السلام عليكم...جزاكم الله خيرا جزاء إلى كل من يزور هذا الموقع وأرجو منكم تستفيد وتنتفع بها إذا كانت وجدتها غير مفيدة ولا فائدة لكم فاتركها...أهلا وسهلا إلى بيتي جنتي...قال الله

تعالى: يأيها الذين ءامنوا اتقوا الله حق تقاته ولا تموتنّ إلا وأنتم مسلمون

Friday, 30 October 2009

Bayangkan kita ditempat mereka....


Andai Malaysia diserang seperti negara Islam yang lain... Apabila negara-negara islam yang lain dilanda peperangan atau diserang oleh askar kafir... kita sering mendengar pemimpin-2 kita menggunakan modal seperti ini.." Kita patut bersyukur Malaysia aman dan damai..." Tetapi pernahkah kita berfikir untuk sejenak, sejarah

ditulis setelah ia berlaku, tetapi sejarah tidak dapat diramal ketika ia sedang berlaku.

Ketika rakyat Islam Bosnia disembelih oleh paramilitari Serb, pada malam sebelumnya mereka hidup seperti biasa dan tidak pernah terlintas bahawa keesokan hariny
a akan bermulanya hari celaka bagi mereka. Jadi, untuk sejenak cuber kiter berfikir dalam bentuk reverse engineering iaitu: Bagaimana jika kita yang diserang oleh kuasa kuffar seperti negara Islam lain, dan negara
Islam yang lain plak jadik cam kiter?

MALAYSIA DISERANG ???
untuk menanam kesedaran ke atas Melayu Yang Mudah Lupa. (Melayu Mudah Lupa kata Mahathir)AMARIKOS menyatakan Malaysia sarang pengganas... ada pejuang Hizbullah atau Taliban terlepas ke malaysia... lalu menghantar Kapal Pengangkut Pesawatnya (CARRIER) di Selat Melaka dan di Laut China Selatan.
Menghantar kapal selam nuklearnya dgn muatan peluru berpandu membawa armada tentera
untuk menyerang malaysia... AMARIKOS menyuruh negara berhampiran dengan Malaysia yang merupakan sekutu rapatnya SINGOFURO di selatan, TAHAILAND di Utara dan PILLIPINNOS di Timur menenyerang Malaysia dengan alasan memburu
pengganas al-Qaeda atau Hizbullah sama seperti alasan Israel menyerang Lubnan dan Palestin.
.


Malaysia tetap mempertahankan Malaysia ini tidak ada pengganas tetapi suara kita tidak dihiraukan sama seperti mereka tidak hiraukan Afghanistan , Iraq , Lubnan dan Palestin.

Sebelum tiba saat MALAYSIA DISERANG ini Perdana Menteri kita... YB Wakil Rakyat... Parlimen dan ADUN... Tauke-tauke Cina yang kaya... semua cabut lari ke keluar negara dengan jet dan pesawat peribadi masing-masing. Mereka ada duit untuk cari perlindungan di luar negara.

Tinggallah rakyat Melayu Islam yang miskin hina ini di neg
ara sendiri, menunggu masa untuk diserang oleh tentera Kuffar AMARIKOS dan sekutunya.
Barulah rakyat tahu bahawa pemimpin Melayu dan tauke cina yang dijadikan pepimpin sebelum ini tidak sama seperti Khalifah Umar Al-Khattab.. . Khalifah Ali Abi Thalib... Khalifah Khalid Al-Walid...
Khalifah Salahuddin Al-Ayubbi... yang sanggup berada dibarisan hadapan berdepan musuh-musuh Islam.

SAAT Peperangan bermula...

Tempat yang mula-mula sekali dibom adalah Putrajaya, diiku
ti negeri-negeri lain. AMARIKOS dan Sekutunya mengebom... melancar peluru berpandu... membedil... menembak Rakyat Malaysia... mereka membunuh Orang tua...
perempuan dan Anak-anak kecil orang melayu islam kita... sama seperti Yahudi menembak dan membunuh rakyat Lubnan yang tak berdosa!!!

AMARIKOS dan sekutunya menyerang MALAYSIA secara besar-besaran mengebom Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur.Datang lagi pesawat musuh silih berganti...
Apabila selesai,pesawat pejuang di laut China Selatan mengebom Kelantan, Terengganu, Pahang... datang lagi pesawat musuh silih
berganti... Johor pula dibedil dengan peluru berpandu jarak sederhana SINGOFURO...
diserang dengan jet-jet pejuang SINGOFURO yang sentiasa melalui ruang udaranya... menghujani bom-bom dan roket...kemudian Johor dan negeri
sembilan dapat ditawan tentera musuh.

Anda di berada di Kedah... Pasukan Darat tentera Bersekutu
mara dari bahagian Utara... tentera bersekutu semakin dekat dengan rumah anda...
menentang pintu rumah anda... anda bersama dengan Isteri yang sarat mengandung dan 3 orang anak ketakutan dalam rumah...

Tentera bersekutu memperkosa anak perempuan yang berusia 12 tahun anda depan mata anda... sebagaimana tentera Sebia memperkosa umat Islam Bosnia... muncung senapang ditujukan di kepala anda... Anak perempuan kesayangan anda yang anda bawak masa jamuan Raya 2006... diajukan muncung senapang...

DAMMMMMM... anak kesayangan anda mati ditemba
k oleh tentera bersekutu... Sebelum ini anda melihat anak umat islam Lubnan, Palestin mati ditembak... anda tidak mempunyai perasaan apa-apa... sekarang berlaku kepada diri
sendiri... baru tahu perasaan sedih anak mati ditembak di depan mata...

Anda menangis ketakutan...

Tentera bersekutu merampas Isteri anda yang sarat mengandung, dibawa menaiki trak... untuk dijadikan habuan tentera dalam kem. Anda dipukul
separuh mati oleh tentera bersekutu meninggalkan anda patah riuk berlumuran darah. Anda sangka anda sudah mati... tetapi umur anda masih panjang... anda masih hidup... anda merangkak menuju ke hutan berhampiran disebuah bukit untuk menyembunyikan diri...

Anda mengalirkan air mata... INGAT AKAN ALLAH...
Ujian peperangan berlaku didepan mata anda sekarang. Anda sebelum ini tidak pernah terlintas dengan peperangan. Kita sering disogokkan negara kita aman, tiada peperangan, tiada pertumpahan darah tiba-tiba hari ini diuji berlaku peperangan.

Pemimpin tersebut yang menyatakan negara kita aman cabut menghilangkan diri... Anda sudah tiada siapa lagi didunia ini... Anak perempuan diperkosa dan dibunuh didepan mata... Anak kecil ditembak didepan mata... Isteri dirampas untuk diperkosa... didepan mata!!!
kawan-kawan. .. sahabat taulan... ramai yang terkorban... dan tidak kurang juga yang cedera parahh...

Dipuncak bukit anda melihat kampung halaman anda terbakar. Mayat orang melayu Islam bergelimpangan mati terutama golongan orang tua
dan kanak-kanak yang tidak sempat melarikan diri... mereka tidak bernasib baik seperti anda...

Diatas bukit itu juga... anda melihat beribu-ribu Tentera bersekutu berkumpul untuk membunuh dan menembak saki-baki orang melayu Islam yang masih selamat... mengerledah setiap ruang yang ada untuk memburu Al-Qaeda, Hizbullah atau Jemaah Islamiah... tetapi umat Islam lain yang jadi mangsa... Sementara menunggu sakaratul maut menjemput anda apabila anda tersua dengan Tentera bersekutu nanti....

Apa yang anda Harapkan pada masa itu????

Tiada perkara lain yang anda harapkan kecuali...
BANTUAN ALLAH... BANTUAN TENTERA UNTUK MEMBELA AGAMA ALLAH...

ANDA MENGHARAPKAN UMAT ISLAM DARI NEGARA LAIN MEMBERI BANTUAN KETENTERAAN KEPADA MALAYSIA... ANDA MENGHARAPKAN SAUDARA SEAGAMA DENGAN ANDA MELINDUNGI ANDA DARIPADA SERANGAN TENTERA KUFFAR!!! ANDA
MENGHARAPKAN BANTUAN TENTERA JIHAD FI SABILILLAH DARIPADA INDONESIA, SELATAN THAILAND, BANGLADESH, PAKISTAN,DAN NEGARA OIC YANG LAINNNNNN... BAGI MELAWAN TENTERA PENCEROBOH BUMI MALAYSIA INI...

Tetapi tunggu punya tunggu... bantuan ketenteraan tidak kunjung tiba...

ANDA TERDENGAR UCAPAN DARIPADA PEMIMPIN DUNIA ISLAM YANG LAIN menyatakan:

"Kami Negara-Negara Islam Mengutuk tentera PENCEROBOH menyerang Malaysia "
(Presiden Burkina Faso, Pengerusi OIC yang baru)

"Kami akan menghantar 10 000 Tentera pengaman ke MALAYSIA selepas tamat perang nanti... setelah habis kawasan Malaysia dibom oleh tentera bersekutu"(Presiden NAM )

"Alhamdulillah. .. Negara kita Indonesia aman damai berbanding dengan negara Malaysia yang dilanda peperangan.. . Kita semua patut bersyukur... kita dapat menyambut hari raya aidilfitri dan aidiladha
dalam suasana yang aman harmoni", Presiden Indonesia- Negara Umat Islam paling ramai. (Pemimpin Malaysia selalu sebut camni)

"Tak apa... selepas peperangan tamat... Kami akan menghantar para pendakwah ke Malaysia untuk mendidik rakyat Malaysia " Wakil Penduduk
Islam Selatan Thailand )

"Kami akan menghantar bekalan makanan dan ubatan kepada Penduduk Islam Malaysia yang dilanda peperangan" Pemimpin Arab Saudi)...bagi
komen dan pendapat...

APA PERASAAN ANDA APABILA MENDENGAR UCAPAN PEMIMPIN-PEMIMPIN ISLAM
SEPERTI DIATAS DIKALA ANDA MEMERLUKAN BANTUAN KETENTERAAN DARIPADA
MEREKA??

Read more...

Wednesday, 28 October 2009

Muhasabah Cinta..

... apabila kita berbicara mengenai cinta...
cinta bagaimanakah yang kita impikan sebenarnya???/
adakah cinta kita... cinta yg hakiki kepada sang pencipta dan kekasihnya??
marilah kita dalami bait-bait yg terkandung dalam video klip ini...
mungkin itulah diri kita sebenarnya.... hanya anda sahaja yg tahu.....

MUhAsabah cinta


video

wahai pemilik nyawaku,
betapa lemah diriku ini,
berat ujian darimu,
ku pasrahkan semua padamu,

TUHAN..
baruku sedar..
indah nikmat sehari itu..
tak pandai aku bersyukur..
kini kuharapkan cintamu..

kata-kata cinta...
terucap indah..
mengalir berzikir di hidung doaku,,
sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku..

butir-butir cinta...
air mataku teringat semua yg kau beri untukku...
ampunilah silap dan salah selama ini
ya illahi... muhasabah cintaku..

Tuhan.......kuatkan aku..
lindungi ku dari putus asa...
jika... ku harus mati..
pertemukan aku denganmu...

-musafir ilmu-

Read more...

Monday, 26 October 2009

Hawa oh hawa.... "nak tunjuk pada sape???"

Sejauh manakah pekanya wanita-wanita Islam dalam berpakaian? Satu topik yang seringkali menimbulkan ketidak selesaan di kalangan kaum Hawa. Maklumlah, ianya melibatkan sesuatu yang menutupi tubuh mereka, melindungi kemaluan dan setiap bahagian sulit di tubuh mereka. Namun peredaran masa membuatkan wanita-wanita zaman kini seakan lupa di mana aurat mereka sebenarnya.



Jika ditanya kepada kaum Hawa, di manakah aurat anda? Pasti jawapan tepat yang diberikan, iaitu seluruh tubuh kecuali wajah dan pergelangan tangan ke hujung jari. Tetapi sebenarnya jawapan itu tidak tepat, mereka terlupa bahawa konsep aurat bukanlah hanya menjaga agar kulit, rambut dan bahagian-bahagian tubuh tidak kelihatan, malah bentuk tubuh juga sebenarnya menjadi aurat yang sering dipandang remeh oleh kaum hawa muslim di zaman kini.


