السلام عليكم...جزاكم الله خيرا جزاء إلى كل من يزور هذا الموقع وأرجو منكم تستفيد وتنتفع بها إذا كانت وجدتها غير مفيدة ولا فائدة لكم فاتركها...أهلا وسهلا إلى بيتي جنتي...قال الله

تعالى: يأيها الذين ءامنوا اتقوا الله حق تقاته ولا تموتنّ إلا وأنتم مسلمون

Saturday, 24 July 2010

Wahai Sahabat perempuanku…


Bicara hati seorang sahabat !!!...



Sahabatku.. Benarlah bahawa lelakilah yang memulakan langkah pertama dalam lorong dosa, tetapi apabila engkau tidak setuju, lelaki itu tidak akan berani, dan andai kata bukan lantaran lemah gemalaimu, lelaki tidak akan bertambah parah. Wanitalah yang membuka pintu, seolah kau katakan kepada si pencuri itu : Silalah masuk………


Apabila ia telah mencuri, engkau berteriak : Pencuri ! tolong, aku telah dicuri….


Demi Allah, dalam khayalan seorang pemuda tidak akan melihat gadis kecuali gadis itu ditelanjangi pakaiannya.



Demi Allah begitulah juga, janganlah engkau mudah percaya apa yang dikatakan lelaki, kebanyakan daripada mereka tidak akan melihat gadis kecuali akhlak dan budi bahasanya. Ia akan berbicara kepadamu sebagai seorang sahabat. Demi Allah ia telah berbohong!



Senyuman yang diberikan pemuda kepadamu, kehalusan budi bahasa dan perhatiannya, semua itu tidak lain hanyalah merupakan perangkap rayuan. Setelah itu apa yang terjadi??



Kalian berdua sesat berada dalam kenikmatan, kemudian engkau ditinggalkan dan selepas itu selamanya akan merasakan penderitaan akibat kenikmatan itu. Si lelaki akan mencari mangsa lain untuk diterkam kehormatannya, dan engkaulah yang menanggung beban kehamilan dab kerosakan. Jiwamu menangis, pipimu basah dibasahi air mata , hidupmu berkubang dalam kehinaan dan keaiban, masyarakat tidak akan mengampunimu. Kesal dan kamu akan merasa kesal..



SAhabat perempuanku..



Cita-cita wanita tertinggi adalah perkahwinan. Bagaimana tinggi pun status sosialnya, kejayaan, pekerjaan , populariti, prestasinya, namun sesuatu yang paling agung dan sangat diinginkannya adalah menjadi isteri dan ibu yang baik kepada sebuah rumah tangga yang bahagia.



Tidak ada seorang pun lelaki yang mahu menikahi pelacur, sekalipun ia lelaki hidung belang., Apabila akan berumahtangga ia tetap akan memilih wanita yang baik, kerana ia tidak rela suri rumahtangganya dan ibu kepada putera dan puterinya adalah seorang wanita yang tidak baik.




Sahabat perempuanku..


Sahabatku yang beriman dan beragama! Sahabatku yang terhormat dan terpelihara, ketahuilah bahawa yang menjadi korban semua ini bukanlah orang lain terkecuali engkau.



Oleh kerana itu, jangan berikan diri kamu semudah itu. Sesungguhnya kemuliaan yang tercela tidak akan kembali, martabat yang hilang tidak akan dapat ditemui kembali.



Inilah nasihatku padamu, Sahabatku.. Inilah kebenaran. Sedarilah bahawa di tanganmulah kunci pintu kebaikan. Bila diri kamu diperbaiki, dengan demikian umat pun akan menjadi baik.



Kehormatanmu terletak di tanganmu. Keruntuhan akhlakmu juga di tanganmu.


1 comments:

m@s2r@~mi@ 11 August 2010 at 21:51  

:) terima kasih.. insyaAllah kami akan menjaga diri..

About This Blog

helwa telinga

Tetamu maya

free counters

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP