السلام عليكم...جزاكم الله خيرا جزاء إلى كل من يزور هذا الموقع وأرجو منكم تستفيد وتنتفع بها إذا كانت وجدتها غير مفيدة ولا فائدة لكم فاتركها...أهلا وسهلا إلى بيتي جنتي...قال الله

تعالى: يأيها الذين ءامنوا اتقوا الله حق تقاته ولا تموتنّ إلا وأنتم مسلمون

Showing posts with label perkongsian. Show all posts
Showing posts with label perkongsian. Show all posts

Friday, 7 September 2012

kenapa perlu menikah awal....

Bismillah..
 

Assalamualaikum, kepada sahabat semua, semoga berada dalam keadaan sihat dan berada dibawah lindungan allah. Pada post kali ini, ana ingin berkongsi pada antum semua, tertarik dengan satu perkongsian yang ana dapat dari sahabat ana tentang mengapa kita perlu menikah awal..

suatu kisah yang beliau kongsi adalah seperti dibawah, selamat membaca dan semoga kebaikkannya dapat dikongsikan bersama.


Seorang bapa bertanya kepada bakal menantunya:

"Mengapa engkau nak cepat kahwin dengan anak pakcik? Bagi 7 alasan engkau."

1. dah jumpa pasangan, harus dicepatkan kahwin (hadith)
 

2. nak jaga mata, hati dan kemaluan

3. nak ikut sunnah, kahwin, ajal bila2 masa sahaja

4. nak ada zuriat yg dapat bahagia dan doakan kami, mati bila2 masa aje

5. dapat beribadat dengan pahala yang berganda bila sudah punya isteri, sedangkan memandangnya sahaja sudah perolehi pahala

6. dapat merasa tanggungjawab sebagai suami dan menjadi seorang yg lebih berfikir lebih matang serta bijaksana bagaimana nak menyara keluarga

7. nak ambil amanah ibu dan ayahnya dan jaganya serta didiknya dengan kehidupan agama

8. saya sayang dan cintakan anak pakcik ♥


\namun kene ingat, Bersediakah kita untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang SUAMI dan seorang ketua keluarga??? persoalan ini yang perlu kita fikirkan.... tanya diri dan tanya iman.....!!!!
wallahua'lam ^_^'

Read more...

Sunday, 29 July 2012

Lelaki dan wanita.... cintakah? atau nafsukah?

CINTA atau NAFSU..???


Setiap lelaki inginkan kesempurnaan pada wanita.Mungkin peluang memilih, terbuka luas untuk lelaki.Tetapi adakah insan yang bernama lelaki berhak memiliki yang terbaik?Itulah LELAKI...


Lelaki kebanyakannya ingin memiliki sesuatu yang sempurna pada wanita.Tidak akan menerima andaikata kekurangan ada pada pasangannya..  Ingat seperti mana pesan ustazahku, ustazah Ariza ketika dahulu Di SMKA kuala selangor, beliau berkata :

" Sejahat macam mana pun lelaki itu, dia akan menacari wanita yang baik-baik untuk teman hidupnya serta zuriat keturunanya"..

Namun, lelaki itu sendiri kadang kala sebahagiannya umpama bunga plastik...warnanya cantik tetapi harumnya tiada.


Kebiasaan LELAKI akan memilih wanita yang 'suci' untuk dijadikan teman hidup. Itulah naluri dan kehendak LELAKI yang paling utama.Tetapi diri sendiri sudah lama menjadi barang '2nd hand'.Mungkin agak sukar untuk mencari 'kesucian' LELAKI'...tidak seperti WANITA yang seperti buah durian,walaupun berduri tetapi tupai pandai menggodanya.


Bila pembuangan bayi berlaku,WANITA juga dipersalahkan.Mengapa LELAKI seperti terkecuali? Sedangkan LELAKI yang memujuk rayu ingin meragut kehormatan WANITA. Bila madu lazat diratah sepah yang akan dibuang.Yang menyedihkan bila WANITA telah mengandungkan zuriat kita,LELAKI akan cuba melarikan diri.Jadi kemana WANITA harus membawa diri? Dan yang menyedihkan lagi,bila dirujuk pada keluarga, mereka akan dicerca dan diusir kerana malu...Dan yang akan menjadi mangsa adalah bayi yang tidak berdosa.


Jadi WANITA harus bezakan CINTA dan NAFSU.Jangan mudah menjadi mangsa pada LELAKI yang pandai memujuk rayu.Percayalah jika diawal percintaan atau perhubungan telah ada permintaan yang diluar hukum agama,ketahuilah itu adalah nafsu semata-mata.


Renungkanlah...



p/s :FB perjuangan itu jihad..

Read more...

Thursday, 24 May 2012

22??? Allah selamatkan kamu...

Alhamdulillah...
Indahnya hidup ni, di sebalik secuit keperitan yang dirasai, tersingkap segala nikmat kurniaan Ilahi. Inilah kehidupan, diberi keperitan supaya diri kembali mengingati saat-saat kesenangan, diberi senang untuk mengingati kembali segala keperitan yang pernah dilalui oleh diri.



Segala yang berlalu mengajar kita untuk kembali mengenali fitrah diri, kembali kepada Ilahi, kembali mengotakan segala janji yang pernah dilafazkan sejak azali lagi. Itulah kehidupan, setiap saat bertukar kepada minit, setiap minit bertukar kepada jam dan begitulah seterusnya sehinggalah kita menemui penghujung kehidupan kita di dunia untuk memulakan kehidupan baru di alam sana sebagai transit sementara untuk menuju ke penghujungnya. Untuk kembali ke sisi Pencipta yang mencipta segala-galanya, terpulanglah kepada DIA untuk menerima kita atau sebaliknya. jika diri dipenuhi debu-debu dosa dan kemaksiatan, neraka jahanamlah tempatnya, sekiranya diri dipenuhi perbuatan amal soleh dan kebajikan, syurgalah tempat penginapannya. Indah sungguh bila memikirkan keadilan tuhan terhadap hamba-hambaNya.



DAN HARI INI(23 Mei 2012)...
Ketika menyedari akan secebis hakikat yang terserap kedalam diri,teringat kembali segala kekhilafan yang telah dilakukan oleh diri, aku menyedari, indahnya tarbiah yang disediakan oleh ILAHI. Belajar dari kehidupan, belajar dari keadaan, akhirnya menyebabkan aku sedar bahawa Yang memberikan kehidupan,Yang menyediakan suasana dan keadaan adalah yang Maha Mencipta.Kini, setelah genap 22 tahun, aku memerhati kehidupan, akhirnya, aku menyedari, rupa-rupanya inilah tarbiah yang disediakan oleh Ilahi, supaya aku kembali, kembali kepadaNya, kembali mengotakan janji, kembali untuk menyerah diri...


Namun, bukan mudah untuk aku melayari dan penyelusuri perjalanan yang tersedia kerana menjadi adat dan kebiasaan manusia untuk sentiasa terlena dan terleka.Dan itulah aku yang tergolong dalam golongan manusia, sering terlena dengan arus yang sementara. Jika merenung kembali segala catatan kehidupan dulu, aku pasti neraka sudah bersedia menunggu. Namun aku sedar, itulah gunanya Neraka & Syurga, untuk menjadi neraca kehidupan kita di dunia. Walaupun begitu, bukanlah harapanku untuk ke neraka kerana disitu adalah seburuk-buruk tempat kembali, harapanku adalah untuk ke Syurga, supaya aku bisa menatap zat ALLAH yang Maha Esa.Doakan diri ini...


Alhamdulillah,
syukur pada Ilahi, kerana masih memberikan aku peluang dan ruang untuk aku bernafas dan menikmati segala nikmat-nikmat kehidupan dan belajar darinya, semoga baki kehidupan yang akan datang akan digunakan untuk kembali menebus segala dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh diri selama 22 tahun aku hidup di muka bumi ini.Selamat Hari Lahir buat 'DIRI' ( 23 Mei 1990), semoga sentiasa dipimpin dengan Rahmat dan Redha Ilahi...


"Ya ALLAH, panjangkanlah umur aku dalam ketaatan kepadaMU dan matikanlah aku dalam keadaan aku melakukan ketaatan kepadaMu... Seandainya hidupku dipenuhi dengan melakukan ketaatan padaMu, maka panjangkanlah umurku, sekiranya hidupku akan aku penuhi dengan kemaksiatan kepadaMu, maka pendekkanlah umurku, dan aku memohon Ya ALLAH, agar Engkau pimpini aku dengan ketaatan agar hidupku dipenuhi dengan ketaatan dan jauhkanlah kemaksiatan dari diriku... Aminnn"

*Terima kasih kepada semua yang hadir dalam hidup ini...
*Berlatar belakangkan istighfar yang sayup2 menyebabkan diri ini terlalu banyak dosa dan kecil di sisi-Nya.. allahu akhbar..

Read more...

Friday, 4 May 2012

BERTUNANG BUKAN BERKAHWIN

Soalan: Sejauh manakah seseorang boleh berkenalan dengan tunangnya?
Ifah, Perak

Jawapan: Terima kasih kepada saudari yang bertanya. Soalan ini menunjukkan keperihatinan tentang perkara biasa yang terjadi dalam masyarakat kita. Ia juga menggambarkan suadari sangat mengambil berat tentang perlunya mengikut syari’at dalam kehidupan seharian termasuk perkara yang berkaitan dengan bertunang. Tulisan ini bukan untuk membahaskan tajuk bertunang dalam Islam secara lengkap, hanya jawapan ringkas persoalan di atas.  


1. Bertunang atau dalam bahasa Arab disebut al-khitbah merupakan pintu masuk ke alam perkahwinan. Ia dilakukan selepas seorang lelaki mencari dan berpuas hati dengan semua sifat yang ada bagi seorang wanita untuk dijadikan bakal isterinya. Oleh kerana perkahwinan adalah satu perkara yang serius dan mempunyai impak yang besar maka pertunangan telah disyari’atkan dalam Islam sebagai permulaannya.
gambar hiasan



2. Bertunang ialah seorang lelaki meminta kepada seorang perempuan untuk berkahwin dengannya, kemudian perempuan serta walinya bersetuju. Dalam Islam bertunang adalah  persetujuan dan janji untuk berkahwin yang perlu dihormati oleh orang ramai. Kedua-dua pihak boleh membubarkannya tidak seperti nikah, lafaz talak hanya dimiliki oleh suami. Dr. Mahmud Ali al-Sartowi menyatakan:


Tiadalah pertunangan itu melainkan janji untuk berkahwin, ia merupakan kontrak yang tidak lazim, kedua-dua pihak berhak untuk membubarkan pertunangan pada bila-bila masa sahaja. (al-Sartowi, Syarh Qanun al-Ahwal al-Sahsiah)


3. Seorang lelaki boleh menyatakan hasratnya kepada seorang wanita yang masih anak dara secara terus terang. Namun ia dilarang secara terus terang jika seseorang ingin bertunang dengan perempuan yang masih dalam ‘iddah kematian suami, sebaliknya hendaklah dengan cara kinayah (tidak terus terang). Inilah pertunangan yang disebut di dalam al-Qur’an menerusi fiman Allah SWT dalam dalam surah al-Baqarah ayat 235 yang bermaksud:


Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan untuk meminang perempuan (yang kematian suami dan masih dalam ‘iddah), atau tentang kamu menyimpan dalam hati (keinginan berkahwin dengan mereka). Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut-nyebut atau mengingati mereka), akan tetapi janganlah kamu membuat janji dengan mereka di dalam keadaan rahsia, selain dari menyebutkan kata-kata (secara sindiran) yang sopan. Dan janganlah kamu menetapkan dengan bersungguh-sungguh (hendak melakukan) akad nikah sebelum habis ‘iddah yang ditetapkan itu
.
4. Untuk mengelakkan pergaduhan dan permusuhan sesama muslim dengan hanya kerana seorang perempuan, maka Islam melarang seorang lelaki meminang seorang perempuan yang telah menjadi tunang orang lain. Namun jika lelaki yang pertama mengizinkan atau telah meninggalkannya maka ia tidak dilarang. Diriwayatkan bahawa nabi SAW bersabda yang bermaksud:


Tidak boleh seorang lelaki meminang seorang tunang saudaranya sehinggalah lelaki yang pertama meninggalkannya atau mengizinkannya. (Riwayat al-Bukhari)


5. Bertunang lebih afdhal tidak diwar-warkan atau diiklankan secara terbuka, tidak seperti perkahwinan yang perlu disebarkan. Maknanya pertunangan hendaklah disembunyikan melainkan jika terdapat keperluan. Ini untuk menjaga maruah kedua-dua belah pihak kerana ia merupakan kontrak yang tidak lazim, iaitu kedua-dua pihak lelaki atau perempuan boleh membubarkannya secara mutlak tanpa mendapat persetujuan tunangnya. Diriwayatkan bahawa nabi SAW bersabda yang bermaksud:


War-warkanlah nikah dan sembunyikanlah pertunangan. (Riwayat al-Dailami)


Bertunang bukan berkahwin


6. Bertunang hanyalah janji untuk berkahwin. Ia tidak sama dengan berkahwin yang kesannya seorang wanita (isteri) adalah halal bagi suaminya selepas akad nikah. Manakala bertunang seorang perempuan tidak menjadi halal sedikit pun bagi tunang lelakinya. Ia sama seperti sebelum bertunang, yang berbezanya ialah tidak boleh lelaki lain meminangnya. Ini yang mungkin menjadi punca kekeliruan orang ramai sehingga ada yang menyangka bertunang menjadi ‘lesen’ untuk berpegangan tangan. Tidak kurang yang menjadikannya ‘tiket’ untuk memadu cinta dan sayang.


7. Oleh kerana bertunang adalah janji untuk berkahwin, maka ia boleh jadi akan berlaku atau sebaliknya. Islam mengambil kira perkara itu demi menjaga maslahat kedua-dua pihak khusunya perempuan. Kerana ia melibatkan maruah yang mungkin boleh didedahkan kepada orang ramai sekiranya perkahwinan tidak berlaku. Sebab itu pertunangan tidak menjadikan pasangannya halal sebagaimana halalnya sebuah perkahwinan. Kedua-dua pihak kekal sebagai ajnabi (orang luar) yang hukumnya sama seperti hukum-hakam yang umum bagi ajnabi, antaranya mesti menjaga pandangan. Firman Allah SWT dalam surah al-Nur ayat 30-31, maksudnya:


Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menundukkan pandangan mereka (daripada memandang ang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menundukkan pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka.


8. Begitu juga tidak boleh menyentuh di antara satu sama lain. Bertunang tidak menjadikan harus perbuatan berpegangan tangan sesama tunang. Apatah lagi naik motor bersama berboncengan sebagaimana yang pernah kita saksikan. Rasulullah SAW memberikan amaran tentang hal ini sebagaimana dalam sebuah hadith yang bermaksud:


Menusuk jarum besi ke kepala kamu adalah lebih baik bagi kamu daripada memegang seorang perempuan yang tidak halal baginya. (Riwayat al-Baihaqi)


9. Suara bagi seorang tunang juga perlu dikawal dengan penuh berakhlak. Bukan tidak boleh bercakap langsung dengan tunangnya, tetapi tidak boleh dimanjakan sebagaimana seorang isteri kepada suaminya. Dalam perkataan lain tidak boleh mengada-ngada atau gedik. Allah SWT melarang suara wanita yang boleh menyebabkan seorang lelaki tertarik kepadanya, firmanNya dalam surah al-Ahzab ayat 32 bermaksud:


Maka janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki ajnabi) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik.
                    


10. Selain itu, seorang perempuan juga tidak boleh mendedahkan perhiasannya kepada tunangnya. Auratnya masih wajib ditutup kerana tunangnya masih dianggap ajnabi. Jika ingin bertemu atau berjumpa mestilah bersama dengan mahramnya. Diriwayatkan bahawa nabi SAW bersabda yang bermaksud:

Seorang lelaki tidak boleh bersunyian dengan seorang wanita melainkan bersama dengan mahram. (Riwayat al-Bukhari)


Hubungan dalam tempoh bertunang
11. Tempoh bertunang ada yang pendek dan ada yang panjang. Ia berbeza-beza mengikut perbezaan situasi seseorang dengan seorang yang lain. Namun yang lebih baik adalah tempoh yang singkat untuk mengelakkan maksiat dan keburukan yang timbul daripada kedua-dua pihak. Semakin panjang tempoh bertunang semakin banyak kehendak dan permintaan yang diluar kawal dan tidak patuh syari’at.


12. Tidak dinafikan tempoh pertunangan ini boleh dianggap tempoh untuk berkenalan. Tetapi ramai yang tersilap dengan menyangka bahawa ia adalah berkenal-kenalan sesama tunang, sedangkan berkenalan yang dimaksudkan adalah berkenalan dengan ahli keluarga perempuan agar menjadi lebih dekat dan diyakini oleh keluarga tunangnya. Akhirnya ia melahirkan rasa tangggungjawab yang kemudian Allah Azza wa Jalla bakal menganugerahkan kepadanya sakinah dan mawaddah apabila berkahwin kelak insyaAllah sebagaimana firmanNya dalam surah
al-Rum ayat 21:


Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu, isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.


13. Berkenalan ini yang sering disalahgunakan untuk menghalalkan perbuatan tertentu seperti keluar makan bersama, duduk berdua-duaan sama ada di alam nyata atau alam maya, study dan siapkan asignment bersama, serta bertukar-tukar gambar. Apabila ditanya mengapa lakukan semua itu? Jawabnya mudah: untuk lebih mengenalinya supaya senang bila kahwin nanti. Semua ini hanya alasan semata-mata untuk menutup kemahuan hawa nafsunya. Sedangkan untuk mengenali dan menyelidik latar belakang tunang sepatutnya dilakukan sebelum bertunang lagi iaitu ketika proses memilih dan istikharah, bukannya selepas bertunang. Kerana bertunang maknanya kita telah membuat pilihan.


14. Tempoh bertunang sepatutnya menjadi tempoh yang bersih dan suci daripada sebarang dosa, kerana kita sedang memulakan langkah untuk membina sebuah kehidupan yang punyai matlamat yang besar. Langkah-langkah permulaan ini perlu baik dan tidak sumbang. Jadikan ia kukuh dengan kekuatan taqwa dan taat. Jika tempoh ini dicemari dengan perbuatan yang bercanggah dengan syara’ dikhuatiri ia memberikan kesan yang besar kepada rumah tangga yang bakal dibina.
 Firman Allah SWT dalam surah al-Taubah ayat 109 bermaksud:


Maka adakah orang yang membangunkan binaannya yang didirikan di atas dasar taqwa kepada Allah dan (untuk mencari) keredaan Allah itu lebih baik, ataukah orang yang membangunkan binaannya yang didirikannya di tepi jurang yang (hampir) runtuh, lalu runtuhlah ia dengan yang membangunkannya ke dalam api neraka?


15. Atas dasar inilah kita dapati terdapat ilmuan yang agak keras jawapannya dengan tidak membenarkan segala perhubungan dalam tempoh bertunang. Mereka menggunakan kaedah sadd al-zarai’e (menutup jalan) kerana bimbang akan mudharat yang tidak dinafikan peratus berlakunya. Lihat sahaja kes pembuangan bayi, tangkapan khalwat dan masalah sosial. Pandangan seumpama ini tidak salah kerana kaedah yang digunapakai ada asasnya.


16. Manakala pendapat yang mengatakan boleh berkenalan dalam tempoh bertunang, berhubung, berjumpa dan menjaga tunangnya, pastinya mereka tidak mengatakan secara mutlak, sebaliknya mesti mengikut syarat-syarat dan garis panduannya. Sebenarnya kedua-kedua pandangan tidak bercanggah di antara satu sama lain, matlamatnya satu hanya kaedah yang berbeza.


17. Ke
simpulannya, Islam adalah cara hidup yang mengatur dan memandu manusia hatta dalam soal bertunang. Ia merupakan janji yang perlu dijaga agar mengikut panduan syara’ kerana bertunang bukannya berkahwin. 


ditulis dan disediakan oleh :
ustaz Anhar Opir
11 Jumada al-Akhir 1433H
Sweileh, Amman
( http://hjanhar.blogspot.com/2012/05/bertunang-bukan-berkahwin.html )

Read more...

Wednesday, 18 January 2012

Dimanakah kau wahai MALU??

Bismillah,, assalmualaikum, setelah sekian lama menyepi dari dunia blogger(penulisan dan perkongsian) di sebbkan kesibukan dan kekangan waktu, barulah mendapat ilham atau cetusan idea.. in-syaallah semoga ianya bermanfaat untuk antum dan diri ana juga.. :-)

---------------------------------


“woih, junior kita ke ni? Seksi gila..”



“Biar betul budak ni, Teruknya!”



Perkataan – perkataan ini menggamatkan suasana seketika, tatkala kecoh apabila seorang junior perempuan telah mengupload gambar – gambarnya ke dalam facebooknya, friendster, myspace DLL.



Saya juga turut melihat. Masyaallah, memang ia cukup teruk sekali. Tidak bertudung dan hanya bersinglet. Apakah ini?


Dimanakah nilai kamu sebagai seorang muslimah wahai junior?


Apakah kamu bermaruah? Dimana taraf kamu sebagai bakal pendidik?


Kamu tidak malukah?



Wanita itu perlu malu


Seorang muslimah yang patuh kepada perintah Allah dan RasulNya tidak akan menggadaikan maruah diri semata-mata mahu nampak moden dan mengikut perkembangan semasa. Wanita wajib malu mendedahkan diri mereka kepada lelaki yang boleh dikahwini dan ditengah-tengah masyarakatnya. Malu seorang wanita itu datang daripada sifat malu kerana takutkan Allah.



Dalam Islam, sifat malu ditekankan pada setiap umatnya tidak kira sama ada wanita atau lelaki. Namun, wanita Muslimah ditekankan aspek menjaga maruah dan memiliki sifat malu memandangkan wanita merupakan golongan yang lemah, mempunyai 9 nafsu yang pelbagai serta dikatakan paling ramai menghuni neraka.Tentang hal ini, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:



“Aku melihat ke dalam syurga, maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita.” (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Abbas dan Imran serta selain kedua-duanya)



Kalian tidak takutkah ancaman azab Allah wahai wanita?



Kalian telah berlaku zalim!



Ya, saya mengatakan kalian zalim



Saya tidak akan mengatakan kalian zalim jika kalian sendiri ingin menjadi bahan api neraka. Itu hak kamu jika kamu tidak mahu mendengar nasihat. ( Tetapi itu zalim juga, zalim kepada diri sendiri )



Tetapi,



Tahukah wahai wanita sekalian bahawa Allah telah memberi amanah kepada bapa, abang datuk dan bapa saudara kalian untuk memelihara kehormatan kalian?



Adakah kamu sanggup melempar bapa kamu ke dalam neraka lantaran sifat kamu?



Kamu juga zalim kepada Islam, kerana kamu telah mencalarkan imej Islam.



Kamu juga telah zalim kepada bakal suami kamu, kamu telah mendedahkan bahagian tubuh kamu kepada yang tidak berhak.



Kamu juga telah menzalimi lelaki lain yang bukan mahram melihat aurat kamu, dengan menyebabkan mereka berdosa.



Ingatlah, setiap lelaki yang memandang aurat kamu akan mendapat dosa, tetapi kamu pula akan menanggung dosa setiap lelaki yang memandang kamu!



Kroniknya masalah ini



Kroniknya masalah ini, kerana ia merosakkan kepercayaan masyarakat kepada Islam dan institusi pendidikan. Mungkin orang lain melihatnya sebagai perkara biasa, tetapi saya tidak



Tetapi, atas sikap kita sendiri, manusia-manusia mula hilang hormat kepada warga pendidik. Tetapi saya lebih melihat perkara ini sebagai masalah ummah


“Orang Islam pun pakai seksi”



“Cikgu muslimah pun tak jaga aurat”



Dan manusia-manusia yang berusaha menjatuhkan Islam akan menggunakan hal ini sebagai satu ruang untuk memburuk-burukkan Islam.



oleh itu tidak hairan jika ada ulamak yang berkata :


"aku melihat islam di negara bukan islam dan sebaliknya "



Formula di dalam kepala manusia mudah.


Orang Islam = Islam itu sendiri. Apa-apa sahaja orang Islam itu lakukan, maka mereka akan merasakan bahawa itu adalah apa yang Islam ajarkan, lebih – lebih lagi imej yang dibawa oleh warga pendidik.



Penutup : Saya sudah menegur, terpulanglah


Malu adalah lambang iman yang akan membawa seseorang ke syurga.


“Malu dan amanah adalah perkara yang mula-mula sekali hilang dari dunia ini, sebab itu mintalah dengan Allah untuk kedua-duanya” (Riwayat Bukhari)



Pemalu bukan sahaja memperlihatkan kemanisan akhlak dan ketinggian akidah seseorang wanita. Malah, memelihara diri wanita itu sendiri daripada kehinaan dan kemusnahan peribadi secara beransur-ansur. Ingatlah kita ini diperhatikan hakikatnya. Diperhatikan oleh Allah dan para malaikat untuk dinilai buat tuaian ladang akhirat. Diperhatikan oleh manusia juga untuk dicontohi. Diperhatikan juga musuh untuk dipergunakan.



Seorang pujangga mengatakan, “hidupnya wajah berkat malu, sebagaimana tanaman berkat air”



Malu adalah kunci segala kebaikan, maka tanamlah sifat malu supaya kita menjadi manusia yang

lebih berintegriti... dan Berjaya dunia dan akhirat... :-)


Perlu Diingat.. ISLAM itu INDAH.. maka Penganutnya juga mestilah terpelihara dengan Indah...


Read more...

Monday, 2 January 2012

terima seadanya.....

tak minta yg SOLEHAH ,sebab saya pun tak lah SOLEH sgt
Saya tak minta yg bergelar USTAZAH, sebab saya lg jauh untuk bergelar USTAZ


Nak minta yg KAYA, saya pun TAK KAYA.. Hanya sekadar apa yg ada
Nak minta yg CANTIK, saya tak la HENSEM sgt.. Sekadar hamba sesempurna kejadian yang ALLAH ciptakan
Nak minta yg BERPANGKAT, saya hanya seorang HAMBA


Cukuplah sekadar yg MEMAHAMI dan MENERIMA diri seadanya
Cukuplah yang ada AGAMA di hati dan mengamalkannya serta sama2 mencari jalan ke Syurga apabila bahtera di layar dan masjid di bina

Cukuplah yang sama2 saling MEMBANTU dalam susah dan senang mengharungi lautan dunia


-MUSAFIR ILMU-
-akuislam.com-
-sayangilah agamamu islam-

Read more...

Monday, 8 August 2011

Hakikat Puasa dan Keluhan Manusia....

Assalamualaikum, apa khabar antum semua?? harapnya dalam keadaan sihat, dan ana rasa tidak terlambat untuk ana mengucapkan "selamat menyambut ramadhan mubarak".. in-syaallah semoga ramadhan kali ini bertambah baik dari ramadhan kita sebelumnya..

telah lama rasanya blog ini tidak ter'updated' kerana dek kesibukan yang ana sendiri taktahu, sama ada betul-betul sibuk atau bagaimana.. walau apa-apapun 'POST' kali ini, ana ingin berkongsi sesuatu dengan antum mengenai puasa ni, alhamdulillah hasil carian dan penyelidikan yang mampu ana buat dan kongsikan dengan antum semua.. dan diaharapkan ianya bermanfaat..

HAKIKAT PUASA dan KELUHAN MANUSIA......



1. Adakah aku sedar bahawa ibadah puasa telah disyariatkan kepada umat terdahulu? Diakui kebaikannya oleh pelbagai agama, ilmu perubatan, dan ilmu psikologi????

ALLAH menjawabnya dalam al-quran (2 : 183 )

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.



2.
Adakah aku sedar betapa dekatnya Allah dengan diriku? Adakah mungkin aku lupa dan ingkar akan perintahnya? Atau tidak segera beristighfar dan bertaubat apabila menyedari/ditegur apabila melakukan kesalahan/dosa? Atau berputus asa hingga menjejaskan perlakuan/sikap diri? Atau takabbur/angkuh/bongkak hingga menjejaskan perlakuan/sikap diri???

ALLAH menjawabnya dalam al-quran (2 : 186 )

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.


3. Adakah aku sedar bahawa puasa bukan sekadar menahan diri daripada makan, minum, atau persetubuhan? Tetapi juga menahan diri daripada melakukan dosa dan kezaliman seperti rasuah dan memakan harta orang lain???

ALLAH menjawabnya dalam al-quran (2: 187-188)

(187)
Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Ia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib); dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertaqwa.


(188)
Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)


4.
Adakah aku menganggap puasa itu satu yang menyusahkan ? Padahal syariat puasa sangat-sangat mengambilkira aspek-aspek fizikal dan psikologi/perlakuan manusia? Apakah aku tidak berasa yakin dengan syariat Islam? Apakah aku tidakrasa kasih kepada Allah dan dikasihi oleh Allah?

ALLAH menjawabnya dalam al-quran(2 : 184-185)

(184)
(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.


(185)
(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.

5. sedarkah aku, sekiranya aku terkorban dalam mencari keredhan allah ini, kebaikan/balasan apa yang aku dapat???

ALLAH menjawab dalam al-quran (2 : 207)

Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata; dan Allah pula Amat belas-kasihan akan hamba-hambanya.


wallahu ta'ala aklam.. semoga mendapat manfaat.. dari hamba yang dhoiff..

sumber : tafsiran al-quran in malay
: islam dan Psychology
:wikipidia "puasa"

Read more...

Tuesday, 10 May 2011

Soleh Atau Solehah : Menjadi atau Mencari??






Mencari Solehah atau Menjadi Soleh? Ana sering membaca kisah kehidupan orang yang ingin menghabiskan zaman bujangnya, namun gagal meninggalkan kepompong kebujangannya itu oleh kerana dilanda masalah pilihan jodoh. Mereka mencuba sedaya upaya sehingga berhabis ratusan ringgit mengupah tok bomoh profesional berataraf antarabangsa namun jodoh tidak kunjung tiba.



Pada waktu itu mereka mula mempersoal hakikat takdir Allah. Ana bukanlah agen pencari jodoh untuk anda pada post kali ini, cuma ketika berada di tahun ke-3 pengajian di sini ana selalu dipaparkan dengan masalah kegagalan mencari jodoh yang meragut ketenangan jiwa Ana. Memang perasaan cinta agak sukar untuk diterjemahkan. Ada orang suka itu dan ini, pendek kata ada pelbagai rasa dalam satu masakan yang tak mampu diolah dalam bahasa kamus.



Susahnya mencari jodoh! Jika ditanya, anda mahu mencari jodoh yang bagaimana?


Tentunya akan dijawab:“Dia yang paling baik dalam akhlak dan budinya”


“Pandai jaga hati


Baik dari segi itu dan ini. Sebenarnya jika anda cuba bertanya kepada penari-penari kelab dangdut, mereka juga akan menjawab dengan jawapan yang sama. Tiada wanita yang suka dibelasah oleh suaminya setiap hari walaupun suaminya itu bukan bekas ahli tinju yang mahir. Sudah fitrah manusia mencari yang elok dan tidak busuk. Cuma bayangan kefahaman mereka disebalik makna perkataan ‘baik’ itu yang berbeza.


Bagi mereka, orang yang selalu tersenyum itu adalah antara orang yang terbaik walaupun berasal dari kumpulan peninggal solat yang terkenal. Adapun kebaikan itu sebenarnya hanya terzahir bila kita mentaati perintah Allah. Bagaimanapun setiap kita mendamba cinta dari seorang kekasih yang sangat sempurna sifat keinsanannya. Sifat sempurna yang mampu menutup lubang-lubang kecacatan walaupun setengah meter. Banyak sekali mereka yang telah lanjut usia gagal untuk mendirikan rumah tangga kerana memikirkan perkara ini. Yang ada di hati mereka:



“Betulkah dia ini baik atau sekadar berlakon.”


“Ooh mungkin dia cuba bantu aku sebab hendak mengambil hati.”


“Emm pakai tudung dan cuba-cuba buat solehah agaknya itu.”


Akhirnya, semua sifat orang habis diselidiki tanpa memikirkan sifat diri sendiri. Kita yang tidak punya sifat dan perwatakan yang 'baik' cuba untuk menilik mereka yang 'paling baik' untuk dijadikan pasangan hidup. Seboleh mungkin kita mahukan seseorang yang punya sifat seperti malaikat. Sedangkan kita antara orang yang selalu bermuamalah dengan syaitan setiap hari untuk melakukan maksiat.




Ini tidak adil! Bagaimana sifat syaitan dan malaikat boleh bersatu? Akhirnya setiap detik berganti masa yang lama tidak juga mendapat pasangan yang secucuk. Lamunan untuk mendapat itu dan ini tidak terzahir di depan mata oleh kerana sentiasa melihat yang negatif pada orang lain. Jadilah yang soleh, anda akan mendapat yang solehah! Cuba selidiki diri sebelum mencari orang yang kita bayangkan sifatnya dibenak kita. Adakah sifat yang berada dibenak sendiri itu, wujud dalam diri kita?


Atau dalam erti kata yang lain, jika ingin mendapatkan seorang yang solehah, maka kita juga perlulah menjadi yang soleh, Kalau ingin mendapat jodoh yang soleh, kita perlulah solehah. Dari sini kita dapat fahami bahawa menjadi sesuatu itu lebih mudah dari mencari sesuatu. Kita setia mencari pasangan yang berperwatakan seorang yang soleh dan solehah, sepatutnya kita sendiri perlu punya perwatakan itu. Janganlah anda menyalah orang lain jika pinangan anda ditolak. Siapakah yang ingin mendapat pasangan punya 'kakinya berbotol' dan peninggal setia solat fardhu?



Sememangnya dijanjikan Allah setiap yang baik itu kepunyaan yang baik. Dan yang buruk itu akan mendapat yang buruk. Penzina yang setiap saat bergelumang dengan dosa tidak akan mampu untuk mendapat pasangan seorang lelaki yang soleh.
yakinlah sesungguhnya JANJI ALLAH ITU PASTI.


Ini adalah realiti. “Jangan cuba masuk ke dalam istana untuk bertemu dengan puteri raja dalam keadaan pakaian anda compang camping”. Oleh itu jadilah yang terbaik untuk diri sendiri selain ingin menjadikan orang lain sebagai yang terbaik untuk diri kita. Belajarlah menjadi sifat orang yang kita ingini. Kelak kita sebenarnya yang akan dicari. Bukan kita yang mencari.

Read more...

4 perkara di sebalik 4 perkara.


" Empat hal berikut adalah baik, tetapi ada empat hal yang lebih baik, ialah :
Rasa malu bagi lelaki itu baik, tapi bagi wanita ianya lebih baik ;
Sikap adil dari setiap orang itu baik, tapi dari pemerintah ianya lebih baik ;
Taubat yang di lakukan oleh orang tua itu baik, tapi dilakukan oleh orang muda lebih baik ; dan
Kedermawanan pada diri orang kaya itu baik, tapi bagi diri orang miskin lebih baik ."


" Empat hal berikut adalah buruk,akan tetapii ada empat hal yang lebih buruk ,ialah :
Dosa itu buruk pada diri pemuda,tapi lebih Buruk pada diri orang tua;
Kesibukan duniawi pada diri orang bodoh itu buruk,tapi lebih buruk pada diri orang alim;
Malas beribadah itu buruk pada setiap orang,tapi lebih buruk pada diri ulama' dan para penuntut ilmu;
Sombong itu buruk pada diri orang kaya,tapi lebih buruk pada diri orang fakir dan miskin ."



Dikutip dari : Kitab Nashaihul Ibad

Read more...

Monday, 17 January 2011

Menangislah......!!!!!

Bismillah, Ar-Rahman, Ar-Rahim,


Kebelakngan ini, ana sering terbaca 2 kallimah ini mengenai "Kasih sayang" dan "Tangis a.k.a kesedihan".. dan ana amat tertarik dengan kedua-dua kalimah itu, kerana kedua-dua kalimah itu mempunyai makna yang tersirat walaupun boleh digambarkan dengan gambaran tersurat akan tetapi maksud senenar hanya Empunya diri sahaja yang tahu... Masya-ALLAH....

Dan, untuk Entry kali ini ana ingin berkongsi dengan antum mengenai :



Menangislah!



Ketika diri tidak ringan bergerak dalam berbuat taat.



Menangislah!



Ketika kenikmatan dunia sentiasa menghujani namun amal soleh tidak seiring dan meningkat dengan kenikmatan yang diterima. Dimanakah letak kurangnya kasih sayang Allah SWT kepada kita? Kita sentiasa menuntut hak kita terhadap Allah SWT, namun rasa syukur kita ketika mendapat nikmat-Nya tak pernah kita tunjukan dihadapan-Nya walau hanya sekedar ucapan “Alhamdulillah”.



Malah Kita terlupa dan kadang lupa diri, bahawa apapun nikmat yang kita terima sesungguhnya berasal dari Allah SWT. Terkadang, kebanyakan dari kita hanya ingat kepada-Nya sewaktu diri tertimpa musibah dan kesempitan dalam hidup. Padahal, dengan mengingat Allah SWT disaat lapang dan bahagia akan mendatangkan kecintaan Allah SWT dan insya-Allah di saat kesusahan menghampiri kehidupan, Allah SWT akan kembali mengingati kita.




Menangislah!



Untuk mengharapkan datangnya pertolongan Allah SWT terhadap diri kita, sehingga Dia mengkurniakan kekuatan dan pertolongan untuk memudahkan kita dalam rangka mendekat diri kepada-Nya.



Menangislah!



Untuk setiap dosa yang pernah kita ragut dalam kehidupan walau kita tak akan mampu menghitung betapa besarnya keingkaran diri melebihi ketaatan kita kepada-Nya.



Pernahkah kita menangis atas kurangnya bekal persiapan untuk akhirat kita? Tempat yang kekal dan tujuan puncak kehidupan yang bekalnya kita persiapkan melalui dunia ini.



Menangislah !!!



Sebagai tanda kelembutan dan hidupnya hati yang sentiasa bersedia untuk menerima nasihat dan kebenaran yang datang.



Semoga Allah SWT sentiasa memberikan pertolongan-Nya dalam setiap hal-hal baik yang kita usahakan serta menjauhkan kita dari sifat mazmumah, kerana tanpa pertolongan dari-Nya, tak seorangpun yang sanggup melakukan kebajikan di atas permukaan bumi ini......



-musafir ilmu-

Read more...

Saturday, 15 January 2011

Peliknya umat ini..

Bismillah Ar-Rahman, Ar-Rahim..
Setelah ditinggal 3 minggu agak kekok untuk menulis "post" baru dalam blog ini.
Blog ini ditinggalkan untuk sementara waktu adalah disbbkan "final exam, kesibukan tugas dan program2 berpersatuan " dan sekarang ini exam sudah pun habis (In-syaallah smoga dapat natijah yg terbaik), jadi ke aktifan ber'blog' mungkin akan kembali.. :-), dan post kali ini, ana ingin berkongsi dengan antum semua akan situasi/senario 'umat' atau manusia pada masa kini.. INi adalah berdasarkan pandangan dan hasil pemerhatian ana yang berada di Luar Malaysia...


Peliknya umat ini...
Bola punya hal, pukul 3 pagi pun boleh bersengkang mata.
Bola punya hal, ringan aje tubuh untuk bangun
di waktu ayam pun tak bangun lagi.
Tapi, pukul 3 pagi akan jadi terlalu berat untuk bangun
jika disuruh tahajjud 2 rakaat,
dan di waktu hendak bangun sahur
juga cukup menyeksakan baginya.

Peliknya umat ini...
Menangis teresak-esak sebab penyanyi pujaan
terkeluar dari Akademi Fantasia.
Air mata sungguh murah melimpah
apabila artis pujaan turut menangis.
Namun, berapa sangatlah umat ini yang sudi
melinangkan air matanya sebagai taubat kepada yang Esa?
Berapa sangatlah umat ini yang menangisi
kerana kematian seseorang ulama dan solehin?

Peliknya umat ini...
SMS berpuluh ringgit dengan senang hati dihantar,
janji penyanyi pujaan terpilih.
Jari-jemari begitu ringan menaip
nama penyanyi pilihan dan nombor undian.
Tapi, jari-jemari begitu berat untuk mengambil RM1
untuk dimasukkan ke dalam tabung masjid.
Tangan begitu kaku untuk
menghulurkan seringgit dua ke jalan Allah.

Peliknya umat ini...
Gembira ibubapa sebab anak mereka
pandai menyanyi dan pandai main piano.
Sedih sekali ibubapa apabila anak mereka
tidak dapat masuk Akademi Fantasia.
Namun, tidak ramai umat ini yang sedih
jika zuriat mereka buta al-Qur’an.
Tidak ramai umat ini yang resah
jika anaknya tidak tahu sujud kepada yang Esa.

Peliknya umat ini...
Sanggup bersesak-sesak dan berhimpit-himpit
di padang konsert hiburan.
Sanggup memberi komitmen
memenuhi dan memeriahkan konsert hiburan.
Namun sedihnya, 'program' Allah 5 kali sehari di Masjid
tidak pula mendapat sambutan meriah dari umat ini.
Mereka tidak sanggup untuk berdiri dalam saf
walaupun sekadar untuk 5 minit cuma.

Peliknya umat ini...
Setiap tahun adanya pertandingan tilawah al-Qur’an
tak cukup peringkat kebangsaan,
dibuat pula peringkat antarabangsa.
Tapi, dengan al- Qur’an, masih lagi bersikap
ikut selera mana rasa elok, barulah diamalkan,
mana rasa tak elok untuk nafsu, sekadar baca sajalah.

Peliknya umat ini...
Setiap tahun mereka sanggup
menjadi penunggu setia kepada jam 12 malam
pada hari merdeka dan tahun baru.
Detik saat jam 12, saat yang ditunggu-tunggu
tanpa berkedip mata melihat jam besar.
Tepat jam 12, mereka akan bersorak ramai-ramai
tak kira lelaki mahupun perempuan.
Namun sedihnya, tidak ramai yang mampu dan mahu
menunggu waktu solat lebih awal di masjid.

Peliknya umat ini...
Setiap kali baca fakta dan kenyataan yang benar
tentang bangsa dan saudara seIslam,
pasti ada suara-suara sumbang dan lantang
yang cuba mempertikaikannya
umpama menegakkan benang yang basah.
Namun tidak ramai pula umat ini
yang mahu memikirkan kebenarannya
serta berazam mengubah sikap diri dan bangsa
sekaligus mempertahankan agama.





Sama-samalah kita renungkannya… Apakah kita juga termasuk dalam golongan 'umat ini' yang begitu pelik sikap dan tindakannya?? Bermuhasabahlah, dan berazamlahlah dengan bersungguh-sungguh untuk berubah ke arah kehidupan yang lebih baik dan diredhai-Nya… (peringatan buat diri sendiri terutamanya)

Read more...

Tuesday, 7 December 2010

1Sen dan RM1 yang sudah dilupakan.... kasihanilah kami...

Assalamualaikum,

HENTIKAN dulu cakap politik dan kebarangkalian tindakan repot polis yang boleh memeningkan. Jom kita teliti not seringgit, atau RM1 kita.



Teliti betul-betul wang kertas itu. ana pun sambil menaip turut mengeluarkan not itu dan membelek-beleknya. Ia berwarna biru.Di Jordan warna hijau JD1. Di bahagian belakang ada gambar gunung Kinabalu, landskap tertinggi negara Malaysia dan di Asia Tenggara. Wau bulan serta gambaran kepulauan nelayan dari arah laut turut terpapar di atas kertas itu.



Sebelum ini tiada siapa yang benar-benar membeleknya. Apalah sangat RM1. Mungkin ia hanya dibelek oleh pelancong yang baru pertama kali melihat not itu. Peniaga pun tak bimbang jika itu not palsu. Tiada apa yang istimewanya. Nak kata ia menarik, biasa saja. Berbanding dengan rekaan matawang asing lain, mungkin nilai seringgit kita itu tidaklah hebat mana.



Itu dari segi rupa bentuknya. Bagaimana pula dengan nilainya? Denominasi seringgit itu dibentuk daripada mata desimal 100 sen. Dari nilai siling sekecil 5 sen, 10 sen, 50 sen ia boleh dicampur-campur membentuk RM1.



Kini Bank Negara Malaysia (BNM), autoriti yang mengesah lakukan wang ringgit di negara ini tidak lagi mengeluarkan wang siling 1 sen. Mungkin BNM ada alasan berbuat demikian. Difahamkan untuk mengeluarkan siling 1 sen kosnya ialah sekitar 20 sen? Oleh itu ia dihentikan pengeluaran. Jadi nilai wang kita hanya bermula dari siling 5 sen.



Dari segi ilmu hisab, kita sudah rugi 4 sen. Tapi 5 sen pun sudah jarang digunakan oleh pekedai. Oleh itu kita sudah rugi 5 sen.Pekedai lazimnya akan mula mengira mulai 10 sen. Maka kita pengguna sudah rugi 9 sen! mungkin dalam hal ini, mmereka yg mengambil atau pakar dalam bidang kira-mengira ni lebih arif dari ana dari segi kira-mengira ni, lagi-lagi yang nengambil bidang akaunting... :-)



Sering dulu jika harga gula naik 10 sen sekilogram, maka mamak-mamak stall akan menaikkan harga minuman kegemaran orang Malaysia, teh tarik dengan harga 10 sen segelas. Maka harga segelas teh tarik sekarang ialah RM1.20 sen. Mamak enggan menggunakan 5 sen untuk menaikkan harga minuman itu. Mereka lebih gemar memilih 10 sen. Entah kenapa ana pun tak tau.



Budaya menggunakan 1 sen sudah hilang di negara ini. Sepatutnya nilai RM1 ialah 100 sen dan setiap sen patut diambil kira. Dulu jika kita beli kasut Bata, harga mengikut pecahan sen-sen amat popular, begitu juga di McD dan bayar bil elektrik dan air. Kini semuanya dibulatkan kepada 5 sen dan 10 sen.



Nilai 100 sen itu sudah mengecil. Dalam suasana inflasi yang semakin ketara sekarang, walaupun BNM hanya melaporkan angka yang rendah, nilai RM1 sudah hampir tiada. Harga teh tarik melebihi RM1. Masuk tandas awam kini ialah 50 sen dulu 20sen, dua orang sudah RM1. Belanja budak sekolah sekurang-kurangnya RM3, dulu ana belanja RM1 saja.



Jika BNM mahu menjimatkan kos pengeluaran 1 sen, pengguna juga yang tertekan dengan kos barangan, turut rugi dari segi nilai sen-sen itu. Mungkin, jika nilai 1 sen itu dibudayakan semula - seperti di Amerika Syarikat yang masih aktif menggunakan Penny (1 sen), Nickel (5 sen), Dime (10 sen), Quarter (25 sen), Half dollar (50 sen) - maka nilai RM1 kita akan lebih bernilai lagi.



Pada masa itu mamak mungkin akan memikirkan untuk menaikkan teh tarik hanya kepada RM1.21 sahaja berbanding RM1.30 sekarang. Walaupun cadangan ini nampak mengarut kerana nilai 1 sen sudah dimansuhkan, kita berharap BNM boleh memikirkan sesuatu atau semula. Rakyat kini sebenarnya mulai gelisah kerana nilai mata wang mereka semakin mengecil. Jika dulu orang kampung boleh berbelanja dapur dan petrol motosikal sekitar RM300 sebulan, kini nilainya sudah menjadi RM350 dan ke atas dan ke atas.



Ia lebih memeritkan bagi mereka yang tinggal di bandar dan kota raya. Gaji RM2,500 ialah miskin bandar. Tapi majikan masih kedekut dan amat berkira untuk menaikkan gaji. Gaji yang diperoleh tidak setaraf dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Kelok gaji dan kelok kos barang dan perkhidmatan tidak seimbang. Kita berharap pakar-pakar ekonomi negara dapat memikirkan sesuatu mengenainya. Jika ke Britain nilai 1 Pound itu masih cukup besar, tapi RM1 kita sudah terlalu kecil.



Bagi ana, orang malaysia yang suka minum teh tarik bersama kawan-kawan digerai mamak, nilai RM1 hanya untuk disedekahkan kepada orang buta yang silih berganti ke kedai-kedai makan sekitar ibu kota. RM1 sudah mulai tidak dipedulikan. Tapi bagi orang buta yang mengutip RM1 bagi setiap meja - dan berjaya melakukannya ke atas beratus meja setiap malam - mereka itulah sebenarnya yang mewah.



Dan dalam keadaan ekonomi baik atau tidak seperti sekarang, jumlah orang buta (dan buat-buat buta) seperti itu semakin hari semakin ramai...

itulah hakikatnya yang berlaku, nilai RM1 yang kini semakin terancam.. kasihanilah dia kerana tanpa RM1 atau 1sen tidak akan cecah jumlah 1Juta

Read more...

Saturday, 27 November 2010

Lamar lelaki suatu langkah yang terpuji

ADA si teruna yang lambat menyatakan hasrat menyunting pilihan hati lalu jatuh ke pihak lain. Begitu juga halnya de­ngan seorang wanita yang tertarik dengan lelaki yang dirasakan calon sesuai untuk dijadikan suami namun disebabkan dia hanya menunggu akhirnya turut terlepas peluang.

IKAT PERTUNANGAN...tiada larangan dalam Islam jika wanita membuat lamaran terhadap lelaki yang layak menjadi pasangan hidupnya. Apa yang berlaku itu berkait rapat dengan soal lambat menzahirkan lamaran.

Perigi mencari timba pula merujuk kepada wanita yang berusaha mencari lelaki untuk dijadikan teman hidup.

Namun dalam masyarakat kita perkara berkenaan dianggap lari daripada adat dan budaya.

Mungkin ‘tugas’ itu sukar dan mustahil kerana ia tidak pernah dilakukan dalam masyarakat kita.

Lihat saja sejarah Siti Khadijah yang bertindak ‘berani’ melamar Nabi Muhammad s.a.w. Beliau tidak berasa rendah diri walaupun jarak usianya dengan Rasulullah agak jauh.

Bagaimana dengan wanita moden yang mahu mencontohi tindakan Siti Khadijah? Kita semua tahu, Siti Khadijah berketurunan bangsawan yang kaya-raya.

Bukan saja mempunyai perniagaan besar, tetapi beliau juga disegani kerana mempunyai kebijaksanaan dan sopan-santun tinggi.

Bagaimana jika wanita datang menyunting lelaki pilihannya dengan menggunakan orang perantaraan bagi menyampaikan hasratnya?

Mungkin kaum wanita mengang­gap usaha mereka itu sebagai ‘terhegeh-hegeh’ dan sebab itulah ia gagal dilaksanakan.

Diharap selepas ini kaum wanita terbuka hatinya untuk merubah budaya.

Wanita meminang lelaki adalah sesuatu yang lumrah. Selain Siti Khadijah meminang Rasulullah dan Saidina Umar juga pernah meminang Saidina Abu Bakar untuk puterinya Siti Habsah.

Jika mereka bertemu dengan lelaki yang layak menjadi pasa­ngan maka ambillah peluang untuk memulakan lamaran. Jangan takut untuk mencuba dan berasa malu kerana jika ditolak sekalipun Allah pasti menjanjikan insan yang lebih baik untuk mereka.

Pernah pinangan Umar ditolak Saidina Abu Bakar, tetapi penolakan itu dilakukan dengan cara paling terhormat. Namun selepas itu Umar mendapat calon yang lebih baik apabila Rasulullah memperisterikan Siti Habsah.

Jelas Allah tidak akan mengecewakan hamba yang bersungguh melaksanakan syariat-Nya. Sayang sekali, malu kita tidak merujuk kepada syariat.

Sebuah hadis yang diriwayatkan Anas berkata: “Ada seorang wanita yang datang menawarkan diri kepada Rasulullah dan berkata: “Ya Rasulullah! Apakah kau memerlukan aku?” Puteri Anas yang hadir ketika mendengar perkataan wanita itu mencelanya dengan mengatakan dia tidak punya harga diri dan rasa malu. “Sungguh memalukan dan betapa buruknya...!” Anas berkata kepada puterinya itu: “Dia lebih baik daripadamu! Wanita itu senang kepada Nabi dan menawarkan dirinya!” (Riwayat Bukhari)

Pendakwah dan Pengarah Penyelidikan dan Modul Fitrah Perkasa Sdn Bhd, Pahrol Mohamad Juoi, berkata malu dalam Islam mesti diukur atas dasar iman.

“Tidak seharusnya seorang wanita berasa malu untuk memulakan langkah untuk melamar lelaki yang dirasakan layak untuknya.

“Malah, tiada tentangan dari sudut akidah, syariah dan akhlak Islamiah terhadap perkara berkenaan,” katanya.

Beliau berkata pendekatan yang digunakan perlu selaras dengan prinsip dan matlamat yang bertepatan dengan nilai agama.

“Umpamanya, wanita perlu menggunakan orang tengah iaitu keluarga, sahabat dan orang yang boleh dipercayainya untuk tujuan melamar.

“Jika diterima, alhamdulillah dan jika ditolak sekalipun tidak mengapa. Allah tetap menilai percubaan itu sebagai amal soleh kerana mereka sudah melakukan sesuatu yang halal dan harus di sisi Islam,” katanya.

Pahrol berkata tidak timbul soal perigi mencari timba kerana dalam sejarah Islam ada pihak wanita yang meminang lelaki dan begitulah sebaliknya.

“Kedua-dua cara berkenaan boleh dilaksanakan. Apabila ada wanita melamar lelaki yang dirasakan baik untuk dijadikan pasangan hidup ia adalah usaha yang sangat terpuji.

“Berjaya atau tidak, bukan soalnya kerana Allah menilai usaha berkenaan. Jangan sesekali berasa diri direndahkan.

Mereka perlu berasa malu jika terbabit dengan pergaulan bebas, pendedahan aurat dan tindakan haram lain untuk mendapatkan pasangan hidup,” katanya.

Beliau berkata pasangan hidup adalah teman yang akan bersama-sama membentuk keluarga dalam menjalani ibadat sebagai hamba Allah di atas muka bumi ini.

“Ini misi besar dan berat. Bermula dari keluarga barulah terbentuknya sebuah masyarakat, negara dan ummah. Untuk membentuk keluarga ini perlu kepada lelaki kepada wanita.

“Wanita tidak seharusnya rasa ‘terhegeh-hegeh’ atau tidak laku. Wanita yang dikatakan tidak laku dan terhegeh-hegeh ialah mereka yang mendedah aurat, berkelakuan tidak senonoh dan bergaul bebas sehingga ke tahap hilang rasa malu, menggadai iman serta akhlak Islamiah.

“Bagaimana umpan begitulah ikan yang akan kita dapat. Jangan terkejut jika wanita yang mendedah aurat (seksi) akan mendapat lelaki hidung belang sebagai pasangannya,” katanya.

Berdasarkan sejarah yang masy­hur, Pahrol berkata Siti Khadijah tertarik dengan keperibadian Nabi Muhammad yang mempunyai sifat jujur dan bijak ketika menjalankan perniagaan.

“Semua maklumat itu diperoleh daripada hambanya, Maisarah yang ditugaskan membantu serta mengiringi Rasulullah ketika berniaga.

“Sepanjang bermusafir Maisarah melihat, merasai dan meyakini bahawa Nabi Muhammad memang seorang yang baik kemudian menyampaikan laporan kepada tuannya Siti Khadijah.

“Khadijah mempunyai ketajaman menilai sumber maklumat. Apabila maklumat yang diterima diyakini benar, Siti Khadijah bertindak memanggil bapa saudaranya dan saudaranya yang lain untuk menyatakan hasrat melamar Nabi Muhammad.

“Allah mengkabulkan hajatnya dan lamarannya diterima,” katanya.

Beliau menasihatkan perkara utama untuk mencari pasa­ngan ialah menjaga akhlak dan keperibadian selain memastikan maklumat pasangan itu benar.

“Carilah saudara, rakan, ustaz atau sesiapa yang terdekat de­ngan lelaki pilihan kita. Setelah ada maklumat yang benar, dirikan solat istikharah untuk meminta Allah perteguhkan keputusan yang sudah ada atau meminta petunjuk membuat keputusan yang belum ada.

“Orang yang bersolat istikharah tidak akan kecewa kerana solatnya bukan saja mencari petunjuk Allah dalam membuat keputusan yang belum pasti, tetapi turut juga meminta diperteguhkan hati melaksanakan keputusan yang pasti.

“Selepas menetapkan keputusan, teguhkan azam dan terus bertawakal. Kemudian segerakan urusan lamaran dengan memilih wakil yang baik bagi urusan meminang dan seterusnya segerakan perkahwinan,” katanya.

Pahrol berkata bagi mereka yang sudah berusaha mencari pasangan, tetapi masih belum berjaya perlu bersangka baik kepada Allah.

“Penangguhan itu satu ujian yang pasti ada hikmahnya. Mung­kin Allah hendak selamat­kan mereka daripada mendapat suami yang jahat, pendera dan tidak bertanggungjawab.

“Jadi, berusahalah sambil menunggu ketentuan daripada Allah. Jangan membuat keputusan untuk tidak berkahwin sampai akhir hayat kerana ia bertentangan dengan syariat dan fitrah.

“Golongan yang menentang peraturan Allah akan menderita jiwanya dan hidup dalam kesepian. Dalam apa saja keadaan, beribadatlah sehingga kita berasa letih untuk melakukan maksiat,” katanya.

Beliau berkata gelaran seperti ‘andartu’ dan ‘andalusia’ tidak sewajarnya dilemparkan kerana hakikatnya mereka sedang diuji Allah.

“Orang yang diuji sepatutnya dibantu, dikasihi dan didoakan. Masyarakat Islam sepatutnya memikirkan bagaimana kaedah untuk mencarikan jodoh buat mereka,” katanya.

Wallahu'alam. Wassalam



perkongsian dari rakan blogger : mujahid86 dan tinta al-murabbi dan musafir ilmu..

Read more...

About This Blog

helwa telinga

Tetamu maya

free counters

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP