السلام عليكم...جزاكم الله خيرا جزاء إلى كل من يزور هذا الموقع وأرجو منكم تستفيد وتنتفع بها إذا كانت وجدتها غير مفيدة ولا فائدة لكم فاتركها...أهلا وسهلا إلى بيتي جنتي...قال الله

تعالى: يأيها الذين ءامنوا اتقوا الله حق تقاته ولا تموتنّ إلا وأنتم مسلمون

Friday 1 January 2010

Tahun baru yang mana satu sebenarnya???

Bermulanya detik 12.00 tngah malam.. Beberapa orang teman mengirimkan ucapan Selamat Tahun Baru 2010.. ana baru terfikir, sudah 2010 rupanya !!! Namun ana tertanya-tanya dengan penuh perasaan…iaitu suatu perbezaan suasana sambutan seperti menyambut tahun baru masehi yang gilang gemilang ? sama ada di Jordan atau di Malaysia atau negara-negara di seluruh dunia..



Dan persoalannya disini.. bagaimana pula dengan sambutan tahun Baru Hijriah yang baru sahaja 15 hari berlalu… Apakah muharram harus disambut dengan kegembiraan atau justeru kesedihan ? Doktor Amjad salah seorang doktor di Uni jordan tempat kuliah ana menuntut, pernah menyebut tentang persoalan ini.



Beliau berkata mengenai sambutan Tahun Baru Masehi ini “ apabila tibanya Tahun Baru pada Malam ini, jnganlah kamu mendekatkan diri dengan berlumba-lumba untuk mendapatkan kemurkaan tuhan kamu(ALLAH) kerana 90% sambutan yg bukan dari unsur Islam sudah terang-terang ianya penuh dengan kelakuan Haram sedangkan Tahun baru hijrah yg beberapa hari saja berlalu, tiada satu pun yg menyambutnya sama seprtimana dia menyambut tahun Baru Masehi;”



Tanda tanya di dalam Post kali ini mencerminkan dua hal persoalan yang jelas , aitu apa makna tahun baru dalam Islam dan masihi? dan Bagaimanakah sambutannya sama ada Tahun Baru Hijriah atau masehi ?


Mengenai persoalan yang pertama, Penetapan kalender dalam Islam dikatakan bermula pada zaman Rasulullah SAW, tetapi sebahagian ulama juga mengatakan ianya bermula sejak zaman Umar bin Khattab. Dan sebelum itu, orang Arab menandai tahun barunya dengan adanya peristiwa hebat yang terjadi saat itu. Misalnya, kelahiran Nabi SAW disebut tahun gajah, kerana pada saat itu terjadinya penyerbuan pasukan tentera bergajah Abrahah ke Ka`bah. Dan ketika Nabi Muhammad S.A.W diangkat menjadi Rasul, orang Makkah menggunakannya sebagai suatu Tanda perhitungan tahun baru. Kemudian tatkala Rasulullah berhijrah ke Madinah, beliau menggunakan titik tolak hijrahnya sebagai awal tahun baru dalam Islam. Lambat laun orang Arab pun menggunakan tahun hijrah sebagai dasar tarikh mereka.



Tahun baru Masehi bukanlah budaya orang-orang Islam. Ia juga bukan salah satu dari hari-hari kebesaran Islam sebagaimana orang-orang Islam menyambut awal Tahun Hijrah, hari Maulud Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam, Isra’ dan Mi‘raj, Puasa Ramadhan, Nuzul al-Qur‘an, Hari Raya ‘Idil Fitri dan Hari Raya ‘Idil Adhha dan banyak lagi.. namun ianya di ambil untuk mengingati tarikh kelahiran nabi isa ‘alaihi wassalam..Awal tahun baru Masehi hanya perayaan yang sering dirayakan oleh orang bukan Islam di negara-negara Barat Amnya dan mereka-mereka yang beragama kristian Khusunya.. Ramai orang yang meniru perayaan ini sehinggakan ia berleluasa hingga ke negara-negara lain seluruh dunia sama ada negara bukan islam atau di negara islam. Perayaan ini turut menyelinap masuk ke dalam masyarakat Islam samada secara mereka sedar atau tidak, dan jika orang Islam kurang pengetahuan agama dan leka dengan penyelinapan ini, maka sudah setentunya ia akan menjadi satu budaya yang diamalkan oleh umat Islam sampai bila-bila..



Maka dengan penjelasan tadi… maka persoalan yang pertama sudah pun terjawab.. perbezaan yang penuh ketara dan jelas antara latar belakang timbulnya tahun baru hijrah islam dan tahun baru masehi. Yang wujud sehingga waktu ini.



Dan persoalan yang kedua mengenai cara sambutannya pula..:


Bulan muharram adalah bulan yang pertama dalam kalender islam… dan 1 muharram merupakan hari pertama dalam tahun baru islam.. Lalu pada bulan muharram apa yang sebaiknya dilakukan umat Islam ?disini ana merungkai sedikit sebanyak dalil-dalil mengenainya…



Pencarian ana di kitab-kitab dan maklumat di internet membawa ana pada kesimpulan bahawa Rasulullah SAW dan para sahabat tidak mengucapkan `Selamat Tahun Baru hijriah atau pun Aid sannah hijriah jadidah (dalam bahasa Arab). Tidak seperti halnya aidul-fitri yang dianjurkan untuk mengucapkan :


Aid mubaarak, aid saidun, kullu aamin wa antum bi khair. Taqabbalallaahu minna wa minkum shiyaamana wa shiyaamakum….ila akhirihi….



Pada hakikatnya, pada bulan Muharram, beliau menyeru memperbanyakkan ibadah, misalnya puasa Asyura (pada tanggal 10 Muharram). Mengenai puasa ini terdapat khilaf pendapat apakah sunnah muakkad (ditekankan) atau ghairu muakkad (tidak ditekankan). Dalam salah satu hadits Bukhari Muslim disebutkan :


“Diriwayatkan dari Aisyah ra., bahwa orang-orang Quraisy biasa melakukan puasa Asyura’ pada masa jahiliyah. Kemudian Rasulullah memerintahkan untuk berpuasa hari Asyura’ sampai diwajibkannyapuasa Ramadhan. Dan Rasul berkata, barang siapa ingin berpuasa Asyura’ silahkan berpuasa, jika tidak juga tak apa-apa”.



Imam Hanifah menjadikan kedua dalil di atas untuk sampai pada kesimpulan bahwa puasa yang diwajiblan pertama kali bagi umat Islam adlaah puasa Asyura. Sedangkan Imam Syafii dan jumhur ulama yang lainnya berpendapat bahwa ramadhan lah puasa wajib pertama bagi umat Islam, berdasarkan dalil :


“Hari ini adalah hari Asyura’, dan Allah tidak mewajibkannya atas kalian. Siapa yang mahu silahkan berpuasa, yang tidak juga boleh meninggalkannya.”


Wallahu a`lam..


Adapun muharram berasal dari kata `harrama` yang mengalami perubahan bentuk menjadi yuharrimu-tahriiman muharraman-muharrimun`. Bentukan`muharraman` bererti yang diharamkan. Apa yang diharamkan ? Perang atau pertumpahan darah ! Sebagaimana disebutkan Allah dalam QS . At Taubah : 36


` Sesungguhnya jumlah bulan menurut Allah sebagaimana disebut di Kitabullah ada 12 bulan sejak Allah menciptakan langit dan bumi, dan terdapat 4 bulan di dalamnya merupakan bulan yang diharamkan`



Demikianlah, bulan muharram semestinya tidak dimaknai sebagai awal tahun baru saja, tapi perlu difahami sebagai bulan yang penuh barakah sebagaimana bulan lainnya, bulan diharamkan melakukan peperangan, pertumpahan darah, bulan yang mengingatkan kita kepada perjalanan panjang hijrah Rasulullah SAW beserta 70 orang pengikutnya ke Madinah.



Kini. Bagaimana pula dengan sambutan Tahun baru Masihi?? Pada malam 1 Januari, pelbagai pesta dibuat seperti pesta makan minum, diiringi dengan nyanyian, tarian dan lain-lain acara, sementara menanti acara kemuncak iaitu pengiraan detik tahun baru melalui jarum saat dan jam yang menuju ke angka dua belas. Apabila jarum jam sudah menunjukkan ke angka 12 tengah malam, maka kedengaranlah teriakan dan sorak-sorai orang ramai tanda tahun baru sudah menjelma. Dalam pesta yang diadakan itu, sudah setentunya banyak perkara negatif berlaku, antaranya percampuran di antara lelaki dan perempuan, terdapat bentuk hiburan yang dilarang oleh Islam dan yang tidak sesuai dengan akhlak Islam.



Perkara-perkara yang disebutkan itu sangatlah bertentangan dengan kemuliaan Islam. Daripada penjelasan ini, nyatalah Islam dan umatnya tidak ada kaitan langsung dengan sambutan dan perayaan seumpama itu, untuk mengalu-alu dan membesar-besarkan kedatangan awal tahun Masihi tersebut. Lebih-lebih lagi jika ia bercorak keagamaan lain daripada Islam.



Oleh itu, orang Islam tidak boleh turut sama membesarkan awal tahun Masihi seperti orang bukan Islam membesarkannya, kerana yang demikian itu dikhuatiri akan membawa tasyabbuh (penyerupaan) terhadap mereka yang beragama lain di dalam budaya, tujuan dan akidah mereka. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka dia dianggap salah seorang dari (kalangan) mereka.” (Hadis riwayat Abu Daud)



Sehingga ke hari ini, kebanyakan negara termasuk sebahagian dari negara-negara Islam masih menggunakan kalendar Masihi sebagai kalendar asas. Ia memang tidak akan berubah memandangkan kemasyhuran pemakaiannya secara global..


Sepertimana doctor Amjad Pensyarah di universiti jordan memberitahu sewaktu membincangkan hal sambutan tahun baru ini, beliau berkata “ kalian semua sedar atau tidak, seluruh negara di dunia ini sama ada di negara arab yang mempunyai bilangan penduduknya 90% hingga 98% beragama islam… apabila tiba sahaja sambutan KRISMAS atau Tahun Baru Masihi,,banyak sahaja iklan-iklan, tulisan-tulisan atau banner di jalan-jalan, kedai kedai, super market yang menunjukkan sambutan kearah krismas dan tahun baru itu dan bagaimana pula dengan negara yang penduduk islamnya hanya 10%-30% sahaja.. namun apabila tibenye tahun baru hijrah tulisan atau banner yang macam mana dan dimana kita dapat lihat?? Masjid? Rumah anak yatim?? Bahkan di universiti ini pun susah naknampak melainkan di kuliah syariah dan musolla sahaja,”




Dan beilau menyambung lagi mengenai cara sambutan diantara dua Tahun Baru ini. Dengan mengatakan “bersalahkah jika tahun Baru Hijriah ini juga disambut dengan gilang gemilang sehingga peringkat negara??.. namun haruslah bertepatan dengan unsur-unsur kerohanian, keinsafan yang dapat mengingatkan kita kepada kubur(kematian) . dan itulah dia perbezaan cara sambutan antara umat islam dengan agama lain di muka bumi ini”



Marilah kita berfikir sejenak dan bertanya di dalam diri kita sendiri: Apakah tanggapan orang lain terhadap kalendar Hijrah orang-orang Islam jika kita sendiri tidak mahu mengagungkannya? Adakah orang lain mahu memakainya sebagaimana orang Islam memakai kalendar Masihi? Dan yang lebih jauh lagi, pernahkah kita mendengar atau berjumpa orang bukan Islam turut merayakan awal tahun Hijrah kita???



Oleh itu, fikir-fikirkanlah…

Wallahu ‘aklam.

-musafir ilmu-

0 comments:

About This Blog

helwa telinga

Tetamu maya

free counters

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP