السلام عليكم...جزاكم الله خيرا جزاء إلى كل من يزور هذا الموقع وأرجو منكم تستفيد وتنتفع بها إذا كانت وجدتها غير مفيدة ولا فائدة لكم فاتركها...أهلا وسهلا إلى بيتي جنتي...قال الله

تعالى: يأيها الذين ءامنوا اتقوا الله حق تقاته ولا تموتنّ إلا وأنتم مسلمون

Monday 19 July 2010

Permohonan untuk penukaran permohonan dari universiti lain di jordan ke University Of Jordan kali kedua.







assalamualaikum..

disini ana ingin memberitahu kepada pelajar-pelajar yang telahpun mengisi borang permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke jordan. Ada berita baik untuk pelajar yang ingin menyambung pelajaran mereka ke Universiti OF Jordan.


Hasil perbincangan yang ringkas.. Pihak Malaysian Student Department(MSD) memberi peluang keTIGA setelah DUA kali permohonan penukaran dibuka kepada pelajar-pelajar yang ingin menukar pilihan pertama universiti mereka kepada Universiti Jordan.



untuk makluman, bahawasanya Universiti jordan untuk sessi pengambilan pelajar 2010/2011, pembayaran yuran unutk pelajar Malaysia adalah berdasarkan pembayaran yuran pelajar tempatan iaitu dalam 15JD/1hour berbanding sebelum ni 50/1hour. Namun, Universiti Jordan hanya menyediakan 40 tempat sahaja kepada pelajar Malaysia. Oleh itu, kepada pelajar-pelajar yang telah memohon untuk menyambung belajar di jordan dan ingin menukar pilihan universiti Ke Universiti OF JORDAN amatlah dialu-alukan.

permohonan ini akan mula di buka dari tarikh dan waktu post ini diterbitkan dari blog ini hingga hari khamis 22/7/10 jam 7.00am(waktu jordan) dan 12.00tgh(waktu malayisa)


Kepada mereka yang ingin melakukan penukaran permohonan ini atau mengetahui maklumat lanjut tentang perkara ini, anda boleh terus hubungi saudara Qudrotullah di " Kdq_qud@yahoo.com "

sekian terima kasih.



4 comments:

Anonymous,  2 July 2010 at 21:04  

Assalamualaikum wrt. wbt.

Tahniah atas usaha persatuan. Cuma tidakkah tarikh/tempoh yang diberikan terlalu singkat. Saya juga ingin bertanya apakah prosedur yang perlu saya lakukan kalau saya tidak berminat untuk menyambung pengajian di University of Jordan.

musafir ilmu 3 July 2010 at 01:34  

wa'alaikumsalam...

terima kasih atas ucapan. kami sudah cuba mana yg terbaik unutk meminta peluang kedua daripada pihak MSD agar diberikan peluang kedua kepada mana2 pelajar yang ingin menyambung atau menukar permohonan mereka ke universiti Of jordan sebgaai pilihan pertama mereka. Jadi tarikh atau masa itu, adalah hasil rundingan dan tolak ansur dari pihak MSD, jadi ana tiada kuasa untuk memanjangkan tempoh tersebut.

Dan ana rasa, MSD beri kesempatan kedua ni pun sudah baik.. kerana jika diikutkan prosedur yg betul, segala permohonan pertukaran memng tidak akan dibuka walaupun dengan rayuan memalui KPT... harap ambil NOTE di situ.

Dan tindakan yg perlu saudara/ri ambil jika tidak mahu menyambung pelajaran ke universiti of jordan adalah dengan mengabaikan pengumuman ini.

terima kasih atas komen.. :-)

Anonymous,  5 August 2010 at 10:00  

salam alaykum
Ana lpsn spm 09 dan
ana dari awal memg buat permohonan untuk ke universiti urduniah.
setakat ni(5/8) keputusan x dapat lagi. cuma ana ada persoalan jika ustaz x keberatan.
1. Nak dapatkan tempat di urduniah memg payah atau sama macam mantiqah2 lain. maksud ana mungkin tempat y terhad, kelayakan dll.
2. katakanlah ana dapat urduniah. kmudian ana nak cancel. tahun depan ana mintak sekali lagi untuk urduniah bolh x? atau ana boleh tunda tawaran tahun ni ke tahun hdpn? Atau jika ana memohon tahun depan, kira permohonan baru? Atau kalu cancel tahun ni memang dah x boleh mohon dah untuk tahun depan?

mohon pertolongon dan penjelasan. syukran. jazakallah khairan

musafir ilmu 5 August 2010 at 21:14  

kpd anonymous

sebrang pertanyaan... enta/ti boleh trus berhubung pada saudara qudrotullah di email ini syukran..
"kdq_qud@yahoo.com"

About This Blog

helwa telinga

Tetamu maya

free counters

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP