السلام عليكم...جزاكم الله خيرا جزاء إلى كل من يزور هذا الموقع وأرجو منكم تستفيد وتنتفع بها إذا كانت وجدتها غير مفيدة ولا فائدة لكم فاتركها...أهلا وسهلا إلى بيتي جنتي...قال الله

تعالى: يأيها الذين ءامنوا اتقوا الله حق تقاته ولا تموتنّ إلا وأنتم مسلمون

Thursday, 24 May 2012

22??? Allah selamatkan kamu...

Alhamdulillah...
Indahnya hidup ni, di sebalik secuit keperitan yang dirasai, tersingkap segala nikmat kurniaan Ilahi. Inilah kehidupan, diberi keperitan supaya diri kembali mengingati saat-saat kesenangan, diberi senang untuk mengingati kembali segala keperitan yang pernah dilalui oleh diri.



Segala yang berlalu mengajar kita untuk kembali mengenali fitrah diri, kembali kepada Ilahi, kembali mengotakan segala janji yang pernah dilafazkan sejak azali lagi. Itulah kehidupan, setiap saat bertukar kepada minit, setiap minit bertukar kepada jam dan begitulah seterusnya sehinggalah kita menemui penghujung kehidupan kita di dunia untuk memulakan kehidupan baru di alam sana sebagai transit sementara untuk menuju ke penghujungnya. Untuk kembali ke sisi Pencipta yang mencipta segala-galanya, terpulanglah kepada DIA untuk menerima kita atau sebaliknya. jika diri dipenuhi debu-debu dosa dan kemaksiatan, neraka jahanamlah tempatnya, sekiranya diri dipenuhi perbuatan amal soleh dan kebajikan, syurgalah tempat penginapannya. Indah sungguh bila memikirkan keadilan tuhan terhadap hamba-hambaNya.



DAN HARI INI(23 Mei 2012)...
Ketika menyedari akan secebis hakikat yang terserap kedalam diri,teringat kembali segala kekhilafan yang telah dilakukan oleh diri, aku menyedari, indahnya tarbiah yang disediakan oleh ILAHI. Belajar dari kehidupan, belajar dari keadaan, akhirnya menyebabkan aku sedar bahawa Yang memberikan kehidupan,Yang menyediakan suasana dan keadaan adalah yang Maha Mencipta.Kini, setelah genap 22 tahun, aku memerhati kehidupan, akhirnya, aku menyedari, rupa-rupanya inilah tarbiah yang disediakan oleh Ilahi, supaya aku kembali, kembali kepadaNya, kembali mengotakan janji, kembali untuk menyerah diri...


Namun, bukan mudah untuk aku melayari dan penyelusuri perjalanan yang tersedia kerana menjadi adat dan kebiasaan manusia untuk sentiasa terlena dan terleka.Dan itulah aku yang tergolong dalam golongan manusia, sering terlena dengan arus yang sementara. Jika merenung kembali segala catatan kehidupan dulu, aku pasti neraka sudah bersedia menunggu. Namun aku sedar, itulah gunanya Neraka & Syurga, untuk menjadi neraca kehidupan kita di dunia. Walaupun begitu, bukanlah harapanku untuk ke neraka kerana disitu adalah seburuk-buruk tempat kembali, harapanku adalah untuk ke Syurga, supaya aku bisa menatap zat ALLAH yang Maha Esa.Doakan diri ini...


Alhamdulillah,
syukur pada Ilahi, kerana masih memberikan aku peluang dan ruang untuk aku bernafas dan menikmati segala nikmat-nikmat kehidupan dan belajar darinya, semoga baki kehidupan yang akan datang akan digunakan untuk kembali menebus segala dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh diri selama 22 tahun aku hidup di muka bumi ini.Selamat Hari Lahir buat 'DIRI' ( 23 Mei 1990), semoga sentiasa dipimpin dengan Rahmat dan Redha Ilahi...


"Ya ALLAH, panjangkanlah umur aku dalam ketaatan kepadaMU dan matikanlah aku dalam keadaan aku melakukan ketaatan kepadaMu... Seandainya hidupku dipenuhi dengan melakukan ketaatan padaMu, maka panjangkanlah umurku, sekiranya hidupku akan aku penuhi dengan kemaksiatan kepadaMu, maka pendekkanlah umurku, dan aku memohon Ya ALLAH, agar Engkau pimpini aku dengan ketaatan agar hidupku dipenuhi dengan ketaatan dan jauhkanlah kemaksiatan dari diriku... Aminnn"

*Terima kasih kepada semua yang hadir dalam hidup ini...
*Berlatar belakangkan istighfar yang sayup2 menyebabkan diri ini terlalu banyak dosa dan kecil di sisi-Nya.. allahu akhbar..

Read more...

Friday, 4 May 2012

BERTUNANG BUKAN BERKAHWIN

Soalan: Sejauh manakah seseorang boleh berkenalan dengan tunangnya?
Ifah, Perak

Jawapan: Terima kasih kepada saudari yang bertanya. Soalan ini menunjukkan keperihatinan tentang perkara biasa yang terjadi dalam masyarakat kita. Ia juga menggambarkan suadari sangat mengambil berat tentang perlunya mengikut syari’at dalam kehidupan seharian termasuk perkara yang berkaitan dengan bertunang. Tulisan ini bukan untuk membahaskan tajuk bertunang dalam Islam secara lengkap, hanya jawapan ringkas persoalan di atas.  


1. Bertunang atau dalam bahasa Arab disebut al-khitbah merupakan pintu masuk ke alam perkahwinan. Ia dilakukan selepas seorang lelaki mencari dan berpuas hati dengan semua sifat yang ada bagi seorang wanita untuk dijadikan bakal isterinya. Oleh kerana perkahwinan adalah satu perkara yang serius dan mempunyai impak yang besar maka pertunangan telah disyari’atkan dalam Islam sebagai permulaannya.
gambar hiasan



2. Bertunang ialah seorang lelaki meminta kepada seorang perempuan untuk berkahwin dengannya, kemudian perempuan serta walinya bersetuju. Dalam Islam bertunang adalah  persetujuan dan janji untuk berkahwin yang perlu dihormati oleh orang ramai. Kedua-dua pihak boleh membubarkannya tidak seperti nikah, lafaz talak hanya dimiliki oleh suami. Dr. Mahmud Ali al-Sartowi menyatakan:


Tiadalah pertunangan itu melainkan janji untuk berkahwin, ia merupakan kontrak yang tidak lazim, kedua-dua pihak berhak untuk membubarkan pertunangan pada bila-bila masa sahaja. (al-Sartowi, Syarh Qanun al-Ahwal al-Sahsiah)


3. Seorang lelaki boleh menyatakan hasratnya kepada seorang wanita yang masih anak dara secara terus terang. Namun ia dilarang secara terus terang jika seseorang ingin bertunang dengan perempuan yang masih dalam ‘iddah kematian suami, sebaliknya hendaklah dengan cara kinayah (tidak terus terang). Inilah pertunangan yang disebut di dalam al-Qur’an menerusi fiman Allah SWT dalam dalam surah al-Baqarah ayat 235 yang bermaksud:


Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan untuk meminang perempuan (yang kematian suami dan masih dalam ‘iddah), atau tentang kamu menyimpan dalam hati (keinginan berkahwin dengan mereka). Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut-nyebut atau mengingati mereka), akan tetapi janganlah kamu membuat janji dengan mereka di dalam keadaan rahsia, selain dari menyebutkan kata-kata (secara sindiran) yang sopan. Dan janganlah kamu menetapkan dengan bersungguh-sungguh (hendak melakukan) akad nikah sebelum habis ‘iddah yang ditetapkan itu
.
4. Untuk mengelakkan pergaduhan dan permusuhan sesama muslim dengan hanya kerana seorang perempuan, maka Islam melarang seorang lelaki meminang seorang perempuan yang telah menjadi tunang orang lain. Namun jika lelaki yang pertama mengizinkan atau telah meninggalkannya maka ia tidak dilarang. Diriwayatkan bahawa nabi SAW bersabda yang bermaksud:


Tidak boleh seorang lelaki meminang seorang tunang saudaranya sehinggalah lelaki yang pertama meninggalkannya atau mengizinkannya. (Riwayat al-Bukhari)


5. Bertunang lebih afdhal tidak diwar-warkan atau diiklankan secara terbuka, tidak seperti perkahwinan yang perlu disebarkan. Maknanya pertunangan hendaklah disembunyikan melainkan jika terdapat keperluan. Ini untuk menjaga maruah kedua-dua belah pihak kerana ia merupakan kontrak yang tidak lazim, iaitu kedua-dua pihak lelaki atau perempuan boleh membubarkannya secara mutlak tanpa mendapat persetujuan tunangnya. Diriwayatkan bahawa nabi SAW bersabda yang bermaksud:


War-warkanlah nikah dan sembunyikanlah pertunangan. (Riwayat al-Dailami)


Bertunang bukan berkahwin


6. Bertunang hanyalah janji untuk berkahwin. Ia tidak sama dengan berkahwin yang kesannya seorang wanita (isteri) adalah halal bagi suaminya selepas akad nikah. Manakala bertunang seorang perempuan tidak menjadi halal sedikit pun bagi tunang lelakinya. Ia sama seperti sebelum bertunang, yang berbezanya ialah tidak boleh lelaki lain meminangnya. Ini yang mungkin menjadi punca kekeliruan orang ramai sehingga ada yang menyangka bertunang menjadi ‘lesen’ untuk berpegangan tangan. Tidak kurang yang menjadikannya ‘tiket’ untuk memadu cinta dan sayang.


7. Oleh kerana bertunang adalah janji untuk berkahwin, maka ia boleh jadi akan berlaku atau sebaliknya. Islam mengambil kira perkara itu demi menjaga maslahat kedua-dua pihak khusunya perempuan. Kerana ia melibatkan maruah yang mungkin boleh didedahkan kepada orang ramai sekiranya perkahwinan tidak berlaku. Sebab itu pertunangan tidak menjadikan pasangannya halal sebagaimana halalnya sebuah perkahwinan. Kedua-dua pihak kekal sebagai ajnabi (orang luar) yang hukumnya sama seperti hukum-hakam yang umum bagi ajnabi, antaranya mesti menjaga pandangan. Firman Allah SWT dalam surah al-Nur ayat 30-31, maksudnya:


Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menundukkan pandangan mereka (daripada memandang ang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menundukkan pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka.


8. Begitu juga tidak boleh menyentuh di antara satu sama lain. Bertunang tidak menjadikan harus perbuatan berpegangan tangan sesama tunang. Apatah lagi naik motor bersama berboncengan sebagaimana yang pernah kita saksikan. Rasulullah SAW memberikan amaran tentang hal ini sebagaimana dalam sebuah hadith yang bermaksud:


Menusuk jarum besi ke kepala kamu adalah lebih baik bagi kamu daripada memegang seorang perempuan yang tidak halal baginya. (Riwayat al-Baihaqi)


9. Suara bagi seorang tunang juga perlu dikawal dengan penuh berakhlak. Bukan tidak boleh bercakap langsung dengan tunangnya, tetapi tidak boleh dimanjakan sebagaimana seorang isteri kepada suaminya. Dalam perkataan lain tidak boleh mengada-ngada atau gedik. Allah SWT melarang suara wanita yang boleh menyebabkan seorang lelaki tertarik kepadanya, firmanNya dalam surah al-Ahzab ayat 32 bermaksud:


Maka janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki ajnabi) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik.
                    


10. Selain itu, seorang perempuan juga tidak boleh mendedahkan perhiasannya kepada tunangnya. Auratnya masih wajib ditutup kerana tunangnya masih dianggap ajnabi. Jika ingin bertemu atau berjumpa mestilah bersama dengan mahramnya. Diriwayatkan bahawa nabi SAW bersabda yang bermaksud:

Seorang lelaki tidak boleh bersunyian dengan seorang wanita melainkan bersama dengan mahram. (Riwayat al-Bukhari)


Hubungan dalam tempoh bertunang
11. Tempoh bertunang ada yang pendek dan ada yang panjang. Ia berbeza-beza mengikut perbezaan situasi seseorang dengan seorang yang lain. Namun yang lebih baik adalah tempoh yang singkat untuk mengelakkan maksiat dan keburukan yang timbul daripada kedua-dua pihak. Semakin panjang tempoh bertunang semakin banyak kehendak dan permintaan yang diluar kawal dan tidak patuh syari’at.


12. Tidak dinafikan tempoh pertunangan ini boleh dianggap tempoh untuk berkenalan. Tetapi ramai yang tersilap dengan menyangka bahawa ia adalah berkenal-kenalan sesama tunang, sedangkan berkenalan yang dimaksudkan adalah berkenalan dengan ahli keluarga perempuan agar menjadi lebih dekat dan diyakini oleh keluarga tunangnya. Akhirnya ia melahirkan rasa tangggungjawab yang kemudian Allah Azza wa Jalla bakal menganugerahkan kepadanya sakinah dan mawaddah apabila berkahwin kelak insyaAllah sebagaimana firmanNya dalam surah
al-Rum ayat 21:


Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu, isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.


13. Berkenalan ini yang sering disalahgunakan untuk menghalalkan perbuatan tertentu seperti keluar makan bersama, duduk berdua-duaan sama ada di alam nyata atau alam maya, study dan siapkan asignment bersama, serta bertukar-tukar gambar. Apabila ditanya mengapa lakukan semua itu? Jawabnya mudah: untuk lebih mengenalinya supaya senang bila kahwin nanti. Semua ini hanya alasan semata-mata untuk menutup kemahuan hawa nafsunya. Sedangkan untuk mengenali dan menyelidik latar belakang tunang sepatutnya dilakukan sebelum bertunang lagi iaitu ketika proses memilih dan istikharah, bukannya selepas bertunang. Kerana bertunang maknanya kita telah membuat pilihan.


14. Tempoh bertunang sepatutnya menjadi tempoh yang bersih dan suci daripada sebarang dosa, kerana kita sedang memulakan langkah untuk membina sebuah kehidupan yang punyai matlamat yang besar. Langkah-langkah permulaan ini perlu baik dan tidak sumbang. Jadikan ia kukuh dengan kekuatan taqwa dan taat. Jika tempoh ini dicemari dengan perbuatan yang bercanggah dengan syara’ dikhuatiri ia memberikan kesan yang besar kepada rumah tangga yang bakal dibina.
 Firman Allah SWT dalam surah al-Taubah ayat 109 bermaksud:


Maka adakah orang yang membangunkan binaannya yang didirikan di atas dasar taqwa kepada Allah dan (untuk mencari) keredaan Allah itu lebih baik, ataukah orang yang membangunkan binaannya yang didirikannya di tepi jurang yang (hampir) runtuh, lalu runtuhlah ia dengan yang membangunkannya ke dalam api neraka?


15. Atas dasar inilah kita dapati terdapat ilmuan yang agak keras jawapannya dengan tidak membenarkan segala perhubungan dalam tempoh bertunang. Mereka menggunakan kaedah sadd al-zarai’e (menutup jalan) kerana bimbang akan mudharat yang tidak dinafikan peratus berlakunya. Lihat sahaja kes pembuangan bayi, tangkapan khalwat dan masalah sosial. Pandangan seumpama ini tidak salah kerana kaedah yang digunapakai ada asasnya.


16. Manakala pendapat yang mengatakan boleh berkenalan dalam tempoh bertunang, berhubung, berjumpa dan menjaga tunangnya, pastinya mereka tidak mengatakan secara mutlak, sebaliknya mesti mengikut syarat-syarat dan garis panduannya. Sebenarnya kedua-kedua pandangan tidak bercanggah di antara satu sama lain, matlamatnya satu hanya kaedah yang berbeza.


17. Ke
simpulannya, Islam adalah cara hidup yang mengatur dan memandu manusia hatta dalam soal bertunang. Ia merupakan janji yang perlu dijaga agar mengikut panduan syara’ kerana bertunang bukannya berkahwin. 


ditulis dan disediakan oleh :
ustaz Anhar Opir
11 Jumada al-Akhir 1433H
Sweileh, Amman
( http://hjanhar.blogspot.com/2012/05/bertunang-bukan-berkahwin.html )

Read more...

Wednesday, 4 April 2012

keindahan malam yang makin pudar...

alhamdulillah setelah sekian lama menyepi dari meng'update' blog ,usafir ilmu ini..akhirnya ana diberi kesempatan oleh-Nya untuk memberikan sedikit coretan. harapnya kebaikan dari coretan ini dapat dikongsikan bersama. iaitu :

keindahan malam yang makin pudar....

allah berfirman :


“Dan Kami jadikan malam sebagai pakaian. Dan Kami jadikan siang untuk mencari penghidupan”
(QS. A-Naba` [78] ayat 10-11)



Sungguh, malam-malam kita sudah tak seperti dulu lagi. Kesunyiannya tak pernah lagi larut dalam simponi syahdu cinta Illahi. Pertigaan malam yang sunyi pun tak terabadikan lagi dalam heningnya dzikir dan Qiyamul lail.



“(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenang” (QS. Ar-Ra`d [13] ayat 28)



Panjangnya waktu malam-malam kita, tak sedikiit pun larut dalam pemikiran kita. Padahal apakah sepanjang siang tadi kita telah banyak melakukan kebaikan? Atau malah sebaliknya, hanya dilakukan dalam kesia-siaan dan perilaku yang keliru. Sudahkah kita menepati kewajiban dan mengamalkan hak kita dalam fitrah kehidupan ini? iaitu mengerjakan yang menjadi perintah-Nya dan menjauhi setiap larangan-Nya. Atau merengek kehadrat Allah SWT saat larut datang menjelang, meminta pengampunan dan merasa cemas atas perbuatan yang telah dilakukan selama ini.



“Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung) keselamatan. Dan orang yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka[1] (QS. Al-Furqaan [25] ayat 63-64)
[1] Maksudnya orang-orang yang sembahyang tahajjud di malam hari semata-mata karena Allah SWT.




Silaturrahim kitapun tak seperti dulu lagi. Saf-saf jamaah di ruangan masjid terlihat renggang dan sepi. Selepas solat pun kita tidak lagi memilih untuk duduk sejenak dan berzikir, hatta membaca doa. Berlumba-lumba untuk meraih redha Allah SWT ,Padahal Allah SWT telah berfirman:



”Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk” (QS. At-Taubah [9] ayat 18)



”Bertasbih kepada Allah di masjid-masjid yang telah diperintahkan untuk di muliakan dan disebut nama-Nya di dalamnya, pada waktu pagi dan waktu petang”
(QS. An-Nuur [24] ayat 36)




Jadi, dengan memperhatikan ayat di atas, betapa ruginya bila kesempatan yang mulia itu tidak segera kita ambil, iaitu memakmurkan masjid dan beribadah. Sebab, Allah SWT telah menerangkan bahawa mereka yang sudi untuk memakmurkannya, maka akan mendapatkan keimanan dan petunjuk-Nya.




Namun, ternyata semangat dalam memburu kemuliaan telah terganti dengan kesibukan duniawi dan kemalasan yang kaku. Padahal setiap diri memiliki waktu yang sama dalam hari-harinya. Lantas mengapa tetap ada yang memiliki lebih banyak kesibukan dunia namun tidak melalaikan kecintaan terhadap negeri akhiratnya?




Merekalah orang-orang soleh terdahulu. Dimana tidak seorangpun dari mereka yang hanya hidup dalam berpangku tangan atau hanya ahli ibadah. Mereka juga tetap memiliki pekerjaan dan tanggungjawab yang sama seperti kita. Bahkan apa yang harus mereka tunaikan jauh melebihi orang-orang pada umumnya. Namun begitu, mereka tetap boleh menjalani Hablumminallah dan Hablumminannas secara seimbang.




amatlah sayang, apabila banyak diantara kita yang lupa dengan kesempatan yang diberikan. Kita terus merasa bahawa waktu masih jauh dan akan tetap seperti saat ini. Padahal itu adalah peluang besar , kerana kita hanya boleh menuntut tanpa adanya usaha untuk merubah keadaan. Sehingga kesedihan pun akan membuat hidup menjadi keruh dan tidak bermakna. Menjadikan setiap perlakuan sehari-harian hanya sia-sia belaka, bahkan ianya mengajak kita untuk terus berlemah semangat dan tidak bergairah dalam menatap hari depan. Menjauh dari cahaya kebaikan dan langkah yang lurus pada kebenaran.



Tentang hal ini, maka Rasulullah SAW bersabda seraya mengingatkan kita semua sebagaimana yang diriwayatkan oleh imam Al-Bukhari berikut ini:



“Ada dua nikmat dimana manusia banyak tertipu di dalamnya; kesehatan dan kesempatan” (HR. Al-Bukhari)



Untuk itulah, amal ibadah yang menjadi ruti kita selama ini, janganlah di pandang dalam kepuasaan yang berlebihan. Sebab tidak menjadi baik bila hakikat yang terkandung di dalamnya tidak diketahui. Itulah ”Iqra`” (baca) yang sebenarnya telah Allah SWT perintahkan bagi kita. iaitu mengkaji setiap permasalahan dan kelakuan hingga kita mengetahui apa yang menjadi maksud sebenarnya. Bukan hanya sekadar mengaji/membaca saja, melainkan menyelami lebih dalam setiap maknanya. Sehingga Islam yang rahmatan lil `alamin benar-benar dapat terwujud dalam kehidupan ini.



Semoga kita sentiasa menjadi hamba Allah SWT yang gemar mengenang malam-malam kehidupan dalam percintaan yang agung. Menjadikan keheningannya tetap dalam dzikir dan cinta yang sesungguhnya... Amin.

Read more...

Wednesday, 18 January 2012

Dimanakah kau wahai MALU??

Bismillah,, assalmualaikum, setelah sekian lama menyepi dari dunia blogger(penulisan dan perkongsian) di sebbkan kesibukan dan kekangan waktu, barulah mendapat ilham atau cetusan idea.. in-syaallah semoga ianya bermanfaat untuk antum dan diri ana juga.. :-)

---------------------------------


“woih, junior kita ke ni? Seksi gila..”



“Biar betul budak ni, Teruknya!”



Perkataan – perkataan ini menggamatkan suasana seketika, tatkala kecoh apabila seorang junior perempuan telah mengupload gambar – gambarnya ke dalam facebooknya, friendster, myspace DLL.



Saya juga turut melihat. Masyaallah, memang ia cukup teruk sekali. Tidak bertudung dan hanya bersinglet. Apakah ini?


Dimanakah nilai kamu sebagai seorang muslimah wahai junior?


Apakah kamu bermaruah? Dimana taraf kamu sebagai bakal pendidik?


Kamu tidak malukah?



Wanita itu perlu malu


Seorang muslimah yang patuh kepada perintah Allah dan RasulNya tidak akan menggadaikan maruah diri semata-mata mahu nampak moden dan mengikut perkembangan semasa. Wanita wajib malu mendedahkan diri mereka kepada lelaki yang boleh dikahwini dan ditengah-tengah masyarakatnya. Malu seorang wanita itu datang daripada sifat malu kerana takutkan Allah.



Dalam Islam, sifat malu ditekankan pada setiap umatnya tidak kira sama ada wanita atau lelaki. Namun, wanita Muslimah ditekankan aspek menjaga maruah dan memiliki sifat malu memandangkan wanita merupakan golongan yang lemah, mempunyai 9 nafsu yang pelbagai serta dikatakan paling ramai menghuni neraka.Tentang hal ini, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:



“Aku melihat ke dalam syurga, maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita.” (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Abbas dan Imran serta selain kedua-duanya)



Kalian tidak takutkah ancaman azab Allah wahai wanita?



Kalian telah berlaku zalim!



Ya, saya mengatakan kalian zalim



Saya tidak akan mengatakan kalian zalim jika kalian sendiri ingin menjadi bahan api neraka. Itu hak kamu jika kamu tidak mahu mendengar nasihat. ( Tetapi itu zalim juga, zalim kepada diri sendiri )



Tetapi,



Tahukah wahai wanita sekalian bahawa Allah telah memberi amanah kepada bapa, abang datuk dan bapa saudara kalian untuk memelihara kehormatan kalian?



Adakah kamu sanggup melempar bapa kamu ke dalam neraka lantaran sifat kamu?



Kamu juga zalim kepada Islam, kerana kamu telah mencalarkan imej Islam.



Kamu juga telah zalim kepada bakal suami kamu, kamu telah mendedahkan bahagian tubuh kamu kepada yang tidak berhak.



Kamu juga telah menzalimi lelaki lain yang bukan mahram melihat aurat kamu, dengan menyebabkan mereka berdosa.



Ingatlah, setiap lelaki yang memandang aurat kamu akan mendapat dosa, tetapi kamu pula akan menanggung dosa setiap lelaki yang memandang kamu!



Kroniknya masalah ini



Kroniknya masalah ini, kerana ia merosakkan kepercayaan masyarakat kepada Islam dan institusi pendidikan. Mungkin orang lain melihatnya sebagai perkara biasa, tetapi saya tidak



Tetapi, atas sikap kita sendiri, manusia-manusia mula hilang hormat kepada warga pendidik. Tetapi saya lebih melihat perkara ini sebagai masalah ummah


“Orang Islam pun pakai seksi”



“Cikgu muslimah pun tak jaga aurat”



Dan manusia-manusia yang berusaha menjatuhkan Islam akan menggunakan hal ini sebagai satu ruang untuk memburuk-burukkan Islam.



oleh itu tidak hairan jika ada ulamak yang berkata :


"aku melihat islam di negara bukan islam dan sebaliknya "



Formula di dalam kepala manusia mudah.


Orang Islam = Islam itu sendiri. Apa-apa sahaja orang Islam itu lakukan, maka mereka akan merasakan bahawa itu adalah apa yang Islam ajarkan, lebih – lebih lagi imej yang dibawa oleh warga pendidik.



Penutup : Saya sudah menegur, terpulanglah


Malu adalah lambang iman yang akan membawa seseorang ke syurga.


“Malu dan amanah adalah perkara yang mula-mula sekali hilang dari dunia ini, sebab itu mintalah dengan Allah untuk kedua-duanya” (Riwayat Bukhari)



Pemalu bukan sahaja memperlihatkan kemanisan akhlak dan ketinggian akidah seseorang wanita. Malah, memelihara diri wanita itu sendiri daripada kehinaan dan kemusnahan peribadi secara beransur-ansur. Ingatlah kita ini diperhatikan hakikatnya. Diperhatikan oleh Allah dan para malaikat untuk dinilai buat tuaian ladang akhirat. Diperhatikan oleh manusia juga untuk dicontohi. Diperhatikan juga musuh untuk dipergunakan.



Seorang pujangga mengatakan, “hidupnya wajah berkat malu, sebagaimana tanaman berkat air”



Malu adalah kunci segala kebaikan, maka tanamlah sifat malu supaya kita menjadi manusia yang

lebih berintegriti... dan Berjaya dunia dan akhirat... :-)


Perlu Diingat.. ISLAM itu INDAH.. maka Penganutnya juga mestilah terpelihara dengan Indah...


Read more...

Monday, 2 January 2012

terima seadanya.....

tak minta yg SOLEHAH ,sebab saya pun tak lah SOLEH sgt
Saya tak minta yg bergelar USTAZAH, sebab saya lg jauh untuk bergelar USTAZ


Nak minta yg KAYA, saya pun TAK KAYA.. Hanya sekadar apa yg ada
Nak minta yg CANTIK, saya tak la HENSEM sgt.. Sekadar hamba sesempurna kejadian yang ALLAH ciptakan
Nak minta yg BERPANGKAT, saya hanya seorang HAMBA


Cukuplah sekadar yg MEMAHAMI dan MENERIMA diri seadanya
Cukuplah yang ada AGAMA di hati dan mengamalkannya serta sama2 mencari jalan ke Syurga apabila bahtera di layar dan masjid di bina

Cukuplah yang sama2 saling MEMBANTU dalam susah dan senang mengharungi lautan dunia


-MUSAFIR ILMU-
-akuislam.com-
-sayangilah agamamu islam-

Read more...

Sunday, 25 December 2011

cinta di sudut islam ??

Cinta ISLAM – Memang sudah menjadi naluri remaja untuk bercinta dan dicintai. Sudah menjadi kebiasaan mereka apabila mereka yang dilamun cinta ini menjadikan agama sebagai landasan bagi menghalalkan percintaan sebelum perkahwinan yang sudah terang-terangan haram dalam Islam.



Doa-semoga-dipanjangkan-jodoh


Antara ayat yang kerap di ucapkan bila berbicara tentang cinta:


“Ala, aku couple dengan dia sebab nak tolong dia berubah..”


“Saya cintakan awak kerana Allah..”


“Kita couple tapi bukan buat maksiat pun..”



Firman Allah S.W.T:

“Dan janganlah kalian mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”


(Al-Israa’: 32)



Allah menurunkan ayat ini kerana iman manusia ada turun naiknya, mungkin hari ini iman kita setebal tembok batu tapi mungkin keesokannya iman kita menjadi lebih nipis daripada kulit bawang.



Bagaimana kita boleh menjamin kekuatan iman kita sedangkan kita mendekati zina? Bercinta atau lebih tepat ber’couple’ sebelum adanya ikatan perkahwinan yang sah adalah landasan utama yang akan mendekatkan diri kita dengan zina.



Bermula dengan perasaan sayang yang konon-konon berlandaskan agama, secara automatik perasaan rindu akan terbit. Rindu ini akan membelenggu minda dan menjadikan kita alpa.


“Macam mana nak cakap dengan dia ni? Aku sayang dia!”


“Kalau minta ‘break’, nanti dia sanggup tunggu aku ke?”


“Tak apa kot, kami jaga pergaulan walaupun ‘couple’..”


“Kita couple ni kan sebab nak berubah sama-sama. Tak salah..”



Sahabat, andai percintaan ini berjaya berakhir dengan pernikahan yang sah sekalipun ia terbina atas dasar maksiat. Kesannya? Nauzubillah! Hanya Allah sahaja yang mengetahui segala-galanya.



Menolak cinta sebelum adanya pernikahan yang sah tidak bermakna kita perlu beserah 100% tanpa usaha. Usaha yang perlu kita lakukan adalah dengan menjadi hamba Allah yang terbaik dan sentiasa berdoa kepada-Nya.



Sebagaimana janji Allah yang berbunyi, Allah menciptakan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Begitulah juga sebaliknya.



Firman Allah di dalam Surah An-Nur:

“Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).”


(Al-Nur 24 :26)



Iya, untuk sabar dan menolak sesuatu yang telah menjadi ‘realiti kehidupan’ ini memang pahit, tapi yakinlah bahawa buahnya sangat manis. Insya-Allah! Ayuh! Kita sibukkan diri agar dapat kuatkan diri dan hati.



Ayuh! Kita ubah prinsip, andai sebelum ini kita jadikan agama landasan untuk menghalalkan apa yang haram, sekarang kita jadikan agama sebagai landasan menolak untuk mengadakan hubungan percintaan sebelum pernikahan.



Ayuh! Kita abadikan doa ajaran Rasulullah ini dalam sujud;


“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa” (Al-Furqan 25:74″)



Ingatlah!


Percintaan selepas adanya ikatan perkahwinan yang sah akan mendapat keberkatan Allah, mawaddah warahmah akan kekal subur dan sentiasa mekar dalam keberkatan.



admin -blog pakar cinta islam malaysia-

Read more...

Friday, 23 December 2011

Hati Mukmin...

Mengalirlah air mata mukmin

Atau mengalir air mata hatinya

Bila mengingati tuhan-NYA

Malunya hati mukmin

Bila mengenangkan

Rahim dan rahmat tuhan



Remuk redam hatinya bila teringat

Qahar dan jabbar-NYA

Resah gelisah jiwanya

Melakukan dosa

Sedih hatinya lalai dengan tuhan-NYA



Kemudian sedar semula

Tidak tentu rasa hatinya

Bila terbuat kealahan dan kesilapan



Hati mukmin tidak pernah tenang

Dengan tuhan-NYA

Tenang dengan dunia-NYA

Jiwanya bergelombang dengan tuhan-NYA

Bagaikan lautan tak pernah tenang

Kalau bukan kerna kewajipan

Tentu mereka bersendirian

Membawa diri berkelana bersama Tuhan..

Read more...

Thursday, 8 December 2011

hati yang mana satu kamu punya??

Wahai pemuda,


Tiada seorang pun dari kita, keluar dari rumah dalam keadaan orang lain tidak senang melihatnya,Yakni,tidak mungkin ada dalam kalngan kita keluar dari rumah sebelum mencuci mukanya, Dan memakai pakain yang cantik-cantik,mungkin salah seornag dari kita,bila keluar di jalanan dan terdapat cermin didalamnya sebagai contoh lif, dan mendapati bahawa ada sesuatu di matanya, dan pakainya ada sesuatu yang tidak kena apabila dilihat oleh orang lain dan akan merendah2kannya mungkin dia akan pulang semula tempatnay itu, mungkin daripada keretanya dia akan pulang semula untuk membersihkan dirinya. Supaya orang lain dapat melihatnya.


ini adalah bandingan bagi suatu yang dilihat dan diambil kira oleh manusia.


Bagaimana pula dengan tempat yang dilihat oleh ar-rahman(ALLAH)?


"Sesungguhnya allah tidak melihat kepada rupa paras dan luaran kamu,tetapi dia melihat kepada hati kamu."


Sekiranya salah seorang dalam kalangan kita, merasai perasaan ini setiiap hari,Berapakah nilai pandangan ALLAH pada hatinya,Nescaya dia akan menyiapkan dirinya, sebagaimana dia menyiapkan pakainya, dan mukanya sepertiam mana apabila dia keluar kepada orang awam(manusia), Bahkan mungkin lebih dari ini lagi.



Memaidailah bg kita, bila kita menyamakan pandangan makhluq dan pandangan pencipta nescaya keadaan kita sangat baik dari sekrang ini.

Berkata saidina Ali bin Abi Thalib :
Bekasa-bekas ALLAh di dalam dunia ini adalah hati.



hati adalah tempat turunyanya rahmat, juga mengandungi ilmu pengetahuan.


Para ulamak membahagikan hati kepada 4 bahagian
1-hati yang tercemar dengan kotoran
2-hati yang pecah
3-hati yang tertutup
4-hati yang suci, yang berhadap ke langit


seperti bekas, disini ada beberapa bekas.dan bekas ini adalah contoh bagi hati yang didalamnya terdapat kotoran dan najis. Seperti hati yang terdapat di dalamnya sombong,penipu, hasad, dan bongkak(berlagak) dengan manusia.apabila turunya rahmat dan ilmu kedalam hati ini,tercemarlah rahmat tersebut disebbkan oleh kekotoran yang ada di dalam hati itu.


seperti firman ALLAh s.w.t :
"tidakkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagi tuhan mereka dan disesatkan oleh allah dengan ilmu mereka"



ilmu tetap masuk akan tetapi disebbkan setitis dari hawa nafsu, ianya dapat mencemarkan lautan ilmu.maka ini adlah perumpamaan bagi hati yang dicemari dengan najis.



disini juga terdapat hati yang pecah. Seperti hati manusia yang terus melakukan maksiat. Setiap kami dia melakukan kebaikan, dia akan melakukan maksiat selepas itu. Hadir majlis yang mulia, tp bila keluar dari majlis itu, dia terus mengumpat orang lain.selepas memegang biji tasbih, berzikir, atau solat dua rakaat, terus buka televisyen dan menonton tayangan2 yang diharamkan. Mka, tidak sempatpun rahmat itu kekal di dalam hantinya melainkan ianya keluar semula, disebbkan oleh maksiatnya itu.


Sesetengah manusia pula, lebih bahaya daripada semua ini. Hatinya tertutup dan terkunci rapat. Bagaimanapun tercurahnya rahmat(air) tidak akan masuk kedalamnya, kerana ianya terkunci dan tertutup.ini adlah contoh bagi hati orang yang suka membangkang, membangkang(melawan) kepada allah, orang-orang soleh. Bila dia menghadiri satu majlis yang baik, dia akan mencari kesalahan orang. Apabila ada orang sedang solat, dia melihat solat orang tersebut tidak sah. padanya ada masalah, seperti derhaka kepada ibubapa, memutuskan silaturrahim… ini semunya adalah perkara yang sebenarnya menuntup pintu hati. Mana mungkin ianya dapat dimasuki oleh rahmat.



Sperti mana sabda nabi SAW :
4 golongan yang tidak diam[unkan pada bulan ramadhan, antaranya adalah
-derhaka kepada ibu bapa
-peminum arak
-dua orang yang bermusuhan
-dan orang yang memutuskan hubungan silaturrahim


Sesungguhnya hati ini tidakkan dimasuki oleh rahmat.



Manakala hati yang ke-4, aku harap agar ini mereupakan hatiku dan hati kamu semuanya in-syaallah, yakni hati yang jernih, bersih dan terbuka.


hati ini, subhanaLLAH- dengan hanya ibadat yang sikit, sekiranya hadir majlis yang baik-baik, jika solat dan berzikir kepada ALLAh, terus ianya mendapati hati ini dipenuhi dengan kebaikan serta rahmat.


ramai orang, selepas mendengar perbicaraan tentang hati…. Ianya merasa terkesan(insaf)..
tetapi, soalan yang masyhur adalah……


"APAKAH UBATNYA? Apa aku nak buat?? Aku tahu hati aku ni rosak, hati aku kotor dan aku tahu memang hatiku begini, jadi APA UBATNYA??

satu perkara yang dapat kita kongsikan adalah, dengan mengenal penyakit- seseorang itu, apabila sudah mengetahu penyakitnya, dianggap 'mengenal penyakit' ini sebagai antara langkah terpenting daripada langkah2 perubatan.


dan perkara ini mungkin tidak terlalu diambil kisah oleh masyarakat. Dalam 70% ataupun 80% daripada proses pengubatan, ianya adalah mengenal pasti penyakit. Walaupun dalam dunia perubtan badan.Perakra paling penting bila kita pergi ke hos[ital untuk berubat dengan doctor,adalah dengan memeriksa penyakit dahulu dengan betul. Kemudian mudahlah doctor itu tulis arahan untuk makan ubat sebiji –sebiji dan selesai. Akan tetapi jika seseorang itu, memeriksa penyakitnya dan ianya salah dan diberi pula ubat yang salah, walaupun bertahun-tahun pun tidak akan sembuh penyakit itu.


maka "fikrah" pada bekas-bekas dan susunan tadi, adalh supaya kita mengenal hati kita tergolong dalam jenis hati yang mana.Jika sudah tahu, maka mudahlah untuk diperlakukan hati itu,dan berlaawanan dengan keadaan sekrang. Sekirnaya kototr dibersihkan, sekiranya tertutup dibukakan, sekiranya bnyak dosa… berhenti daripada melakukan dosa-dosa dan memperbaikilah hatinya. Sekiranya kita sudah mengenal keadaan diri kita masing-masing, maka telah jujurlah kita dalam menuju kepada ALLAH SWT.dan yang palin utama adalah, apabila seseorang itu sudah tahu pada dirinya terdapat keburukan dan kekurangan, maka kembalilah dan berlindung kepada allah supaya disembuhkan dari penyakit hati kita itu dan ALLAh akan menyembuhkannya.


"dan sekiranya aku sakit, dialah yang menyembuhkanKu"



-teks di atas adalah terjemahan dari video di bawah-

p/s: maaf sekiranya ada kekurangan dalam terjemahan.

Read more...

About This Blog

helwa telinga

Tetamu maya

free counters

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP