السلام عليكم...جزاكم الله خيرا جزاء إلى كل من يزور هذا الموقع وأرجو منكم تستفيد وتنتفع بها إذا كانت وجدتها غير مفيدة ولا فائدة لكم فاتركها...أهلا وسهلا إلى بيتي جنتي...قال الله

تعالى: يأيها الذين ءامنوا اتقوا الله حق تقاته ولا تموتنّ إلا وأنتم مسلمون

Tuesday, 19 January 2010

Beware of FACEbook


assalmualaikum... salam sejahtera... kepada antum semua... harapnya antum berada dalam keadaan sihat dan bahagia bersama keluarga yg tercinta... selawat dan salam keatas junjungan Rasulullah s.w.a.. serta keluarga dan para sahabatnya.. allahumma solli 'ala muahammad..

sahabat semua...

post kali ini adalah kesinambungan dari post yg sebelumnya.. yang juga berkaitan dengan "Facebook".. entah mcm mana sejak ana mengepost berkaitan Facebook sebelum ini... ramai dari pembaca memberi respon terus kepada ana... dan yang terbaru... ada pelawat blog ana... yang memberikan link.. danianya juga sebuah artikel mengenai FAcebook...

"ish..apelah musafir ilmu, asyik2 facebook, nakboikot... boikotlah .. kenapa kene join sekali?..."

ana bukan nak mengajak untum semua boikot cumanye... hendak memaklumkan dan juga berkongsi kepada antum semuanya... tentang maklumat 'kebahayaan' yang ana dapat mengenai Facebook ini... dan ana hanyalah ingin mengingatkan agar antum semua berhati-hati dalam memmasukkan maklumat mengenai diri antum semua dalam account Facebook...


"aper2lah musafir ilmu, engkau pown ada account gakkan dalam Facebook?? naper tak delete je"

ana tak meminta antum untuk delete account antum dalam Facebook tue, cumenya.. ana meminta kepada antum agar lebiih berhati2... dengan kemajuan teknologi pada masa kini... begitu mudah untuk seseorang meng"heck" maklumat kita dalam Facebook... mengubah ini, dan itu, serta maklumat dari kita, dan menyamar menjadi kita dengan menggunakan account kita... dan memang benar.. ana juga account Facebook... namun "maklumat atau Informasi" mengenai diri ana.. amat simple dan ade sebahagian darinye adalah tipuan belaka... dengan itu,, jika ada seseorang hack account ana pun... bukannya boleh buat apa2..kerana informasi or maklumat diri ana adalah sebahagian besarnya adalah tidak benar...


"yeala2..nanti gambar2 yang agak2 peribadi tue, aku privatekanla dalam profile.. nanti orang lain bkannya boleh bukak pon kan... so aper masalahnya"

ha...dan mengenai gambar.. nie.. terutamanya muslimah2.. suka sangat2 mengupload gambar2 di laman sosial maya nie... tidk kiralah, Myspace, Friendster, Facebook or aper2 lagi lah... upload je,, dan macam2 aksi lagi.. tak kiralah dia bertudung or aperke...sayang, wajah2 muslimah2 sume2 cantik belaka.. tp kenapalah senang sangat ditunjukkan pada orang...hearm... tak tau nak cakap apa.. dan bnyak gaklah ana dah tegur..namun.. yealakan.. hal peribadi orang.. jadi ana takde kuase tuk suruh lebih2 pulakkan..

bagi pendapat ana.. jika antum semua berkeinginan sangat2 tuk mengupload gambar.. uploadlah tak salah... namun uploadlah gambar yg bergambar ramai2... maksud ana gambar yang sekurang2nya ada 3 orang dalam gambar tue.. setidak2nya.. ia dapat membuktikan kesohehan gambar tersebut atau pun jika hendak mengupload gambar yg seorang diri.. antum boleyh tangkap gambar di tempat yg terbuka, ramai orang lalu lalang,atau tempat yang menjadi tumpuan umum...dengan demikian .. jika di "heck" or diedit oleh mereka2 yang tidak bertanggungjawab pun.. antum tidaklah terlalu risau... jika antum tidak percayakan ana...

cube antum masuk ke account Facebook antum sekrang.. dan open picture profile mana2 kawan antum.. then antum pilih mane2 gambar... selepas tue.. klik kanan pada mouse... plih "save image as".. mudah tak nak ambil picture dari profile orang laen.. tanpa orang tue tau.. sebenanrnye kita dah ambil gambar dia....

dan mengenai membuat privasi gambar dalam account Facebook nie.. ana hendak berkongsi sebuah kisah benar yang telah berlaku pada salah seorang ahli Facebook.. dan kisah ini, ana dapat dari seseorang pelawat blog ana... kisahnya seperti dibawah :
-----------------------------------------------------------------

Yesterday, I opened blog a friend and found writing about Facebook. Hopefully useful for all ...

A friend complained, "her account facebook has been hacked ". All the photos gone. Can not login. In the end, my friend had received email containing the threat from hackers. His photographs will be modified in such a way as to be immoral photos complete with negative stories. Photos and stories will be distributed all over the world, except my friends want to pay according to the hacker wants.

Tsk ... tsk ... tsk ..... I was furious to hear that. she was stressful. So did her husband. My friend cautioned, if I receive a friend add requests on behalf of the id, to rejected it. Because it was not her.

Well, this story can be made the lesson for all of us who have fesbuk account. Please, do not try to write all the detail information about ourselves. So did the photos. if you want to show pictures to distant family, could by email, not in facebook.

Although we had arranged our privacy, such as who can see profiles, who can see the pictures, or who can comment status, can still show the nature of information and important details. Complete address, telephone number / hp, not included. Than sorry later on. We don't know all around us, there are many hackers who are ready to devour any time anywhere.

And not arbitrary to accept the request add friend of the people who we know guns. Even if we know, who ensures that it really our friend, or a hacker pretending to be our friend? If you need to make a personal question that can be trusted only our friends (not hackers) who can answer.

And, frequently change the password. Create a complex password, for example ggrr56rrhh #@%** (This symbol is more like a symbol of anger ... lol). And don't forget the password recorded on paper, not to forget our own, so couldn't login.

I think, the less information that we show in fesbuk (or any other account on the internet), then worry we will also directly proportional to the quantity of infoormation.

Illustration, we kept the money like a hundred thousand in the bank ....( hehe no intention of saving money in the bank). Although banks failed, or the owners fled across the sea, we still have to live light ... not just a hundred thousand are missing. Right?..


diambil dari :http://yunchun-miracle.blogspot.com/2010/01/beware-of-facebook.html#more

----------------------------------------------------------

jika antum ingin mengikuti diskusi mengenainya lagi.. antum boleyh bace komen2 yang terdapat pade link diatas....

oleyh, itu.. fikir2lah.. untuk kebaikan diri antum khasnya dan diri kiter sesama muslim amnya.. insyaallah....

wallahu aklam...

Read more...

Saturday, 16 January 2010

Haramkah FaceBook???


Soalan

Ustaz, SYUBHAHKAH menyertai FACEBOOK? ana ada terbaca artikel yang mana pemiliknya, Mark Zucherberg menyumbangkan dana melalui penggunaan facebook ini dari seluruh dunia kepada bangsanya, Yahudi. Mohon penjelasan ustaz?


Jawapan


Soalan ini terlalu kerap dilontar kepada saya dan begitu banyak pula ditulis oleh pelbagai individu di forum dan blog.


Sebelum ini saya sendiri tidak menggunakan facebook walaupun saya telah membuat beberapa kajian serba ringkas dan membaca semua terma perjanjian yang terkandung di web facebook.

Namun ramai individu meminta dan mencadangkan saya membuka akaun facebook untuk menyebarluaskan lagi dakwah dan ilmu yang terkandung di dalam website saya. Biasanya, permintaan itu saya abaikan, sehinggalah rakan webmaster zaharuddin.net sendiri mencadangkan kepada saya, lalu saya tolak atas alasan kesibukan.

Beliau kemudian mencadangkan dibuka fanpage facebook dan bukannya facebook profile individu bagi mengelak kesibukan yang dibimbangkan tadi. Beliau juga bersetuju membantu proses pembukaan itu dan administrasi.

Atas tanggungjawab dakwah dan web saya yang kerap ditimpa masalah server akhir-akhir ini, saya izinkan beliau memulakan fanpage facebook untuk pengunjung zaharuddin.net. Boleh melawatnya di sini.

Maka sejak dari 28 Dis 2009, saya mula menjenguk facebook zaharuddin.net dan membuat pengisian serba ringkas.
Zaharuddin.net on Facebook

Kembali kepada soalan, dalam menentukan keputusan dan hukum penyertaan facebook, menurut pendapat saya, terdapat beberapa isu yang perlu diperhati dan telah saya perhati sebelum memberi izin kepda rakan webmaster saya. Ia adalah seperti berikut :-

1) Bolehkah menggunakan produk ciptaan Yahudi?

Kesimpulan bagi soalan ini telah saya ulas panjang lebar dalam artikel terdahulu. Baca di sini. Kesimpulannya, adalah dibenarkan untuk umat Islam membeli, menjual, menggunapakai produk ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi, selagi mana ia dalam ruang lingkup yang halal.

Nabi Muhammad SAW juga diriwayatkan dalam hadis yang sohih telah berurusan dan membuat transaksi jual beli dan cagaran dengan seorang yahudi, iaitu :-

أَنَّ النبي صلى الله عليه وسلم اشْتَرَى طَعَامًا من يَهُودِيٍّ إلى أَجَلٍ وَرَهَنَهُ دِرْعًا من حَدِيدٍ

Ertinya : "Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda SAW" ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841)

2) Apa maksud saudara penyoal dengan ayat ‘menyumbang kepada bangsa Yahudi'?

Jual beli Muslim dengan seorang Yahudi hingga memberikan keuntungan kewangan kepada dirinya tidak bermasalah sama sekali di sisi Islam, malah Rasulullah s.a.w dan para sahabat banyak yang berjual beli dengan Yahudi di Madinah.

Cuma persoalannya di sini, adalah menyumbang kepada keganasan Yahudi Zionis. Namun adakah dakwaan itu boleh dibuat dan dipercayai semudah itu, tanpa sebarang bukti jelas dan hanya bersandarkan kepada latar belakang peribadi si pengasas?

3) Adakah penyaluran dana kepada individu Yahudi atau khas ditujukan kepada proses penjajahan tanah Palestin?

Begini, jika ternyata dari sumber yang sohih, jelas lagi pasti, sesuatu transaksi jual beli kita memberikan keuntungan kepada organisasi Yahudi yang mana digunakan hasil pendapatannya digunakan untuk proses penjajahan haram, keganasan dan serangan ke atas umat Islam, tatkala itu barulah hukum HARUS berubah menjadi HARAM menurut sepakat ulama.


Dalam konteks facebook, ia masih kekal tidak jelas kerana hampir semua penulisan yang membantah facebook, tidak menyertakan bukti jelas berkenaan hal ini. Semuanya membuat andaian itu dan ini, sedangkan andaian semata-mata tidak boleh mengubah hukum asal keharusan kepada haram. Ia sekadar boleh mengajak kita untuk berhati-hati dan peka sahaja.

Malah majoriti pengguna facebook tidak melakukan sebarang transaksi kewangan dengan syarikat tersebut. Kecuali yang menyertai skim-skim yang ditawarkan (ini memerlukan perbincangan berasingan)

Jika ada pula yang mengarahkan saya membuat kajian dan mencari bukti-bukti itu sebelum memberi pandangan berkenaan status hukum. Justeru boleh saya katakan, kajian telah dibuat dan kami gagal MENDAPATI sebarang bukti untuk menyokong andaian-andaian pihak yang membuat andaian.

Jika dikatakan

"bukti bertulis tentulah dirahsiakan oleh pihak syarikat facebook dan mereka memberikan sumbangan secara senyap-senyap"

Maka jika demikian, Islam tidak memberatkan kita untuk membuat andaian dalam hal seumpama ini. Jika andaian sedemikian masih ingin digunakan, kelak mengakibatkan kesukaran berat (mashaqqah) buat seluruh umat Islam pada banyak perkara dan aktviti lain, kerana larangan dan andaian juga akan terpakai buat semua penjual bukan Islam beragama Hindu, Kristian, Buddha dan lainnya. Penjual-penjual tersebut juga boleh diandaikan menyumbang kepada gerakan melawan Islam secara senyap. Akhirnya, kita terperangkap dengan kekerasan fatwa kita sendiri, hingga bermusuh dengan semua tanpa bukti yang jelas.

Oleh kerana itu, selagi tidak disertakan dan tidak mampu dihadirkan bukti bertulis, selagi itulah hukum adalah HARUS untuk berjual beli dengan penjual atau syarikat milik Yahudi. Jika berjual beli pun dibenarkan, apatah lagi sekadar membuka akaun facebook.

Cuma mungkin keharusan berurusan dengan barangan Yahudi, boleh menjadi makruh atau syuhbat diketika wujudnya peperangan dan serangan ke atas umat Islam. Ini memerlukan penelitian ‘case by case'.

Pun begitu, pengguna facebook sukar untuk dibebankan dengan masalah ini keran amereka TIDAK BERJUAL BELI denga facebook, mereka hanya menggunakannya secara percuma. Jika dikatakan, penggunanya menyebabkan trafik facebook menjadi tinggi dan iklan mencurah masuk lalu memberi keuntungan kepada pemilik facebook. Ia juga sukar kerana kesesakan trafik bukanlah bersifat ‘direct' membantu facebook, tambahan pula sebagaimana di katakan tadi, tidak jelasnya sumbangan kepada keganasan Yahudi.

4) Privacy pengguna facebook dijajah?

Ini mungkin ada benarnya, setelah saya menghabiskan bacaan privacy policy yang terkandung di dalam web facebook, ia memberikan gambaran bahawa gambar, info dan segala yang terkandung di dalam facebook kita boleh tetap wujud di facebook orang lain yang dikongsi, dan saya yakin pihak facebook juga mempunyai simpanan data terbabit.

Policy menyebutkan :

"Even after you remove information from your profile or delete your account, copies of that information may remain viewable elsewhere to the extent it has been shared with others, it was otherwise distributed pursuant to your privacy settings, or it was copied or stored by other users."

Terma ini adakalanya boleh membawa sedikit mudarat jika tidak ditangani dengan bijak oleh pengguna. Namun demikian, terma ini sahaja tidak mampu menjadi keseluruhan facebook sebagai haram.

Selain itu, juga disebutkan :

To respond to legal requests and prevent harm. We may disclose information pursuant to subpoenas, court orders, or other requests (including criminal and civil matters) if we have a good faith belief that the response is required by law. This may include respecting requests from jurisdictions outside of the United States where we have a good faith belief that the response is required by law under the local laws in that jurisdiction, apply to users from that jurisdiction, and are consistent with generally accepted international standards. We may also share information when we have a good faith belief it is necessary to prevent fraud or other illegal activity, to prevent imminent bodily harm, or to protect ourselves and you from people violating our Statement of Rights and Responsibilities. This may include sharing information with other companies, lawyers, courts or other government entities."

Berdasarkan kepada terma di atas. Sebenarnya pihak facebook mempunyai hak untuk mendedahkan informasi kita kepada mana-mana berdasarkan alasan yang disebut di atas. Tiada takrif jelas bagi yang disebut di atas, semua masih tetap terpulang kepada keputusan pihak facebook. Maka menyerahkan info dan gambar kita kepada syarikat tertentu, CIA, FBI atau apa jua badan kerajaan adalah hak facebook jua.

Walaupun begitu, ia sekali lagi tidak cukup kuat untuk sampai menjadikan pengunaan facebook sebagai haram, apa yang perlu adalah kawalan dan had limit.

KESIMPULAN

Saya tidak berhasrat untuk menyenaraikan satu persatu baik dan buruk penggunaan Facebook, cuma apa yang ingin saya nyatakan sebagai kesimpulan adalah seperti berikut :-

· Hukum membuka akaun dan menggunakan facebook adalah HARUS selagi tidak terbukti ia menggunakan pengaruh dan keuntungannya untuk menyerang Islam atas nama facebook samada melalui dana kepada Yahudi, Amerika dan lainnya.

· Bagi mereka yang masih tidak selesa dengan latarbelakang pengasas dan syarikat facebook, mereka dinasihatkan untuk TIDAK MEMBUKA DAN MENYERTAI FACEBOOK. Mereka boleh terus memberi nasihat kepada pengguna facebook agar sentiasa berhati-hati, namun tidak boleh dengan sewenangnya menuduh pengguna facebook melakukan perkara haram secara umum.

· Bagi mereka yang ingin mengambil sikap lebih berhati-hati mereka disarankan untuk :-

a- Memanupulasi akaun facebook untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Justeru, ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam melalui tulisan, video, audio dan sebagainya.

b- Limitasikan dan kurangkan perbincangan soal remeh temeh peribadi yang membuang masa diri dan orang lain.

c- Tidak sehingga berkongsi terlalu banyak gambar peribadi ( khsusunya bagi wanita) sejak zaman kanak-kanak tanpa had limitasi, tanpa kawalan ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat. Di samping ia akan kekal di facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat facebook.

d- Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif khususnya seperti akaun bank, taraf kesihatan dan sebagainya. Cukuplah sekadar menyertakan nama, tarikh lahir dan pendidikan.

e- Tidak terlibat dengan permainan-permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar ‘main-main' atau tidak.

f- Tidak mempercayai aplikasi tilik moden seperti rahsia tarikh kelahiran dan sepertinya yang terkandung dalam aplikasi percuma facebook. Sama ada atas dasar ‘main-main' atau tidak.

g- Menyedari bahawa maklumat kita di facebook boleh menjadi database pihak asing untuk memantau kehidupan dan informasi peribadi kita jika tidak dikawal. Database sebegini sebenarnya amat bernilai dan sukar ada satu organisasi di dunia ini yang mampu menyimpan maklumat manusia sebagaimana facebook. Hatta parti politik masing-masing pun tidak mempunyai maklumat ahlinya yang sebegitu update sebagaimana facebook. Justeru, maklumat sebegini amat banyak gunanya untuk sebarang tujuan kejahatan dan ketamakan.

Jika itu semua dapat dijaga dan disedari, saya kira mengguna dan membuka akaun facebook adalah kekal dalam hukum HARUS atau DIBENARKAN, malah jika ia lebih banyak digunakan untuk kemaslahatan Islam, ia DIGALAKKAN. Malah jikalau terdapat unsur syubhat sekalipun, ia telah diatasi oleh manfaat yang disebarkan melalui facebook itu.

Sekian,

Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
19 Muharram 1431 h

05 Januari 2010



diambil dari http://sitihaslizaa.blogspot.com/2010/01/facebook-dan-status-hukum.html

Read more...

Thursday, 14 January 2010

Keluasan Neraka Yang Amat Dahsyat

"Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yang ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s. a. w. "Mengapa saya melihat kau berubah muka?"

Jawabnya: "Ya Muhammad. saya datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya."

Lalu nabi s. a. w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ke tujuh. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s. a. w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000
tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yang lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s. a. w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?" Jawab Jibrail: "Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a. s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir." Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s. a. w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Di dalamnya
orang-orang yang berdosa besar dari ummatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka nabi s. a. w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s. a. w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya:

"Ya, iaitu orang yang berdosa besar dari ummatmu." Kemudian nabi s.a. w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s. a. w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi yang Lalai")

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

"

Read more...

Saturday, 9 January 2010

betulkah doa kamu yg dimakbulkan oleh ALLAH???


Kita selalu berdoa. Semestinya. Secara langsung baik seperti selepas solat atau sebelum makan, atau pun secara tidak langsung seperti meminta di dalam hati dalam keadaan kesusahan. Doa adalah dituntut, kerana ALLAH sendiri mengarahkan kita berdoa dan berjanji akan memperkenankannya.



“ Dan berkata RABB kamu, berdoalah kepadaKu, nescaya akan Kuperkenankan!” Surah Al-Mu’min ayat 60.



Pernah kah anda berdoa dan ALLAH makbulkan doa anda secara langsung, bukan anda minta terus dapat, tetapi maksud saya anda nampak doa anda itu dimakbulkan? Malah bukan sekali dua, tetapi berturut-turut. Anda minta berjaya dalam exam, ALLAH bagi. Anda minta kaya, ALLAH beri.



Anda rasa doa anda makbul bukan? Secara tak langsung, anda rasa gembira. “ Pergh, ALLAH makbulkan doa aku seh”



Tapi, tahukah, kemungkinan, apa yang anda dapat itu, bukannya datang daripada doa kamu. Kerana doa kamu tidak makbul sebenarnya.



Pernah dalam kehidupan ana, ana berdoa, meminta kepada ALLAH dan ana sering nampak doa ana dimakbulkan oleh ALLAH SWT.



ana pernah, dalam keadaan tersepit ketika PMR, dalam keadaan sedikit masa untuk studi dan dalam keadaan ana melakukan banyak kesilapan dalam menjawab peperiksaan, maka ana meminta kepada ALLAH agar ana diberikan keputusan 9A.



Akhirnya ana dapat 8A 1C huhuhu...alhamdulillah... makbul doa.. walaupun takdpat 9A.. 8A pun dapat anugerah cemerlang disekolah...



Sewaktu SPM, ana sekali lagi dalam kesempitan. ana berdoa kepada ALLAH, agar jangan berikan ana keputusan yang teruk.



Akhirnya, ana mendapat keputusan yang tidak cemerlang, tetapi tidak pula terlalu teruk. Malah, ana punya keputusan dalam mata pelajaran sains yang sebelumnya amat teruk, telah meningkat dalam SPM. alhamdulillah makbul doa ana..



ana begitu gembira. ana rasa puas hati. Banyak lagi benda, ana minta kepada ALLAH dan ALLAH bagi. Siapa yang tidak suka? Siapa yang tak rasa istimewa? ana macam lemas dalam kehebatan ana sendiri ketika itu.


Akhirnya, pada satu hari, ana terbaca satu artikel berbentuk cerita..



Kisah berkenaan seorang abang dan seorang adik.



Kedua-duanya adalah anak yatim lagi miskin. Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapa mereka. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh. Kedua-dua anak dididik untuk bergantung harap dengan ALLAH SWT.



Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya. Dia meminta kepada ALLAH agar dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dia meminta kepada ALLAH agar dirinya kaya raya.



Si Adik pula, seorang yang buta huruf. Tidak seperti abangnya, dia membaca doa pun dengan melihat kertas. Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa.



Akhirnya, ALLAH mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengannya. Perempuan itu jatuh hati kepadanya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya.



Si Abang akhirnya kaya raya, malah terus kaya apabila dia memasuki medan bisnes. Dia sudah mula alpa dengan ALLAH, melewat-lewatkan solah, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada ALLAH. Kalau masuk dalam bab perniagaan, kekayaan dunia, maka berbondong-bondong doanya kepada ALLAH. Dan ajaibnya, ALLAH beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia istimewa.



Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf, dia hannya mendapat kerjaya sederhana, terus menjaga rumah pusaka. Si adik, juga rajin berdoa. Si abang tahu, si adik rajin berdoa. Tapi Si Abang melihat, hidup adiknya tidak berubah-ubah. Lantas satu hari, ketika Si Abang menziarahi adiknya, Si Abang berkata dengan sombong:



“ Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, berdoa je ALLAH makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan ALLAH ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas. Tak cukup hebat”



Si Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna.



Si Adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan doa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang.



Satu hari, Si Adik meninggal dunia. Ketika Si Abang mengemas-ngemas rumah pusaka, dia berjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa.



Si Abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu.



Kertas itu tertulis: “ Ya ALLAH, makbulkan lah segala doa abang aku”



MasyaALLAH…



Si Abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada ALLAH dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan ALLAH SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada ALLAH, malah tidak meminta apa-apa untuk dirinya. Tetapi adiknya meminta agar segala doa Si Abang dimakbulkan. Si Abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan Si Adik.



Si Abang mula nampak, rupanya, bukan doa dia yang makbul. Tetapi doa adiknya telah diterima oleh ALLAH SWT, lantas segala doanya menjadi makbul.



ana, amat pilu dan hiba apabila membaca arikel tersebut.


Oh. ana mula terasa ana adalah Si Abang.



Mungkin, bukan doa ana yang makbul. Tetapi doa Ummi dan bapa ana yang makbul. ana mendapat mesej itu selepas mendapat keputusan SPM. Semenjak itu, ana sering berusaha meminta doa daripada orang lain terutamanya ummi dan bapa ana yakni kelaurga ana sendirilah.. Sebabnya, ana benar-benar terasa bahawa doa orang macam ana ni, tidak cukup untuk ALLAH makbulkan.



Bila ana berjalan jauh sampai ke Jordan, ana nampak bahawa, perasaan rendah diri ini sememangnya perlu wujud dalam diri. Hal ini kerana, ketika peristiwa Palestin diserang Israel awal tahun 2009, Imam di Masjid-masjid sering mengulang doa ini:



“ Ya ALLAH, kalau KAU tolak doa kami, maka KAU terimalah doa orang-orang soleh dari kalangan kami”



lebih kurang mcm tuelah.. tp ana tak ingat pulak sambungan doanya lepas tue..



MasyaALLAH, imam masjid di jordan,adalah mereka-mereka yang tekenal rendah diri dan soleh serta ilmu yang banyak, pun merasakan doanya tidak layak dimakbulkan ALLAH. Tetapi kita, kadang-kadang, bila melihat doa kita makbul, jangan kata kita nak kembalikan keberjayaan makbul doa itu kepada ALLAH, malah kita rasa berbangga pula, seakan-akan kita rasa kita ini seorang dari wali-wali ALLAH.



Ya, ALLAH berjanji untuk memakbulkan doa.



“ Dan berkata RABB kamu, berdoalah kepadaKu, nescaya akan Kuperkenankan!” Surah Al-Mu’min ayat 60.



“ Dan jika hambaKu bertanya kepadamu(wahai Muhammad) tentang AKU, sesunggunya AKU amat dekat…” Surah Al-Baqarah 187.



Kita kena yakin sentiasa bahawa ALLAH akan makbulkan doa kita.



Tetapi, kita tidak boleh mengangkat diri kita dengan menyatakan bahawa ALLAH memakbulkan doa kita kerana kebagusan kita. Sebab itu, apabila berdoa, kita perlu berdoa dengan rendah diri. Jangan rasa kita hebat hanya kerana doa kita dimakbulkan. Malah, kalau kita perasan doa kita dimakbulkan, perlulah kita pulangkan segala kehebatan kepada ALLAH SWT.


Sesungguhnya, ALLAH itu memberikan rezeki dan pertolongan, kepada sesiapa yang DIA mahu.


peringatan dan perkongsian untuk antum dan juga diri ana yg lupa serta leka...

Read more...

Tuesday, 5 January 2010

aku dan sepohon epal

Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pohon epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pohon epal ini setiap hari. Dia memanjat pohon tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia beristirehat lalu terlelap di perdu pohon epal tersebut. Anak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pohon epal itu juga menyukai anak tersebut.


Masa berlalu… anak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pohon epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pohon epal tersebut dengan wajah yang sedih.


“Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pohon epal itu.” Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau,” jawab remaja itu.


“Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya,” tambah remaja itu dengan nada yang sedih.


Lalu pohon epal itu berkata, “Kalau begitu, petiklah epal yang ada padaku. Juallah untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan.”


Remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal dipohon itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pohon epal itu merasa sedih. Masa berlalu…


Suatu hari, remaja itu kembali. Dia semakin dewasa.


Pohon epal itu merasa gembira.”Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pohon epal itu.”Aku tiada waktu untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?” Tanya anak itu.


“Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya.” Pohon epal itu memberikan cadangan.


Lalu, remaja yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pohon epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pohon epal itu pun turut gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana remaja itu tidak kembali lagi selepas itu.


Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pohon epal itu. Dia sebenarnya adalah lelaki yang pernah bermain-main dengan pohon epal itu. Dia telah matang dan dewasa.”Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pohon epal itu.


” Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi kanak-kanak lelaki yang suka bermain-main di sekitar mu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?” tanya lelaki itu.


“Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pohon ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira,” kata pohon epal itu.


Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pohon epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.


Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pohon epal itu. Dia adalah lelaki yang pernah bermain di sekitar pohon epal itu.”


Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi untuk diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat boat. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati…” kata pohon epal itu dengan nada pilu.”


Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pohonmu kerana aku tidak berupaya untuk belayar lagi, aku merasa lelah dan ingin istirehat,” jawab lelaki tua itu.”


Jika begitu, istirehatlah di perduku,” kata pohon epal itu.Lalu lelaki tua itu duduk beristirahat di perdu pohon epal itu dan beristirahat. Mereka berdua menangis kegembiraan.


Sebenarnya, pohon epal yang dimaksudkan didalam cerita itu adalah kedua-dua ibu bapa kita. Bila kita masih muda, kita suka bermain dengan mereka. Ketika kita meningkat remaja, kita perlukan bantuan mereka untuk meneruskan hidup. Kita tinggalkan mereka,dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita didalam kesusahan. Namun begitu, mereka tetap menolong kita dan melakukan apa saja asalkan kita bahagia dan gembira dalam hidup.


Anda mungkin terfikir bahwa anak lelaki itu bersikap kejam terhadap pohon epal itu, tetapi fikirkanlah, itu hakikatnya bagaimana kebanyakan anak-anak masa kini melayan ibu bapa mereka. Hargailah jasa ibu bapa kepada kita. Jangan hanya kita menghargai mereka semasa menyambut hari ibu dan hari bapa setiap tahun.


Renungkan bersama kisah ini dan sama2lah kita mengambil iktibar untuk lebih menghargai dan menyayangi kedua ibubapa kita...

Read more...

Saturday, 2 January 2010

Wajah Suci itu



Wajah suci itu Tidak berdosa,,

Mengapa dia dibiar begitu saja












Sedih pilu menatap rupanya,,

Kaku terdampar di lembah hina













Apa dosanya sikecil itu,,

Belum sempat dia memangggil ibu











Sampai hati engkau dizalimi,,

Oleh mereka yang tiada simpati












Tubuh kecil itu mahu dihargai di hormati,,

Dimakankan dia, bukan dibuang sesuka hati














Dimanakah nilai ehsan insan,,

Apa dosanya sikecil itu












Keranan kasih tersasar tujuan hidup,,

Hingga lahir zuriat yg bukan pilihan













Buntu tiada jalan penyelasaian,,

Lalu sianak dibuang dijalanan













Mengapa tiada simpati dan kasiha,,

Sayu hati melihat nasib dirimu













Bagai tiada nilainya disisi,,

Wajah sucimu telah dinodai












Namun lahirmu Ada nilainya,,

Di sisi ALLAh engkau mulia













Bagai kain putih engkau tiada dosa,,

Bertaubatlah mereka yang hina










Read more...

Friday, 1 January 2010

Tahun baru yang mana satu sebenarnya???

Bermulanya detik 12.00 tngah malam.. Beberapa orang teman mengirimkan ucapan Selamat Tahun Baru 2010.. ana baru terfikir, sudah 2010 rupanya !!! Namun ana tertanya-tanya dengan penuh perasaan…iaitu suatu perbezaan suasana sambutan seperti menyambut tahun baru masehi yang gilang gemilang ? sama ada di Jordan atau di Malaysia atau negara-negara di seluruh dunia..



Dan persoalannya disini.. bagaimana pula dengan sambutan tahun Baru Hijriah yang baru sahaja 15 hari berlalu… Apakah muharram harus disambut dengan kegembiraan atau justeru kesedihan ? Doktor Amjad salah seorang doktor di Uni jordan tempat kuliah ana menuntut, pernah menyebut tentang persoalan ini.



Beliau berkata mengenai sambutan Tahun Baru Masehi ini “ apabila tibanya Tahun Baru pada Malam ini, jnganlah kamu mendekatkan diri dengan berlumba-lumba untuk mendapatkan kemurkaan tuhan kamu(ALLAH) kerana 90% sambutan yg bukan dari unsur Islam sudah terang-terang ianya penuh dengan kelakuan Haram sedangkan Tahun baru hijrah yg beberapa hari saja berlalu, tiada satu pun yg menyambutnya sama seprtimana dia menyambut tahun Baru Masehi;”



Tanda tanya di dalam Post kali ini mencerminkan dua hal persoalan yang jelas , aitu apa makna tahun baru dalam Islam dan masihi? dan Bagaimanakah sambutannya sama ada Tahun Baru Hijriah atau masehi ?


Mengenai persoalan yang pertama, Penetapan kalender dalam Islam dikatakan bermula pada zaman Rasulullah SAW, tetapi sebahagian ulama juga mengatakan ianya bermula sejak zaman Umar bin Khattab. Dan sebelum itu, orang Arab menandai tahun barunya dengan adanya peristiwa hebat yang terjadi saat itu. Misalnya, kelahiran Nabi SAW disebut tahun gajah, kerana pada saat itu terjadinya penyerbuan pasukan tentera bergajah Abrahah ke Ka`bah. Dan ketika Nabi Muhammad S.A.W diangkat menjadi Rasul, orang Makkah menggunakannya sebagai suatu Tanda perhitungan tahun baru. Kemudian tatkala Rasulullah berhijrah ke Madinah, beliau menggunakan titik tolak hijrahnya sebagai awal tahun baru dalam Islam. Lambat laun orang Arab pun menggunakan tahun hijrah sebagai dasar tarikh mereka.



Tahun baru Masehi bukanlah budaya orang-orang Islam. Ia juga bukan salah satu dari hari-hari kebesaran Islam sebagaimana orang-orang Islam menyambut awal Tahun Hijrah, hari Maulud Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam, Isra’ dan Mi‘raj, Puasa Ramadhan, Nuzul al-Qur‘an, Hari Raya ‘Idil Fitri dan Hari Raya ‘Idil Adhha dan banyak lagi.. namun ianya di ambil untuk mengingati tarikh kelahiran nabi isa ‘alaihi wassalam..Awal tahun baru Masehi hanya perayaan yang sering dirayakan oleh orang bukan Islam di negara-negara Barat Amnya dan mereka-mereka yang beragama kristian Khusunya.. Ramai orang yang meniru perayaan ini sehinggakan ia berleluasa hingga ke negara-negara lain seluruh dunia sama ada negara bukan islam atau di negara islam. Perayaan ini turut menyelinap masuk ke dalam masyarakat Islam samada secara mereka sedar atau tidak, dan jika orang Islam kurang pengetahuan agama dan leka dengan penyelinapan ini, maka sudah setentunya ia akan menjadi satu budaya yang diamalkan oleh umat Islam sampai bila-bila..



Maka dengan penjelasan tadi… maka persoalan yang pertama sudah pun terjawab.. perbezaan yang penuh ketara dan jelas antara latar belakang timbulnya tahun baru hijrah islam dan tahun baru masehi. Yang wujud sehingga waktu ini.



Dan persoalan yang kedua mengenai cara sambutannya pula..:


Bulan muharram adalah bulan yang pertama dalam kalender islam… dan 1 muharram merupakan hari pertama dalam tahun baru islam.. Lalu pada bulan muharram apa yang sebaiknya dilakukan umat Islam ?disini ana merungkai sedikit sebanyak dalil-dalil mengenainya…



Pencarian ana di kitab-kitab dan maklumat di internet membawa ana pada kesimpulan bahawa Rasulullah SAW dan para sahabat tidak mengucapkan `Selamat Tahun Baru hijriah atau pun Aid sannah hijriah jadidah (dalam bahasa Arab). Tidak seperti halnya aidul-fitri yang dianjurkan untuk mengucapkan :


Aid mubaarak, aid saidun, kullu aamin wa antum bi khair. Taqabbalallaahu minna wa minkum shiyaamana wa shiyaamakum….ila akhirihi….



Pada hakikatnya, pada bulan Muharram, beliau menyeru memperbanyakkan ibadah, misalnya puasa Asyura (pada tanggal 10 Muharram). Mengenai puasa ini terdapat khilaf pendapat apakah sunnah muakkad (ditekankan) atau ghairu muakkad (tidak ditekankan). Dalam salah satu hadits Bukhari Muslim disebutkan :


“Diriwayatkan dari Aisyah ra., bahwa orang-orang Quraisy biasa melakukan puasa Asyura’ pada masa jahiliyah. Kemudian Rasulullah memerintahkan untuk berpuasa hari Asyura’ sampai diwajibkannyapuasa Ramadhan. Dan Rasul berkata, barang siapa ingin berpuasa Asyura’ silahkan berpuasa, jika tidak juga tak apa-apa”.



Imam Hanifah menjadikan kedua dalil di atas untuk sampai pada kesimpulan bahwa puasa yang diwajiblan pertama kali bagi umat Islam adlaah puasa Asyura. Sedangkan Imam Syafii dan jumhur ulama yang lainnya berpendapat bahwa ramadhan lah puasa wajib pertama bagi umat Islam, berdasarkan dalil :


“Hari ini adalah hari Asyura’, dan Allah tidak mewajibkannya atas kalian. Siapa yang mahu silahkan berpuasa, yang tidak juga boleh meninggalkannya.”


Wallahu a`lam..


Adapun muharram berasal dari kata `harrama` yang mengalami perubahan bentuk menjadi yuharrimu-tahriiman muharraman-muharrimun`. Bentukan`muharraman` bererti yang diharamkan. Apa yang diharamkan ? Perang atau pertumpahan darah ! Sebagaimana disebutkan Allah dalam QS . At Taubah : 36


` Sesungguhnya jumlah bulan menurut Allah sebagaimana disebut di Kitabullah ada 12 bulan sejak Allah menciptakan langit dan bumi, dan terdapat 4 bulan di dalamnya merupakan bulan yang diharamkan`



Demikianlah, bulan muharram semestinya tidak dimaknai sebagai awal tahun baru saja, tapi perlu difahami sebagai bulan yang penuh barakah sebagaimana bulan lainnya, bulan diharamkan melakukan peperangan, pertumpahan darah, bulan yang mengingatkan kita kepada perjalanan panjang hijrah Rasulullah SAW beserta 70 orang pengikutnya ke Madinah.



Kini. Bagaimana pula dengan sambutan Tahun baru Masihi?? Pada malam 1 Januari, pelbagai pesta dibuat seperti pesta makan minum, diiringi dengan nyanyian, tarian dan lain-lain acara, sementara menanti acara kemuncak iaitu pengiraan detik tahun baru melalui jarum saat dan jam yang menuju ke angka dua belas. Apabila jarum jam sudah menunjukkan ke angka 12 tengah malam, maka kedengaranlah teriakan dan sorak-sorai orang ramai tanda tahun baru sudah menjelma. Dalam pesta yang diadakan itu, sudah setentunya banyak perkara negatif berlaku, antaranya percampuran di antara lelaki dan perempuan, terdapat bentuk hiburan yang dilarang oleh Islam dan yang tidak sesuai dengan akhlak Islam.



Perkara-perkara yang disebutkan itu sangatlah bertentangan dengan kemuliaan Islam. Daripada penjelasan ini, nyatalah Islam dan umatnya tidak ada kaitan langsung dengan sambutan dan perayaan seumpama itu, untuk mengalu-alu dan membesar-besarkan kedatangan awal tahun Masihi tersebut. Lebih-lebih lagi jika ia bercorak keagamaan lain daripada Islam.



Oleh itu, orang Islam tidak boleh turut sama membesarkan awal tahun Masihi seperti orang bukan Islam membesarkannya, kerana yang demikian itu dikhuatiri akan membawa tasyabbuh (penyerupaan) terhadap mereka yang beragama lain di dalam budaya, tujuan dan akidah mereka. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka dia dianggap salah seorang dari (kalangan) mereka.” (Hadis riwayat Abu Daud)



Sehingga ke hari ini, kebanyakan negara termasuk sebahagian dari negara-negara Islam masih menggunakan kalendar Masihi sebagai kalendar asas. Ia memang tidak akan berubah memandangkan kemasyhuran pemakaiannya secara global..


Sepertimana doctor Amjad Pensyarah di universiti jordan memberitahu sewaktu membincangkan hal sambutan tahun baru ini, beliau berkata “ kalian semua sedar atau tidak, seluruh negara di dunia ini sama ada di negara arab yang mempunyai bilangan penduduknya 90% hingga 98% beragama islam… apabila tiba sahaja sambutan KRISMAS atau Tahun Baru Masihi,,banyak sahaja iklan-iklan, tulisan-tulisan atau banner di jalan-jalan, kedai kedai, super market yang menunjukkan sambutan kearah krismas dan tahun baru itu dan bagaimana pula dengan negara yang penduduk islamnya hanya 10%-30% sahaja.. namun apabila tibenye tahun baru hijrah tulisan atau banner yang macam mana dan dimana kita dapat lihat?? Masjid? Rumah anak yatim?? Bahkan di universiti ini pun susah naknampak melainkan di kuliah syariah dan musolla sahaja,”




Dan beilau menyambung lagi mengenai cara sambutan diantara dua Tahun Baru ini. Dengan mengatakan “bersalahkah jika tahun Baru Hijriah ini juga disambut dengan gilang gemilang sehingga peringkat negara??.. namun haruslah bertepatan dengan unsur-unsur kerohanian, keinsafan yang dapat mengingatkan kita kepada kubur(kematian) . dan itulah dia perbezaan cara sambutan antara umat islam dengan agama lain di muka bumi ini”



Marilah kita berfikir sejenak dan bertanya di dalam diri kita sendiri: Apakah tanggapan orang lain terhadap kalendar Hijrah orang-orang Islam jika kita sendiri tidak mahu mengagungkannya? Adakah orang lain mahu memakainya sebagaimana orang Islam memakai kalendar Masihi? Dan yang lebih jauh lagi, pernahkah kita mendengar atau berjumpa orang bukan Islam turut merayakan awal tahun Hijrah kita???



Oleh itu, fikir-fikirkanlah…

Wallahu ‘aklam.

-musafir ilmu-

Read more...

About This Blog

helwa telinga

Tetamu maya

free counters

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP