السلام عليكم...جزاكم الله خيرا جزاء إلى كل من يزور هذا الموقع وأرجو منكم تستفيد وتنتفع بها إذا كانت وجدتها غير مفيدة ولا فائدة لكم فاتركها...أهلا وسهلا إلى بيتي جنتي...قال الله

تعالى: يأيها الذين ءامنوا اتقوا الله حق تقاته ولا تموتنّ إلا وأنتم مسلمون

Tuesday, 21 September 2010

Kebaikan itulah temanku........

Hathim Al-Asham mengungkapkan: “Aku lihat setiap orang itu memiliki teman, tempat ia berkongsi dan membuka rahsia serta berbagi rasa. Aku bertanya pada diriku sendiri:



“ Siapa temanku ? “. Setiap teman dan saudara sudah kulihat sebelum mati. Aku ingin mencari teman yang akan kubawa sesudah mati. Maka aku mengambil kebajikan sebagai teman untuk menemaniku hingga hari kiamat nanti, turut bersamaku meniti titian Ash-Shirath, lalu menegakkan tubuhku dihadapan Allah Subhanahu wa Ta’ala.




Alangkah bagusnya teman yang dipilih oleh Hathim, Beliau memandang bahawa semua teman didunia ini adalah teman semasa hidup, semasa kaya dan semasa memilki kemudahan dan kesenangan. Setelah itu, mereka tidak boleh menjadi teman lagi dan tidak diperlukan lagi atau tidak berguna lagi. Sebahagian orang boleh mencari teman sebanyak-banyaknya dengan beranggapan, bahawa temannya itu amat berguna bagi mereka dan akan terus menolong mereka. Tetapi semua itu akan terhenti dengan habisnya masa hidup . Setelah itu manusia akan kembali hidup sendiri, mempertanggungjawabkan apa yang telah diperbuat, dihisab terhadap dosa yang telah ia lakukan. Bahkan teman-teman yang duhulunya akrab, masing-masing menjadi musuh yang lainnya di hari kiamat.




Mereka saling mencaci dan saling melemparkan tuduhan kepada yang lain. Terkecuali orang-orang yang bertakwa dan berhati bersih, sebagaimana yang difirman oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala, yang ertinya:




“ Teman-teman akrab pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa “ (QS: Az Zukhruf: 67 ).



Kerana itulah Hathim memilih teman yang abadi, yang tidak akan pernah berlari meninggalkannya dan tidak pernah binasa, serta tidak pernah berbalik haluan menjadi musuhnya, yang ternyata adalah amal kebajikan. Itulah teman yang selalu memberikan manfaat kepada kita sesudah mati. Yang akan mengiringi kita diwaktu hisab, bahkan dapat menolong kita dikala meniti Ash-Shirath, untuk kemudian memberi ketetapan hati kita untuk menjawab pertanyan dihadapan Yang Maha Bijaksana.




kita sebagai manusia yang lemah ini mahu berteman dengan kebajikan, kerana sesungguhnya, ia akan mendapatkan kebajikan itu sebagai teman yang berguna di dunia dan di akhirat. Teman yang menyucikan hati dari segala noda, menjauhkan dirinya dari segala keburukan dan kesedihan, dan bahawa sesungguhnya ia dapat memelihara dirinya dari godaan syaitan. Ia akan berasa senang dan suka dapat melakukan kebajikan dan dapat menyebarkan rahmat Ilahi, mengulurkan tangannya untuk menolong orang-orang yang kesusahan. Kebajikan juga menjadi teman yang berguna bagi pelakunya saat meninggalkan dunia ini. Namanya akan selalu diingat oleh orang, dan akan terus kekal abadi selamanya.





Seseorang akan memilki cerita setelah kematiannya, maka jadilah kisah yang baik bagi sesiapa saja yang mahu merenungkannya. Sudahkah kita memilih siapa yang akan menjadi teman kita??
semoga teman yang kita ada pada masa ini,adalah teman yang membawa kita kearah kebaikan...:-)



renung-renungkan... :-)

Read more...

Thursday, 16 September 2010

Aku juga antara orang yang pernah melakukan DOSA..

Ya, aku hanya mampu mengerut dada, ketika melihat realiti masa kini.. masih banyak kaum muslimin yang melihat siapa dulu yang bicara atau siapa yang cuba dahulu , barulah kita akan ikut. Padahal, kita diwajibkan mengikuti segala apa yang memang datang dari Allah dan Rasul-Nya. Dalam hal ini, amatlah tidak sesuai dengan Al-Qur’an dan As-Sunnah. .



YA SUDAH! Aku tidak akan banyak mengulas pada kali ini. Dalam kesempatan kali ini, aku ingin bermunajat kepada Allah..... Hanya ALLAh sahaja tempat aku mengadu...



aku tak tahu lagi berapa banyak khilaf yang aku lakukan betapa banyak dosa yang aku kerjakan. Pada mulanya aku hanya ingin mendekati akan sesuatu yang Engkau larang sehingga sampai ke tahap meninggalkan perkara yang Engkau perintahkan



aku sudah tak tahu lagi berapa berapa bnyak rezeki yang aku dapatkan betapa banyak orang miskin yang aku biarkan.. Namun apa yang aku fikirkan...adalah "Nafsi-nafsi(hal masing-masing)




aku sudah tak mampu menghitung lagi berapa banyak aku melakukan sesuatu yang sia-sia. Betapa banyak aku menggunakan waktu yang tak ada gunanya sejak membuka mata iaitu memulakan semua aktiviti didunia ini sehingga kembali ke tempat tidur merehatkan tubuh yang bekerja tak kenal lelah... Hanya untuk mendapatkan kesenangan dunia yang sementera samada melalui jalan yang hak atau yang salah..




Ya Rabbi, Engkau perintahkan agar manusia berbuat kebajikan tanpa banyak mengharap balasan tetapi aku berbaut demi imbalan.. Engkau ciptakan syurga buat kekasih-Mu tetapi aku berusaha meraihnya tanpa peduli pada-Mu.. Ampuni dosaku Ya Aziz ya allah, Engkaulah Dzat Yang Maha Perkasa Ya Ghafuur, Engkaulah Dzat Yang Maha Pengampun Ya Affuw, Engkaulah Dzat Yang Maha Pemaaf segala kesalahan ampuni dosa, khilaf, dan salahku semuanya,,Ampuni dosa, khilaf, dan salah saudaraku didunia ini,, ampunilah dosa, khilaf, dan salah orang tuaku tercinta yang melahirkan, membesarkan, mengasihi, dan menyayangiku sejak kecil hingga dewasa..




YA Rabbi, tak sesuatu pun yang mampu menolongku kecuali kasih sayang-Mu semata.. hanya ampunan-Mu yang aku harapkan.. hanya maaf-Mu yang aku nantikan hanya ridha-Mu yang akan membuat diri ini selamat.. Yaa Hayyu, Yaa Qayyuum, aku hanyalah sebutir pasir di padang tak berbatas setitik air di samudra yang luas.. Tak mampu aku hidup sendiri tanpa Engkau disisiku dan tak akan sanggup aku hidup sendiri tanpa bersama-Mu Wahai Dzat Yang Maha Hidup Yang Maha Berdiri Sendiri, ….laa ilaaha illaa anta….

aku tak peduli kata orang.. tetapkanlah hati ini di jalan yang lurus laa ilaaha illaa anta



ALLAH Menjawab, “Wahai anak adam, sesungguhnya jika kamu berdoa kepada-Ku dan mengharapkan Aku maka Aku mengampunimu, dan Aku tidak peduli atas apa yang ada padamu. Wahai anak adam, sekalipun dosa-dosamu mencapai setinggi langit kemudian kamu mahu memohon ampun kepada-Ku, nescaya, Aku akan mengampunimu. Wahai anak adam, sekalipun kamu datang kepada-Ku dengan membawa kesalahan sepenuh bumi kemudian kamu menemui-Ku tanpa mempersekutukan Aku dengan sesuatu apapun, nescaya Aku akan menemuimu dengan membawa ampunan sepenuh bumi” (HR. At Tirmidzi)

Read more...

Friday, 10 September 2010

Salam Kemaafan dari Musafir Ilmu.. :-)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh,

Disni, Ana ingin Mnegambil kesempatan, kepada Antum semua.. untuk memohon maaf kepada semua yang mengenali diri ana ini.. dan kepada para pembaca atau yang mengikuti Blog "musafir ilmu" ini, dengan rendah diri ana ingin memohon maaf jika dari aspek penulisan dan perkongsian yang ana pernah nukilkan di blog ini, pernah mengguris hati para pembaca... oleh itu hanya kemaafan yang ana pinta..



Budaya maaf-bermaafan di hari raya ini.. ana masih belum lagi terbaca di Mana-mana kitab, namun kita sebagai umat islam amat-amat digalakkan untuk meminta maaf dan memaafkan.. oleh itu, sepanjnag bulan Ramadhan, kita semua sudah berusaha bersungguh-sungguh untuk memohon AMPUN kepada yang maha kuasa tetapi keampunan itu hanyalah dosa kita dengan yang Maha ESa .Oleh yang demikian, diri ini masih berasa kekurangan jika Kesalahan sessama KIta iaitu "Manusia" masih lagi terpahat dihati tanpa kita sedari bahawa dosa kita sesama manusia itu hanya akan terhapus jika manusia itu yang maafkan kita bukan Allah...



Sekali lagi dengan rendah diri, Maafkan diri ini, Mohon Dihalalkan untuk segala-galanya.. dan juga Salam kemenangan Kepada antum diatas kejayaan antum kerana telah berjaya menunaikan ibadah puasa sepanjang Bulan Ramadhan..



dan ingatlah sesungguhnya hari Raya Ini adalah hari kita untuk Bersuka diatas kemengan kita. oleh itu, Bergembiralah dan usahlah bersedih... kita berbalik pada pengertian العيد itu sendiri yang membawa maksud secara umum adalah digunakan sebagai SAMBUTAN untuk memperingati peristiwa yang besar dan istimewa.. oleh itu bersukalah dan bergembiralah.. :-)


akhir kalam,

Selamat Hari Raya Aidil Fitri diucapkan kepada Keluarga yang berada di Malaysia, dan juga yang kini sedang bercuti di Indonesia, ibu-ibu angkat yang dirindui, Guru-guru di SMK seri keramat, SMKA KUALA selangor, dan Kolej UNiversiti islam antarabngsa Selangor(KUIS) dan UNiversity Of Jordan, sahabat-sahabat yang dikasihi, rakan-rakan seperkenalan hidup , Salam Hari raya dan salam Kemengan Buat antumm..


salam perantauan dari ana dan sahabat ana :-)


Taqabbalallahu minna wa minkum... :-)

Semoga Ramadan yang berlalu kelmarin menjadikan kita semua lebih bertaqwa di sisinya..

Maaf zahir dan batin.

Read more...

Wednesday, 8 September 2010

Senarai nama mahasiswa Universiti Jordan 2010/2011

NURAZILAH BINTI AB HALIM FEMALE, 910809-10-5214 ,A22075142 MALAYU, ISLAM, U.JORDAN, BAHASA ARAB DAN KESASTERAAN BACHELOR




NUR HANANI FADZILAH BINTI ABDUL KHALID FEMALE, 920328-03-5234 ,A22205487 MALAYU, ISLAM, U.JORDAN, SHARIAH USULUDDIN BACHELOR




ARIF AMIN BIN RUSHIHI MALE 920415-13-5153 ,A15560405 MALAYU ISLAM JORDAN SHARIAH FIQH WA USULUH BACHELOR




MUHAMMAD ASYRAF BIN ABD RAZAK MALE 910407-14-6849 ,A22181852 MALAYU ISLAM JORDAN SHARIAH FIQH WA USULUH BACHELOR




SYED MUHAMMAD BAHTHIAR MALE 921209-02-5265 ,A21453826 MALAYU ISLAM JORDAN SHARIAH FIQH WA USULUH BACHELOR




MOHD STAUBAN UZAIR BIN AHMAD NAJDI MALE 920217-02-6335 ,A21446694 MALAYU ISLAM JORDAN SHARIAH FIQH WA USULUH BACHELOR




MUHAMAD UMAR MUTTAQI BIN ABDUL AZIZ MALE 920220-10-5069 ,A22141594 MALAYU ISLAM JORDAN SHARIAH FIQH WA USULUH BACHELOR




MUHAMMAD HASIF SYAZAN BIN NORHANUDIN MALE 920722-14-5423 ,A18494614 MALAYU ISLAM JORDAN SHARIAH FIQH WA USULUH BACHELOR




MUHAMMAD NABIL BIN SAUPI MALE 910913-11-5279 ,A21224681 MALAYU ISLAM JORDAN SHARIAH FIQH WA USULUH BACHELOR




SITI NUR KHADIJAH BINTI ASAARI FEMALE 920402-06-5176 ,A22357752 MALAYU ISLAM JORDAN ART ARABIC LANGUAGE BACHELOR



(PELAJAR2 SENIOR)
HAZWAN BIN WAN OMAR
MUHAMMAD EHSAN BIN YAHYA
UMME-AYMAN BINTI AYUB




*p/s :fatimah dan suhaila telah terkeluar dari senarai nama pelajar yg akan ke UNiversiti jordan.. terima kasih..

Read more...

Monday, 6 September 2010

Sifat amarah itu Meninggalkan kesan yang berpanjangan..

asslmualaikum... ana sudah lama tidak membuat post baru yg berbentuk kisah atau cerita...
jadi post kali ini ana ingin kongsi pada antum semua sebuah kisah yang sentiasa berlaku pada diri kita atau disekeliling kita namun kita tidak sedar bahawaianya berlaku pada diri kita...
semoga kita sama-sama bermuhasabah dari cerita ini...


selamat membaca..




Suatu ketika ada seorang anak yang pemarah. Ayahnya memberikan kepadanya sekotak paku dan mengatakan pada anak itu bahawa jika setiap kali ia tidak dapat mengendalikan kemarahannya, maka ia harus memakukan sebiji paku di bahagian belakang pagar.




Pada hari pertama, anak itu telah memukulkan 30 biji paku di pagar. Dalam beberapa minggu kemudian, kerana ia telah semakin mampu mengendalikan amarahnya, maka jumlah paku yang dipakukan itu menjadi berkurang setiap hari. Ia merasakan bahawa ternyata lebih mudah mengendalikan kemarahannya daripada memakukan paku di pagar.




Akhirnya, pada suatu hari, ketika anak itu sudah tidak marah lagi, ia berkata pada ayahnya mengenai keadaanya itu dan ayahnya menyarankan agar anak itu mencabut sebiji paku setiap hari kerana ia telah mampu mengendalikan amarahnya itu.




Haripun berlalu dan anak itu mengatakan kepada ayahnya bahawa semua pakunya telah dicabutinya. Kemudian ayahnya membawa anaknya dan menuntunnya ke pagar tempat dimana anaknya memaku paku-paku itu. Ayahnya berkata, “Kau telah melakukannya dengan baik anakku, tetapi lihatlah lubang di pagar ini.”




Pagar ini menjadi tidak sama. Ketika mengucapkan kata-kata dengan melempiaskan kemarahanmu, ucapan itu akan meninggalkan sebuah bekas sebagaimana bekas paku ini. Dan hal itu seperti kau menusukkan pisau di tubuhnya kemudian mencabutnya. Meskipun kau meminta maaf berulangkali, bekas luka itu masih tetap ada. Kesan luka kerana ucapan lebih meninggalkan kesan yang dalam berbanding kesan luka fizikal iatu luaran...



semoga kisah ini dapat diambil kebaikannya bersama..

Read more...

Saturday, 4 September 2010

Kadar Bayaran Zakat Fitrah dan sedekah MPPMJ 1431H

ZAKAT FITRAH

by UZS




Segala puji-pujian bagi Tuhan sekalian alam kerana kita masih lagi diberi peluang bertemu dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak untuk kali ke 1431H.

Antara perkara yang sangat dituntut dalam agama ketika Ramadhan ini ialah menunaikan Zakat Fitrah. Hukum menunaikan Zakat fitrah adalah wajib berdasarkan hadith ini:


Abd Allah ibn ‘Umar radhiallahu 'anhuma berkata:


فَرَضَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زَكَاةَ الْفِطْرِ صَاعًا مِنْ تَمْرٍ أَوْ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ عَلَى الْعَبْدِ وَالْحُرِّ وَالذَّكَرِ وَالأُنْثَى وَالصَّغِيرِ وَالْكَبِيرِ مِنْ الْمُسْلِمِينَ وَأَمَرَ بِهَا أَنْ تُؤَدَّى قَبْلَ خُرُوجِ النَّاسِ إِلَى الصَّلاَةِ

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mewajibkan zakat fitrah sebanyak satu sha’ kurma atau satu sha’ gandum ke atas hamba dan orang yang merdeka sama ada lelaki mahu pun wanita, anak kecil mahu pun dewasa dari kalangan umat Islam. Baginda memerintahkan agar ia dibayar sebelum orang ramai keluar menunaikan solat (Aidil Fitri).

[Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya]





KADAR ZAKAT FITRAH

Ukuran kadar zakat fitrah ditentukan berdasarkan hadith di atas. Ukurannya ialah 1 sha' (gantang) daripada makanan asasi. Dalam menentukan kadar 1 gantang mengikut sukatan kilogram, terdapat khilaf padanya.

Ada yang mengatakan 1 gantang = 2.400KG, 1 gantang = 2.500KG, 1 gantang = 2.600KG. Jadi, untuk keluar daripada khilaf, kita mengambil satu sukatan purata iaitu 2.500KG.

Sepertimana yang kita tahu bahawa makanan asasi bagi rakyat Malaysia ialah beras. Jadi, nilai bagi kadar zakat fitrah ditentukan berdasarkan harga beras yang biasa dimakan.

Bagi rakyat Malaysia yang berada di Jordan, terdapat 3 pilihan bagi kaedah membayar Zakat fitrah iaitu:

1. Berdasarkan nilai yang ditetapkan oleh Wirarah Awqaf Jordan.
2. Berdasarkan nilai purata harga beras di Jordan.
3. Berdasarkan nilai yang disukat sendiri.



Kaedah Pertama : Berdasarkan nilai yang ditetapkan oleh Wirarah Awqaf Jordan.

Nilai yang ditetapkan oleh Wizarah Awqaf Jordan ialah 1.50JOD. Namun, kebiasaannya nilai ini akan berubah apabila semakin hampir dengan Hari Raya.



Kaedah Kedua : Berdasarkan nilai purata harga beras di Jordan.

Di Jordan tiada pelarasan harga beras seperti di Malaysia. Terdapat dua kaedah penetapan nilai purata harga beras mengikut gred di sini (Jordan):

1. berdasarkan nilai purata beras gred A (beras mahal).
harga purata untuk beras mahal (contoh: beras basmathi & india) ialah 1.25JOD/Kilo
Jadi 2.500KG = 3.125JOD

2. berdasarkan nilai purata beras gred C. (beras murah)
harga purata untuk beras murah (contoh: beras mesir) ialah 0.50JOD/Kilo
Jadi 2.500KG = 1.25JOD

Justeru, bagi yang sangat berkemampuan dan kebiasaannya menggunakan beras mahal sebagai makanan harian, boleh membayar berdasarkan nilai kadar beras mahal iaitu 3.125JOD.
Manakala bagi sesiapa yang kebiasaannya makan beras murah, boleh membayar dengan nilai kadar purata beras murah iaitu 1.25JOD.



Kaedah ketiga : Berdasarkan nilai yang disukat sendiri.

Bagi kaedah ketiga pula, penetuan nilai zakat fitrah berdasarkan kiraan yang dikira sendiri. Ia tertakluk kepada kiraan harga beras yang biasa digunakan di rumah masing-masing.

Sebagai contoh :
Secara kebiasaannya, Ahmad menggunakan beras Golden Parboiled yang harganya 1.25JOD/Kilo. Jadi, untuk menentukan nilai kadar zakat yang perlu dibayar, Ahmad perlu mengira sendiri nilai tersebut dengan:

- 1 kilo beras Golden Parboiled = 1.25JOD
- 2.500 kilo beras Golden Parboiled = 3.125JOD

Jadi, nilai Zakat yang perlu Ahmad bayar ialah 3.125JOD.

Maka, bagi sesiapa yang ingin menggunakan kaedah ketiga ini, perlulah mengenalpasti beras yang biasa dimakan dan membuat pengiraan sendiri berdasarkan kadar 2.500KG.





GOLONGAN YANG WAJIB MEMBAYAR ZAKAT FITRAH


Golongan yang wajib membayar zakat fitrah adalah seperti berikut:


Pertama:

Kewajipan zakat fitrah hanya ke atas orang Islam sebagaimana hadis ‘Abd Allah ibn ‘Umar yang telah dikemukakan sebelum ini: “Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mewajibkan zakat fitrah … dari kalangan umat Islam.”


Kedua:

Zakat fitrah diwajibkan ke atas orang yang mampu, iaitu memiliki kecukupan yang melebihi keperluannya untuk sehari semalam. Batas ini ditetapkan oleh para ahli fiqh mengingatkan tujuan zakat fitrah adalah untuk memenuhi keperluan orang miskin selama satu hari, iaitu pada 1 Syawal sempena Aidil Fitri.

Kecukupan yang melebihi keperluannya adalah sesuatu yang sedia ada di sisinya. Oleh itu tidak perlu menjual harta, barang kemas dan sebagainya untuk mencapai taraf kecukupan.


Ketiga:

Orang-orang yang nafkah hidupnya berada di bawah tanggungan orang lain, maka dia tidak wajib membayar zakat fitrah. Zakat fitrahnya dibayar oleh orang yang menanggung nafkah hidupnya, berdalilkan hadis berikut:


أَنَّ النَبِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَرَضَ زَكَاةَ الْفِطْرِ عَلَى الصَّغِيرِ وَالْكَبِيرِ وَالذَّكَرِ وَالأُنْثَى مِمَّنْ تَمُونُونَ

Sesungguhnya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam mewajibkan zakat fitrah ke atas anak kecil dan orang dewasa, lelaki dan wanita, dari orang-orang yang kalian tanggung nafkah hidupnya.

[Hasan: Dikeluarkan oleh al-Daraquthni dalam Sunannya]


Siapa dan bagaimanakah kedudukan orang yang di bawah tanggungan tersebut? Syaikh ‘Abd al-Karim Zaidan telah menghimpun perbincangan para ilmuan dalam persoalan ini dalam karyanya al-Mufashshal fi Ahkam al-Mar’ah wa Bait al-Muslim fi al-Syari‘ah al-Islamiyyah (Muassasah al-Risalah, Beirut, 2000), jld. 1, ms. 455 dan seterusnya.


Ia dapat diringkaskan seperti berikut:


1 - Suami tidak mampu, isteri tidak mampu. Suami isteri tidak wajib bayar zakat fitrah.


2 - Suami mampu, isteri tidak mampu. Suami membayar zakat fitrah untuk diri dan isterinya.


3 - Suami mampu, isteri mampu (memiliki harta atau bekerjaya). Suami membayar zakat fitrah untuk diri dan isterinya. Akan tetapi zakat tahunan isteri dibayar oleh isteri itu sendiri.


4 - Suami telah menceraikan isteri tetapi masih menanggung nafkahnya. Suami membayar zakat fitrah untuk dirinya dan untuk isteri yang telah diceraikan itu.


5 - Suami tidak mampu (miskin, muflis, kena buang kerja), isteri mampu. Isteri membayar zakat fitrah hanya untuk dirinya sendiri.


6 - Ibubapa dan anak tidak mampu. Kesemuanya tidak wajib bayar zakat fitrah.


7 - Ayah mampu, anak tidak mampu. Ayah membayar zakat fitrah untuk anak-anaknya.


8 - Ayah mampu, anak mampu (biasiswa pendidikan, sudah bekerjaya). Masing-masing membayar zakat fitrah untuk dirinya sendiri.


9 - Ayah tidak mampu, ibu mampu, anak tidak mampu. Ibu membayar zakat fitrah hanya untuk dirinya.


10 - Ibubapa tidak mampu (tua, telah bersara), anak mampu. Anak membayar zakat fitrah untuk diri dan ibubapanya.


11 - Ibu sedang hamil. Tidak wajib membayar zakat fitrah untuk anak yang dikandung. Akan tetapi kebanyakan ilmuan menganjurkannya berdasarkan tindakan para sahabat.


12 - Penjaga dan anak yatim piatu tidak mampu. Kesemuanya tidak wajib membayar zakat fitrah.


13 - Penjaga mampu, anak yatim tidak mampu. Penjaga membayar zakat fitrah untuk dirinya dan anak yatim piatu jagaannya itu.


14 - Penjaga mampu, anak yatim piatu mampu (memiliki harta warisan). Penjaga membayar zakat fitrah untuk dirinya dengan hartanya sendiri. Kemudian membayar zakat fitrah untuk anak yatim piatu jagaannya dengan harta anak yatim itu sendiri.


15 - Penjaga tidak mampu, anak yatim piatu mampu. Penjaga tidak wajib membayar zakat fitrah tetapi membayar zakat fitrah untuk anak yatim piatu jagaannya dengan harta anak yatim itu sendiri.




sekian.


p/s : untuk detail berkenaan zakat fitrah ini, boleh muat turun Persoalan dan Panduan Berkaitan Pembayaran Zakat Fitrah di Perantauan oleh Ustaz Heizal Hezry bin Omar yang terdapat di ruangan muat turun sebelah kanan blog.





Wallahu'alam



Read more...

Thursday, 2 September 2010

MAhasiswa yang bakal ke University of Jordan

Asslamualaikum..

kepada mahasiswa yang memohon untuk masuk ke Universiti Jordan untuk tahun 2010/2011...

Ana Ingin mengucapkan tahniah dan selamat datang ke Jordan amnya dan Ke Amman, khususnya...

Ahlan wasahlan..

maklumkan segala butir2 penerbngan kepda ustaz Qudrotullah di talian " +962779851139 " atau emailkan ke "kdq_qud@yahoo.com" supaya mudah untuk wakil kami menjemput antum apabila tiba di Jordan nanti...

segala kerjesama didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih...

wassalam

Read more...

About This Blog

helwa telinga

Tetamu maya

free counters

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP