Friday, 23 December 2011

Hati Mukmin...

Mengalirlah air mata mukmin

Atau mengalir air mata hatinya

Bila mengingati tuhan-NYA

Malunya hati mukmin

Bila mengenangkan

Rahim dan rahmat tuhan



Remuk redam hatinya bila teringat

Qahar dan jabbar-NYA

Resah gelisah jiwanya

Melakukan dosa

Sedih hatinya lalai dengan tuhan-NYA



Kemudian sedar semula

Tidak tentu rasa hatinya

Bila terbuat kealahan dan kesilapan



Hati mukmin tidak pernah tenang

Dengan tuhan-NYA

Tenang dengan dunia-NYA

Jiwanya bergelombang dengan tuhan-NYA

Bagaikan lautan tak pernah tenang

Kalau bukan kerna kewajipan

Tentu mereka bersendirian

Membawa diri berkelana bersama Tuhan..

1 comment:

  1. pengorbanan setiap insan untuk kejalan Allh tidak lah payah kerna PmbalasanNya sda pasti.. berbanding dengan berkelana di dunia untuk mencari kesenangan semata2... subahanallah..

    ReplyDelete