Linangan air mata untukmu
Bila mengingati insan sepertinya
Insan yang tak pernah ku bersua muka
Insan yang tak pernah ku gelak tawa
Namun tetap sentiasa di jiwa untuk selama-lamanya
Linangan airmata buatnya
Bukan kerana sedih
Bukan kerana duka
Bukan kerana hiba Bahkan kerana cinta
Cinta yang membara pada insan yang bergelar hamba
yang sentiasa melutut pada yang Maha Esa
Bukan kerana pangkatnya
Bukan kerana kecantikannya
Bukan kerana hartanya
Namun...demi Allah
akhlaknya yang terpuji lagi tinggi
menyentuh hati tersemat di sanubari
Ku kenalinya insan pejuang
Belum pun cecah usia dewasa
Insan sederhana dihiasi senyuman
Lembut tetapi tegas
dalam menegakkan kalimah Tuhan
menyambung perjuangan
Ummul mukminin di akhir zaman
Wasiat dan nasihatnya tetap kan ku pahat
Tazkirah serta khutbah pasti kan ku ingat
Sebagai modal untukku bergiat mengharungi dunia
yang penuh maksiat cabaran, dugaan dan cubaan
yang tak henti-henti datang melayang
Oh Tuhan...Ku harapkan padaMu
akan ada insan di masa kan datang
Yang mampu merempuh dunia fana
Yang sanggup merentasi lautan bergelora
Yang berupaya merealisasi Islam hendaknya
Yang mungkin menjadikan aku
berlinangan airmata untuk musim kedua
Oh Tuhan...Doaku padamu
Kurniakan aku hidup yang berkat
Hidup yang penuh dengan rahmat
Moga-moga kan ku dapat bersatu,
berjiran bersamanya di akhirat
Kerana “jiwanya jiwa seorang pejuang…”
-diedit dari http://sitihaslizaa.blogspot.com/2008/10/linangan-airmata-buatnya.html-
0 comments:
Post a Comment