (RM) JOD 1 = RM 4.50

- Terima kasih kepada Presiden PRISMA & Barisan Lajnah atas kesudian memberi pertolongan dan bantuan. Kredit to PRISMA Jordan dan www.ppmaj.blogspot.com

Read more...

About This Blog

helwa telinga

Tetamu maya

free counters

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP