السلام عليكم...جزاكم الله خيرا جزاء إلى كل من يزور هذا الموقع وأرجو منكم تستفيد وتنتفع بها إذا كانت وجدتها غير مفيدة ولا فائدة لكم فاتركها...أهلا وسهلا إلى بيتي جنتي...قال الله

تعالى: يأيها الذين ءامنوا اتقوا الله حق تقاته ولا تموتنّ إلا وأنتم مسلمون

Friday 8 April 2011

Bicara Hati, tiada siapa yang tahu.....

Bismillah......


Siapa yang mengetahui isi hati seseorang? siapa yang boleh menyelami berapa dalamnya dan apa yang terbuku pada hati seseorang? Bila kita melihat seseorang tersenyum adakah dia benar-benar bahagia? apabila seseorang menangis adakah itu bererti dia sedang bersedih? adakah itu tafsiran yang boleh kita andaikan?? Hati, tidak ada seorangpun yang mampu meneka dengan pasti ,bahkan kita sendiri, kadang-kadang tidak boleh memahami apa yang ada di dalam hati....




Apa yang terzahir di luar belum tentu itu tercermin di dalam hati, bukan bererti munafik tetapi kadang-kadang orang lain tidak perlu tahu apa yang sebenarnya kita rasakan saat itu, bila kita bahagia tidak perlu kita perlihatkan kebahagian itu secara berlebihan kepada orang lain, ketika kita bersedih tidak perlu mereka mengetahui betapa sakitnya atau beratnya musibah yang menimpa kita sehingga membuatkan kita bersedih. Begitu juga ketika hati kita merasa sakit, jangan sampai orang lain juga terkena tempiasnya disebabkan kesakitan hati kita itu. Cukuplah kita sendiri yang mengetahuinya dan Allahlah tempat kita menumpahkan segala rasa yang ada di hati, hanya Allah tempat kita mengadu dan tempat kita berserah diri. "Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung."




Mungkin pada Saat ini, ada hati yang begitu bahagia, seolah-olah ia ingin tersenyum setiap saat. Dan di sana ada hati yang berbunga-bunga kerana akan memiliki apa yang sangat dia harapkan selama ini, seoalah-olah dia sedang mempersiapkan sesuatu yang istimewa dalam hidupnya. Maka disini kita dapat membayangkan bagaimana hatinya dipenuhi dengan kebahagiaan, kesenangan dan amat suka cita. Tetapi sebaliknya, ada juga hati yang terluka kerananya, sedih kerana kebahagian yang dirasakan olehnya. Siapa yang tahu didalam keadaan orang yang bahagia ada dalam kalangan mereka yang berbisik dihatinya......" Tahukah dia bahawa hati saya sakit di saat dia merasakan kebahagiaan yang sempurna? Tahukah dia bahawa saya ingin menangis, ketika dia tersenyum dan tertawa?" tiada siapa yang tahu...... kita pun tidak tahu...




Dalam hatinya tiada siapa yang tahu? senyumannya masih ada, tawanya kadang-kadang masih terlihat dan gurau senda itu juga masih dia berikan kepada setiap orang yang dekat denganya, tidak ada sesiapapun yang tahu bahawa di sebalik apa yang kita lihat dari raut wajah & tingkahlakunya yang sebenarnya dia sedang terluka, kemungkinan pada saat itu dia ingin menangis ,Namun tiada sesiapapun yang tahu tentang itu. Hanya Allah dan dirinya sahaja yang mengetahu bagaimana keadaan diri dan hatinya pada waktu itu, hanya Allah tempat dia mengembalikan semua rasa di dalam hatinya, hanya Allah pengubat sakit & lara hatinya itu..




Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah wallahuakbar walahaulawalaquwataillabillah rangkaian kalimat ini yang membasahi bibirnya, menggetarkan hati yang ingin kembali, menemani butiran air yang menitis dari kelopak matanya dengan pengharapan setelah ini semuanya akan menjadi lebih baik. Seperti halnya sabda Rasulullah Perbanyakkanlah membaca La Haula Wala Quwwata Illa Billah kerana sesungguhnya bacaan ini adalah ubat bagi 99 penyakit, yang mana penyakit paling ringan adalah kebimbangan” (Riwayat Al-Uqaili melalui jabir r.a.)


2 comments:

bee harees 10 April 2011 at 12:26  

Mengadu Kepada Pencipta:

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " لِيَسْأَلْ أَحَدُكُمْ رَبَّهُ حَاجَتَهُ كُلَّهَا ، حَتَّى يَسْأَلَهُ شِسْعَ نَعْلِهِ إِذَا انْقَطَعَ " .

الحكم المبدئي: إسناده حسن.

Imam Sayuthi dlm Jami' Saghir mengatakan sohih walau ada yang lain mengatakan daif. Sekurang pada fadhail amal, boleh dimanfaatkan

"Akan ada dikalangan kamu yang memohon segala hajatnya kepada tuhannya hingga bila terputus tali terompahnya pun akan diadu kepada tuhannya"

Allah kagum kepada hambanya yang sentiasa mengadu dan memohon kepadaNya.

Memohonlah kita dari sebesar perkara sehingga seremihnya.

Bayangkan seorang hamba bila memandu kereta; segalanya didoakan dan diadukan kepada ilahi:
...Ya Allah aku nak ke...nak beli....ikut jalan....nak bayar tol....ada kereta motong aku... nak sampai jam....

Bayangkan ada pelajar yang mengadu tuhannya...Ya Allah banyak homework..nak gi usrah...belum hafal hadis...anak usrah lambat...nak jamu ahli usrah....baju dah rendam 3 hari... nak handphone canggih macam...server slow...

Seorang isteri mengadu kepada Penciptanya..Ya Allah aku nak urus diri...suami nak macam-macam... anak belum diurus...teringin baju baru..nak masak apa hari ini...baju belum digosok....sepupu nak kawinkan anak..

Bayangkan seorang pemimin mengadu kepada tuhannya...Ya Allah..kami dah rancang...kami nak buat macam-macam.. mudahkanlah urusan... satukanlah kami...mohon sokongan teman dan sahabat...sembuhkan kesihatan...banyak yang bertanya...Sapa nak buat kenyataan akhbar...lajunya dia...slownya dia....

Hiduplah kita dibawah suluhan aqal yang disinari suluhan Nur :)

by Hasanuddin Mohd Yunus on Saturday, April 9, 2011 at 8:08am

Anonymous,  11 April 2011 at 17:57  

http://genta-rasa.com/2011/03/29/di-mana-ketenangan/

About This Blog

helwa telinga

Tetamu maya

free counters

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP