(Biarkan masa berlaku semahunya )دع الايام تفعل ما تشاء
Biarkan masa berlaku semahunya
وطب نفسا اذا حكم القضاء
Murnikan jiwa tatkala berlakunya ketentuan
ولا تجزع لحادثة الليالي
Bersabralah dengan musibah semalam
فما لحوادث الدنيا بقاء
Musibah didunia ini bukanlah selamanya
وكن رجلا على الاهوال جلدا
Teguhlah mengahadapi segala kesengsaraan
وشيمتك السماحة والوفاء
Dan lagakmu penuh toleransi dan ketulusan
وان كثرت عيوبك في البرايا
Sekalipun banyak kekuranganmu pada Manusia
وسرك ان يكون لها غطاء
Maka rahsiamu menjadikannya tersirat
تستر بالسخاء فكل عيب
Tabirkanlah dengan kedermawanan, maka segala kekurangan....
يغطيه كما قيل السخاء
Menutupinya sepertimana dikatakan dermawan
ولا ترج السماحة من بخيل
Jangan mengahrapkan belas kasihan dari si BAKHIL
فما في النار للظمآن ماء
Tiadalah dineraka itu air buat penghilang haus
ورزقك ليس ينقصه التأني
Dan rezekimu walaupun lambat pasti tidak berkurangan
وليس يزيد في الرزق العناء
Dan juga tidak bertambah jika sekalipun ditekuni
ولا حزن يدوم ولا سرور
Bukan kesedihan itu selamanya begitu juga kegembiraan
ولا بؤس عليك ولا رخاء
Walaupun kesengsaraan ataupun kesenangan
اذا ما كنت ذا قلب قنوع
Jika kamu mempunyai hati yang berpada...
فأنت ومالك الدنيا سواء
Nescaya engkau akan setanding si pemilik dunia
ومن نزلت بساحته المنايا
Dan sesiapa yang disapa oleh ajal..
فلا أرض تقيه ولا سماء
Tiadalah langit dan bumi dapat melindungi..
وارض الله واسعة ولكن
dan bumi allah itu luas terbentang, tetapi..
اذا نزل القضا ضاق الفضاء
apabila tiba ketentuan-nya, maka sempitlah kelapangan
syair imam syafie
2 comments:
"ketenangan itu milik hati-hati yang beriman. benih hikmahnya akan bercambah dalam setiap perlakuan orang yang banyak menderita, jiwanya akan perkasa, tubuhnya bertenaga dan fikirannya akan lebih positif. orang yang ditimpa kesusahan akan selalu ingat Allah s.w.t. bertuahlah apabila iman diuji kerana jika diri sabar dan tabah menghadapinya pasti kemenangan menanti."
"Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata; ‘Tuhan kami ialah Allah’ kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul (dengan pengakuan iman dan tauhid, maka tidak ada kebimbangan terhadap mereka dan mereka tidak pula akan berduka cita" (Al-Ahqaf: 13)
@ ADHA :
terima kasih atas perkongsian dan ucapan... :-) semoga kita tergolong dalam golongan orang2 yang sabar.. in-syaallah..
Post a Comment