السلام عليكم...جزاكم الله خيرا جزاء إلى كل من يزور هذا الموقع وأرجو منكم تستفيد وتنتفع بها إذا كانت وجدتها غير مفيدة ولا فائدة لكم فاتركها...أهلا وسهلا إلى بيتي جنتي...قال الله

تعالى: يأيها الذين ءامنوا اتقوا الله حق تقاته ولا تموتنّ إلا وأنتم مسلمون

Wednesday 17 March 2010

apabila kamu berbicara nengenai cinta dan ukhuwah.....


Ana seringkali melawat blog dan website orang. Walaupun ana dikenali dengan Website Musafir Ilmu, ana masih amat yakin bahawa ana bukan mempunyai semua ilmu. Jadi, mengembara ke laman sesawang orang lain memungkinkan ana mendapat sesuatu yang baru... oleh sebab itu ana bermusafir dalam alam maya...



Apa yang menarik perhatian ana, majoriti blog dan website yang ana jumpa, terutama kalangan mahasiswa atau pelajar sekolah, meraka banyak membicarakan dua perkara.



1. Cinta



2. Ukhuwwah



ana tersenyum. Kadang-kadang menggelengkan kepala juga. Mungkin, ana pun dua kali lima dengan mereka... tetapi Dua tajuk itu sememangnya adalah perkara yang akan terus segar mengikut aliran waktu....



Tetapi kenapa ya?



Di samping lambakan penulisan ukhuwwah dan cinta ini, kenapa ana lihat manusia tetap hidup dalam keadaan hasad dengki dan dengki membenci dan seangkatan dengannya??



Sebenarnya, teori ukhuwwah dan cinta ini memang sedap kita dengar dan baca. Kita lihat di pasaran novel dan cerpen pun, tema cinta dan ukhuwwah ini akan mendapat sambutan. Semua suka mempunyai sahabat yang baik, dan cinta yang sejati. Kita suka ulang-ulang hadith Rasulullah SAW yang amat masyhur,



“ Tidak beriman seseorang itu melainkan apabila dia mencintai sahabatnya, apa yang dia cintai pada dirinya” Al-Hadith.



Tetapi, ana lihat, semua itu hanya bermain di ruangan teori sahajabetulkah macam itu??. Siapakah yang mengamalkannya secara zahir???



Ukhuwwah dan cinta ini, mempunyai dua persamaan yang besar.



Pertama, kedua-duanya perlu dibangunkan atas keimanan yang benar kepada ALLAH. Barulah ukhuwwah dan cinta ini akan terserlah kesejatiannya.



Kedua, kedua-duanya perlu dimulakan dengan pemberian.



“ Tidak beriman seseorang itu melainkan apabila dia mencintai sahabatnya, apa yang dia cintai pada dirinya” Al-Hadith.



Semua orang boleh sebut bermacam perkataan – ukhuwwah fillah, uhibbukafillah, kita berukhuwwah kerana ALLAH, saya mencintai kamu kerana ALLAH, baitul muslim, keluarga sakeenah – dan pelbagai lagi ayat-ayat islamik yang mengiringi dua perkara itu iaitu "cinta dan ukhuwah"... Mengetahui perkataan-perkataan itu menunjukkan bahawa manusia sedar akan keimanan kepada ALLAH adalah tiang paling utuh untuk membangunkan dua perkara itu dalam kehidupan insan.



Masalah mula muncul bila tiba ke peringkat kedua.



Pemberian.



“ Tidak beriman seseorang itu melainkan apabila dia mencintai sahabatnya, apa yang dia cintai pada dirinya” Al-Hadith.



Siapakah yang berani memberi terlebih dahulu?



Inilah yang membuatkan Cinta dan Ukhuwwah ini menjadi sekadar lambakan isu hangat di dalam blog dan website, serta tema popular dalam penulisan Novel dan Cerpen serta drama-drama dan filem. Tetapi hendak membumikan dua perkara ini dalam kehidupan, jarang-jarang dapat kita lihat.



Tiada siapa yang berani sebenarnya hendak memulakan ukhuwwah dan cinta. Hal ini kerana, di belakang dua perkara itu terdapat satu perkara yang manusia tidak berapa berminat dengannya. Itulah dia PENGORBANAN.



“ Tidak beriman seseorang itu melainkan apabila dia mencintai sahabatnya, apa yang dia cintai pada dirinya” Al-Hadith.



Manusia senang mengorbankan sesuatu jika mendapat balasan. Tetapi, manusia akan berkira-kira terlebih dahulu jika pengorbanannya itu mempunyai dua kemungkinan, dibalasi atau dilupakan. Inilah yang membuatkan Ukhuwwah dan Cinta sukar bercambah dalam kehidupan insan. Tiada ramai yang berusaha untuk memberi. Ramai suka untuk menerima sahaja. Sedangkan pemberi itu adalah sumber. Jika kekurangan sumber, bagaimana hendak bercambah?



Contohnya mudah. Ada dua orang manusia, saling kenal mengenali, tetapi bila seorang kawan menghadapi masalah, seorang yang lain akan berkata,



“ Ala, kalau aku tolong pun, bukannya aku dapat apa-apa”



Ataupun, dalam situasi lain, seorang sahabat sudah memberi. Dia membeli hadiah bila hari lahir sahabatnya tiba, dia mengambil berat akan sahabatnya, dia sentiasa bersama sahabatnya dan sebagainya. Tetapi sahabatnya itu pula tidak menjadi pemberi. Dia senang menerima sahaja. Dia tidak berapa suka hendak mengeluarkan wangnya untuk sahabatnya yang baik itu, malah dia hanya mencari sahabatnya itu bila susah, pendek kata, dia hanya mempergunakan sahabatnya itu sahaja, lebih teruk lagi dia meragui pula keikhlasan sahabatnya itu. Maka ukhuwwah satu hala ini tidak akan mampu bercambah dengan baik. Bila-bila masa sahaja salah satu dari dua pihak itu akan bersengketa.



Manusia ramai yang bersikap sedemikian. Suasana inilah yang menyekat percambahan ukhuwwah dan kecintaan dalam kehidupan insan.



Ana tersenyum. Siapakah yang berani menjadi pemberi? Menepikan rasa ingin dibalas, memikirkan keikhlasan pada jalan persahabatan, mencintai sepenuh jiwa raga atas dasar keimanan yang menjadi teori harian insan.



“ Tidak beriman seseorang itu melainkan apabila dia mencintai sahabatnya, apa yang dia cintai pada dirinya” Al-Hadith.



Sepanjang 20 tahun ana hidup, tidak sampai 5 orang pun yang ana jumpa bersikap sedemikian. Kalau ditambah ummi dan ayah ana, mungkin angka itu akan menjadi sekitar 7 atau 8... iaitu sahabat ana dan keluarga ana sendiri... :-)



Sebenarnya, pada pendapat Ana, ukhuwwah dan cinta ini mesti dipraktiskan, bukan sekadar kita tayang di blog dan website, bukan sekadar kita karang dalam novel dan cerpen serta drama. Hasad dengki, benci membenci, ragu meragui, semuanya itu perlu kita lupuskan dari hati kita. Semua orang tahu teori ini.



Persoalannya…



Siapakah yang cuba untuk mempraktisnya dengan zahir???



sebelum ana mengakhiri post kali ini.. ana ingin menerangkan kepada antum kenapa ulang2 hadith yg sama.... kerana Dr.AMjad.. pensyarah di universiti jordan pernah berkata.. menggunakan 1 dalil sudah mencukupi untuk bg mereka yg faham akan apa yang tersirat didalamnya....



selamat bermuhasabah.. untuk diri ana juga...

-musafir ilmu-

0 comments:

About This Blog

helwa telinga

Tetamu maya

free counters

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP