السلام عليكم...جزاكم الله خيرا جزاء إلى كل من يزور هذا الموقع وأرجو منكم تستفيد وتنتفع بها إذا كانت وجدتها غير مفيدة ولا فائدة لكم فاتركها...أهلا وسهلا إلى بيتي جنتي...قال الله

تعالى: يأيها الذين ءامنوا اتقوا الله حق تقاته ولا تموتنّ إلا وأنتم مسلمون

Saturday 2 July 2011

ikhlas dan kemaafan..

Ikhlas Aisyah..ikhlas...”



Begitulah sebait potongan dari dialog filem yang pernah “booming” di Indonesia atau malaysia (dialog Filem Ayat-Ayat Cinta)



Orang bijak pernah berkata bahwa ikhlas itu hanya Allah SWT yang boleh menilainya, jadi ikhlas itu apa dan bagaimana???



ilmuan islam pernah berkata, Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam pada waktu malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.



Heeaarrmmff..???



fikir dan fikir, sebenarnya apakah definisi dari Ikhlas itu..??



Ketahuilah, sesungguhnya di dalam tubuh manusia itu terdapat segumpal daging. Jika, dia baik maka baiklah seluruh jasadnya. Dan jika rosak, maka rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah, segumpal daging tersebut adalah hati”



Ketahuilah sesungguhnya dialah yang maha mengetahui dan dialah yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya.



Fudhail bin Iyadh: Bahawa maksud dari amal yang ihsan (paling baik) adalah amal yangn paling ikhlas dan yang paling benar. Ada dua syarat diterimanya amal ibadah manusia, ikhlas dan benar.



IKHLAS hanya mengharap Redho Allah



bagi sesiapa yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah, dan menikah kerana Allah, maka sempurnalah imannya. (HR. Abu Dawud)



Ikhlas itu…..



tidak suka dipuji orang



Sesungguhnya seorang hamba itu bila merasa ujub kerana suatu perhiasan dunia, nescaya Allah akan murka kepadanya hingga dia melepaskan perhiasan itu.


(Sayidina Abu bakar)




Shaikh Ahmad Ataillah mengingatkan: “Orang beriman itu apabila mendapat pujian, maka ia merasa malu terhadap Allah SWT atas pujian yang diterimanya, apabila sifat-sifat yang dimaksud/dipuji itu, tidak dimilikinya sama sekali”.



Menyembunyikan amal



Orang-orang yang menafkahkan hartanya di malam dan di siang hari secara tersembunyi dan terang-terangan, maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kerisauan terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati (QS Al Baqaroh 274)



Berani menanggung risiko



Sesungguhnya orang-orang yang beriman, mengerjakan amal soleh, mendirikan solat dan menunaikan zakat, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kerisauan terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati


(QS Al Baqaroh 277)



Tidak malu mengatakan “aku tidak tahu”



Al Khatib Al Baghdadi mengisahkan bahawa Imam Malik ditanya 48 masalah, hanya dua yang dijawab, dan 30 masalah lainnya dijawab dengan, “la adri“ (saya tidak tahu) (Al Faqih wa Al Mutafaqqih, 2/170).(dalam kes ini ada banyak pendapat tentang bilngan soalan dan soalan yang dijawab oleh imam malik, boleh rujuk semula untuk mendapatkan kepastian)



Selalu Bersungguh-sungguh



Ali bin Abi Thalib r.a. berkata, “Orang yang riya memiliki beberapa ciri; malas jika sendirian dan rajin jika di hadapan banyak orang. Semakin bergairah dalam beramal jika dipuji dan semakin berkurang jika dicela.”



Takut tidak diterima amalnya



Dan orang-orang yang memberikan apa yang telah mereka berikan, dengan hati yang takut, (kerana mereka tahu bahawa) sesungguhnya mereka akan kembali kepada Tuhan mereka *)


*)Maksudnya: kerana tahu bahawa mereka akan kembali kepada Tuhan untuk dihisab, maka mereka risau kalau-kalau pemberian-pemberian (sedekah-sedekah) yang mereka berikan, dan amal ibadah yang mereka kerjakan itu tidak diterima Tuhan.



Memandang rendah amalnya



Di antara bencana yang dialami seorang hamba adalah ketika ia merasa redha dengan amal kebaikan yang dilakukan, di mana hal ini dapat mengheretnya ke dalam perbuatan ujub (berbangga diri) yang menyebabkan rosaknya keikhlasan.



Amal yang paling baik adalah yang paling ikhlas dan paling benar. Jika amal itu ikhlas tapi tidak benar, maka tidaklah diterima. Jika amal itu benar tapi tidak ikhlas, juga tidak akan diterima kecuali jika dilakukan secara ikhlas. Ikhlas ertinya dilakukan hanya kerana Allah. Adapun benar ertinya adalah sesuai dengan sunnah (tuntunan dan petunjuk Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasallam).” (Fudhail bin ‘Iyadh)

***



Ibnul Qayyim rahimahullah berkata :



"Orang yang ikhlas adalah orang yang menyembunyikan kebaikannya sebagaimana ia menyembunyikan amal keburukannya" (Tazkiyatus An-Nafs, 17)



Rasulullah bersabda: Orang yang paling bahagia dengan syafaatku di hari kiamat adalah yang mengucapkan Laailaahaillallahu dengan ikhlas dari dalam hatinya (Bukhari)



Dari 'Utban bin Malik r.a. berkata: Ketika Nabi saw selesai solat beliau bertanya, "Dimanakah Malik bin al-Dakhsyum?" Dijawab oleh seseorang, "Dia itu munafik, tidak suka Allah dan Rasulullah." Maka Nabi saw bersabda, "Jangan berkata demikian, tidakkah engkau tahu bahawa ia telah mengucapkan LAA ILAAHA ILLALLAAH dengan ikhlas kerana Allah? dan Allah telah mengharamkan api neraka kepada siapa yang mengucapkan LAA ILAAHA ILLALLAAH dengan ikhlas kerana Allah." (Bukhari - Muslim)



Agama ialah keikhlasan (kesetiaan). Kami lalu bertanya, “kesetiaan kepada siapa, ya Rasulullah?” Rasulullah Saw menjawab, “Kepada Allah, kepada kitabNya (Al Qur’an), kepada rasulNya, kepada penguasa muslimin dan kepada rakyat awam.” (HR. Muslim)




Seorang sahabat berkata kepada Rasulullah, “Ya Rasulullah, seseorang melakukan amal (kebaikan) dengan dirahsiakan dan bila diketahui orang dia juga menyukainya (merasa senang).” Rasulullah Saw berkata, “Baginya dua pahala iaitu pahala dirahsiakannya dan pahala terang-terangan.” (HR. Tirmidzi)




bagi sesiapa memurkakan (membuat marah) Allah untuk meraih keredhoan manusia maka Allah murka kepadanya dan menjadikan orang yang pada mulanya menyukainya menjadi murka kepadanya. Namun sesiapa meredhokan Allah (meskipun) dalam kemurkaan manusia maka Allah akan meredhoinya dan meredhokan kepadanya orang yang pernah memurkainya, sehingga Allah memperindahkannya, memperindah ucapannya dan perbuatannya dalam pandanganNya. (HR. Ath-Thabrani)




Rasulullah SAW menegaskan : "Yang disebut dengan silaturahmi itu bukanlah seseorang yang membalas kunjungan atau pemberian, melainkan silaturahmi itu ialah menyambungkan apa yang telah terputus" (HR.Bukhari).



Ada 3 golongan yang tidak masuk surga, iaitu: Pecandu arak, pemutus silaturahmi dan orang-orang yang percaya sihir[H.R.Ahmad]




Memaafkan tidaklah serumit yang kita bayangkan, tidaklah pula sesulit yang kita fikirkan, serta tidaklah pula sepahit yang kita rasakan..Memaafkan itu engkau memberikan sedikit ruang kebaikan di hatimu untuknya.

Read more...

About This Blog

helwa telinga

Tetamu maya

free counters

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP