السلام عليكم...جزاكم الله خيرا جزاء إلى كل من يزور هذا الموقع وأرجو منكم تستفيد وتنتفع بها إذا كانت وجدتها غير مفيدة ولا فائدة لكم فاتركها...أهلا وسهلا إلى بيتي جنتي...قال الله

تعالى: يأيها الذين ءامنوا اتقوا الله حق تقاته ولا تموتنّ إلا وأنتم مسلمون

Wednesday 30 November 2011

Indahnya dan hebatnya "hari JUMAAT"

assalmualaikum, alhamdulillah setelah sekian lama, ana tidak memperbaharui blog"musafir ilmu" akhirnya, hari ini dan saat ini, ana mendapa suatu kekuatan dan keizinan dari yang maha kuasa untuk berkongsi sesuatu kepada antum a.k.a para pencina-pencinta ilmu...dengan ter-updatenye blog ini, ana ingin berkongsi dengan antum suatu perkara tenang hebatnya hari jumaat.. antaranya ialah..
------------------------------

Bagaimana kamu menjadikan setiap langkah kamu menyamai ibadah puasa dan qiam(bangun malam) setahun.


Ramai dalam kalangan kita, menunggu suatu masa dalam kehidupan kita,sama ada dari bulan ramadhan ke ramadhan atau dari musim panas ke musim panas yang akan datang untuk melakukan ibadah kepada allah,dan ini semua adalah semata2 untuk barakah dan kebaikan.


Namun pada hakikatnya waktu itu allah telahpun menciptanya untuk kita, yang mana padanya bnyak kebaikan dan kelebihan, dan waktu itu adalah "hari jumaat". Nabi Muhammad saw


bersabda :


قال صلى الله عليه وسلم : (( خير يوم طلعت عليه الشمس يوم الجمعة))


" sebaik-baik hari terbitnya matahari adalah hari jumaat",



Hari Jumaat didalamnya ada pengkhususan yang tertentu kepada kita, yang mana ALLAH sendiri yang menciptakan kebaikan ini, ulamak ada berkata : "tiada satu haripun dalam setahun yang lebih baik dripada hari jumaat melainkan hari 'arafah, hari raya adil fitri dan aidil adha."



hadith rasululla,

قال الرسول صلى الله عليه وسلم ( من غسل يوم الجمعة واغتسل ، ثم بكر وابتكر ، ومشى ولم يركب ، ودنا من الإمام فاستمع ولم يلغ ، كان له بكل خطوة عمل سنة أجر صيامها وقيامها ) رواه أحمد وصححه الألباني .




Bagi siapa yang bersuci , dan sesiapa yang mencuci tubuh(mandi) dan yang bngun awal pagi dan sesiapa yang berjalan dan tidak menunggang(menaiki sesuatu) dan menghampirkan dirinnya dengan imam dan diam, maka keatasnya setiap langkahnya itu menyamai amalan puasa dan qiyam(bngun malam) sepanjang tahun"



dengan ini, mungkin kita dapat simpulkan adab-adab yang boleh kita ambil daripada hadith ini kebaikan serta amalan-amalan yang lain, antaranya ialah :



1- Adab mempersiapkan diri pada hari jumaat.
5 adab dalam mempersiapkan diri pada hari jumaat:



1)mandi;
sesungguhnya ada yang meriwayatkan bahawasanya mandi itu wajib hukumnya kerana nabi Muhammad pernah bersabda "mandi pada hari jumaat itu wajib bagi mereka yang sudah cukup umur"(cari hadith ni)


2) memakai pakain yang paling baik dan sebaiknya memakai pakain yang terbaik pada hari jumaat dan paling baik adalah jika pakaiannya itu berwarna putih kerana ianya sunnah dan sesungguhnya rasulullah sukakan warna putih.


3)adalah memakai harum-haruman, sama ada ianya daripada minyak wangi atau wangian dari asap(lihat video)


4) hendaklah memotong kuku dan ianya adalah suatu yang menepati fitrah manusia


5)memakai minyak di malam jumaat atau disiang jumaat,Hendaklah menyapukan sesuatu dengan minyak .



Dan apabila mengamalkan dengan 5 amalan ini, sesungguhnya dia telah mengamalkan 5 adab dalam mempersiapkan diri pada hari jumaat.


2-adab keluar ke masjid(pergi masjid)
kemudian pergi kemasjid juga ada 5 adab.


1)berjalan bagi mereka yang mampu jika masjid itu berdekatan dengannya ataupun menaiki kenderaan dan kemudian berjalan dari tempat 'parking', in-syaallah.. allah akan kira pahalanya kebaikannya dengan ganjaran yang besar.


2)datang awal dan masuk dari mana2 pintu masjid sebelum imam menaiki mimbar khutbah dan disni membawa maksud yang baik, kerana rasulullah bersabda: " sesungguhnya setiap dari pintu2 masjid itu ada malaikat2nya yang menulis nama2 mereka yang masuk dengan susunan nama sesiapa yang memasukinya(pintu masjid) dahulu dan setelah imam menaiki mimbar maka malaikat akan menutup catatan nama itu lalu mendengar khutbah imam tersebut.



3)solat sunat tahiyatul masjid, nabi menyuruh kita jangan duduk melainkan selepas kita menunaikan solat dua rakaat tahiyatul masjid walaupun pada waktu itu khatib telah berada di mimbar, maka tak mengapa, walaupun pada waktu itu imam sedang berkhutbah maka disunatkan juga untuk menunaikan solat sunat tahiyatul masjid



4)disunatkan kehadapan serta mendekati imam. Amat pelik, sebahagian orang apabila datang awal ke masjid dan duduk di didnding di bahagian belakang masjid. Kerana sunnah adalah duduk di tempat yang paling dekat dengan imam. Nabi bersabda:'maka dekatilah dengan imam dan diam.


5)diam, hendaklah mendengar imam. Ada sebahagian orang contohnya di masjid tidak memberi perhatian(diam) malah tidur, sepanjang khutbah dia tidur, masya-allah.. seolah2 ia merasakan kesempurnaan tidur dapat dirasakan olehnya pada waktu khutbah, kadang2 ada ramai orang yang tidur pada waktu khutbah dan keatas mereka terlepas ganjaran yang banyak, maka diam(memberi perhatian) adalah penting, dan tinggalkanlah perkara2 yang melalaikan dan disana ada bnyak kesilapan2 yang dilakukanoleh manusia, ada sebahgian orang yang menghantar sms, rasulullah bersabda:" sesiapa2 yang mengerak-gerakkan batu kecil pada hari jumaat maka dia telah melakukan sesuatu perkara yang sia-sia dan bg sesiapa yang melakukan perkara yang sia-sia tiada pahala jumaat keatasnya, bahkan sesiapa yang mengatakan diam(ambil perhatian) kepada sahabat(orang sebelahnya) ianya juga perkara yang sia-sia dan sesiapa yang melakukan perakara yang sia-sia maka tiada pahala jumaat keatasnya.



3- adab di saing hari dan malam jumaat.
pada siang hari dan malam jumaat didalamnya ada adab2 yang berkaitan dengannya selain solat jumaat.



1)membaca surah al-kahfi, Nabi telah mensyariatkan :" bagi sesiapa yang membaca surah al-kahfi, keatasnya cahaya sehingga hari jumaat yang akan datang, dan menjaga serta memelihara diri kita dari fitnah dajjal, semoga allah memelihara dan menjauhkan kita dari fitnahnya.



2) dari sunnah2 yang ada pada siang dan malam jumaat ada perkara yang rasulullah minta secara peribadi kepada kita iaitu :"memperbanyakkan berselawat keatasku pada malam yang mulia dan pada hari yang bercahaya", apabila kita berselawat keatas nabi dengan sekali selawat maka allah akan berselawat 10 kali kepada kita, sesungguhnya selawat daripada allah itu adalah rahmat.



3)yang berkaitan dengn amalan disiang dan malam jumaat adalah dengan memperbanyakkan berdoa dengan allah dan menunggu sehingga waktu mustajab doa, nabi bersabda:" sesungguhnya pada hari jumaat ada waktu tiada seorang muslim pun yang meminta pada waktu itu melainkan dimakbulkan olehnya(allah) dan waktu itu dinamakan sebagi waktu mustajab. Dan kebnyakan ulamak serta dalam kalangan sahabat yang mengatakannya seperti Imam Ali dan saidatina Fatimah az-zahra dan juga ramai lagi sahabat2 yang berpendapat(berkata):" bahawasanya waktu yang paling mustajab adalah di waktu terakhir sebelum terbenamnya matahari.



Namun, yang paling penting bg setiap insan adalah pengkhususan pada hari jumaat ini dengan maksud " kecintaan kepada allah swt kepad kita dan kecintaan kita kepada allah swt dan ianya adalah asas yang wajib diikuti dari nabi Muhammad.



(entry diatas adalah terjemahan kepada video ini)

1 comments:

Unknown 20 January 2012 at 14:10  

jazakallah akh Quds atas terjemahannya...;)

About This Blog

helwa telinga

Tetamu maya

free counters

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP