السلام عليكم...جزاكم الله خيرا جزاء إلى كل من يزور هذا الموقع وأرجو منكم تستفيد وتنتفع بها إذا كانت وجدتها غير مفيدة ولا فائدة لكم فاتركها...أهلا وسهلا إلى بيتي جنتي...قال الله

تعالى: يأيها الذين ءامنوا اتقوا الله حق تقاته ولا تموتنّ إلا وأنتم مسلمون

Friday 26 February 2010

Inilah yg dikatakan sahabat..,,

Imran dan Nabil bersahabat sejak dari kecil lagi. Hubungan persahabatan antara mereka sangat akrab. Dalam apa jua aktiviti, mereka sering bersama.

Setelah tamat alam persekolahan, kedua-dua mereka menyertai kem tentera. Bertugas dan berkhidmat mempertahankan kemakmuran negara, mereka adakalanya terpaksa mengorbankan waktu untuk bermesra bersama. Namun begitu, persahabatan antara mereka tetap teguh dan kuat.

Pada suatu hari, Leftenan mengarahkan sebahagian daripada anak-anak buahnya untuk ke medan perang di suatu kawasan, manakala sebahagian yang lain diminta tinggal di markas untuk mempersiapkan diri andai berlaku pertempuran di kawasan yang lain.

Ditaqdirkan Imran dan Nabil terpisah dalam kumpulan yang berbeza. Imran ditugaskan menyertai pasukan perang ke medan pertempuran, meninggalkan sahabat baiknya Nabil di markas tentera.

Tanpa diduga, malapetaka menimpa. Sesuatu yang tidak diingini terjadi kepada Imran. Diserang hebat oleh pasukan lawan, Imran akhirnya jatuh tersungkur ekoran kecederaan teruk yang dialaminya di bahagian kepada dan dada.

Khabar malang tersebut sampai ke pengetahuan mereka yang tinggal di kem. Betapa hancur luluhnya hati Nabil ketika dia mendengar berita keguguran sahabat karibnya itu di medan pertempuran yang agak jauh dari markas. Dia segera meminta izin dari Leftenan untuk membenarkan dia menjemput tubuh sahabatnya yang gugur itu.

“Kamu boleh pergi, saya izinkan...” kata Leftenan, lalu menyambung, “tetapi saya merasakan usahamu itu tidak berbaloi. Tidak akan mendatangkan apa-apa keuntungan. Imran sudah mati, dan kamu malahan berkemungkinan ikut mati sama di sana nanti.”

Tanpa mempedulikan kata-kata nasihat Leftenan itu, atas dasar persahabatan, prajurit muda itu tetap saja pergi. Dengan perjuangan yang luar biasa, akhirnya Nabil berhasil menemukan sahabatnya. Dia bersyukur masih berpeluang bertemu Imran.

Dengan hati yang sedih menangisi pemergian sahabatnya itu, Nabil segera mengendong mayat sahabatnya itu, lalu dibawa pulang ke markas. Namun, di pertengahan jalan, ternyata prajurit muda itu sendiri tertembak, dan mengakibatkannya cedera parah.

Setibanya di markas, Leftenan memeriksa keadaan Nabil, dan dengan sendu dia berkata, “Kan saya sudah katakan, usahamu itu akan sia-sia saja. Sahabatmu sudah mati dan… kamu juga ternyata akan mati…”

Dalam keadaan dirinya yang tidak bermaya, Nabil tetap bersuara, “Tidak, ia bukanlah suatu yang sia-sia...”

“Apa maksudmu?” tanya Leftenan. “Sahabatmu kan ternyata sudah mati, dan sekarang kamu juga akan ikut menyusuli pemergiannya”

“Tidak...” sekali lagi Nabil menafikannya. “Ketika saya menemukannya, Imran ternyata masih hidup… malah dia sempat berkata kepada saya, ‘Bil, aku tahu… kamu pasti datang…’”

Tidak lama selepas itu, Nabil juga akhirnya memejamkan matanya buat selama-lamanya, menyusuli pemergian sahabat baiknya, Imran.
..



dicreaditkan : www.kongsibersama07.blogspot.com

0 comments:

About This Blog

helwa telinga

Tetamu maya

free counters

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP