Hakikat Puasa dan Keluhan Manusia....
Assalamualaikum, apa khabar antum semua?? harapnya dalam keadaan sihat, dan ana rasa tidak terlambat untuk ana mengucapkan "selamat menyambut ramadhan mubarak".. in-syaallah semoga ramadhan kali ini bertambah baik dari ramadhan kita sebelumnya..
telah lama rasanya blog ini tidak ter'updated' kerana dek kesibukan yang ana sendiri taktahu, sama ada betul-betul sibuk atau bagaimana.. walau apa-apapun 'POST' kali ini, ana ingin berkongsi sesuatu dengan antum mengenai puasa ni, alhamdulillah hasil carian dan penyelidikan yang mampu ana buat dan kongsikan dengan antum semua.. dan diaharapkan ianya bermanfaat..
HAKIKAT PUASA dan KELUHAN MANUSIA......
1. Adakah aku sedar bahawa ibadah puasa telah disyariatkan kepada umat  terdahulu?  Diakui kebaikannya oleh pelbagai agama, ilmu perubatan, dan  ilmu psikologi????
ALLAH menjawabnya dalam al-quran (2 : 183 )
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa  sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu,  supaya kamu bertaqwa.
2. Adakah aku sedar betapa dekatnya Allah dengan diriku?  Adakah mungkin  aku lupa dan ingkar akan perintahnya?  Atau tidak segera beristighfar  dan bertaubat apabila menyedari/ditegur apabila melakukan  kesalahan/dosa?  Atau berputus asa hingga menjejaskan perlakuan/sikap diri?   Atau takabbur/angkuh/bongkak hingga menjejaskan perlakuan/sikap diri???
ALLAH menjawabnya dalam al-quran (2 : 186 )
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku  maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir  (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila  ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan  mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya  mereka menjadi baik serta betul.  
3.  Adakah aku sedar bahawa puasa bukan sekadar menahan  diri daripada makan, minum, atau persetubuhan?  Tetapi juga menahan  diri daripada melakukan dosa dan kezaliman seperti rasuah dan memakan  harta orang lain???
ALLAH menjawabnya dalam al-quran (2: 187-188)
(187)
Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur  (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah  sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka.  Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Ia  menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah  isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah  bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang  putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu  fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib);  dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang  beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah  kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya  kepada sekalian manusia supaya mereka bertaqwa.  
(188)
Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta  (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan  pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim  kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia  dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)
4. Adakah aku menganggap puasa itu satu yang menyusahkan ? Padahal syariat puasa  sangat-sangat mengambilkira aspek-aspek fizikal dan psikologi/perlakuan manusia?   Apakah aku tidak berasa yakin dengan syariat Islam?  Apakah aku  tidakrasa kasih kepada Allah dan dikasihi oleh Allah?
ALLAH menjawabnya dalam al-quran(2 : 184-185)
(184)
(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang  tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir,  (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang  dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang  tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu  memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela  memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu  adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu  lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.  
(185)
(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan  Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian  manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk  dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh  itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau  mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang  sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia  berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain.  (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh  kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga  supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu  membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu  bersyukur.  
5. sedarkah aku, sekiranya aku terkorban dalam mencari keredhan allah ini, kebaikan/balasan apa yang aku dapat???
ALLAH menjawab dalam al-quran (2 : 207)
Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya  kerana mencari keredaan Allah semata-mata; dan Allah pula Amat  belas-kasihan akan hamba-hambanya.  
wallahu ta'ala aklam.. semoga mendapat manfaat.. dari hamba yang dhoiff..
sumber : tafsiran al-quran in malay
               : islam dan Psychology
               :wikipidia "puasa"



