السلام عليكم...جزاكم الله خيرا جزاء إلى كل من يزور هذا الموقع وأرجو منكم تستفيد وتنتفع بها إذا كانت وجدتها غير مفيدة ولا فائدة لكم فاتركها...أهلا وسهلا إلى بيتي جنتي...قال الله

تعالى: يأيها الذين ءامنوا اتقوا الله حق تقاته ولا تموتنّ إلا وأنتم مسلمون

Sunday 6 March 2011

MUlakan kehidupan dengan penuh kesyukuran dan Ceria... :-)

BismiLLAH, setelah sekian lama, ana tidak meng'update' blog ini disebabkan kesempitan waktu.. dan akhirnya ana dapat juga mencuri sedikit masa yang terluang untuk menulis sedikit dan mengupdate blog yang agak lama ana tinggalkan ini.. al-Hamdulillah..


Tahukah antum bahawa permulaan hari baru antum dipengaruhi oleh sikap antum sewaktu antum mula terkejut atau bangun dari tidur???


Tidur merupakan mati yang sementara di mana sewaktu kita tidur Allah memegang nyawa kita dan Dia kembalikannya nyawa kita lalu kita terjaga dari tidur.


Apakah sikap antum sewaktu terjaga dari tidur? Adakah antum bangun dalam keadaan lesu, atau tiba-tiba terfikirkan masalah dan bebanan yang digalas tiada berkesudahan?


Apabila antum bangkit dengan perasaan yang tidak bersemangat maka situasi ini akan menggangu mood dan emosi sepanjang hari dan berlanjutan sepanjang hidup anda.


Bermula hari antum dengan rasa tertekan , sedih dan tidak bersemangat menyebabkan keadaan ini akan terbawa-bawa sepanjang hari antum pada hari tersebut dan antum benar-benar rasa tidak bersemangat, rasa malas dan rasa hidup yang penuh kebosanan yang mana sikap ini akan sering menjadikan antum adalah dalam golongan orang yang gagal.


Apa yang patut antum lakukan untuk kehidupan yang lebih ceria, bahagia dan penuh bermakna ialah apabila bangkit dari tidur antum perlu mengucapkan rasa bersyukur yang amat sangat kerana anda terlalu istimewa pada hari itu kerana antum masih lagi bernyawa dan sihat tubuh badan.


Doa bangun tidur mesti dilafazkan yang bermaksud Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan aku dari mati dan padanya jua aku dikembalikan.


Apa perasaan antum jika antum berada di tengah-tengah lautan tiba-tiba kapal yang antum tumpangi dihempas badai yang amat kuat dan kapal antum hampir-hampir akan tenggelam. Dalam keadaan huru-hara dan malapetaka yang besar antum benar-benar bermohon pada Allah memohon diri antum diselamatkan. Akhirnya doa antum dimakbulkan dan antum terselamat dari badai dan akhirnya antum berada di daratan...masih lagi dapat meneruskan kehidupan.. ah ..alangkah indahnya suatu perasaan kesyukuran yang amat sangat. Begitulah antum benar-benar menghargai sebuah kehidupan!


Begitulah yang patut antum rasa setiap kali terkejut dari tidur kerana antum masih lagi berpeluang untuk meneruskan kehidupan bagi perjuangan antum untuk berlumba-lumba melakukan kebajikan dan memohon keampunan pada Allah kerana apabila nyawa telah sampai ke halkum maka pintu taubat telah tertutup.


Senyumlah sewaktu antum bangun dari tidur dan genggamlah kedua-dua tangan antum berazam untuk melakukan yang terbaik untuk diri antum pada hari itu Bangunlah dengan penuh motivasi dan bersemangat.Mandikanlah minda antum dengan kata-kata positif. Emosi yang positif akan mengecas tubuh badan antum seterusnya mengalirkan bendalir penawar dalam tubuh antum.


Rasakan kehebatan dapat memiliki nyawa (kehidupan) itu. Setiap hari adalah hari yang baru penuh dengan sinar dari Allah yang memancar ke dalam jiwa antum.


Selepas menunaikan solat subuh hendaklah antum menikmati hidangan bagi roh anda iaitu zikir, istiqfar dan membaca ayat-ayat suci Al Quraan. Rasakanlah nikmat hidangan dari Allah yang akan membuatkan roh antum kenyang dan kuat dan hari tersebut menjadikan antum benar-benar bersemangat, ceria dan yang penting antum menjadi INSAN YANG TAHU BERSYUKUR KERANA ANTUM AKAN KEMBALI ke TEMPAT ASAL DALAM MEMPEROLEHI KEREDHAAN ALLAH.


Jumpa lagi ......salam penuh kasih sayang dari hati kerdil ini.

1 comments:

niswah 9 March 2011 at 10:49  

nak bangun tido cmni: "yah..!! aja2..! yakatta..!!"
sbb blh practice sume bhs tiap1 pg tmasuk bahasa arab bila kte bce doa.. heheh~ :'p

About This Blog

helwa telinga

Tetamu maya

free counters

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP