السلام عليكم...جزاكم الله خيرا جزاء إلى كل من يزور هذا الموقع وأرجو منكم تستفيد وتنتفع بها إذا كانت وجدتها غير مفيدة ولا فائدة لكم فاتركها...أهلا وسهلا إلى بيتي جنتي...قال الله
تعالى: يأيها الذين ءامنوا اتقوا الله حق تقاته ولا تموتنّ إلا وأنتم مسلمون
Ibu, kenapa menangis? tanya seorang anak kepada ibunya. Ketika itu si ibu sedang menyuap makanan ke mulut si anak. Kerana ibu seorang wanita, jawab si ibu sambil mengesat air matanya. Apa maksud ibu? si anak bertanya lagi.
Ibunya cuma tersenyum sedang air mata masih merembas, membasahi pipi. Dipeluk anaknya erat-erat, lalu berkata: Anakku, kau memang tak kan faham.. Kemudian anak itu bertanya pula kepada ayahnya: Ayah, kenapa ibu mudah menangis?
Semuawanita memang mudah menangis, hanya itu jawapan yang mampu diberikan. Masa berlalu, si anak membesar dan menjadi lelaki dewasa, namun dia masih lagi tertanya-tanya, mengapa wanita mudah menangis? Sampai waktunya si ibu dipanggil pulang ke rahmatullah. Kerinduan yang amat sangat menyebabkan si anak terbawa-bawa rasa rindunya itu ke dalam mimpi. Di dalam mimpi itu, si ibu memimpin tangan si anak sambil berkata: Anakku; Allah telah ciptakan wanita sangat istimewa. Dijadikan-Nya bahu wanita itu cukup kuat agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya.
Namun ia juga cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang nyenyak. Allah berikan wanita kekuatan untuk melahir dan mengeluarkan bayi daripada rahimnya walaupun kerap kali ia menerima cercaan daripada si anak. Keperkasaan itu juga membuatkan wanita tetap bertahan, pantang menyerah walaupun ketika orang lain sudah berputus asa. Kepada wanita jugalah Allah berikan kesabaran untuk merawat keluarganya walau letih, sakit dan lelah tanpa berkeluh-kesah. Ingatlah anakku, dalam hati setiap wanita itu, Allah telah tetapkan perasaan kasih sayang dan peka untuk mencintai semua anaknya tanpa mengira keadaan atau paras rupa. Walaupun acap kali anak-anak melukai perasaan dan hatinya. Allah juga memberikan wanita suatu kekuatan luar biasa untuknya membimbing suami melalui saat-saat genting dan sukar serta menjadi pelindung walaupun sepatutnya dialah yang harus dilindungi.
Kemudian Allah berikan wanita kebijaksanaan, ketabahan serta kelembutan untuk menangkis segala keburukan suami. Walau sering kali ia akan menguji setiap kesetiaannya kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan menyayangi. Dan anakku, air mata adalah permata paling berharga yang Allah kurniakan kepada setiap wanita supaya dia boleh mencurahkan perasaan suka dan dukanya. Jika kamu fikir air mata adalah kelemahan wanita, ternyata kamu silap.
Air mata adalah kekuatan wanita, di situlah perasaannya berderai; duka,gembira, bahagia, sengsara malah cintanya terungkap melalui air mata.!
Air mata wanita adalah air mata kehidupan, tiba-tiba si anak terjaga. Barulah
dia sedar betapa teguh dan kuatnya seorang wanita..
"Hawa diciptakan daripada rusuk manusia Adam, bukan daripada kepalanya utk dijunjung atasnya, bukan juga daripada kakinya utk dijadikan alasnya,
MELAINKAN..
disisinya utk dijadikan teman hidupnya, dekat dilengannya utk dilindungi,
dan dekat dihati utk dicintai.."
=Musafir ilmu " sedikit coretan... untuk ummi kepada musafir ilmu yang berada di malaysia"
semua orang tahu bahawa kematian itu akan berlaku namun amat sedikit bilangan mereka yg bersedia untuk menghadapinya... oleh itu ana ingin berkongsi dengan antum semua... sebagai satu imbas atau muhasabah semula.. sudah bersediakah kita untuk menghadapi kematian serta siksaan kubur itu nanti... "peringatan untuk diri ana yg lemah khususnya serta antum saudara ana seislam" Gambar di atas merupakan mayat seorang pemuda lelaki berumur 18 tahun yang meninggal dunia di salah sebuah hospital di Oman. Mayat ini digali semula daripada kuburnya selepas 3 jam dikebumikan di atas permintaan bapanya. Pemuda ini dikebumikan secara Islam dan pada hari yang sama beliau disahkan meninggal dunia oleh para doktor. Walaubagaimanapun, timbul keraguan pada bapanya tentang kesahihan punca kematian anaknya dan ingin membuat pengesahan semula. Sanak saudara dan rakan-rakannya terkejut setelah melihat mayat pemuda ini. Pemuda ini kelihatan berubah sepenuhnya dalam tempoh hanya selepas tiga jam dikebumikan. Kulitnya bertukar menjadi kelabu seperti orang yang sangat tua, beserta beberapa kesan penderaan dan pukulan, dengan tulang-tulang tangan dan kaki yang telah patah, tulang-tulang rusuknya pecah dan menekan ke arah dalam badannya. Keseluruhan tubuh dan mukanya telah cedera. Matanya yang terbuka menggambarkan ketakutan dan kesakitan yang amat sangat. Kesan-kesan darah pada mayatnya menunjukkan seolah-olah beliau baru menjalani beberapa siksaan. Setelah merujuk mayat pemuda itu kepada beberapa orang saintis Islam, mereka bersetuju bahawa kaitan yang terdekat tentang kejadian ini adalah tentang siksaan kubur yang dijanjikan oleh Allah swt yang telah diingatkan melalui hadis-hadis Rasulullah saw. Bapanya yang juga terkejut dengan kejadian itu mengakui bahawa anaknya berakhlak buruk, meninggalkan solat, menjalani kehidupan sosial yang bebas dan melakukan pelbagai jenis dosa. Setiap manusia yang mati pasti akan menjalani soal jawab di dalam kubur kecuali mereka yang Syahid pada jalan Allah swt seperti terkorban ketika menegakkan agama Islam. Ini merupakan ujian awal yang akan dilalui oleh setiap manusia sebelum Hari Kiamat.
Dalam Hadis Rasulullah saw : Selepas kematian, roh seseorang yang mati akan kembali kepada tubuhnya dan dua malaikat akan muncul, Mungkar dan Nangkir, dan akan bertanya "Siapa Tuhan kamu ?" dan dia akan menjawab “Allah tuhan aku”. Kemudian mereka bertanya padanya “Apa agama kamu ?” dia akan menjawab “Islam agama aku” Kemudian mereka bertanya padanya “Siapa yang diutuskan kepada kamu ?” dia akan menjawab “Rasulullah saw diutuskan kepada aku” Kemudian mereka bertanya padanya “Bagaimana kamu tahu ?” dia akan menjawab “Aku membaca kalam Allah (Al-Quran) dan mempercayainya” Kemudian akan kedengaran suara dari Syurga mengatakan “ Hambaku telah bercakap benar, baringkan dia di atas katil daripada Syurga dan bukakan pintu Syurga untuknya” Kemudian dia akan mendapat kebahagiaan dan mula merasai kenikmatan dari Syurga, dan kuburnya akan diluaskan seluas mata memandang.
Rasulullah saw bersabda tentang manusia yang berdosa. Selepas proses kematian selesai, rohnya akan kembali kepada tubuhnya dan dua malaikat akan muncul, Mungkar dan Nangkir, dan akan bertanya "Siapa Tuhan kamu ?" dan dia akan menjawab “Aku tidak tahu” Kemudian mereka bertanya padanya “Apa agama kamu ?” dia akan menjawab “Aku tidak tahu” Kemudian mereka bertanya padanya “Siapa yang diutuskan kepada kamu ?” dia akan menjawab “Aku tidak tahu” Kemudian akan kedengaran suara dari langit mengatakan “ Hambaku telah berdusta, masukkan dia ke dalam kotak yang diperbuat daripada api dan bukakan pintu Neraka untuknya” Kemudian dia akan merasa bahang daripada api neraka dan kuburnya akan sempitkan sehingga bersilang tulang-tulang rusuknya.
Dalam Hadis juga dinyatakan, bahawa malaikat dengan kejamnya akan menghukum orang-orang yang berdosa semasa ujian di dalam kubur dan siksaannya sangat menakutkan. Juga dimaklumkan bahawa Rasulullah saw memohon kepada Allah swt agar dilindungi daripada siksaan kubur dan menyuruh umatnya juga berbuat demikian.
Peristiwa pemuda berumur 18 tahun ini adalah sebagai peringatan kepada sesiapa yang mempercayainya dan hanyalah sebagai satu lagi cerita dongeng kepada sesiapa yang pintu hatinya ditutup oleh Allah swt. Mereka ini melihat tetapi tidak nampak, memasang telinga tetapi tidak dengar.
gambar-gambar dibwah adalah antara-antara keadaan mayat selepas di gali semula:
Kali ini... ana ingin berkongsi satu kisah misteri bersama antum semua... setelah 2 minggu ana tidak mengepost outkan(betul ke mcm ni ejanya) berkisarkan "cerita".... dan cerita ini ana berkongsi dengan antum semua agar sentiasa berjaga-jaga... dan kisah ini adalah mengenai.. jenayah yg berlaku di malaysia.. maka ikutilah laporan kisah ini..............................
Pada 18/07/2007 di Klang, Kejadian berlaku diantara kira-kira pukul 3.00pg hingga pukul 5.00pg 6 sekeluarga terkorban di Tanjong Harapan semasa pergi makan dan bersiar-siar. Menurut kenyataan Ketua bahagian Narkotik dan Jenayah IPD Klang, SP Ahmad Jibam memberitahu mangsa telah ditangkap dan digamkan serta di isi dalam kotak dan dibiarkan di persisiran pantai Tanjong Harapan Berdekatan Dengan Medan Ikan bakar Tanjong Harapan. Menurutnya lagi semua mayat telah ditemui oleh salah seorang peniaga disitu ketika dia sedang mencuci gerainya . Kesemua mangsa telah dihantar ke HUKM untuk ujian forensik dan bedah siasat. Pihak polis menganggap kes ini sebagai kes Bunuh Separa kejam. Berhati-hati semasa berjalan bersama keluarga pada waktu malam. Gambar pembunuhan ngeri sekeluarga malang itu berjaya dirakamkan oleh jurugambar amatur yang kebetulan berada di tempat kejadian. http://img293.imageshack.us/i/gambar6sekeluargayangdigk3.jpg/ ....ini adalah link untuk melihat gambar mangsa.... bolehla open new tab dan copy link diatas..
BAGAIKAN menunggu tetamu yang istimewa, Ramadan dinanti-nantikan oleh seluruh mukmin di pelusuk dunia. Dalam sejarah Islam sendiri, Rasulullah SAW dalam sebuah riwayat dinyatakan bahawa enam bulan sebelum tibanya Ramadan, Rasulullah mempersiapkan diri untuk menyambutnya. Bahkan ketika Syaaban, Rasulullah mengajar sahabat doa: “Ya Allah berkatilah kami pada Syaaban dan sampaikan kami Ramadan.”
Imam al-Ghazali membahagikan puasa kepada tiga tahap:
* Tahap terbaik (khusus al-khusus)
Seseorang Islam yang berjaya mengawal puasanya bukan setakat makan dan minum tetapi mencakupi keseluruhan perbuatan atau tindakan lain yang boleh membatal atau mengurangkan pahala puasanya.
* Khusus
Seseorang yang berjaya dan berusaha untuk menahan diri dari melakukan segala perbuatan yang boleh membatalkan puasanya, tetapi dia masih lagi tidak dapat mencegah diri dari maksiat batin.
* Umum
Seseorang yang berpuasa dan berusaha untuk menahan diri daripada melakukan apa juga perbuatan yang boleh membatalkan puasanya tetapi masih lagi tidak dapat menghindarkan diri daripada melakukan maksiat zahir dan batin.
Antara punca yang menyebabkan ramai di kalangan umat Islam hari ini masih berada pada tahap kedua dan ketiga disebabkan nilai dan mutu kehidupan seseorang itu sendiri yang masih berada di takuk lama walaupun menyedari sedang berpuasa. Perbuatan seperti terlalu banyak bercampur dengan rakan yang melebihkan tumpuan dalam hal keduniaan, hanyut dalam kealpaan dan angan-angan, bergantung harap tidak kepada Allah dengan sepenuhnya dan makan serta tidur yang berlebihan.
Rasulullah SAW dalam hadisnya bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan perhitungan Allah akan mengampuni dosanya yang lalu” (riwayat Muslim).
Dalam hadis lain Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
”Apabila kamu berpuasa, maka hendaklah pendengaranmu, penglihatan-mu dan lidahmu turut berpuasa dari segala yang haram. Jauhilah dari suka menyakiti jiranmu, hendaklah kamu bertenang dan beramal dan jangan biarkan hari tidak berpuasa dan hari berpuasa adalah sama.” (riwayat Bukhari).
Bagi memastikan segala pesanan Rasulullah SAW ini dilaksanakan, kita perlu memulakan penghidupan yang lebih bermutu dan bernilai sepanjang berada dalam bulan berkat ini. Antaranya ialah:
* Menjaga ibadat puasa daripada terbatal dan kurang pahalanya kerana kelalaian dalam menjaga anggota badan. * Memperbanyakkan membaca al-Quran dan merenungi pengajaran di sebalik pengertian ayat yang dibaca. * Mengurangkan tidur pada siang hari dalam bulan Ramadan. * Beriktikaf dalam masjid terutama pada sepuluh malam terakhir Ramadan. * Memperbanyakkan bersedekah terutama kepada fakir miskin kerana bersedekah akan menyucikan jiwa manusia dari sifat takbur dan kembali menyemai sensitiviti sesama umat Islam. * Usah terlalu boros dengan melakukan pembaziran dalam penyediaan makanan.
Melihat kepada betapa besarnya fadilat yang bakal diperoleh sepanjang bulan ini, Rasulullah SAW memberi penekanan dengan menjelaskan kemuliaan Ramadan melalui satu khutbah baginda iaitu:
“Wahai manusia, sesungguhnya kamu akan didatangi satu bulan yang besar lagi penuh keberkatan iaitu bulan yang didalamnya ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Bulan di mana Allah jadikan puasa adalah fardu dan qiyam pada malamnya adalah satu tambahan. Sesiapa yang mendekatkan diri kepada Allah dan beramal soleh pada bulan itu, maka samalah dia dengan orang yang menunaikan 70 amalan fardu di bulan lain. Bulan Ramadan adalah bulan untuk memberi pertolongan dan Allah akan menambahkan rezeki orang mukmin di dalamnya. Sesiapa memberi makanan berbuka bagi orang yang berpuasa pada bulan itu, maka itu menjadi pengampunan dosanya dan kebebasan dari api neraka.”
Secara jelasnya menikmati kehadiran Ramadan dan fadilat yang terselindung di sebalik tabir kemunculannya menjadi tumpuan setiap umat Islam yang sentiasa mengharap keberkatan dan pahala yang berlipat ganda dari Allah Taala. Usah jadikan Ramadan sebagai bulan untuk berlumba-lumba menyajikan makanan yang pelbagai sehingga melakukan pembaziran atau menjadikan alasan berpuasa di dalam bulan Ramadan untuk menjadi umat Islam yang rendah produktiviti dan tiada natijah penghidupan kerana keletihan berpuasa.
Sepanjang kehidupan saya, saya ada jumpa pelbagai jenis lelaki. Tapi, yang menariknya, sepanjang hidup saya ini juga, saya sukar hendak berjumpa lelaki yang tidak teruja kepada perempuan.
“Ini fitrah la bro, fitrah”
Ya. Sebab fitrah lelaki, pasangannya mesti adalah perempuan. Dua jantina ini macam magnet kutub utara kutub selatan. Saling tarik menarik.
Hal ini menyebabkan kita boleh melihat, golongan-golongan lelaki yang akan bersiul bila perempuan cantik lalu, ada pula yang minta nak jalan sekali, kadang-kadang sengaja ambil tempat duduk di dewan kuliah sebelah perempuan dan berusaha bersungguh-sungguh nak buat perempuan itu bersembang dengannya.
Persoalannya, apakah benar begitu caranya kita melayani fitrah kita?
Saya tidak nampak itu melainkan hanya gangguan.
Maka dalam post ini, saya hendak nyatakan kepada kamu wahai lelaki, jangan kamu ganggu perempuan-perempuan ini.
Di dalam Surah An-Nur, ayat 30, Allah SWT berfirman:
“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.”
Ayat selepas itu, ayat 31, Allah SWT berfirman pula kepada perempuan perkara yang sama:
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka…”
Kenapa, Allah menegur lelaki terlebih dahulu dalam hal ini?
Kerana biasanya, dalam hal ini, lelaki yang akan tumbang terlebih dahulu. Lelaki kadang-kadang mudah jatuh dengan pandangannya. Dia mudah rasa teruja.
Sebab itu, kalau kita lihat, yang bersiul-siul adalah lelaki kepada perempuan. Saya tak pernah nampak lagi perempuan bersiul kepada lelaki.kalau ada pun, mungkin sebilangan kecil sahaja. Sebab tu yang biasa dilihat adalah lelaki yang tanya kepada perempuan: “Boleh I duduk sebelah you?” Sebab itu juga yang biasa dilihat adalah lelaki yang offer: “Jalan sorang je, nak teman?”
Tetapi lihatlah apa pesanan Allah kepadamu wahai lelaki.
“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram)…”
Jika kamu beriman, maka kamu akan menundukkan pandangan kamu, dan menyekat nafsu kamu dari menguasai diri.
“Ini fitrah la bro. Kena cepat la mengorat. Nanti terlepas”
Ya. Saya akui itu fitrah. Saya tak nafikan. Saya tidak pernah menyalahkan fitrah itu. Tetapi, semua perkara ada caranya. Contohnya: Fitrah manusia adalah Islam. Tapi kita tidak boleh pakai hentam sahaja mengamalkan Islam. Ada cara solatnya, ada cara zikirnya, ada cara buat kebaikannya. Begitu juga dalam fitrah lelaki & perempuan ini. Sudah ada batas-batas yang Islam tetapkan untuk kita.
“Kalau ikut batas-batas ni, lembab la bro. Kang orang kebas”
Hearm… Lembab kah? Ya. Saya akui, memang lambat sikit kalau ikut jalan yang syara’ bagi.
Tapi, pernah dengar tak kata-kata: “Biar lambat, asal selamat”?
“Itu kat jalan raya la bro, masa memandu”
Ya, kita ni dalam ‘jalan raya’ hendak pulang kepada akhirat, dan kita sedang ‘memandu’ diri kita untuk pulang kepada Allah.
Islam sudah mengaturkan batas pergaulan lelaki dan perempuan. Ada step-stepnya kalau nak ambil perempuan jadi isteri. Kenapa semua itu Islam susun? Sebab nak jaga kemaslahatan manusia. Cuba kamu fikir, kalau kamu main mengorat je perempuan yang kamu jumpa, perempuan yang lalu depan kamu, perempuan yang kamu nampak cantik, banyak kebaikan atau banyak keburukan?
Mana kamu tahu perempuan tu single? Mana kamu tahu perempuan tu belum bertunang/kahwin ke? Sekali kamu mengorat, jatuh hati pula perempuan itu pada kamu, kan dah haru biru rumah tangga/hubungan perempuan itu dengan suami/tunangnya? Kamu dah rosakkan hidup orang. Kemudian, bila kamu mengorat-mengorat ni, nama kamu jadi baik ke? Atau orang akan cop kamu dengan pelbagai gelaran yang tidak menyenangkan? Kamu rosakkan pula diri kamu, dan kamu dah sia-siakan ibu bapa kamu yang membesarkan kamu dengan susah payah.
Tambahan, stylo mengorat ni, di mata saya pun, tak bersih langsung. Apa yang kamu nak harapkan dari jalan yang Allah larang? Ada ke keberkatan di dalamnya? Adakah Allah akan kira ‘mengorat’ kamu tu sebagai amal? Bagaimana kondisi iman kamu ketika mengorat? Ketika kamu bersiul-siul, offer itu ini, duduk sebelah perempuan, bagaimana hubungan kamu dengan Allah?
“Ala bro, nanti bila dah dapat, dah kahwin, kita taubat la”
Adakah sebuah rumah itu, akan bertahan lama dengan bahan binaan yang tidak berkualiti? Adakah sebuah rumah itu cantik, dengan hiasan-hiasan kotor? Dan belum tentu lagi, kita ‘mampu untuk bertaubat’ atau ‘sempat untuk bertaubat’ atau ‘teringat untuk bertaubat’ nanti.
Jangan sempitkan pandangan kamu wahai lelaki. Jangan gopoh mengejar masa hadapan. Kita tidak mahu masa hadapan yang lekeh. Kita tak mahu mendirikan hubungan kita dengan perempuan hanya kerana suka, hanya kerana dia cantik, hanya kerana tak tahan nafsu. Apa yang kamu hendak buat bila cantik perempuan itu pudar nanti? Apa yang kamu hendak buat bila kamu tidak lagi bernafsu dengannya nanti? Lebih besar lagi, apakah kamu rasa, dengan keadaan kamu, kamu boleh membawa pasangan kamu itu berdiri di hadapan Allah dengan baik?
Wahai lelaki, jangan kamu ganggu perempuan-perempuan di hadapan kamu.
Jika kamu inginkan perempuan untuk menemani kamu, apa kata kita ambil jalan yang Islam tetapkan. Walaupun diakui agak lambat, tetapi jalan ini amat bersih. Jalan yang menjaga hati. Dalam masa kita mencintai perempuan itu, hubungan kita dengan Allah tidak terganggu. Mengambil jalan yang Islam tetapkan ini juga, menunjukkan keseriusan dan kematangan anda. InsyaAllah, Allah akan memberkati bukan setakat anda dan pasangan anda sahaja. Tetapi Allah akan berkati seluruh keluarga anda, harta anda, rezeki anda, keturunan anda, kerana anda telah memulakan perjalanan membina keluarga ini dengan jalan yang diredhai-Nya. Mustahil Allah akan membiarkan hamba-hamba yang taat kepada-Nya.
Apa yang ada bila kamu mengorat-ngorat? Apa yang kamu dapat? Kamu sebenarnya telah merosakkan diri kamu.
Malah, secara tidak langsung, kamu merosakkan nama keluarga kamu di mata manusia, merosakkan pula taraf lelaki di mata dunia, dan merosakkan akhirat kamu di hadapan-Nya.
Hentikanlah.
Seorang ibu ada menceritakan kepada saya perihal anak perempuannya di universiti.
Katanya: “Makcik risau la Hilal dengan keadaan sekarang ni. Anak makcik tu, entah berapa kali kena kacau. Bila jalan, ada lelaki minta nak teman. Bila duduk dalam kuliah, ada lelaki nak minta duduk kat sebelah. Makcik tak suka la lelaki macam tu. Tak soleh.”
Kalau saya, saya pun tak suka. Bayangkan wahai lelaki, orang buat anak perempuan kamu macam itu? Atau ada lelaki tiba-tiba mengorat mak kamu? Atau ada lelaki lain nak ‘tackle’ isteri/tunang kamu? Kamu puas hati? Boleh kah kamu kata pada diri kamu ketika itu: “Biarlah, dah fitrah…”
Boleh kah?
Sebab itu, Allah melarang kita mengikuti langkah-langkah syaitan dan mengambil Islam itu secara sempurna. Nak mengorat perempuan pun, kena ikut cara Islam ajarkan. Lebih selamat, lebih terjaga, dunia dan akhirat.
“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.” Surah Al-Baqarah ayat 208.
Jadi wahai lelaki, jangan kamu ganggu muslimahku.
Kenapa saya kata ‘muslimahku’? Khas kepada orang yang saya suka sahajakah? atau Khas kepada adik perempuan saya sahaja kah? atau saudara permpuan saya kah? atau sahabat perempuanku kah?
Tidak.
Saya tidak suka lelaki, menganggu mana-mana sahaja muslimah yang ada. Saya letakkan ‘muslimahku’ kerana saya rasa bertanggungjawab atas perempuan-perempuan yang ada. Muslimah di mata saya amat mulia. Jadi saya tidak suka perempuan itu rosak, dirosakkan. Sebab perempuan, mereka akan melahirkan anak-anak yang membentuk masa hadapan dunia. Kalau perempuan rosak, maka rosak lah masa hadapan kita.
Allah SWT telah berfirman:
“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan,” Surah An-Nisa’ ayat 34.
Maka bro, apa kata kamu berhenti mengorat-ngorat ni.
Kita lelaki, dipertanggungjawabkan menjaga perempuan dengan baik. Bukan merosakkan mereka.
Kalau suka, jom kita ambil cara yang bersih, cara yang baik, cara yang diredhai Allah SWT.
Saya berani berjanji yang anda akan menjadi lebih bahagia, lebih tenang, lebih senang apabila anda mengikuti apa yang telah Allah tetapkan. Anda perlu yakin, kesabaran anda dalam mengikuti perintah-Nya, akan terbayar. Sebab janji-janji Allah itu adalah benar. Jangan anda rasa terganggu bila melihat orang lain melanggar perintah-Nya. Kita, teruskan dengan ketaatan kita.
“Oleh itu, bersabarlah (wahai Muhammad), sesungguhnya janji Allah itu benar; dan janganlah orang-orang yang tidak meyakini apa yang engkau sampaikan itu menjadikan engkau resah gelisah.” Surah Ar-Rum ayat 60.
Kita lelaki, adalah ketua keluarga, pemimpin kepada perempuan. Kalau kita rosak wahai lelaki, maka keluarga itu akan rosak dan tidak stabil, seperti kapal kehilangan nakhoda.
Mari sama-sama kita lakar masa hadapan kita, dengan lakaran keimanan, ketaatan kepada-Nya.
Ps: mungkin ada muslimah yang nak kongsi betapa dia tidak suka dikacau-kacau lelaki, mungkin ada ibu bapa nak kongsi betapa hatinya tidak senang anak perempuannya dikacau-kacau orang atau anak lelakinya menjadi pengacau, mungkin ada lelaki yang nak bagi nasihat kepada dirinya dan lelaki-lelaki lain, maka dipersilakan dengan penuh kehormatan...
Allah: nama yang paling bagus, susunan huruf yang paling indah,ungkapan yang paling tulus, dan kata yang sangat berharga. {Apakah kamu tahu ada seseorang yang sama dengan Dia (yang patut disembah)?}
(QS. Maryam: 65)
Allah: milik-Nya semua kekayaan, keabadian, kekuatan, pertolongan,kemuliaan, kemampuan,dan hikmah. {Milik siapakah kerajaan pada hari ini? Milik Allah Yang Maha Esa lagi Maha Mengalahkan.}
(QS. Ghafir: 16)
Allah: dari-Nya semua kasih sayang, perhatian, pertolongan, bantuan,cinta dan kebaikan. {Dan, apa saja nikmat yang ada pada kamu, maka dari Allah-lab. (datangnya).}
(QS. An-Nahl: 53)
Allah: pemilik segala keagungan, kemuliaan, kekuatan dan keperkasaan.
Betapapun kulukiskan keagungan-Mu dengan deretan huruf,Kekudusan-Mu tetap meliputi semua arwah.. Engkau tetap Yang Maha Agung, sedang semua makna, akan lebur, mencair, di tengah keagungan-Mu, wahai Rabku
Ya Allah, gantikanlah kepedihan ini dengan kesenangan, jadikan kesedihan itu awal kebahagian, dan sirnakan rasa takut ini menjadi rasa tentram. Ya Allah, dinginkan panasnya kalbu dengan salju keyakinan, dan padamkan bara jiwa dengan air keimanan.
Wahai Rabb, anugerahkan pada mata yang tak dapat terpejam ini rasa kantuk dari-Mu yang menentramkan. Tuangkan dalam jiwa yang bergolak ini kedamaian. Dan, ganjarlah dengan kemenangan yang nyata.
Wahai Rabb,tunjukkanlah pandangan yang kebingungan ini kepada cahaya-Mu. Bimbinglah sesatnya perjalanan ini ke arah jalan-Mu yang lurus. Dan tuntunlah orang-orang yang menyimpang dari jalan-Mu merapat ke hidayah-Mu.
Ya Allah, sirnakan keraguan terhadap fajar yang pasti datang dan memancar terang, dan hancurkan perasaan yang jahat dengan secercah sinar kebenaran. Hempaskan semua tipu daya setan dengan bantuan bala tentara-Mu.
Ya Allah, sirnakan dari kami rasa sedih dan duka, dan usirlah kegundahan dari jiwa kami semua.
Kami berlindung kepada-Mu dari setiap rasa takut yang mendera. Hanya kepada-Mu kami bersandar dan bertawakal. Hanya kepada-Mu kami memohon, dan hanya dari-Mu lah semua pertolongan. Cukuplah Engkau sebagai Pelindung kami, karena Engkaulah sebaik-baik Pelindung dan Penolong.
Read more...
{Semua yang ada di langit dan di bumi selalu meminta pada-Nya. Setiap waktuDia dalam kesibukan.} (QS. Ar-Rahman: 29)
Ketika laut bergemuruh, ombak menggunung, dan angin bertiup kencang menerjang, semua penumpang kapal akan panik dan menyeru: "Ya Allah!"
Ketika seseorang tersesat di tengah gurun pasir, kendaraan menyimpang jauh dari jalurnya, dan para kafilah bingung menentukan arah perjalanannya, mereka akan menyeru: "Ya Allah!"
Ketika musibah menimpa, bencana melanda, dan tragedi terjadi, mereka yang tertimpa akan selalu berseru: "Ya Allah!"
Ketika pintu-pintu permintaan telah tertutup, dan tabir-tabir permohonan digeraikan, orang-orang mendesah: "Ya Allah!"
Ketika semua cara tak mampu menyelesaikan, setiap jalan terasa menyempit, harapan terputus, dan semua jalan pintas membuntu, mereka pun menyeru: "Ya Allah!"
Ketika bumi terasa menyempit dikarenakan himpitan persoalan hidup, dan jiwa serasa tertekan oleh beban berat kehidupan yang harus Anda pikul,menyerulah:"Ya Allah!"
Kuingat Engkau saat alam begitu gelap gulita, dan wajah zaman berlumuran debu hitam Kusebut nama-Mu dengan lantang di saat fajar menjelang, dan fajar pun merekah seraya menebar senyuman indah Setiap ucapan baik, doa yang tulus, rintihan yang jujur, air mata yang menetes penuh keikhlasan, dan semua keluhan yang menggundahgulanakan hati adalah hanya pantas ditujukan ke hadirat-Nya.
Setiap dini hari menjelang, tengadahkan kedua telapak tangan, julurkan lengan penuh harap, dan arahkan terus tatapan matamu ke arah-Nya untuk memohon pertolongan! Ketika lidah bergerak, tak lain hanya untuk menyebut, mengingat dan berdzikir dengan nama-Nya. Dengan begitu, hati akan tenang, jiwa akan damai, syaraf tak lagi menegang, dan iman kembali berkobar-kobar. Demikianlah, dengan selalu menyebut nama-Nya, keyakinan akan semakin kokoh. Karena,{Allah Maha Lembut terhadap hamba-hamba-Nya.} (QS. Asy-Syura: 19)
"Apabila kau ingin berteman, Janganlah kerana kelebihannya, Kerana mungkin dengan satu kelemahan, Kau mungkin akan menjauhinya....
Andai kau ingin berteman, Janganlah kerana kebaikannya, Kerana mungkin dengan satu keburukan, Kau akan membencinya....
Andai kau inginkan sahabat yang satu, Janganlah kerana ilmunya, Kerana apabila dia buntu, Kau mungkin akan memfitnahnya....
Andai kau inginkan seorang teman, Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandaimenceriakan, Kau mungkin akan menyalahkannya....
Andai kau ingin bersahabat, Terimalah dia seadanya, Kerana dia seorang sahabat, Yang hanya manusia biasa....
Jangan diharapkan sempurna, Keranakau juga tidak sempurna, Tiada siapa yang sempurna..Tapi bersahabatlah kerana Allah... "
Sahabatku berkata...
saje menduga
menjemput sayap ye..jemputlah....
ku tak sanggup menunggu..akan ku terus berlalu..
jgn biar kau menduga..mungkin kelak kau kecewa..
biarlah masa menentukannya..
aduhaii..
masalah2 bila bunga bertemu bunga..
yakin pasti ada yang lebih layak menjadi sayapmu..
kerja Tuhan tiada siapa yang tahu..
tiba saatnya hati merana mungkin kerana bahagia mahu menyapa..
tiba masanya aku perlu berlalu pergi..
moga kalimahku tak disalah erti..
fi amanillah..
Lelaki dan Wanita
Ketampanan, Kekacakan, Keindahan seorang lelaki bukan pada rupa fizikal, tetapi pada murni rohani…. Lelaki yang 'cantik'…. Adalah lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan, Adalah lelaki yang sedia menerima segala teguran, Adalah lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun, Adalah lelaki yang tenang dan lapang dada, Adalah lelaki yang tak pernah putus asa, Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati, Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad s.a.w. adalah keindahan yang sempurna seorang lelaki.
Kecantikan, Keindahan, Keperkasaan serta Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan, Perempuan yang gagah…. Adalah perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan, Adalah perempuan yang tidak takut kepada kemiskinan, Adalah perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan, Adalah perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan, Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman, Seluruh kegagahan ini ada pada Khadijah yang Ehsan, adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.
Soleh Solehah
Maka jika mahu mendapatkan yang soleh,
kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh,
tetapi berusahalah menJADI yang solehah.
Jika inginkan yang solehah,
janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah,
tetapi berusahalah menJADI yang soleh.
Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah…
kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa.
Cahaya di kala Malam...
"...malam ketidaksedaran kamu akan melihat terangnya hari siang. Kemudian kamu akan menghirup air wangi kenangan dan “bertaubat di awal pagi” terhadap ketidaksedaran (kelalaian) dan menyesali umur kamu yang dihabiskan di dalam lena. Kamu akan mendengar nyanyian burung bulbul di pagi hari dan kamu akan mendengarnya berkata: Mereka tidur sedikit sahaja di malam hari dan pada awal pagi merekamemohon keampunan Allah bimbangkan kepada cahaya-Nya sesiapa yang Dia kehendaki..
'musafir sufi'
Kata guru: Berpalinglah dari dunia dan makhlukNya...
Aku bertanya: Mestikah kita menjauhkan diri dari dunia seisinya?
Guru menjawab: Bukan jauhkan diri wahai anakku, jauhkan hati...
"Jika Allah menghendaki, niscaya Dia musnahkan kamu wahai manusia, dan Dia datangkan umat yang lain (sebagai penggantimu). Dan adalah Allah Maha Kuasa berbuat demikian." (An-Nisa' : 133)
Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka. [Ali Imran : 191]
~ allahumaj 'alni hubbak wa hubba man ahabbak waj'al hubbaka ahabba ilayya minal maail baridi... amin.... ~
-kdq_qud@yahoo.com-
Ahli Bait Umpama Kapal Nabi Nuh عليه السلام
-
*Soalan:*
مثل أهل بيتي فيكم كمثل سفينة نوح في قوم نوح ، من ركبها نجا، ومن تخلف عنها
هلك، ومثل باب حطة في بني إسرائيل .
روى الطبراني بسنده عن أبي ذ...
Welcome back!
-
Assalamualaikum wbt.
Sekian lama tidak menulis di blog yang kian usang ni. InsyaAllah kali ni
buat comeback + renovation terus untuk blog ini.
^_^
3 years 3 months 21 days
-
Bismillah... Alhamdulillah... Selawat dan salam ke atas junjungan mulia
Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam, keluarga baginda,
sahabat-sahabatnya da...
Soal UKG 2015
-
Uji Kompetensi guru akan dilaksanakan secara serentak mulai 9 Nopember 2015
nanti yang akan dilaksanakan baik secara online maupun secara manual
(offline) ...
dia murobbi sejati
-
dia murobbi sejati
sudah aku ketahui
dia bakal meninggalkan kami
tidak bersama lagi
mengatur liqo’ kami
mujahadah hati
susuk dia seorang murobbi
hampir 1...
’9/10 sumber rezeki adalah dari perniagaan’
-
Niat utama dalam perniagaan, bukanlah untuk buat duit. Konsep ini jelas
berbeza dengan konsep conventional yang lain. ini kerana kita adalah orang
dakwah. ...
IKHLAS
-
Orang yang IKHLAS, akan tenang dan senang dalam melaksanakan sesuatu
perkara, kerana dia mempunyai hanya ada satu ‘hati’ untuk dijaga dan diberi
perhatian...
Blog IBN Sidek
-
Merupakan blog yang saya temukan langsung saya daftarkan. hari ini saya
muak dengan satu orang kaya anjing, gara-gara ngambil flashdisk, sekarang
ngambil t...
2 Years Back
-
Assalamualaikum
Kejap je 2 tahun berlalu, sedar tak sedar dah habis dah course piloting ni.
Sekarang tengah menunggu license supaya diperkenankan oleh DCA...
~ Ahli Gerakan Islam Perlu Tahu Uslub Dakwah ~
-
oleh : Ustaz Zainudin Hashim
Perbincangan ini adalah mengenai keperluan anggota-anggota jemaah
mengetahui selok-belok kaedah yang berkesan bagi menya...
Buka kembali Blog Yang Dah Berkarat
-
Lama betul tak dibuka blog ni.Semenjak meninggalkan bumi Jordan pada bulan
12 tahun lepas, selama itulah blog ini tidak terusik.Terkunci rapat di alam
maya...
Penat
-
Assalamualaikum wrt wbt
Sekian lama blog ini dibiarkan sepi. Banyak perkara, banyak cerita. Tapi
tak ter'update' di sini. Kami agak kelelahan sebenarnya. ...
sayu pula...
-
Bismillah...
Harini dah masuk hari ke-3, Kak Ina serta keluarga pulang ke tanah air
Malaysia. Tengok balik gambar-gambar, rasa sayu pula terkenangkan
kena...