Hati Mukmin...
Mengalirlah air mata mukmin
Atau mengalir air mata hatinya
Bila mengingati tuhan-NYA
Malunya hati mukmin
Bila mengenangkan
Rahim dan rahmat tuhan
Remuk redam hatinya bila teringat
Qahar dan jabbar-NYA
Resah gelisah jiwanya
Melakukan dosa
Sedih hatinya lalai dengan tuhan-NYA
Kemudian sedar semula
Tidak tentu rasa hatinya
Bila terbuat kealahan dan kesilapan
Hati mukmin tidak pernah tenang
Dengan tuhan-NYA
Tenang dengan dunia-NYA
Jiwanya bergelombang dengan tuhan-NYA
Bagaikan lautan tak pernah tenang
Kalau bukan kerna kewajipan
Tentu mereka bersendirian
Membawa diri berkelana bersama Tuhan..
1 comments:
pengorbanan setiap insan untuk kejalan Allh tidak lah payah kerna PmbalasanNya sda pasti.. berbanding dengan berkelana di dunia untuk mencari kesenangan semata2... subahanallah..
Post a Comment