السلام عليكم...جزاكم الله خيرا جزاء إلى كل من يزور هذا الموقع وأرجو منكم تستفيد وتنتفع بها إذا كانت وجدتها غير مفيدة ولا فائدة لكم فاتركها...أهلا وسهلا إلى بيتي جنتي...قال الله

تعالى: يأيها الذين ءامنوا اتقوا الله حق تقاته ولا تموتنّ إلا وأنتم مسلمون

Wednesday, 16 June 2010

Apabila "subuh" datang menziarahi kita....

Pada pagi itu, seperti mana pagi-pagi yang lain, aku menyambut kedatangan seorang tetamu tetapku.


"Assalamualaikum", seru Subuh."Wa'alaikumsalam", sahutku.


Dan kami terus berpelukan, tanda rindu serta kasih sayang. Kutanya khabar Subuh, bagaimana keadaannya mengembara dari satu tempat ke satu tempat."Tadi..", kata Subuh dengan sayu, "... aku baru sahaja melintasi satu tempat.


Kucari tempat persinggahan, kuketuk rumah-rumah yang sunyi, tapi satupun tiada yang mahu menerimaku sebagai tetamu." Dan airmata Subuh pun berlinangan.



"Subuh,jangan kau pedulikan mereka, bukankah aku menyambutmu dengan penuh rasa kegembiraan? Subuh mengangkat mukanya seolah-olah teringat sesuatu.


"Oh ya, tadi aku lalu di suatu tempat yang tanahnya disebalik sungai. Orang-orangnya sepertimu, menyambutku dengan penuh kesukaan, menjamuku dengan pelbagai hidangan yang lazat serta mengiurkan. Hidangan yang paling kusuka adalah buah Tahajjud, puas kucari dibumi lain, tapi jarang kujumpa. Di situ aku meratah buah Tahajjud dengan puas serta leka".



Dan Subuh merenung mataku mengharapkan sesuatu. Aku fahami maksud Subuh.

"Maaf Subuh, aku tiada menanam pohon Al-Lail, jadi aku tidak dapat menghidangkanmu dengan buah yang kau sukai. Tapi aku ada Roti Tazkirah",cadangku pada Subuh.


Subuh menolak dengan hormat. "Roti itu adalah tuan punya", kata Subuh


"Adakah kau mahu manisan Zikir?" rayuku pada Subuh.


"Baiklah, ambilkan aku sedikit, serta bawakan aku segelas Air Mata Tangisan", pinta Subuh


Aku agak sugul, bagaimana harusku beritahu pada Subuh, yang Mata Air Tangisan sudah hampir kekeringan akibat kemarau Maksiat yang berpanjangan? Namun, aku tetap menjenguk ke dalam Bekas simpanan Air yang memuatkan Mata Air tersebut. Aku terkejut. Bekas tersebut hampir separuh penuhnya. Dan aku berdetik di dalam hati, adakah ini tanda kemarau akan berakhir? Tanpa berlengah lagi kubawa Air tersebut pada Subuh, tetamu yang kusanjungi, dan kusuakan manisan yang dipintanya. Selesai menjamah kesemuanya, Subuh pun melirikkan sebuah senyuman.



"Subuh ..", seruku, "... mahukah kau tinggal selamanya denganku? Aku memerlukan teman dalam kesunyian. Akan kulayan kau dengan sebaiknya,wahai Subuh". Subuh tersenyum lagi menandakan permintaanku tidak akan terpenuhi. "Aku perlu menziarahi ramai orang, dan ramai lagi yang memerlukan kehadiranku untuk mengubati rindu mereka, sepertimana aku menguliti mimpimu".



Dan aku akur dengan penjelasan Subuh. "Subuh",.. seruku lagi, bila melihat Subuh bersiap untuk pergi, "Sudikah kau menziarahiku lagi esok hari?" "In-syaAllah", jawab Subuh,"... bukankah aku kekasih yang kau rindui?"Subuh berangkat dengan lambat tetapi tetap...


"Assalamualaikum", seru Subuh. "Waalaikumsalam", jawabku kembali.


Dan mataku terus meniti langkah Subuh, yang semakin laju dengan setiap langkah. Dan akhirnya Subuh hilang dari pandangan.


P/S : Apalah agaknya keluh kesah dari Zohor, Asar, Magrib dan Isyak?
Jawapannya... tersirat dalam diri…

Renungan untuk diri ana juga....

8 comments:

bazliahrodzi 16 June 2010 at 12:39  

masya Allah best nye tulisan ni..

jazak Allah =)

musafir ilmu. 16 June 2010 at 17:22  

untuk perkongsian bersama dan peringatan...

kadang2 ana juga tergolong orang2 yg tidak mmbuka pintu dikala subuh dtng menziarah...

Shuk 16 June 2010 at 18:12  

ustaz, ada tak cara@petua yang baik supaya saya senang nak bangun waktu subuh..kadang2 liat sangat nak bangun..sampai terlajak~

musafir ilmu. 16 June 2010 at 19:03  

asslmualaikum..kepada saudara shuk..

ana sendiri tiada petua@cara yg baik tuk bangun subuh nie.. namun selalunye sebelum tidor tue... mestilah pasang niat untuk bangun seblom subuh dan berdoa kepada allah selepas solat isyak agar dibngunkan pada waktu subuh...

atau enta juga boleh "set jam loceng" 1 jam sebelum waktu subuh.. biar berdering sampai enta bangun.. TP jika enta sudah bngn@terjaga jangan tidor semula setelah meng'off'kan jam loceng semata2... itu yg menyebabkan kita terlajak mengejarkan solat subuh..

selamat beramal

p/s : nasihat ini dikreditkan bersama2 teman serumah ana..

Shuk 17 June 2010 at 13:26  

waalaikumsalam..trima kasih yer :)

musafir ilmu 18 June 2010 at 00:14  

sama-sama.... sekadar yang termampu...

AbuHumairah 19 June 2010 at 12:56  

MasyaAllah, indah penyampaiannya... mohon copy ye ust. Trm kasih b'kongsi. :)

About This Blog

helwa telinga

Tetamu maya

free counters

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP