Tuesday, 31 August 2010
Mahasiswa dari kelantan...
insyaallah antum wa antunna bertolak 11hb sepember (raya ke-2),,
kita dikehendaki berada disana pada jam 3 ptg,,
bertolak insyaallah jam 5 ptg...
Sampai di Kuala Lumpur insya'allah pihak al-Quds akn sewa hotel.
dan untuk barangan-barangan.. kita boleh membawa sehingga 30kg!!
dinaikkan 5kg,,
maklumat lebih lanjut.. antum boleh menghubungi
1) Ustaz zambri [Al-Quds] di 019939 9000.
2) Ustaz nazeri [Al-Yik] di 013969 2362.
** keperihatinan antum kepada sahabat2 lain amatlah diperlukan **
** sebarkan walau dengan apa cara sekalipuun.. **
Sekian
Monday, 30 August 2010
Senarai nama mahasiswa yang bakal malanjutkan Pelajaran ke Universiti Jordan dan kuliah Mujtama'k Arobi...
Senarai nama pelajar yang dijangka datang ke
Kategori 1:
Pelajar baru yang akan mengambil Jurusan B.A :
(Fiqh wa Usuluh)
1-Muhammad Umar Muttaqi
2-Hasif Syazan
3-Muhammad Nabil
4-Arif Amin
5-Muhammad Asyraf
6-Syed Muhammad Bahktiar
7-Muhammad Stauban Uzair
8-Hanis Suhaila
9-Fatimah Pileh
(Usuluddin)
10- Nur Hanani Fadzilah
(Bahasa Arab)
11-Nurazilah
12-
| SITI NUR KHADIJAH BINTI ASAARI |
(kuliah kesasteraan "bahasa arab")
Pelajar lama:
(Bahasa Arab)
1-Hazwan Bin Wan Omar
2-Mohammad Ehsan Bin Yahaya
(fiqh wa usuluh)
3-Ummey- aiman
Kategori 3 :
Pelajar Pusat Bahasa:
1-Nurul Jannah
2-Muhammad Irfan Bahrin
p/s : Nama di atas adalah pelajar yang dijangka akan melanjutkan pelajaran di Amman iaitu di Universiti Jordan dan Kuliah mujtam'k arobi bagi sessi kemasukan 2010/2011. Namun keputusan penerimaan Kementerian Pelajaran
Saturday, 28 August 2010
Persediaan Untuk bakal MAhasiswa yang akan ke Jordan
P/s : di syorkan agar membawa lebih..
Wednesday, 25 August 2010
Dunia suatu pentas "Drama"
Catatan ini sebagai peringatan untuk diri ana dan sahabat-sahabat diluar sana, In-syaAllah. Semoga bermanfaat..
1. Kehidupan dunia adalah kehidupan yang rendah dan sementara.
Allah membandingkannya seperti air hujan yang menyuburkan tumbuh-tumbuhan sehingga suatu waktu tertentu dan akhirnya tumbuhan itu menjadi kering. Allah berfirman,
''Sesungguhnya perumpamaan kehidupan duniawi itu adalah seperti air (hujan) yang Kami turunkan dari langit, lalu tumbuhlah dengan suburnya kerana air itu, dan tanam-tanaman di bum itu di antaranya ada yang dimakan manusia dan binatang ternak. Hingga apabila bumi itu telah sempurna keindahannya, dan memakaikan pula perhiasannya, dan pemilik-pemiliknya mengira bahawa mereka pasti menguasainya(memetik hasil dari tanaman itu) , tiba-tiba datanglah kepadanya azab Kami di waktu malam atau siang, lalu Kami jadikan ia laksana tanam-tanaman yang sudah disabit, seakan-akan belum pernah tumbuh kelmarin. Demikianlah Kami menjelaskan tanda-tanda kekuasaan Kami kepada orang-orang yang berfikir.'' (Yunus, QS 10: 24).
2. Kehidupan dunia hanyalah permainan, melalaikan dan kesenangan yang menipu.
Firman Allah SWT : ''Ketahuilah bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan, dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani, kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu." (QS, Al-Hadid : 20)
Firman Allah SWT : "Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga)". (QS, Ali Imran : 14).
Firman Allah SWT : "Bermegah-megahan telah melalaikan kamu, sampai kamu masuk ke dalam kubur. Janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu itu),dan janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui. Janganlah begitu, jika kamu mengetahui dengan pengetahuan yang yakin, nescaya kamu benar-benar akan melihat neraka Jahiim, dan sesungguhnya kamu benar-benar akan melihatnya dengan 'ainulyaqin, kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kenikmatan (yang kamu megah-megahkan di dunia itu). (QS, At-Takatsur: 1-5).
Firman Allah SWT : Hai manusia, sesungguhnya janji Allah adalah benar, maka sekali-kali janganlah kehidupan dunia memperdayakan kamu dan sekali-kali janganlah syaitan yang pandai menipu, memperdayakan kamu tentang Allah. (QS, Fathir : 5)
3. Kehidupan akhirat adalah kehidupan yang PAsti, kehidupan yang kekal.
Firman Allah SWT : "Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui". (QS, Al-'Ankabut : 64)
Firman Allah SWT : "Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersihkan diri dan dia ingat akan Tuhannya, lalu dia solat. Tetapi kamu (orang yang ingkar) memilih dunia, padahal akhirat itu jauh lebih baik dan lebih kekal". (QS, Al A'laa :14-17)
Jika kita telah mengetahui dunia ini hanya kehidupan sementara yang menipu, kenapa mesti kita berusaha bersungguh² untuk meraih harta dunia yang fana ini dan sbgainya tanpa memikirkan kehidupan akhirat walaupun sesaat yang lebih kekal yang bakal kita tempuh??
mari kita renungkan, tepuk dada tanya iman... :-)
Wednesday, 18 August 2010
Wahai Perempuan, jagalah diri kamu kerana ianya amat berharga !!!!
artikel kali ini ana ingin menyentuh mengenai Muslimah, tetapi specialnya pada artikel kali ini, ana tidak menggunakan kalimah muslimah, ana tukar dengan perkataan yang seerti dengannya iaitu "perempuan", Kerana Muslimah itu pengkhususan untuk wanita solehah maka perempuan itu umum.. jadi artikel ini berbentuk umum iaitu unutk muslimah,wanita dan juga perempuan.. in-syaallah..
sepertimana dalam firman allah :
mafhumnya: wahai nabi ! apabila mukmin datang kepadamu untuk mengadakan bai'at(janji setia), bahawa mereka tidak akan mempersekutukan sesuatu apa pun dengan Allah ;tidak mencuri,tidak berzina,tidak membunuh anak, tidak berbuat dusta yang mereka lakukan dengan tangan dan kaki mereka dan tidak menderhakaimu dalam urusan yang baik, maka terimalah janji setia mereka dan mohonkanlah ampunan untuk mereka kepada Allah.Sesungguhnya, allah maha pengampuanan dan maha mengasihani. ( al-mumtahinah ayat 12)
Perangai yang memalukan diri sendiri :
adakah anda pasti lelaki yang "ini" akan jadi suami kamu??
kasihanilah diri kamu itu.. kerana kamu masih suci dan indah.
Kalau ditakdirkan, suami kamu tidak marah, pasti dia jenis yang dayus. Isterinya jenis 'bisa pakai' (bespak kata orang Indonesia). Hak milik awam, kegunaan bersama..
ana agak tidak senang dengan perangai ini.
Perempuan Dulu-dulu, Perempuan Kini
Melayu 70-an cukup pantang anak dara mereka keluar malam, berdua-duaan apatah lagi.
sebagai contoh, dalam drama or Movie yang ditayangkan di TV masa kini, kita acap kali dengar atau melihat lakonan2 atau contoh dialog seperti ini :
" Balik jangan lambat sangat.Pukul 10 malam ye!"
Perempuan bergerak ke arah kehancuran.
Tidak ajaib bin hairan, apabila akhir zaman, kerap kita dengar ..
" zaman sekarang nie perempuan sama ja, touch n go ja !"
Hak Asasi ana sebagai Seorang Lelaki!!!
orang bertanya kepada kamu..
kamu mahu berfesyen ala Britney Spears?
Paris Hilton atau Lady Gaga?
kamu jawap.............
"Suka hati kami la. Inikan hak asasi kami. kami bebas memilih mana yang terbaik untuk kami. apa hak kamu melarang kami???"
Apa-apa yang diwajibkan syariat untuk dilindungi, pasti terkandung hikmah di sebaliknya.
mafhumnya : wahai anak cucu Adam !! Janganlah sampai kamu tertipu oleh syaitan sebagaimana halnya syaitan telah mengeluarkan ibubapamu(adam & hawa) dari syurga, dengan menanggalkan pakaian keduanya untuk memperlihatkan aurat keduanya. Sesungguhnya dia dan tenteranya dapat melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka. Sesungguhnya kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin bagi orang yang tidak beriman. ( al-A'raf ayat 27)
Hak sebagai lelaki !!!
Kalau ada lelaki yang terangsang melihatkan aksi-aksi kamu, kamu perempuan telah MELANGGAR HAK ASASI kami untuk hidup tenang dan damai.
Bolehkah kami menyentuh dan membelai kamu, walhal kamu sendiri yang mempertontonkan badan di khalayak?
kamu biarkan pandangan lelaki meratah badan kamu.
jika lelaki itu menyentuh kamu, kamu kata lelaki miang dan suka ambil kesemptan!! oh... salah siapakah ini??? siapakah punca sebenarnya??
Inikan hak asasi kami sebagai lelaki..
Jangan berselindung di sebalik hujah Pak Pandir itu.
kamu kata kepada lelaki :
" Lelaki tundukkanlah pandangan. Jangan tengok kami!"
Tetapi percayalah, kerana bukan semua lelaki yang akan tunduk dan berpaling..Di pihak kamu wahai perempuan janganlah menjadi punca ke'aiban itu.
Sudah tahu kucing sukakan ikan, janganlah pula digoreng enak, dihidang di depan sang kucing, dengan mengharapkan sang kucing melihat semata-mata. tak sempat di masak habis sudah di baham oleh kucing, adakah sikucing puncanya???
ana amat TIDAk SUKA dengan PERANGAI!!!
ana tidak menfokuskan pada individu, ana konsisten membenci perangai.
ana tidak menghakimi orang, ana hanya katakan perangai atau tingkah laku itu yang salah.
Ada yang sengaja berperangai, ada yang tidak sedar dan sebagainya. Ada juga yang terikut-ikut.
Kerana ISLAM konsisten dengan prinsip dan akhlak.
Manusia boleh berubah, tetapi PRINSIP itu tidak.
Walaupun ana pelaku salah, ana mohon dibetulkan.
Kerana pembetulan sesuatu yang SALAH, adalah TANDA kita saling mencintai dan menyayangi serta ambil berat.
Kerana senipis-nipis IMAN, adalah kita membenci.
Dalam hadits shahih disebutkan. mafhumnya adalah :
“Sesiapa di antara kamu melihat suatu kemungkaran maka hendaklah ia merubahnya dgn tangan jika tdk mampu maka dgn lisannya, jika tdk mampu juga maka dgn hatinya(iaitu dengan membencinya) , itulah selemah-lemah iman.”[HR. Muslim dalam Al-Iman (49)]
Maaf.., kerana kami mahukan perempuan itu menjadi MUSLIMAH !!
kerana dari kamulah zuriat islam akan dilahirkan....
video : pandangan mereka mengenai aurat !!
Monday, 9 August 2010
Ramadhan...".30 Hari Mencari CintaNya"
Detik terus berjalan
Minit …. Jam … Hari …. Minggu … Bulan …
semuanya terus saja berlalu tanpa terasa telah banyak yang telah kulalui di dalamnya. Sejak CiNtA ku tahun lalu pergi dariku, belum lama dalam kepergiannya aku telah mudah saja tak mengingatnya, aku kerap mengabaikan erti kehadirannya, dan ada banyak saat-saat hatiku begitu keras bagai batu, tak peduli lagi erti malu dan erti CiNtA yang telah kukatakan dan kujanjikan padanya.
Dan sampai saat inipun, yang sebentar lagi CinTaku akan datang lagi menjemputku, mengapa hati ini masih saja terasa kosong, tak semangat dan tak ada sesuatu yang bisa memantapkan dan menumbuhkan rasa yang pernah kurasakan saat tahun terakhir kemarin ?
Oohhh Allah …. aku mohon padaMu agar aku dapat menumbuhkan perasaan itu lagi, mantapkan hatiku untuk menyambutnya dengan senyum kehangatan, dan sebarkanlah rasa yang indah, rasa yang akan selalu menemaniku untuk melalui hari-hari bersama yang menCiNtAiku.
Sedarkanlah aku bahawa ia adalah TaMu IsTiMeWaku
Bahwa bersamanya aku akan menemui :
30 Hari penuh BaRokaH, Di dalamnya aku akan menemui hari penuh RaHmaT, penuh keAmPuNaN DAN Hari yang akan membebaskan diriku yang terpesok memikul banyak dosa ini dari api nErAkA
30 Hari penuh PaHaLa berlipat-lipat ganda, dan Allah Yang Maha Besar engkau sahaja yang mengetahui lipatan pahala untukku. Bahkan di dalam 30 Hari ini ada satu hari yang nilainya setara dengan 1000 bulan.... ya robb.
30 Hari bersamanya aku akan di ajarkan banyak hal tentang kesabaran untuk menahan hawa nafsu dan banyak keinginan yang sifatnya kesenangan belaka yang tidak ada manfaatnya.
30 Hari aku akan di ajarkan tentang sebuah perjuangan, kekuatan dalam ikut merasakan rasa lapar, haus, berkongsi bahagia dengan pakaian barokah, berkongsi senang dengan zakat, berkongsi makanan untuk berbuka ataupun bersahur, berkongsi kekusyukan dengan Tarawih, berkongsi rasa dalam persaudaraan ….
Sungguh ……. beberapa 30 hari itu menjadi manis jika aku rangkai dengan kalimat
” 30 Hari Mencari CintaNya “
Ya ALLAh ……. Bantu hambamu ini untuk mempersiapkan diri menyambut tamu IstimeWaku yang akan membawaku dalam perjalanan selama 30 hari mendapatkan CiNTaMu.
Amien …….ya robb.

