السلام عليكم...جزاكم الله خيرا جزاء إلى كل من يزور هذا الموقع وأرجو منكم تستفيد وتنتفع بها إذا كانت وجدتها غير مفيدة ولا فائدة لكم فاتركها...أهلا وسهلا إلى بيتي جنتي...قال الله

تعالى: يأيها الذين ءامنوا اتقوا الله حق تقاته ولا تموتنّ إلا وأنتم مسلمون

Monday, 10 May 2010

Mengimbau sedetik sirah perjungan rasulullah (siri 1)

Bermulanya perjuangan Rasulullah SAW

Perjuangan baginda bermula setelah baginda diangkat menjadi rasul. Kerasulan baginda berlaku selang 40 hari baginda mendapat wahyu yang pertama sekalgus menandakan baginda telah menjadi nabi. Peristiwa menerima wahyu yang pertama ini adalah melalui peranataraan malaikat Jibril AS. Yang berlaku pada malam 17 Ramadhan tahun 41 dari umur Nabi SAW ketika baginda mengasingkan dirinya di Gua Hira′,terletak di Jabal an-Nur iaitu kira-kira 6 batu jauhnya dari kota Makkah.

Pemilihan Gua Hira′ini amat bertepatan dengan usaha pemantapan jiwa baginda agar tidak gentar dan dapat melenyapkan rasa takut serta melatih diri hidup dalam kesusahan. Melalui jiwa seperti ini, baginda mampu untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diperintahkan Allah sebagai penolong dan pemimpin bagi seluruh alam. Kesimpulannnya keperitan untuk sampai di Gua Hira itu boleh dianggap sebagai perjuangan batin dan menjadi titik tolak bagi perjuangan batin dan perjuangan yang akan datang yang mana lebih besar dan mencabar.

Setelah sekian lama Rasulullah menunggu penurunan wahyu, maka malalaikat Jibril AS, datang buat kali keduanya menemui Rasulullah S.A.W dalam bentuk rupanya memenuhi ruangan di antara langit dan bumi serta melaungkan dengan kuatnya dengan kata-kata yang bermaksud :

“Wahai Muhammad! Sekarang ini engkau Rasulullah dan aku malaikat Jibril!”
(Khalid, 1994 : hal,39)

Nabi Muhammad SAW segera pulang dan meminta Khadijah untuk menyelimutinya. Lalu Jibril AS datang membacakan wahyu yang bermaksud :

“Wahai orang yang berselimut! Bangunlah lalu peringatkanlah (manusia). Dan tuhan engkau, hendaklah engkau besarkan. Dan pakaian engkau, hendaklah engkau bersihkan. Dan perbuatan dosa, hendaklah engkau tinggalkan. Dan janganlah engkau memberi (kerana hendak) mendapatkan balasan yang lebih banyak. Dan kerana (memenuhi perintah) Tuhan engkau, hendaklah engkau bersabar. (Al Mudathir : 1-7)

Turunnya ayat ini menandakan secara rasminya Nabi Muhammad diangkat menajdi Rasululullah SAW bagi melaksanakan perintah Allah untuk menyebarkan ajaran Islam. Selain itu juga untuk membawa rahmat ke selauruh alam. Seperti firman Allah yang bermaksud:

“ Dan tidak aku utuskan engkau (Muhammad) melainkan untuk membawa rahmat ke seluruh alam.” (Al-Anbiya′:107)

Pendekatan perjuangan Rasulullah SAW

Perjuangan Rasulullah SAW dalam menegakkan kalimah tauhid La Ilaha illaLlah bolehlah dikaitkan dengan kegiatan dakwah dan jihad baginda. Hal ini boleh diperhatikan melalui firman Allah SWT yang bermaksud :

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu daripada Tuhanmu. Dan jika tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu) kamu tidak menyampaikan risalahNya, padahal Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia. Dan Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir.” (Al-Maidah)

Islam adalah agama wahyu, agama risalah yang merupakan pesan keTuhanan yang mesti disampaikan kepada segenap lapisan umat manusia. Islam adalah agama dakwah di mana semua umat Islam wajib untuk mengajak manusia lain untuk sama-sama beriman kepada Allah dalam pelbagai cara, samada media dan sebagainya. Agar kebenaran agama Allah ini dapat diamalkan dalam segenap lapaisan kehidupan masyarakat.

Peringkat dakwah Nabi Muhammad SAW dalam menyebarkan agama Islam.

Peringakat pertama :

Seruan secara sulit memakan masa selama 3 tahun.

Peringkat kedua :

Seruan secara terang tanpa kekerasan berjalan sehingga berlaku hijrah.

Peringkat ketiga :

Dakwah secara terang-terangan menggunakan senjata untuk mempertahankan diri berjalan hingga pembukaan Makkah.

Peringkat keempat :

Dakwah secara terang-terangan dan mengangkat senjata terhadap mereka yang cuba menghalang perjalanan dakwah. Dalam peringkat inilah dipraktikkan syariat-syariat Islan dan perintah jihad pun diturunkan....




-bersambung di siri 2-



Sumber rujukan
  1. Abu Hasan Ali Al-Hasani An-Nadawi, Riwayat Hidup Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam. 1983: Pustaka Nasional Pte. Lpt. Singapura.
  2. Syekh Imam Muhammad bin Abi Bakr bin Abdul Qadir Al-Razi, Mukhtar Al-Sihah.
  3. M. Abdul Mujieb, Mabruri Tholhah, Syafi'ah Am, Kamus Istilah Fiqh. 1997: Penerbit PT Pustaka Firdaus.
  4. Muhammad Husain Haekal, Sejarah Hidup Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam, 1972: Tintamos Indonesia.

0 comments:

About This Blog

helwa telinga

Tetamu maya

free counters

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP