السلام عليكم...جزاكم الله خيرا جزاء إلى كل من يزور هذا الموقع وأرجو منكم تستفيد وتنتفع بها إذا كانت وجدتها غير مفيدة ولا فائدة لكم فاتركها...أهلا وسهلا إلى بيتي جنتي...قال الله

تعالى: يأيها الذين ءامنوا اتقوا الله حق تقاته ولا تموتنّ إلا وأنتم مسلمون

Wednesday, 4 April 2012

keindahan malam yang makin pudar...

alhamdulillah setelah sekian lama menyepi dari meng'update' blog ,usafir ilmu ini..akhirnya ana diberi kesempatan oleh-Nya untuk memberikan sedikit coretan. harapnya kebaikan dari coretan ini dapat dikongsikan bersama. iaitu :

keindahan malam yang makin pudar....

allah berfirman :


“Dan Kami jadikan malam sebagai pakaian. Dan Kami jadikan siang untuk mencari penghidupan”
(QS. A-Naba` [78] ayat 10-11)



Sungguh, malam-malam kita sudah tak seperti dulu lagi. Kesunyiannya tak pernah lagi larut dalam simponi syahdu cinta Illahi. Pertigaan malam yang sunyi pun tak terabadikan lagi dalam heningnya dzikir dan Qiyamul lail.



“(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenang” (QS. Ar-Ra`d [13] ayat 28)



Panjangnya waktu malam-malam kita, tak sedikiit pun larut dalam pemikiran kita. Padahal apakah sepanjang siang tadi kita telah banyak melakukan kebaikan? Atau malah sebaliknya, hanya dilakukan dalam kesia-siaan dan perilaku yang keliru. Sudahkah kita menepati kewajiban dan mengamalkan hak kita dalam fitrah kehidupan ini? iaitu mengerjakan yang menjadi perintah-Nya dan menjauhi setiap larangan-Nya. Atau merengek kehadrat Allah SWT saat larut datang menjelang, meminta pengampunan dan merasa cemas atas perbuatan yang telah dilakukan selama ini.



“Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung) keselamatan. Dan orang yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka[1]” (QS. Al-Furqaan [25] ayat 63-64)
[1] Maksudnya orang-orang yang sembahyang tahajjud di malam hari semata-mata karena Allah SWT.




Silaturrahim kitapun tak seperti dulu lagi. Saf-saf jamaah di ruangan masjid terlihat renggang dan sepi. Selepas solat pun kita tidak lagi memilih untuk duduk sejenak dan berzikir, hatta membaca doa. Berlumba-lumba untuk meraih redha Allah SWT ,Padahal Allah SWT telah berfirman:



”Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk” (QS. At-Taubah [9] ayat 18)



”Bertasbih kepada Allah di masjid-masjid yang telah diperintahkan untuk di muliakan dan disebut nama-Nya di dalamnya, pada waktu pagi dan waktu petang”
(QS. An-Nuur [24] ayat 36)




Jadi, dengan memperhatikan ayat di atas, betapa ruginya bila kesempatan yang mulia itu tidak segera kita ambil, iaitu memakmurkan masjid dan beribadah. Sebab, Allah SWT telah menerangkan bahawa mereka yang sudi untuk memakmurkannya, maka akan mendapatkan keimanan dan petunjuk-Nya.




Namun, ternyata semangat dalam memburu kemuliaan telah terganti dengan kesibukan duniawi dan kemalasan yang kaku. Padahal setiap diri memiliki waktu yang sama dalam hari-harinya. Lantas mengapa tetap ada yang memiliki lebih banyak kesibukan dunia namun tidak melalaikan kecintaan terhadap negeri akhiratnya?




Merekalah orang-orang soleh terdahulu. Dimana tidak seorangpun dari mereka yang hanya hidup dalam berpangku tangan atau hanya ahli ibadah. Mereka juga tetap memiliki pekerjaan dan tanggungjawab yang sama seperti kita. Bahkan apa yang harus mereka tunaikan jauh melebihi orang-orang pada umumnya. Namun begitu, mereka tetap boleh menjalani Hablumminallah dan Hablumminannas secara seimbang.




amatlah sayang, apabila banyak diantara kita yang lupa dengan kesempatan yang diberikan. Kita terus merasa bahawa waktu masih jauh dan akan tetap seperti saat ini. Padahal itu adalah peluang besar , kerana kita hanya boleh menuntut tanpa adanya usaha untuk merubah keadaan. Sehingga kesedihan pun akan membuat hidup menjadi keruh dan tidak bermakna. Menjadikan setiap perlakuan sehari-harian hanya sia-sia belaka, bahkan ianya mengajak kita untuk terus berlemah semangat dan tidak bergairah dalam menatap hari depan. Menjauh dari cahaya kebaikan dan langkah yang lurus pada kebenaran.



Tentang hal ini, maka Rasulullah SAW bersabda seraya mengingatkan kita semua sebagaimana yang diriwayatkan oleh imam Al-Bukhari berikut ini:



“Ada dua nikmat dimana manusia banyak tertipu di dalamnya; kesehatan dan kesempatan” (HR. Al-Bukhari)



Untuk itulah, amal ibadah yang menjadi ruti kita selama ini, janganlah di pandang dalam kepuasaan yang berlebihan. Sebab tidak menjadi baik bila hakikat yang terkandung di dalamnya tidak diketahui. Itulah ”Iqra`” (baca) yang sebenarnya telah Allah SWT perintahkan bagi kita. iaitu mengkaji setiap permasalahan dan kelakuan hingga kita mengetahui apa yang menjadi maksud sebenarnya. Bukan hanya sekadar mengaji/membaca saja, melainkan menyelami lebih dalam setiap maknanya. Sehingga Islam yang rahmatan lil `alamin benar-benar dapat terwujud dalam kehidupan ini.



Semoga kita sentiasa menjadi hamba Allah SWT yang gemar mengenang malam-malam kehidupan dalam percintaan yang agung. Menjadikan keheningannya tetap dalam dzikir dan cinta yang sesungguhnya... Amin.

Read more...

Wednesday, 18 January 2012

Dimanakah kau wahai MALU??

Bismillah,, assalmualaikum, setelah sekian lama menyepi dari dunia blogger(penulisan dan perkongsian) di sebbkan kesibukan dan kekangan waktu, barulah mendapat ilham atau cetusan idea.. in-syaallah semoga ianya bermanfaat untuk antum dan diri ana juga.. :-)

---------------------------------


“woih, junior kita ke ni? Seksi gila..”



“Biar betul budak ni, Teruknya!”



Perkataan – perkataan ini menggamatkan suasana seketika, tatkala kecoh apabila seorang junior perempuan telah mengupload gambar – gambarnya ke dalam facebooknya, friendster, myspace DLL.



Saya juga turut melihat. Masyaallah, memang ia cukup teruk sekali. Tidak bertudung dan hanya bersinglet. Apakah ini?


Dimanakah nilai kamu sebagai seorang muslimah wahai junior?


Apakah kamu bermaruah? Dimana taraf kamu sebagai bakal pendidik?


Kamu tidak malukah?



Wanita itu perlu malu


Seorang muslimah yang patuh kepada perintah Allah dan RasulNya tidak akan menggadaikan maruah diri semata-mata mahu nampak moden dan mengikut perkembangan semasa. Wanita wajib malu mendedahkan diri mereka kepada lelaki yang boleh dikahwini dan ditengah-tengah masyarakatnya. Malu seorang wanita itu datang daripada sifat malu kerana takutkan Allah.



Dalam Islam, sifat malu ditekankan pada setiap umatnya tidak kira sama ada wanita atau lelaki. Namun, wanita Muslimah ditekankan aspek menjaga maruah dan memiliki sifat malu memandangkan wanita merupakan golongan yang lemah, mempunyai 9 nafsu yang pelbagai serta dikatakan paling ramai menghuni neraka.Tentang hal ini, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:



“Aku melihat ke dalam syurga, maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita.” (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Abbas dan Imran serta selain kedua-duanya)



Kalian tidak takutkah ancaman azab Allah wahai wanita?



Kalian telah berlaku zalim!



Ya, saya mengatakan kalian zalim



Saya tidak akan mengatakan kalian zalim jika kalian sendiri ingin menjadi bahan api neraka. Itu hak kamu jika kamu tidak mahu mendengar nasihat. ( Tetapi itu zalim juga, zalim kepada diri sendiri )



Tetapi,



Tahukah wahai wanita sekalian bahawa Allah telah memberi amanah kepada bapa, abang datuk dan bapa saudara kalian untuk memelihara kehormatan kalian?



Adakah kamu sanggup melempar bapa kamu ke dalam neraka lantaran sifat kamu?



Kamu juga zalim kepada Islam, kerana kamu telah mencalarkan imej Islam.



Kamu juga telah zalim kepada bakal suami kamu, kamu telah mendedahkan bahagian tubuh kamu kepada yang tidak berhak.



Kamu juga telah menzalimi lelaki lain yang bukan mahram melihat aurat kamu, dengan menyebabkan mereka berdosa.



Ingatlah, setiap lelaki yang memandang aurat kamu akan mendapat dosa, tetapi kamu pula akan menanggung dosa setiap lelaki yang memandang kamu!



Kroniknya masalah ini



Kroniknya masalah ini, kerana ia merosakkan kepercayaan masyarakat kepada Islam dan institusi pendidikan. Mungkin orang lain melihatnya sebagai perkara biasa, tetapi saya tidak



Tetapi, atas sikap kita sendiri, manusia-manusia mula hilang hormat kepada warga pendidik. Tetapi saya lebih melihat perkara ini sebagai masalah ummah


“Orang Islam pun pakai seksi”



“Cikgu muslimah pun tak jaga aurat”



Dan manusia-manusia yang berusaha menjatuhkan Islam akan menggunakan hal ini sebagai satu ruang untuk memburuk-burukkan Islam.



oleh itu tidak hairan jika ada ulamak yang berkata :


"aku melihat islam di negara bukan islam dan sebaliknya "



Formula di dalam kepala manusia mudah.


Orang Islam = Islam itu sendiri. Apa-apa sahaja orang Islam itu lakukan, maka mereka akan merasakan bahawa itu adalah apa yang Islam ajarkan, lebih – lebih lagi imej yang dibawa oleh warga pendidik.



Penutup : Saya sudah menegur, terpulanglah


Malu adalah lambang iman yang akan membawa seseorang ke syurga.


“Malu dan amanah adalah perkara yang mula-mula sekali hilang dari dunia ini, sebab itu mintalah dengan Allah untuk kedua-duanya” (Riwayat Bukhari)



Pemalu bukan sahaja memperlihatkan kemanisan akhlak dan ketinggian akidah seseorang wanita. Malah, memelihara diri wanita itu sendiri daripada kehinaan dan kemusnahan peribadi secara beransur-ansur. Ingatlah kita ini diperhatikan hakikatnya. Diperhatikan oleh Allah dan para malaikat untuk dinilai buat tuaian ladang akhirat. Diperhatikan oleh manusia juga untuk dicontohi. Diperhatikan juga musuh untuk dipergunakan.



Seorang pujangga mengatakan, “hidupnya wajah berkat malu, sebagaimana tanaman berkat air”



Malu adalah kunci segala kebaikan, maka tanamlah sifat malu supaya kita menjadi manusia yang

lebih berintegriti... dan Berjaya dunia dan akhirat... :-)


Perlu Diingat.. ISLAM itu INDAH.. maka Penganutnya juga mestilah terpelihara dengan Indah...


Read more...

Monday, 2 January 2012

terima seadanya.....

tak minta yg SOLEHAH ,sebab saya pun tak lah SOLEH sgt
Saya tak minta yg bergelar USTAZAH, sebab saya lg jauh untuk bergelar USTAZ


Nak minta yg KAYA, saya pun TAK KAYA.. Hanya sekadar apa yg ada
Nak minta yg CANTIK, saya tak la HENSEM sgt.. Sekadar hamba sesempurna kejadian yang ALLAH ciptakan
Nak minta yg BERPANGKAT, saya hanya seorang HAMBA


Cukuplah sekadar yg MEMAHAMI dan MENERIMA diri seadanya
Cukuplah yang ada AGAMA di hati dan mengamalkannya serta sama2 mencari jalan ke Syurga apabila bahtera di layar dan masjid di bina

Cukuplah yang sama2 saling MEMBANTU dalam susah dan senang mengharungi lautan dunia


-MUSAFIR ILMU-
-akuislam.com-
-sayangilah agamamu islam-

Read more...

Sunday, 25 December 2011

cinta di sudut islam ??

Cinta ISLAM – Memang sudah menjadi naluri remaja untuk bercinta dan dicintai. Sudah menjadi kebiasaan mereka apabila mereka yang dilamun cinta ini menjadikan agama sebagai landasan bagi menghalalkan percintaan sebelum perkahwinan yang sudah terang-terangan haram dalam Islam.



Doa-semoga-dipanjangkan-jodoh


Antara ayat yang kerap di ucapkan bila berbicara tentang cinta:


“Ala, aku couple dengan dia sebab nak tolong dia berubah..”


“Saya cintakan awak kerana Allah..”


“Kita couple tapi bukan buat maksiat pun..”



Firman Allah S.W.T:

“Dan janganlah kalian mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”


(Al-Israa’: 32)



Allah menurunkan ayat ini kerana iman manusia ada turun naiknya, mungkin hari ini iman kita setebal tembok batu tapi mungkin keesokannya iman kita menjadi lebih nipis daripada kulit bawang.



Bagaimana kita boleh menjamin kekuatan iman kita sedangkan kita mendekati zina? Bercinta atau lebih tepat ber’couple’ sebelum adanya ikatan perkahwinan yang sah adalah landasan utama yang akan mendekatkan diri kita dengan zina.



Bermula dengan perasaan sayang yang konon-konon berlandaskan agama, secara automatik perasaan rindu akan terbit. Rindu ini akan membelenggu minda dan menjadikan kita alpa.


“Macam mana nak cakap dengan dia ni? Aku sayang dia!”


“Kalau minta ‘break’, nanti dia sanggup tunggu aku ke?”


“Tak apa kot, kami jaga pergaulan walaupun ‘couple’..”


“Kita couple ni kan sebab nak berubah sama-sama. Tak salah..”



Sahabat, andai percintaan ini berjaya berakhir dengan pernikahan yang sah sekalipun ia terbina atas dasar maksiat. Kesannya? Nauzubillah! Hanya Allah sahaja yang mengetahui segala-galanya.



Menolak cinta sebelum adanya pernikahan yang sah tidak bermakna kita perlu beserah 100% tanpa usaha. Usaha yang perlu kita lakukan adalah dengan menjadi hamba Allah yang terbaik dan sentiasa berdoa kepada-Nya.



Sebagaimana janji Allah yang berbunyi, Allah menciptakan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Begitulah juga sebaliknya.



Firman Allah di dalam Surah An-Nur:

“Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).”


(Al-Nur 24 :26)



Iya, untuk sabar dan menolak sesuatu yang telah menjadi ‘realiti kehidupan’ ini memang pahit, tapi yakinlah bahawa buahnya sangat manis. Insya-Allah! Ayuh! Kita sibukkan diri agar dapat kuatkan diri dan hati.



Ayuh! Kita ubah prinsip, andai sebelum ini kita jadikan agama landasan untuk menghalalkan apa yang haram, sekarang kita jadikan agama sebagai landasan menolak untuk mengadakan hubungan percintaan sebelum pernikahan.



Ayuh! Kita abadikan doa ajaran Rasulullah ini dalam sujud;


“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa” (Al-Furqan 25:74″)



Ingatlah!


Percintaan selepas adanya ikatan perkahwinan yang sah akan mendapat keberkatan Allah, mawaddah warahmah akan kekal subur dan sentiasa mekar dalam keberkatan.



admin -blog pakar cinta islam malaysia-

Read more...

Friday, 23 December 2011

Hati Mukmin...

Mengalirlah air mata mukmin

Atau mengalir air mata hatinya

Bila mengingati tuhan-NYA

Malunya hati mukmin

Bila mengenangkan

Rahim dan rahmat tuhan



Remuk redam hatinya bila teringat

Qahar dan jabbar-NYA

Resah gelisah jiwanya

Melakukan dosa

Sedih hatinya lalai dengan tuhan-NYA



Kemudian sedar semula

Tidak tentu rasa hatinya

Bila terbuat kealahan dan kesilapan



Hati mukmin tidak pernah tenang

Dengan tuhan-NYA

Tenang dengan dunia-NYA

Jiwanya bergelombang dengan tuhan-NYA

Bagaikan lautan tak pernah tenang

Kalau bukan kerna kewajipan

Tentu mereka bersendirian

Membawa diri berkelana bersama Tuhan..

Read more...

Thursday, 8 December 2011

hati yang mana satu kamu punya??

Wahai pemuda,


Tiada seorang pun dari kita, keluar dari rumah dalam keadaan orang lain tidak senang melihatnya,Yakni,tidak mungkin ada dalam kalngan kita keluar dari rumah sebelum mencuci mukanya, Dan memakai pakain yang cantik-cantik,mungkin salah seornag dari kita,bila keluar di jalanan dan terdapat cermin didalamnya sebagai contoh lif, dan mendapati bahawa ada sesuatu di matanya, dan pakainya ada sesuatu yang tidak kena apabila dilihat oleh orang lain dan akan merendah2kannya mungkin dia akan pulang semula tempatnay itu, mungkin daripada keretanya dia akan pulang semula untuk membersihkan dirinya. Supaya orang lain dapat melihatnya.


ini adalah bandingan bagi suatu yang dilihat dan diambil kira oleh manusia.


Bagaimana pula dengan tempat yang dilihat oleh ar-rahman(ALLAH)?


"Sesungguhnya allah tidak melihat kepada rupa paras dan luaran kamu,tetapi dia melihat kepada hati kamu."


Sekiranya salah seorang dalam kalangan kita, merasai perasaan ini setiiap hari,Berapakah nilai pandangan ALLAH pada hatinya,Nescaya dia akan menyiapkan dirinya, sebagaimana dia menyiapkan pakainya, dan mukanya sepertiam mana apabila dia keluar kepada orang awam(manusia), Bahkan mungkin lebih dari ini lagi.



Memaidailah bg kita, bila kita menyamakan pandangan makhluq dan pandangan pencipta nescaya keadaan kita sangat baik dari sekrang ini.

Berkata saidina Ali bin Abi Thalib :
Bekasa-bekas ALLAh di dalam dunia ini adalah hati.



hati adalah tempat turunyanya rahmat, juga mengandungi ilmu pengetahuan.


Para ulamak membahagikan hati kepada 4 bahagian
1-hati yang tercemar dengan kotoran
2-hati yang pecah
3-hati yang tertutup
4-hati yang suci, yang berhadap ke langit


seperti bekas, disini ada beberapa bekas.dan bekas ini adalah contoh bagi hati yang didalamnya terdapat kotoran dan najis. Seperti hati yang terdapat di dalamnya sombong,penipu, hasad, dan bongkak(berlagak) dengan manusia.apabila turunya rahmat dan ilmu kedalam hati ini,tercemarlah rahmat tersebut disebbkan oleh kekotoran yang ada di dalam hati itu.


seperti firman ALLAh s.w.t :
"tidakkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagi tuhan mereka dan disesatkan oleh allah dengan ilmu mereka"



ilmu tetap masuk akan tetapi disebbkan setitis dari hawa nafsu, ianya dapat mencemarkan lautan ilmu.maka ini adlah perumpamaan bagi hati yang dicemari dengan najis.



disini juga terdapat hati yang pecah. Seperti hati manusia yang terus melakukan maksiat. Setiap kami dia melakukan kebaikan, dia akan melakukan maksiat selepas itu. Hadir majlis yang mulia, tp bila keluar dari majlis itu, dia terus mengumpat orang lain.selepas memegang biji tasbih, berzikir, atau solat dua rakaat, terus buka televisyen dan menonton tayangan2 yang diharamkan. Mka, tidak sempatpun rahmat itu kekal di dalam hantinya melainkan ianya keluar semula, disebbkan oleh maksiatnya itu.


Sesetengah manusia pula, lebih bahaya daripada semua ini. Hatinya tertutup dan terkunci rapat. Bagaimanapun tercurahnya rahmat(air) tidak akan masuk kedalamnya, kerana ianya terkunci dan tertutup.ini adlah contoh bagi hati orang yang suka membangkang, membangkang(melawan) kepada allah, orang-orang soleh. Bila dia menghadiri satu majlis yang baik, dia akan mencari kesalahan orang. Apabila ada orang sedang solat, dia melihat solat orang tersebut tidak sah. padanya ada masalah, seperti derhaka kepada ibubapa, memutuskan silaturrahim… ini semunya adalah perkara yang sebenarnya menuntup pintu hati. Mana mungkin ianya dapat dimasuki oleh rahmat.



Sperti mana sabda nabi SAW :
4 golongan yang tidak diam[unkan pada bulan ramadhan, antaranya adalah
-derhaka kepada ibu bapa
-peminum arak
-dua orang yang bermusuhan
-dan orang yang memutuskan hubungan silaturrahim


Sesungguhnya hati ini tidakkan dimasuki oleh rahmat.



Manakala hati yang ke-4, aku harap agar ini mereupakan hatiku dan hati kamu semuanya in-syaallah, yakni hati yang jernih, bersih dan terbuka.


hati ini, subhanaLLAH- dengan hanya ibadat yang sikit, sekiranya hadir majlis yang baik-baik, jika solat dan berzikir kepada ALLAh, terus ianya mendapati hati ini dipenuhi dengan kebaikan serta rahmat.


ramai orang, selepas mendengar perbicaraan tentang hati…. Ianya merasa terkesan(insaf)..
tetapi, soalan yang masyhur adalah……


"APAKAH UBATNYA? Apa aku nak buat?? Aku tahu hati aku ni rosak, hati aku kotor dan aku tahu memang hatiku begini, jadi APA UBATNYA??

satu perkara yang dapat kita kongsikan adalah, dengan mengenal penyakit- seseorang itu, apabila sudah mengetahu penyakitnya, dianggap 'mengenal penyakit' ini sebagai antara langkah terpenting daripada langkah2 perubatan.


dan perkara ini mungkin tidak terlalu diambil kisah oleh masyarakat. Dalam 70% ataupun 80% daripada proses pengubatan, ianya adalah mengenal pasti penyakit. Walaupun dalam dunia perubtan badan.Perakra paling penting bila kita pergi ke hos[ital untuk berubat dengan doctor,adalah dengan memeriksa penyakit dahulu dengan betul. Kemudian mudahlah doctor itu tulis arahan untuk makan ubat sebiji –sebiji dan selesai. Akan tetapi jika seseorang itu, memeriksa penyakitnya dan ianya salah dan diberi pula ubat yang salah, walaupun bertahun-tahun pun tidak akan sembuh penyakit itu.


maka "fikrah" pada bekas-bekas dan susunan tadi, adalh supaya kita mengenal hati kita tergolong dalam jenis hati yang mana.Jika sudah tahu, maka mudahlah untuk diperlakukan hati itu,dan berlaawanan dengan keadaan sekrang. Sekirnaya kototr dibersihkan, sekiranya tertutup dibukakan, sekiranya bnyak dosa… berhenti daripada melakukan dosa-dosa dan memperbaikilah hatinya. Sekiranya kita sudah mengenal keadaan diri kita masing-masing, maka telah jujurlah kita dalam menuju kepada ALLAH SWT.dan yang palin utama adalah, apabila seseorang itu sudah tahu pada dirinya terdapat keburukan dan kekurangan, maka kembalilah dan berlindung kepada allah supaya disembuhkan dari penyakit hati kita itu dan ALLAh akan menyembuhkannya.


"dan sekiranya aku sakit, dialah yang menyembuhkanKu"



-teks di atas adalah terjemahan dari video di bawah-

p/s: maaf sekiranya ada kekurangan dalam terjemahan.

Read more...

About This Blog

helwa telinga

Tetamu maya

free counters

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP