PROSEDUR PERMOHONAN KE UNIVERSITI DI JORDAN SESI AKADEMIK 2010/2011
JABATAN PENGAJIAN TINGGI
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
ARAS 1-3, BLOK E9, PARCEL E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62505 PUTRAJAYA
1. Setiap pemohon yang berhasrat untuk mengikuti pengajian di universiti di Jordan di peringkat ijazah pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi seperti berikut:
i. Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh lima (5) Kepujian dalam mata pelajaran berkaitan bagi semua bidang pengajian kecuali perubatan dan pergigian di peringkat SPM;
ii. Bagi program perubatan dan pergigian, pemohon mesti memperoleh lima (5) Kepujian dengan mendapat sekurang-kurangnya 4B atau B (bermula SPM 2009) dalam mata pelajaran Sains dan Matematik di peringkat SPM;
iii. Bagi program pengajian Islam dan Bahasa Arab, pelajar diwajibkan memperoleh pangkat Kepujian di peringkat SPM dalam semua mata pelajaran berikut:
- Bahasa Arab Tinggi/Komunikasi
- Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah
- Pendidikan Syariah Islamiah
2. Tawaran kemasukan ke universiti dijangka diumumkan pada bulan September 2010.
3. Borang permohonan boleh didapati daripada:
Pengarah
Bahagian Hal Ehwal Dan Pembangunan Pelajar (UHEJPM)
Jabatan Pengajian Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Aras 2 Blok E9, Parcel E, Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62505 PUTRAJAYA
4. Setiap permohonan untuk kemasukan ke universiti di Jordan perlu mengemukakan dokumen seperti berikut:
i. Dua (2) salinan Borang KPT/JORDAN/2010 (Borang Permohonan Dan Pendaftaran Pelajar Ke Universiti di Jordan);
ii. Dua (2) sijil terjemahan SPM (Bahasa Arab) yang asal dan dua (2) salinan yang telah disahkan;
iii. Dua (2) terjemahan Sijil Lahir (Bahasa Arab) yang asal dan dua (2) salinan yang telah disahkan;
iv. Terjemahan sijil SPM dan Sijil Lahir dalam bahasa Arab perlu dibuat di Institut Terjemahan Negara Malaysia di alamat berikut:
Institut Terjemahan Negara Malaysia
Wisma ITNM
No. 2, Jalan 2/27E
Wangsa Maju, Seksyen 10
53300 KUALA LUMPUR
Tel. : 03-4149 7210
Faks : 03-4149 1535
v. Terjemahan sijil SPM dan Sijil Lahir perlu disahkan oleh Bahagian Konsular, Kementerian Luar Negeri di alamat berikut:
Ketua Setiausaha
Kementerian Luar Negeri
Bahagian Konsular
Wisma Putra
No.1, Jalan Wisma Putra
Presint 2
62602 PUTRAJAYA
Tel.:03-8887-4159
Faks.: 03-8889-2923
vi. Lima (5) keping gambar warna berukuran pasport;
vii. Tiga (3) salinan pasport Malaysia yang telah disahkan;
(Muka surat yang mengandungi maklumat pelajar);
viii. Dua (2) salinan keputusan SPM yang disahkan;
ix. Dua (2) salinan Kad Pengenalan yang disahkan;
x. Dua (2) salinan pengesahan laporan perubatan; dan
xi. Bayaran pengurusan dan pendaftaran sebanyak USD 40.00 bagi permohonan bidang perubatan ke Jordan University of Science and Technology dan bidang Pengajian Islam. Bayaran hendaklah dibuat melalui bank draf atas nama Director, Malaysian Student Department Jordan.
xii. Kenyataan pengesahan borang yang bersetem
5. Borang-borang KPT/JORDAN/2010 serta dokumen lain yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan ke alamat berikut sebelum atau pada 15 Mei 2010:
Pengarah
Bahagian Hal Ehwal Dan Pembangunan Pelajar (UHEJPM)
Jabatan Pengajian Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Aras 2 Blok E9, Parcel E, Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62505 PUTRAJAYA...
p/s ; kepujian diatas adalah pangkat "A"
jika ada sebarang pertanyaan.. bolehlah meninggalkan maklum balas di komen..
yang benar
-Biro perhubungan luar dan kebajikan Amman-
53 comments:
Assalamualaikum, salam perjuangan.
Saya mempunyai 2 persoalan:
1) Adakah saya masih boleh memohon untuk melanjutkan pelajaran pada peringkat ijazah sarjana muda dengan menggunakan sijil SPM 2004?
2) Atau adakah saya boleh memohon untuk melanjutkan pelajaran pada peringkat ijazah sarjana muda menggunakan sijil ijazah sarhana muda saya memandangkan saya tiada STAM?
Sekian. Terima kasih.
Pelajar Tahun 3,
Jabatan Bahasa dan Kesusateraan Arab,
Kulliyyah Ilmu Berteraskan Wahyu,
UIAM.
wa'alaikumslam...
soalan yag pertama :
yea... anda masih boleh memohon menggunkan Sijil SPM saudara..
soalan kedua :
Di jordan.. sijil STAm tidak diguna pakai.. jordan buan seperti Mesr... jadi Anda boleh menggunakan Sjl SPM untuk Mmohon...
harap dapat menjawab soalan saudara,
Biro Perhubungan dan kebajikan Amman, Tahun 3.
bahasa arab dan kesastreaan,
Universiti Of Jordan
assalamualaikum...
saya ada satu soalan...boleh ke saya nak mohon sambung belajar disana menggunakan sijil spm saya...sebab spm saya=bahasa arab C, quran sunnah A, syariah B
wa'alaikumslm...
iman_iza :
saudara/ri boleh mmbuat pertanyaan di email ini " kdq_qud@yahoo.com'
salam..ana pelajar spm 2009.. adakah ana masih boleh memohon?? dan bagaimanakah caranya??
kpd mira :
wa'alaikmsalam...
saudari boleh membuat pertanyaan di email ini "kdq_qud@yahoo.com" in-syaallah akan dibntu....
assalamualaikum..
saya wahida
saya sedang menghabiskan prog dip in islamic banking di apts dalam tahun akhir.
saya berminat untuk mengambil degree islamic bnking di jordan..
adakah saya perlu memohon mgunakan spm, atau diploma?
terima kasih.
wahida,
Dijordan, penialaian sama ada saudari lepas atau tidak untuk layak mnymbung pljaran adalah bergntung kpd result SPM.. result Diploma diguna pkai untuk transfer kreadit sahaja... dan kelayakan yg diperlukan adalah seperti diatas...
syukran
salam,di universiti jordan..ada hafaz quran..dalam pengajiannya..terima kasih
wassalam,فيصل مصطفى
untuk mreka yg berbidang syari'ah.. ye ada menghafal.. tp sebahagian juzuk dr al-quran...
mnkla untukmereka yg belajar Bahasa Arab, untuk mereka Bayt2 syair yg perlu dihafal..
salam...
blh ke kalau saya memohon dengan menggunakan diploma???
Assalamua'laikum..
Saya pelajar jurusan arkitek, tapi saya ingin melanjutkan pelajaran di bumi Anbiyak.
Adakah bidang tersebut di universiti Jordan
assalamualaikum... ana mrupakan seorang pelajar di institut tahfiz di terengganu.. ana berhasrat untuk melnjutkan pelajaran di jordan pada tahun ini, dan pada msa yang sama ana juga berhasrat untuk mnghabiskan hafazan 30 juzuk al-quran... soalan ana kpd saudara, di jordan, ade tak kelas hafazan quran bagi membolehkan ana mnyambung hafazan quran shingga habis 30 juzuk?? ana harap suadara dpt mnjawab soalan ini, terima kasih.
Anonymous 1 :
wassalam... yea, kamu boleh mohon dengan menggunakan Diploma, namun DiJordan ini.. dia akan utamakan Sijil SPM.. itu yang lebih diutamkan..
Anonymous 2 : Biang arkitek ada, tetapi.. tidak diiktiraf oleh JPA, hanya Medic, Pergigian,Fizik, Bahasa Arab, Syariah dan Perbankkan/ekonomi islam sahaja yg diiktiraf di Jordan..
Syafiq : Di Jordan ini, di Universiti.. tidak diwajibkan untuk menghafaz 30 Juzuk.. sekdara sebahgian juzuk al-quran sahaja yang wajib hafal.. berbeza dengan Mesir(al-azhar).. akan tetapi disini kamu boleh mengikuti kelas2 luar yang membuka kelas2 tahfiz... dengan syarat usaha mencari kelas itu sendiri..
aisyah :
pengambilan pelajar baru untuk bidang perbankan islam adalah sama sepperti bidang yang lain..
tiada perbezaan sama ada dari segi tarikh kemasukan atau permohonan.
afwan
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
adakah saya berpeluang untuk sambung belajar pengajian islam di jordan...jika kepuTUSAN SPM 2010 saya...
-quran sunnah A+
_SYARIAH ISLAMIAH A+
tetapi
-bahasa arab tinggi B+
ADAKAH SAYA LAYAK MENDAPAT pengajian islam di jordan...
to anonymous :
saudara/saudari
boleh bertanya terus pada biro perhubungan luar kami melalui
"kdq_qud@yahoo.com"
semoga ianya membantu...
syukran
Assalamu'alaikum... Ana pelajar lepasan SPM 2010... Ana berminat nak sambung belajar di Jordan dalam bidang agama... bagaimana nak memohonnya dan apakah syarat-syaratnya? sekian... syukron... Wassalamu'alaikum...
to mujahid :
wa'alaikumslam.
ana raselakan..
diatas ana telah nyatakan prosedur untuk memohon ke jordan..mengenai borang tu.. enta boleh ambilnye di bngunan kementeriann pengajian tinggi malaysia di Putrajaya.. atau di ibu pejabat pusat agama negeri..
syukran
assalamualaikum...maafkan sy..
kpujian tu kalau xsalah sy bkn pgkt C ke??
kalau A-cemerlang..
mohon jwpnnya.
syukran
salam alaik..saya nak tanya bagaimana nak mohon utk ke jordan bg sesi 2011/2012..mohon minta penjelasan..
to wardatuusyauqah :
saudara/saudari
boleh bertanya terus pada biro perhubungan luar kami melalui
"kdq_qud@yahoo.com"
semoga ianya membantu...
syukran
saya mendapat b+ utk p.s.i.. a utk p.q.s dan c utk b.a..b+ utk ekonomi...blh x saya mohon utk ekonomi islam? DAN...kwn saya ada hanya dpt dua a je utk spm...tp mumtaz dlm stam..ttp dy lulus pegi jordan...adakah aspek stam membantu?
wa'alaikumsalam.
to Anonymous :
permohonan kemasukan ke Jordan,
1- mereka menggunkan sijil spm SEBGAI SYARAT utama untuk masuk ke mana2 universiti di jordan ni.
2- dalam permohonan nie.. saudara/ri boleh cuba untuk mohon, semua ada hak untuk mohon namun persaingan adalh ramai, dan sudah tentu keputusan yang lebih baik akan mempunyai peluang untuk dipilih atau diterima.
3- stam or diploma, jordan tak menerima sijil stam namun di mesir yea.. mereka terima stam.. jordan tidak, manakala untuk mereka yang mohon di bawah kelayakan diploma.. pihak university akan menilai keputusan SPM mereka juga..
syukran, harap dapat menjawab persoalan saudara/ri..
assalamualaikum...saya nk tanya jika diploma usul dapat 3.o dan spm hanya ad arab dan arab dapat c adakah boleh mohon jordan?
@ hafizhan :
ana dah jawab pada komen sebelum ini.. kamu ada hak untuk mohon.. sama ada diterima atau tidak itu ikut persaingan dan tempat yg ditawarkan serta kekosongan..
syukran
salam..saya ingin bertanya
jika mahu melajutkan pelajaran di universiti di jordan,adakah saya pelu mendapat A dalam subjek PSI ,PQS,dan BA?
soalan kedua,saya ingin meymbung dalam bidang ekonomi di jordan,adakah universiti yarmouk mengkhususkan bahasa inggeris utk bidang ekonomi?
salam....
adakah sebahagian besar subjek dalm bidang ekonomi diajar dalam bahasa inggeris?walaupun belajar di negara arab?
salam..ana ada sedikit kemuskilan,,
harap saudara dapat membantu...
ana sedang dalam tahun akhir spm,
jadi ana berkeinginan tinggi untuk melanjutkan pelajaran ke jordan,
jadi..perlulah ana ambil stam atau kursus bahasa supaya jika terpilih ke jordan x lah terlalu terkejut dengan suasana pembelajaran di sana..emm, apakah universiti yg sesuai untuk course syariaah/fiqh.. di sana? dan adakah semua subjek perlu A? SYUKRAN jika enta saudara sudi membantu...
to anonymous:
1- ekonomi islam buat setakat nie setahu ana memang hanya ditawarkan di university yarmouk sahaja..
dan penggunaan adalah bahasa arab, bukan bahasa enggeris..
bukan syara untuk 3 subjek pqs, PSI or bahasa arab untuk dapat A, sekurang2nya Blah klo boleh...
Jordan hanya menggunakan sijil SPM sahaja...
darap dapat menjawab.
salaam a'laik,seriously ana faham sijil spm tunjang utama ke jordan.. ana fi musykilah, ana x amek b.arab psi pqs, but physcs chemstry biolgy, ana amek STAM, what can help me utk tetap nak masuk yarmouk?
to hidayah:
jika enti nak juga datang jordan dan apply yarmouk, enti kene ambil Paper bahasa Arab spm, tahun depan atau ulangan...paper spm..yang pentingnya ada subjek Bahasa arab dan syariah atau bahasa arab dan Pqs atau ke3-3nya... :-)
ana doakan semoga dipermudahkan..
assalamualaikum,
ana ingin bertanya ,
sempat ke lagi utk mohon islamic study ?
lagi 1 , ana dpt :
quran sunnah A
syariah islamiah B+
arab C+
rase2nye boleh x ??
jazakallah ^___^
@ aku milik ALLAH :
wassalam..
ana mintak maaf lambat balas.
ana sendiri tidak pasti..
enta/enti boleh cube..
jika rezeki ada.. in-syaallah dapat.
bnyakkan doa..
assalam..saya ingin bertanya ada tak tempat untuk belajar menjadi hafiz di jordan, untuk pengetahuan ustaz, anak sy skrg berumur 15th dan pelajar pondok tahfiz di pahang.
wassalam,
untuk pembelajaran tahfiz di jordan ada namun ianya diselaraskan oleh badan2 NGO jordan dan ianya adalah kelas tidak formal.. pengajian tahfiz secara formal tidak ada dijordan(setahu ana)
antara pengajian kelas tahfiz adalah dibawah "muhafadhah 'ala al-quran"
Biasiswa mana yang dpt menaja pelajar ke jordan. Permohonan masuk dan biasiswa yang mana perlu buat dulu..
Spm 2012 11a+ ...ingin mohon pengajian bahasa arab.
Lena kl..
assalamualaikum,, maaf sebab mengganggu.. saya pelajar spm 2012.. saya sekarang sedang mencari maklumat mengenai universiti di jordan.. saya masih lagi kabur,,, apekah universiti yang menawarkan course bahasa arab... ade atau tidak.. selama ini sya maish belum menjumpai ape yg sye khendaki stelah sekian lame... tambahan saya dikehndaki membuat ULBS BI dlm prospect kerjaya bermula dari lepasan spm..saya mengharapkan pnjelasan... harap tidak myusahkan... syukran jazilan..
kepada anonymous2..
boleh lah bertanyakan soalan2 ini ke[pada admin di :
kdq_qud@yahoo.com" untuk jawapan dan penerangan yang lebih terperinci...syukran..
assalamualaikum,
sy lepasan SPM 2011, sy ingin bertanya, jika sy ingin mymbung pelajaran dalam bidang banking di jordan, adakah uni.Yarmouk menawarkan bidang trsebut?
2. Perlukah BA dlm SPM sy? krn sy tdk mengambil BA.
harap boleh membantu :D
Assalamualaikum,
sy pelajar SPM 2009..
1.sy nak tanya ada lagi x peluang untuk sy menyambung pelajaran ke Mesir menggunakn SPM tu..
2.semasa SPM sy tak ambil subjek fizik,kimia, bio dan b.arab. adakah masih ada peluang untuk sambung blajar di jordan?
@sya qila :
wassalam..
1- saudari masih boleh guna SPM tu. tp jika kemesir, enti wajib kene ada STAM..setahu ana.
2- Dijordan, saudari WAJIB ada subjek bahasa arab. baru permohonan saudari diterima atau diproses.
bahasa arab adalah subjek wajib untuk memohon ke timur tengah.
salam, ana tidak ambil b.arab dlm spm. Tapi,ana nk smbung plajaran dlm bidang medik ke jordan, boleh mohon ka?
Salam, ada tak kursus didalam bidang undang-undang syariah yang ditawarkan diuniversiti2 diJordan bagi Ijazah Pertama/Sarjana Muda...??
salam. saya nak tanya. boleh kah saya sambung study dalam course islamic banking sedangkan saya tidak mengambil ekonomi ketika SPM. tetapi saya ada mengambil bahasa arab. tq
assalmualaikum saya nak tanya...bagaimana saya nak sambung ijazah sarjana(master) dalam bidang syariah di jordan...boleh tak jelaskan prosedurnya...?
Salam..
ana tidak mengambil bahasa arab,pqs,psi sewaktu spm dulu tapi ana telah menamatkan diploma syariah. Bolehkah ana memohon utk ke universiti di jordan utk bidang syariah di sana?
wassalam.syukran.
Assalamualaikum..sy atiqah..sy nak tanya boleh tak saya mohon sambung belajar ke jordan guna SPM2008 saya? tapi bahasa arab sy C, Quran sunnah dan syariah islamiah B..sy ade diploma dlm bidang undang2 dan syariah..
Assalamualaikum musafir ilmu..... Sy ingin bertnye..... Bolehkah saya mengambil kursus syariah dan pengajian islam di universiti yarmok sedangkan semasa spm saya tidak mengambil ujian bahasa arab????? Harap balas..... Tetapi sy sedang menyambung pelajaran dlm diploma kewangan dan perbankkan islam..... Sy bercdng untuk menyambung ijazah
assalamualaikum.. saya shahira .. mohon pencerahan .. saya tengah habiskan diploma bidang usuluddin saya .. inn shaa allah bulan 10 tahun ni saya habis belajar.. spm tahun 2011 arab tinggi saya dpt c+ quran sunnah syariah sy dpt a .. pngk diploma saya setakat ni bawah dari 3.5 .. boleh ke sy apply utk ke sana? syukran.
Salam, Saya pensyarah di IPGM, Berumur 55 tahun. Akan bersara tahun hadapan. Berhasrat belajar di timur tengah dalam bidang Qiraat/ Quran/Hafazan/bahasa Arab. Diploma atau sijil yang sesuai.Setahun atau dua tahun. Saya berminat dalam kaedah membaca Quran. Selalu menyertai pertandingan inovasi dan membuat kajian tentang Quran. Tiada asas bahasa Arab. Boleh berbahasa Inggeris dengan baik. Ijazah Pertama: B.Ed (Bahasa Melayu) Ijazah Kedua: M.Ed (Psikologi Pendidikan). Bercadang sambung Phd. setelah bersara dan fokus kajian Quran: Kaedah Memabaca Quran. Saya dalam proses ketengahkan kaedah baca Quran terbaru. Mengajar sambilan membaca Quran kelas dewasa.
Bolehkah tuan beri panduan yang sesuai.jazakallah.
assalamualaikum,
adakah syarat kelayakan yg disebut masih valid utk tahun 2018?
Post a Comment