السلام عليكم...جزاكم الله خيرا جزاء إلى كل من يزور هذا الموقع وأرجو منكم تستفيد وتنتفع بها إذا كانت وجدتها غير مفيدة ولا فائدة لكم فاتركها...أهلا وسهلا إلى بيتي جنتي...قال الله

تعالى: يأيها الذين ءامنوا اتقوا الله حق تقاته ولا تموتنّ إلا وأنتم مسلمون

Thursday, 23 December 2010

(Biarkan masa berlaku semahunya )دع الايام تفعل ما تشاء

دع الايام تفعل ما تشاء
Biarkan masa berlaku semahunya

وطب نفسا اذا حكم القضاء

Murnikan jiwa tatkala berlakunya ketentuan

ولا تجزع لحادثة الليالي
Bersabralah dengan musibah semalam

فما لحوادث الدنيا بقاء

Musibah didunia ini bukanlah selamanya

وكن رجلا على الاهوال جلدا
Teguhlah mengahadapi segala kesengsaraan

وشيمتك السماحة والوفاء

Dan lagakmu penuh toleransi dan ketulusan

وان كثرت عيوبك في البرايا
Sekalipun banyak kekuranganmu pada Manusia

وسرك ان يكون لها غطاء

Maka rahsiamu menjadikannya tersirat

تستر بالسخاء فكل عيب
Tabirkanlah dengan kedermawanan, maka segala kekurangan....

يغطيه كما قيل السخاء

Menutupinya sepertimana dikatakan dermawan

ولا ترج السماحة من بخيل
Jangan mengahrapkan belas kasihan dari si BAKHIL

فما في النار للظمآن ماء

Tiadalah dineraka itu air buat penghilang haus

ورزقك ليس ينقصه التأني
Dan rezekimu walaupun lambat pasti tidak berkurangan

وليس يزيد في الرزق العناء

Dan juga tidak bertambah jika sekalipun ditekuni

ولا حزن يدوم ولا سرور
Bukan kesedihan itu selamanya begitu juga kegembiraan

ولا بؤس عليك ولا رخاء

Walaupun kesengsaraan ataupun kesenangan

اذا ما كنت ذا قلب قنوع
Jika kamu mempunyai hati yang berpada...

فأنت ومالك الدنيا سواء

Nescaya engkau akan setanding si pemilik dunia

ومن نزلت بساحته المنايا
Dan sesiapa yang disapa oleh ajal..

فلا أرض تقيه ولا سماء

Tiadalah langit dan bumi dapat melindungi..

وارض الله واسعة ولكن
dan bumi allah itu luas terbentang, tetapi..

اذا نزل القضا ضاق الفضاء

apabila tiba ketentuan-nya, maka sempitlah kelapangan



syair imam syafie
video

Read more...

Tuesday, 7 December 2010

1Sen dan RM1 yang sudah dilupakan.... kasihanilah kami...

Assalamualaikum,

HENTIKAN dulu cakap politik dan kebarangkalian tindakan repot polis yang boleh memeningkan. Jom kita teliti not seringgit, atau RM1 kita.



Teliti betul-betul wang kertas itu. ana pun sambil menaip turut mengeluarkan not itu dan membelek-beleknya. Ia berwarna biru.Di Jordan warna hijau JD1. Di bahagian belakang ada gambar gunung Kinabalu, landskap tertinggi negara Malaysia dan di Asia Tenggara. Wau bulan serta gambaran kepulauan nelayan dari arah laut turut terpapar di atas kertas itu.



Sebelum ini tiada siapa yang benar-benar membeleknya. Apalah sangat RM1. Mungkin ia hanya dibelek oleh pelancong yang baru pertama kali melihat not itu. Peniaga pun tak bimbang jika itu not palsu. Tiada apa yang istimewanya. Nak kata ia menarik, biasa saja. Berbanding dengan rekaan matawang asing lain, mungkin nilai seringgit kita itu tidaklah hebat mana.



Itu dari segi rupa bentuknya. Bagaimana pula dengan nilainya? Denominasi seringgit itu dibentuk daripada mata desimal 100 sen. Dari nilai siling sekecil 5 sen, 10 sen, 50 sen ia boleh dicampur-campur membentuk RM1.



Kini Bank Negara Malaysia (BNM), autoriti yang mengesah lakukan wang ringgit di negara ini tidak lagi mengeluarkan wang siling 1 sen. Mungkin BNM ada alasan berbuat demikian. Difahamkan untuk mengeluarkan siling 1 sen kosnya ialah sekitar 20 sen? Oleh itu ia dihentikan pengeluaran. Jadi nilai wang kita hanya bermula dari siling 5 sen.



Dari segi ilmu hisab, kita sudah rugi 4 sen. Tapi 5 sen pun sudah jarang digunakan oleh pekedai. Oleh itu kita sudah rugi 5 sen.Pekedai lazimnya akan mula mengira mulai 10 sen. Maka kita pengguna sudah rugi 9 sen! mungkin dalam hal ini, mmereka yg mengambil atau pakar dalam bidang kira-mengira ni lebih arif dari ana dari segi kira-mengira ni, lagi-lagi yang nengambil bidang akaunting... :-)



Sering dulu jika harga gula naik 10 sen sekilogram, maka mamak-mamak stall akan menaikkan harga minuman kegemaran orang Malaysia, teh tarik dengan harga 10 sen segelas. Maka harga segelas teh tarik sekarang ialah RM1.20 sen. Mamak enggan menggunakan 5 sen untuk menaikkan harga minuman itu. Mereka lebih gemar memilih 10 sen. Entah kenapa ana pun tak tau.



Budaya menggunakan 1 sen sudah hilang di negara ini. Sepatutnya nilai RM1 ialah 100 sen dan setiap sen patut diambil kira. Dulu jika kita beli kasut Bata, harga mengikut pecahan sen-sen amat popular, begitu juga di McD dan bayar bil elektrik dan air. Kini semuanya dibulatkan kepada 5 sen dan 10 sen.



Nilai 100 sen itu sudah mengecil. Dalam suasana inflasi yang semakin ketara sekarang, walaupun BNM hanya melaporkan angka yang rendah, nilai RM1 sudah hampir tiada. Harga teh tarik melebihi RM1. Masuk tandas awam kini ialah 50 sen dulu 20sen, dua orang sudah RM1. Belanja budak sekolah sekurang-kurangnya RM3, dulu ana belanja RM1 saja.



Jika BNM mahu menjimatkan kos pengeluaran 1 sen, pengguna juga yang tertekan dengan kos barangan, turut rugi dari segi nilai sen-sen itu. Mungkin, jika nilai 1 sen itu dibudayakan semula - seperti di Amerika Syarikat yang masih aktif menggunakan Penny (1 sen), Nickel (5 sen), Dime (10 sen), Quarter (25 sen), Half dollar (50 sen) - maka nilai RM1 kita akan lebih bernilai lagi.



Pada masa itu mamak mungkin akan memikirkan untuk menaikkan teh tarik hanya kepada RM1.21 sahaja berbanding RM1.30 sekarang. Walaupun cadangan ini nampak mengarut kerana nilai 1 sen sudah dimansuhkan, kita berharap BNM boleh memikirkan sesuatu atau semula. Rakyat kini sebenarnya mulai gelisah kerana nilai mata wang mereka semakin mengecil. Jika dulu orang kampung boleh berbelanja dapur dan petrol motosikal sekitar RM300 sebulan, kini nilainya sudah menjadi RM350 dan ke atas dan ke atas.



Ia lebih memeritkan bagi mereka yang tinggal di bandar dan kota raya. Gaji RM2,500 ialah miskin bandar. Tapi majikan masih kedekut dan amat berkira untuk menaikkan gaji. Gaji yang diperoleh tidak setaraf dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Kelok gaji dan kelok kos barang dan perkhidmatan tidak seimbang. Kita berharap pakar-pakar ekonomi negara dapat memikirkan sesuatu mengenainya. Jika ke Britain nilai 1 Pound itu masih cukup besar, tapi RM1 kita sudah terlalu kecil.



Bagi ana, orang malaysia yang suka minum teh tarik bersama kawan-kawan digerai mamak, nilai RM1 hanya untuk disedekahkan kepada orang buta yang silih berganti ke kedai-kedai makan sekitar ibu kota. RM1 sudah mulai tidak dipedulikan. Tapi bagi orang buta yang mengutip RM1 bagi setiap meja - dan berjaya melakukannya ke atas beratus meja setiap malam - mereka itulah sebenarnya yang mewah.



Dan dalam keadaan ekonomi baik atau tidak seperti sekarang, jumlah orang buta (dan buat-buat buta) seperti itu semakin hari semakin ramai...

itulah hakikatnya yang berlaku, nilai RM1 yang kini semakin terancam.. kasihanilah dia kerana tanpa RM1 atau 1sen tidak akan cecah jumlah 1Juta

Read more...

Saturday, 4 December 2010

Hayya bil 'Arabiah.....


Program Hayya bil 'arabiah yang dilaksanakan oleh persatuan penuntut Malaysia Amman(PPMA) telah pun bermula sejak 1/12/2010 yaknie sejak hari Rabu yang lalu. Alhamdulillah, mendapat reaksi yang memberasangkan dari ahli dan semoga ianya menjadi lebih baik dari sehari ke sehari... SEdikit penerangan tentang program Hayya bil 'Arabiah seperti mana berikut :


mempunyai dua fasa...

fasa 1 :
1 ) dibenarkan atau dilonggarkan kepada ahli PPMA untuk bertutur bahasa campuran, akan tetapi diharuskan ada kalimah arab di setiap ayat yang dituturnya itu,

2 ) fasa ini bermula 1/12/2010 - 17/12/2010...

3 ) bertutur bahasa arab dalam kalangan ahli sahaja, dibenarkan bertutur bahasa malayu jika ada tetamu

4 ) tempat pertuturan hanyalah terhad

  • Di sweileh kubro dan sekitarnya
  • universiti dan sekitarnya


fasa 2 :
1 ) setiap ahli diwajibkan untuk bertutur sepenuhnya dalam bahasa arab, dan harus padanya ada kamus.

2 ) fasa ini bermula dari 18/12/2010 - 29/1/2011

3 ) DI Haruskan bertutur dalam bahasa arab jika ada tetamu melainkan jika ada sebab munasabah

4 ) Tempat pertuturan :
  • Sweileh kubro dan sekitarnya
  • Amman kubro dan sekitarnya
  • Mulhaqiah thaqofiah Maliziyah (MSD)
  • Wastol balad
5 ) Tidak diwajibkan untuk bertutur dalam bahasa arab jika berada diluar kawasan amman.



Aktiviti-aktiviti sepanjang Program Hayya Bil 'arabiah

  1. Rehlah 'Arabiah
  2. Mukhayyam 'Arabiah
  3. Kuiz
  4. Pertandingan bahasa arab(syarahan,khutbah,hiwar,dan ceramah)
  5. pertandingan bercerita kanak2
  6. Mengumpul kalimah baru
dan akan ada program-program kecil yang akan menyusl nanti...


oleh itu, diharapkan dengan berlangsungnya proogram ini, Ahli-ahli PPMA amnya dan khususnya Mahasiswa amman dapat menguatkan lagi dan membiasakan diri dlam pertuturan Bahara Arab... in-syaAllah...

Selamat ber "Hayya bil 'arabiah....."

Read more...

About This Blog

helwa telinga

Tetamu maya

free counters

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP