السلام عليكم...جزاكم الله خيرا جزاء إلى كل من يزور هذا الموقع وأرجو منكم تستفيد وتنتفع بها إذا كانت وجدتها غير مفيدة ولا فائدة لكم فاتركها...أهلا وسهلا إلى بيتي جنتي...قال الله

تعالى: يأيها الذين ءامنوا اتقوا الله حق تقاته ولا تموتنّ إلا وأنتم مسلمون

Thursday 24 May 2012

22??? Allah selamatkan kamu...

Alhamdulillah...
Indahnya hidup ni, di sebalik secuit keperitan yang dirasai, tersingkap segala nikmat kurniaan Ilahi. Inilah kehidupan, diberi keperitan supaya diri kembali mengingati saat-saat kesenangan, diberi senang untuk mengingati kembali segala keperitan yang pernah dilalui oleh diri.



Segala yang berlalu mengajar kita untuk kembali mengenali fitrah diri, kembali kepada Ilahi, kembali mengotakan segala janji yang pernah dilafazkan sejak azali lagi. Itulah kehidupan, setiap saat bertukar kepada minit, setiap minit bertukar kepada jam dan begitulah seterusnya sehinggalah kita menemui penghujung kehidupan kita di dunia untuk memulakan kehidupan baru di alam sana sebagai transit sementara untuk menuju ke penghujungnya. Untuk kembali ke sisi Pencipta yang mencipta segala-galanya, terpulanglah kepada DIA untuk menerima kita atau sebaliknya. jika diri dipenuhi debu-debu dosa dan kemaksiatan, neraka jahanamlah tempatnya, sekiranya diri dipenuhi perbuatan amal soleh dan kebajikan, syurgalah tempat penginapannya. Indah sungguh bila memikirkan keadilan tuhan terhadap hamba-hambaNya.



DAN HARI INI(23 Mei 2012)...
Ketika menyedari akan secebis hakikat yang terserap kedalam diri,teringat kembali segala kekhilafan yang telah dilakukan oleh diri, aku menyedari, indahnya tarbiah yang disediakan oleh ILAHI. Belajar dari kehidupan, belajar dari keadaan, akhirnya menyebabkan aku sedar bahawa Yang memberikan kehidupan,Yang menyediakan suasana dan keadaan adalah yang Maha Mencipta.Kini, setelah genap 22 tahun, aku memerhati kehidupan, akhirnya, aku menyedari, rupa-rupanya inilah tarbiah yang disediakan oleh Ilahi, supaya aku kembali, kembali kepadaNya, kembali mengotakan janji, kembali untuk menyerah diri...


Namun, bukan mudah untuk aku melayari dan penyelusuri perjalanan yang tersedia kerana menjadi adat dan kebiasaan manusia untuk sentiasa terlena dan terleka.Dan itulah aku yang tergolong dalam golongan manusia, sering terlena dengan arus yang sementara. Jika merenung kembali segala catatan kehidupan dulu, aku pasti neraka sudah bersedia menunggu. Namun aku sedar, itulah gunanya Neraka & Syurga, untuk menjadi neraca kehidupan kita di dunia. Walaupun begitu, bukanlah harapanku untuk ke neraka kerana disitu adalah seburuk-buruk tempat kembali, harapanku adalah untuk ke Syurga, supaya aku bisa menatap zat ALLAH yang Maha Esa.Doakan diri ini...


Alhamdulillah,
syukur pada Ilahi, kerana masih memberikan aku peluang dan ruang untuk aku bernafas dan menikmati segala nikmat-nikmat kehidupan dan belajar darinya, semoga baki kehidupan yang akan datang akan digunakan untuk kembali menebus segala dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh diri selama 22 tahun aku hidup di muka bumi ini.Selamat Hari Lahir buat 'DIRI' ( 23 Mei 1990), semoga sentiasa dipimpin dengan Rahmat dan Redha Ilahi...


"Ya ALLAH, panjangkanlah umur aku dalam ketaatan kepadaMU dan matikanlah aku dalam keadaan aku melakukan ketaatan kepadaMu... Seandainya hidupku dipenuhi dengan melakukan ketaatan padaMu, maka panjangkanlah umurku, sekiranya hidupku akan aku penuhi dengan kemaksiatan kepadaMu, maka pendekkanlah umurku, dan aku memohon Ya ALLAH, agar Engkau pimpini aku dengan ketaatan agar hidupku dipenuhi dengan ketaatan dan jauhkanlah kemaksiatan dari diriku... Aminnn"

*Terima kasih kepada semua yang hadir dalam hidup ini...
*Berlatar belakangkan istighfar yang sayup2 menyebabkan diri ini terlalu banyak dosa dan kecil di sisi-Nya.. allahu akhbar..

1 comments:

Anonymous,  26 May 2011 at 12:43  

http://lbym.lilypie.com/kswqp8.png

cuba paste code diats kt mne2 html :-)
sanah helwah..! =}

About This Blog

helwa telinga

Tetamu maya

free counters

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP