tiba-tiba,hati terdetik untuk berkata-kata sedemikian. Itulah hidup, walaupun di mana kita berada,walaupun siapa kita,walaupun apa pangkat kita, kita semua adalah sama. Duduk di bumi tuhan,berjalan di bumi tuhan, menghirup udara ciptaan tuhan.
Thursday, 28 April 2011
Dikala Hati berbisik...
tiba-tiba,hati terdetik untuk berkata-kata sedemikian. Itulah hidup, walaupun di mana kita berada,walaupun siapa kita,walaupun apa pangkat kita, kita semua adalah sama. Duduk di bumi tuhan,berjalan di bumi tuhan, menghirup udara ciptaan tuhan.
Friday, 22 April 2011
Pemikir Islam Dr. Mustafa al-Shak’ah رحمه الله تعالى

Pemikir besar Islam Dr. Mustafa al-Shak’ah, telah meninggal dunia pada 20 April 2011, dalam usia 94 tahun, setelah sepanjang hayatnya menyumbang usaha dan berbakti demi membela agama Islam. Beliau adalah anggota Institut Penyelidikan Islam dan Majlis Tertinggi Hal Ehwal Islam, Mesir dan juga merupakan seorang profesor sastera dan pemikiran Islam.
Beliau dikenali dengan pendirian-pendirian tegas dan pendapat-pendapat beraninya dalam menegakkan kebenaran, dan merupakan salah seorang pemikir yang amat bersemangat memperjuang dan mempertahankan Islam. Beliau banyak menulis berkaitan sastera dan Islam, dan bukunya yang terkenal ialah "Islam Bila Mazahib" (Islam Tanpa Mazhab – telah diterjemah ke bahasa Melayu), yang menyeru terhadap kesatuan umat Islam dengan pelbagai mazhabnya, serta menentang taksub buta yang membawa kepada perbalahan dan perpecahan. Selain usaha-usaha beliau dalam memelihara keunggulan bahasa Arab, dan membangkang terhadap pindaan undang-undang keluarga dan undang-undang kanak-kanak yang bertentangan dengan syariat Islam.
Dr. Mustafa Mohammed al-Shak’ah lahir pada bulan Ogos 1917, di Wilayah Gharbiyyah, Mesir. Beliau telah memperoleh ijazah BA-nya dari
Beliau memulakan kerjayanya sebagai seorang guru di peringkat sekolah menengah dalam tempoh (1944 1949). Kemudian sebagai pakar perancangan sosial (1949 1956) sehingga mendaftar diri bertugas sebagai pensyarah di Fakulti Sastera, Universiti Ain Shams, Mesir tahun 1956. Kemudian diangkat pula sebagai Dekan Fakulti. Beliau kemudian bertugas sebagai seorang penasihat budaya di Washington (1960 1965). Setelah itu dipinjamkan untuk mengajar di Universiti Arab
Beliau giat menulis karya sastera dan agama, seperti:
- فنون الشعر في مجتمع الحمدانيين "Seni Syair Masyarakat Hamdani".
- بديع الزمان الهمذاني رائد القصة العربية والمقالة الصحفية "Bediuz Zaman al-Hamadani: Pelopor Cerita dan Makalah Akhbar Arab".
- أبو الطيب المتنبِّي في مصر والعراق "Abu al-Tayyib al-Mutanabbi di Mesir dan Iraq".
- معالم الحضارة الإسلامية "Ciri Tamadun Islam".
- Imam al-Syafi'i.
- Imam Ahmad bin Hanbal.
- Kumpulan Makalah Tentang Pengajian Islam (dalam bahasa Inggeris).
- Pendidikan dan Pembelajaran di Dunia Arab (dalam bahasa Inggeris).
Dr. Mustafa al-Shak'ah telah menerima pelbagai anugerah dan penghargaan, antaranya: Anugerah Republik Mesir Kelas IV, pada tahun 1959, Anugerah Republik Mesir Kelas II pada tahun 1977, dan Anugerah Kehormat Negara dalam bidang sastera dari Dewan Tertinggi Kebudayaan, Mesir pada tahun 1989.
sumber :http://islamtoday.net/albasheer/artshow-12-149435.htm (islam today)
Friday, 8 April 2011
Bicara Hati, tiada siapa yang tahu.....
Siapa yang mengetahui isi hati seseorang? siapa yang boleh menyelami berapa dalamnya dan apa yang terbuku pada hati seseorang? Bila kita melihat seseorang tersenyum adakah dia benar-benar bahagia? apabila seseorang menangis adakah itu bererti dia sedang bersedih? adakah itu tafsiran yang boleh kita andaikan?? Hati, tidak ada seorangpun yang mampu meneka dengan pasti ,bahkan kita sendiri, kadang-kadang tidak boleh memahami apa yang ada di dalam hati....
Apa yang terzahir di luar belum tentu itu tercermin di dalam hati, bukan bererti munafik tetapi kadang-kadang orang lain tidak perlu tahu apa yang sebenarnya kita rasakan saat itu, bila kita bahagia tidak perlu kita perlihatkan kebahagian itu secara berlebihan kepada orang lain, ketika kita bersedih tidak perlu mereka mengetahui betapa sakitnya atau beratnya musibah yang menimpa kita sehingga membuatkan kita bersedih. Begitu juga ketika hati kita merasa sakit, jangan sampai orang lain juga terkena tempiasnya disebabkan kesakitan hati kita itu. Cukuplah kita sendiri yang mengetahuinya dan Allahlah tempat kita menumpahkan segala rasa yang ada di hati, hanya Allah tempat kita mengadu dan tempat kita berserah diri. "Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung."
Mungkin pada Saat ini, ada hati yang begitu bahagia, seolah-olah ia ingin tersenyum setiap saat. Dan di sana ada hati yang berbunga-bunga kerana akan memiliki apa yang sangat dia harapkan selama ini, seoalah-olah dia sedang mempersiapkan sesuatu yang istimewa dalam hidupnya. Maka disini kita dapat membayangkan bagaimana hatinya dipenuhi dengan kebahagiaan, kesenangan dan amat suka cita. Tetapi sebaliknya, ada juga hati yang terluka kerananya, sedih kerana kebahagian yang dirasakan olehnya. Siapa yang tahu didalam keadaan orang yang bahagia ada dalam kalangan mereka yang berbisik dihatinya......" Tahukah dia bahawa hati saya sakit di saat dia merasakan kebahagiaan yang sempurna? Tahukah dia bahawa saya ingin menangis, ketika dia tersenyum dan tertawa?" tiada siapa yang tahu...... kita pun tidak tahu...
Dalam hatinya tiada siapa yang tahu? senyumannya masih ada, tawanya kadang-kadang masih terlihat dan gurau senda itu juga masih dia berikan kepada setiap orang yang dekat denganya, tidak ada sesiapapun yang tahu bahawa di sebalik apa yang kita lihat dari raut wajah & tingkahlakunya yang sebenarnya dia sedang terluka, kemungkinan pada saat itu dia ingin menangis ,Namun tiada sesiapapun yang tahu tentang itu. Hanya Allah dan dirinya sahaja yang mengetahu bagaimana keadaan diri dan hatinya pada waktu itu, hanya Allah tempat dia mengembalikan semua rasa di dalam hatinya, hanya Allah pengubat sakit & lara hatinya itu..
Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah wallahuakbar walahaulawalaquwataillabillah rangkaian kalimat ini yang membasahi bibirnya, menggetarkan hati yang ingin kembali, menemani butiran air yang menitis dari kelopak matanya dengan pengharapan setelah ini semuanya akan menjadi lebih baik. Seperti halnya sabda Rasulullah “Perbanyakkanlah membaca La Haula Wala Quwwata Illa Billah kerana sesungguhnya bacaan ini adalah ubat bagi 99 penyakit, yang mana penyakit paling ringan adalah kebimbangan” (Riwayat Al-Uqaili melalui jabir r.a.)
Anggaran Kos Belanjawan Pengajian di University of jordan
Kos Persediaan ke Jordan | Jumlah |
Tiket Kapal Terbang + Visa | RM 1900 |
Urusan Permohonan | RM 300 |
Urusan-urusan lain | RM 200 |
Jumlah keseluruhan | RM 2400 |
Kos Keperluan Rumah | Jumlah | |
Katil + tilam | JOD 30 + JOD 17 | JOD 47 |
Meja | JOD 25 | JOD 25 |
Almari | JOD 25 | JOD 25 |
Barang-barang dapur | JOD 120 / 4 ahli rumah | JOD 30 |
Karpet | JOD 120 / 4 ahli rumah | JOD 30 |
Mesin basuh | JOD 100 / 4 ahli rumah | JOD 25 |
Keperluan lain | JOD 100 / 4 ahli rumah | JOD 20 |
Jumlah Keseluruhan | JOD 212 | |
Kos Yuran Pengajian | Jumlah | |
Yuran Semester Satu | 6 subjek x JOD 48 | JOD 288 |
Yuran Semester Dua | 6 subjek x JOD 48 | JOD 288 |
Yuran Semester Musim Panas | 3 subjek x JOD 48 | JOD 144 |
Yuran Khidmat Universiti | JOD 48 x 3 semester | JOD 144 |
Buku-buku Wajib Universiti | JOD 100 | JOD 100 |
Buku-buku Tambahan | JOD 100 | JOD 100 |
Jumlah Keseluruhan | JOD 1064 | |
Hal-Hal Lain | Jumlah | |
Tambang ke Universiti | JOD 12 x 12 bulan | JOD 144 |
Sewa Rumah | JOD 45 x 12 bulan | JOD 540 |
Bil Air + Bil Elekterik | JOD 15 x 12 bulan | JOD 180 |
Belanja Dapur | JOD 20 x 12 bulan | JOD 240 |
Keperluan lain | JOD 30 x 12 bulan | JOD 360 |
Jumlah Keseluruhan | JOD 1464 | |
Jumlah Tahunan | Jumlah | |
Kos Persediaan ke Jordan | RM 2400 | RM 2400.00 |
Kos Keperluan Rumah | JOD 212 x 4.50 | RM 954.00 |
Kos Yuran Pengajian | JOD 1064 x 4.50 | RM 4788.00 |
Hal-hal lain | JOD 1464 x 4.50 | RM 6588.00 |
Jumlah Keseluruhan | RM 14730.00 | |
Kos Yuran Pengajian | Jumlah | |
Yuran Semester Satu | 6 subjek x JOD 48 | JOD 288 |
Yuran Semester Dua | 6 subjek x JOD 48 | JOD 288 |
Yuran Semester Musim Panas | 3 subjek x JOD 48 | JOD 144 |
Yuran Khidmat Universiti | JOD 48 x 3 semester | JOD 144 |
Buku-buku Wajib Universiti | JOD 100 | JOD 100 |
Buku-buku Tambahan | JOD 100 | JOD 100 |
Jumlah Keseluruhan | JOD 1064 | |
Hal-Hal Lain | Jumlah | |
Tambang ke Universiti | JOD 12 x 12 bulan | JOD 144 |
Sewa Rumah | JOD 45 x 12 bulan | JOD 540 |
Bil Air + Bil Elekterik | JOD 15 x 12 bulan | JOD 180 |
Belanja Dapur | JOD 20 x 12 bulan | JOD 240 |
Keperluan lain | JOD 30 x 12 bulan | JOD 360 |
Jumlah Keseluruhan | JOD 1464 | |
Jumlah Tahunan | Jumlah | |
Kos Yuran Pengajian | JOD 1064 x 4.50 | RM 4788.00 |
Hal-hal lain | JOD 1464 x 4.50 | RM 6588.00 |
Jumlah Keseluruhan | RM 11376.00 | |

Urusan Pulang | Jumlah |
Tiket Kapal Terbang ( pulang sahaja ) | JOD 300 |
Urusan-urusan lain | JOD 500 |
Jumlah keseluruhan | JOD 800 |
Jumlah Tahunan | Jumlah | ||
Kos Yuran Pengajian | JOD 1064 x 4.50 | RM 4788.00 | |
Urusan Pulang | JOD 800 x 4.50 | RM 3600.00 | |
Hal-hal lain | JOD 1464 x 4.50 | RM 6588.00 | |
Jumlah keseluruhan | RM 14976.00 | ||
Jumlah Keseluruhan Pengajian di Jordan | Jumlah | |
Tahun Pertama | JOD 3273.33 | RM 14730.00 |
Tahun Kedua | JOD 2528.00 | RM 11376.00 |
Tahun Ketiga | JOD 2528.00 | RM 11376.00 |
Tahun Keempat | JOD 3328.00 | RM 14976.00 |
Jumlah keseluruhan | JOD 11657.33 | RM 52458.00 |
- Terima kasih kepada Presiden PRISMA & Barisan Lajnah atas kesudian memberi pertolongan dan bantuan. Kredit to PRISMA Jordan dan www.ppmaj.blogspot.com