Kita tolak ke tepi pakaian-pakaian yang jarang kainnya, kerana setiap orang sudah sedia maklum bahawa ianya adalah pakaian yang sebenarnya terlalu melampau untuk seorang wanita Islam,lebih-lebih lagi sungguh memalukan sekiranya sipemakainya bertudung, benar-benar menghina Islam dan seakan-akan menjadikan wanita Islam sebagai objek seks nafsu manusia termasuk bukan Islam. Malah ianya seakan-akan meletakkan maruah tubuh wanita Islam begitu murah dan mudah untuk dilihat sekalian mata kaum Adam semata-mata hanya kerana ikutan fesyen dan trend.



Tetapi ana lebih suka hendak menyentuh aspek ukuran dan jenis kain sebenarnya.Zaman kini, teknologi telah membantu manusia untuk mencipta sesuatu yang lebih menarik dan cantik. Begitu juga dengan fesyen. Teknologi telah berjaya mencipta berbagai jenis kain yang cantik, lembut dan selesa untuk dijadikan pakaian. Namun adakah kesemua jenis kain-kain itu sebenarnya menepati syarak di dalam konsep aurat di dalam pemakaian kaum Hawa?



Minta maaf jika terlalu kasar, tetapi sebenarnya, pada zaman kini, majoriti umat Islam wanita sebenarnya dibogelkan oleh fesyen tanpa mereka sedari. Bagi mereka, aurat mereka benar-benar terjaga, sebagai contoh bertudung dan berbaju kurung. Namun, hakikat sebenarnya, setiap lelaki yang dianugerahkan nafsu oleh Allah s.w.t yang memandangnya tahu akan setiap inci struktur tubuh mereka. Tahu di mana lengkuk rampingnya. Tahu setakat mana montok bukit kembarnya. Tahu segebu mana peha mungilnya. Tahu sebulat mana dan selentik mana punggungnya. Tahu selembut mana perutnya. Astaghfirullahal'azim...

Setiap lelaki memiliki kelebihan ini bukan kerana mereka gila seks, bukan kerana kuat nafsu, bukan kerana mereka dirasuki oleh syaitan, tetapi kerana mereka memiliki 10 akal. Lantaran itu, adalah tidak mustahil kaum Adam mempunyai fikiran yang bercabang dan berakal panjang dan mampu memikirkan hingga ke tahap yang kita tidak jangkakan.


ana tiada langsung berniat untuk merendah-rendahkan kaum Hawa, bagi saya kaum Hawa juga memiliki akal yang bagus dan hebat kurniaan Allah s.w.t namun sejauh mana kebolehan akal mereka metafsir dan memproses sebenarnya tidak seperti anugerah yang dimiliki oleh kaum Adam. Senang kata masing-masing memiliki kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri. Oleh sebab itulah, ramai kaum Hawa yang tidak memikirkan hingga ke tahap penglihatan fikiran yang dimiliki oleh kaum Adam.



Bagi mereka, setiap kali pakaian disarung ke tubuh, di fikiran masing-masing yang ada hanyalah cantik ke tidak, matching ke tidak dengan warna kulit, ada ke tidak tudung yang matching warnanya, jarang ke tidak, kalau jarang pakai kain dalam atau chemise. Langsung tiada di fikiran mereka adakah pakaian tersebut memperlihatkan tubuh mereka setiap kali mereka berjalan, adakah pakaian tersebut menyerlahkan kemontokan tubuh gebu mereka dan adakah pakaian tersebut terlalu menarik perhatian lelaki?

Kain-kain yang licin sebenarnya lebih membangkitkan selera nafsu kaum Adam. Mungkin jika ditanya kepada sesetengah lelaki, ada antaranya yang tidak mengakui dan hanya mengatakan mereka berasa biasa-biasa sahaja. Hakikat sebenarnya adalah mereka tidak mahu memalukan kaum wanita dan tidak mahu di cop sebagai kuat nafsu. Walau pun agak hipokrit dan munafik, namun itu adalah jawapan yang mereka pilih.

Sesungguhnya kain-kain yang licin lebih menyerlahkan kemontokan tubuh wanita. Sebagai contoh kain satin (atau satan) dan sutera. Lengkuk dan kegebuan tubuh kaum Hawa lebih terserlah dan lebih mudah kelihatan apabila kain tersebut melekap di tubuh. Malah tanpa mereka sedari, setiap perbuatan mereka kadangkala membuatkan pakaian mereka memperlihatkan susuk tubuh samada ketika berjalan, mengambil fail dari dalam rak, menonggeng mengisi borang di kaunter borang di bank, mengambil sesuatu yang jatuh di lantai, menggeliat dan berbagai lagi.



Malah ketika duduk sekali pun mereka sebenarnya menyerlahkan kegebuan tubuh masing-masing, lebih-lebih lagi apabila mereka menyingsing baju kurung ke atas dan mendedahkan peha yang dibaluti oleh kain yang licin. Semua itu sebenarnya menyumbang kepada keberahian keatas kaum Adam, bergantung kepada bagaimana kaum Adam itu sendiri menerimanya. Sesungguhnya semua itu dipandang remeh oleh kaum Hawa dan ianya benar-benar amat menyedihkan.

Malah, ada juga sebilangan wanita-wanita Islam yang sengaja membiarkan pakaian mereka agar kelihatan sendat membaluti tubuh masing-masing. Jika berkebaya, tidak sah kalau tidak sendat menampakkan bentuk punggung dan bajunya pendek mempamerkan tundun dan peha. Banggakah mereka menjadi objek seks kaum Adam? Jika berbaju kurung, sengaja menempahnya agar muat-muat dengan saiz tubuhnya hingga kelentikan tubuhnya jelas dijaja ke hulu-hilir.


Banggakah mereka menggoda nafsu kaum Adam dalam pakaian yang 'konon'nya menutup aurat? Jika tubuh sudah semakin berisi, pakaian-pakaian yang jelas semakin mempamerkan kemontokan tubuhnya masih lagi dipakai dan tidak diubahsuai agar bentuk tubuhnya tidak jelas kelihatan. Banggakah mereka menjadi tatapan nafsu kaum Adam?


Sebenarnya setiap sesuatu yang Allah gariskan pasti ada sebabnya. Tidak perlu hendak dipertikaikan tentang hukum Allah. Jika benar maka benar, jika salah, ianya tetap salah. Tidak perlu hendak mempertikaikan adakah perlu memakai jubah besar-besar dan bertudung labuh jika benar-benar hendak mengikut syariat Islam. Tidak perlu hendak mempertikaikan adakah perlu memakai pakaian yang jelas tidak berfesyen dan kelihatan kolot demi menjaga aurat. Segalanya terletak pada kebijaksanaan akal kaum Hawa sendiri untuk menjaga diri dan tubuh mereka dari menjadi objek nafsu kaum Adam dalam senyap.

Berbagai jenis kain yang cantik dan mahal yang jelas tidak memperlihatkan susuk tubuh berada di pasaran. Tidak licin dan tidak nipis. Pilih sahajalah yang mana berkenan. Ada yang berjenama mahal dan ada juga yang bertaraf ekonomi. Masih lagi boleh melaram, masih lagi boleh dipuji cantik dan anggun. Mata kaum Adam sejuk, hati pun tenang. Tidak perlu reka sendat-sendat, tidak perlu reka singkat-singkat dan tidak perlu licin-licin. Cukuplah sekadar cantik menawan atas ibadat kepada Allah demi menjaga maruah.



ana memohon ribuan ampun dan maaf kepada semua wanita yang membaca komentar ana ini, sekiranya ianya membuatkan anda semua tidak puas hati dan panas atas hujah-hujah yang ana sampaikan. ana sampaikan kerana saya hormat kaum Hawa, terutamanya wanita-wanita Islam. Sebagai lelaki muslim, ana tidak sanggup melihat dan mendengar wanita-wanita Islam menjadi objek seks dan menjadi tumpuan tatapan penuh nafsu dari setiap mata lelaki termasuk yang kafir. Demi keagungan agama Allah yang ana junjung, ana berhujah atas ibadah, bukan hentaman membuta tuli.


Yang elok datangnya dari Allah s.w.t, yang buruk adalah dari kita sendiri. Yang baik jadikan teladan, yang buruk kita jauhkan.dan untuk klam yg terakhir.... maaf dipinta sekiranye... tersalah atau terlepas pandang...... Salam sayang dari kaum Adam. Wallah'alam...



p/s : mohon maaf jika tersalah tutur bicara dan penggunaan ayat yg hiperbola...... serta atas asbab dan musabab tertentu.. gambar telah pown di padam... syukran....






di creditkan bersama-same dengan blog = http://www.mushroomdew.blogspot.com

Read more...

Sambutan rumah terbuka Persatuan Pelajar mahasiswa AMMAN......

Jumaat (16 okt) baru-baru ini kami, warga Melayu Sweileh, Amman ikuti program open house PPMAj yg dikendalikan oleh badan induk pihak PPMAj sendiri. Open House PPMAj ni lain dari lain sikit. Tercipta satu kelainan dari program rumah terbuka yg sebelum ini. Kalau biasanya orang adakan open house di rumah atau di dewan, tapi bagi open house PPMAj ni telah diadakan di luar kawasan Sweileh tempat tinggal kami apatah lagi di rumah salah seorang ahli. hihii.. Apa yang uniknya..?? Ha, open housenya di kawasan santai..yang terdapat diantaranya pengaliran air dari air terjun, bukit2 dan sedikit pohon2 yang hidup disekitarnya. Biasalah negara arab, susah sikitlah nak jumpa pohon2 hijau merimbun.. ;) nak jumpa ada saliran air ni pun susah jg.. Tetiba di wadi Syuaib ni ada pula air ala-ala Sungai congkak, Sungai Ulu Yam etc macam kat Malaysia.. :) walaupun airnya tidaklah sehebat di malaysia.. Actually wadi ni adalah saliran untuk pertanian setempat di musim panas. Dan tempat perkelahan keluarga juga bagi masyarakat arab...


dIbawah adalah kronologi.. bagaimana majlis ini berlangsung.........


Program dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan oleh pengerusi majlis, sdr. Syed Usamah serta diikuti sedikit ucapan dari Pengarah program, sdr. Qudratullah. Seterusnya ucapan dari wakil MSD, Ust Arman Md Rusoff yang tiba bersama pemandunya. Oleh kerana masih banyak program dan jemputan yang beliau perlu penuhi, Ust Arman memohon diri untuk meninggalkan majlis setelah sempat menjamah beberapa cucuk sate yang telah siap dibakar.



berkumpul dan bersiap2 untuk memulakan majlis....
antara ajk yg bertugas

u.najib : baith sate yg belah kiri tue dah masak ke belom?? nak bg kat E.arman nie....
Baith : hearm... entahlah... nanti ana tanye khairi ustad... tempat dia dah masak kowt..

baith : khairi.. sate kat sini ade yg dah masak belom?? nak bg kat en.arman nie..
Khairi : ade2...tp tunggu jap... possing lu..ade owang nak tangkap gambar tu.. senyumm :-)

ucapan pengarah program: ana harap... bla.. bla... bla..... harap antum semua sentiase ceria

diikuti oleyh tetamu jemputan dari Malaysian students Department Jordan E.arman

reaksi Ahli yg mendengar....
akhowat:aper yg pengarah cakap td??kenapa En. arman pakai baju rasmi??(penuh tumpuan)

rajul(sembang2) heheee
abg zul :khairi, osama sate dah habis ke??? takde lagi yg nak dibakar?????
khairi : kejap2..abg zul arang takde lagi... ana sempat pegang kipas je nie.
osama(merngkap pengerusi majlis) : eh dah siap dah berucap?? huhuhuuu

Ahli2 yg laen:hearm...kenape E.arman pakai baju rasmi?? bukan kite berkelah ke sekarang nie

Aktiviti seterusnya acara beberapa permainan 'rehlah minda' bagi setiap kumpulan yang telah dibahagikan. Penerangan 4 permainan ini diterangkan oleh sdr. Shahrul dan sdr. Nuh. Sempat jugalah saya ambil 2 bahagian daripada acara2 tersebut. Sebagai meriahkan majlis.. ;) kumpulan tersebut dibahagikan kepada 4 iaitu 3 syabab dan 1 akhawat.

abg sharul memberi penerangan tentang tentatif permainan....

antara ragam ahli yg sempat di ambil....

berdiri dan berusaha untuk melakukan yg terbaik...

berbaring dan duduk sambil memberi perhatian....


mandi dan tidak menghiraukan kerje owang2 besar...asalkan kami bahagia.. hureeyyy

akhowat(perbincangan)
kak yu : nazirah.. awak tau ke name game kat laptop tue???
Nazirah : entahlah.. nie first time tengok game mcm tueh.. huhuhu
kak yana : mcm pernah tengok je kat astro... tp tak tau name dia..hihii
kak pah : korang2 jelah yg msuk.. kak pah seganlah nak main2 game nie...
ummi ayman : kak za... pernah tengok ke game nie time balik malaysia hari tu???
kak za : entah..tak ingatlah....akak duk kat UIA je....time balik hari tu..hihiihi


Selesai acara santai permainan, kami semua menjamu selera dengan makan sate bersama nasi impit, kuah kacang dan timun. Banyak jugalah cucuk sate yang berbaki.. sate ayam dan sate daging.....

untuk mengetahui lagi aktiviti secara detail sila lawat di address web kak Yu@ummu uwais..
www.uwaisamzar.blogspot.com




Read more...

Friday, 23 October 2009

Lelaki yang ditarik ke NERAKA ??


* Ayah
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.


* Suami
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak-tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diribukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram dan apabila suami mendiam diri. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.


* Abang
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula kepada abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM...Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.


* Anak Lelaki
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabka n di akhirat kelak...nantikan tarikan ibunya.


Kepada golongan lelaki, cuba lah sebaik mungkin untuk melaksanakan tanggungjawab kalian.
Kepada golongan wanita, sama-sama lah meringankan bebanan yang ditanggung oleh golongan lelaki.

Bukankah kita diciptakan untuk sama-sama membantu dan nasihat-menasihati?...
peringatan untuk diri sendiri.. dan kepada saudara seagamaku...

Muhasabah diri...

Read more...

Monday, 19 October 2009

Cinta oh cinta. "oh ,aku sudah terlanjur..........."

Apa yang dimaksud ‘terlajur’ pada ayat ustaz tu? Tanya seorang pembaca setia laman blog penulis.



Usahlah ditanya, cukuplah kalimah tersebut menghantui kepala saya sejak kebelakangan ini Penulis cuba meredakan hati yang sedikit risau melihat gelagat muda-mudi masa kini.



Mungkin para teman dan pembaca tertanya-tanya kenapa terlalu banyak mesej pesanan di yahoo messenger hingga memeningkan sesetengah sahabat-sahabat, tidak cukupkah sekali dihantar?



Penulis terpaksa berbuat sedemikian bagi menjawab banyak pertanyaan sama yang diajukan di dalam e-mail, bahkan yang terbaru betul-betul menguji kesabaran penulis. Apakah ini yang dikatakan darah muda yang berani memperlakukan perbuatan terkutuk ini?



Ada yang mengaku telah ditebuk oleh teman lelaki, terkapai-kapai mencari jalan pulang kepada-Nya.



Allahu Rabbi…!



Namun paling merisaukan penulis, penyakit kronik ini berlaku di kalangan anta anti yang mempunyai asas ilmu agama sebagai pendiding. Ingatkan cerah hingga ke petang, hujan pula dipertengahan.



Inilah yang penulis persoalkan.


وَمَن كَانَ فِى هَـٰذِهِۦۤ أَعۡمَىٰ فَهُوَ فِى ٱلۡأَخِرَةِ

أَعۡمَىٰ وَأَضَلُّ سَبِيلاً۬



Allah Taala berfirman yang bermaksud: Dan (sebaliknya) sesiapa yang berada di dunia ini (dalam keadaan) buta (matahatinya), maka ia juga buta di akhirat dan lebih sesat lagi jalannya al-Israa’ (17:72)



Ada yang berpendapat fatrah masa pertunangan adalah waktu untuk berkenal-kenalan, jadi apa salahnya untuk keluar bersama ke taman-taman rekreasi, pusat hiburan dan sebagainya. Ini adalah pandangan yang fasad dan tidak diiktiraf oleh agama. Mana tidak semua hujah atau dalil tersebut berbaur khayalan dan bayangan iblis bagi memuaskan nafsu semata-mata.



Pendirian penulis berkenaan dengan no couple sebelum kahwin sememangnya tetap tegar dari sekolah, universiti sehinggalah penulis akan merasai nikmat berkahwin itu sendiri. Mungkin penulis antara individu yang amat tajam dalam mengkritik individu yang bercinta hingga meleret-leret sebelum kahwin.



Terkadang terasa rimas dengan sikap sesetengah daripada kawan-kawan yang bercinta kononnya, sungguh mengajar erti kesabaran. Mabuknya melampau-lampau. Tunduk ego kelakian, dan lembik tengok para wanita.



Bahkan penulis sering beranggapan golongan yang bercinta sebelum kahwin ini kadang-kadang boleh menjadi munafik. Bagaimana pula? Kenapa tidak, semasa bercinta semuanya sikap yang baik-baik ditonjolkan, daripada cakap-cakap romantik, hadiah yang tidak pernah putus-putus, puji-pujian yang melangit dan sebagainya. Tetapi selepas kahwin, berapa ramai yang kekal dengan lakonan masa cinta tengah mekar subur sebelum ini, jarang sekali akan ketemu mereka yang masih ingat pada skrip yang pernah dihamburkan dulu.



Inilah salah satu puca perceraian yang tinggi di tanah air kerana pasangan berasa tertipu selepas belang sebenar pasangan mereka terdedah bilamana merasai sendiri bayangan rumahtangga yang sebenar.



TIADA MATLAMAT HIDUP JELAS



Bagi yang sudah terdedah dengan gaya hidup bebas, keluar bersama untuk dating, beriba dan bertepuk tampar bukanlah sesuatu yang pelik. Penulis terkedu mendengar kisah hidup masyarakat muda-mudi Malaysia yang sudah ala-ala barat. Masalah ber-couple dan membawa balik pasangan ke rumah sudah menjadi perkara biasa, yang hairannya ibu bapa sendiri yang merestui hubungan haram itu.



Belum cerita lagi tidur sekatil yang makin menjadi ‘biasa’. Maksiat? Dosa? Semunya tidak terasa dek kerana matlamat menghalalkan cara.



Niat kami baik, bukan nak main-main pun, sampai masa kami kahwin la. Kamu sibuk kenapa? Macamlah baik sangat



Biasa dengarkan ayat di atas?



Lain pula ceritanya dengan pasangan yang berkopiah dan bertudung litup, terkadang penulis tergelak keseorangan dengan lakonan wara’ mereka. Berhenti solat di masjid semasa keluar bersama, maklumlah alim dan wara’, miscall qiamullail, sms tazkirah dan sebagainya antara skrip murahan harian mereka.



Mabuk orang bercinta ni memang dahsyat. Mengapa mabuk, rindu dendam yang sama tidak diaplikasikan dalam bercinta dengan Allah Taala. Pelik bukan? Mulut kita mengaku cinta Allah Taala, sayang Rasul s.a.w, namun amalannya masih jauh daripada hakikat sebenar.



Macam mana nak kenal peribadi bakal isteri kalau tak bergayut dulu antara alasan yang pernah diberikan kepada penulis.



Teringat penulis cerita lama orang tua kita yang berkahwin dan hanya mengenal pasangan masing-masing pada hari perkahwinan. Bahagia mereka lebih daripada pasangan moden yang kenal sampai ke dalam kain sebelum di-Ijab dan Qabul.



Pastinya kenyatan ini dijawab kembali:



Ala itu dulu, sekarang dunia sudah maju, takkan nak ikut cara datuk nenek kita zaman jepun dulu” Penulis terkedu mendengar ayat berapi ini.



SAY : “NO COUPLE”



Persoalan cinta sebelum kahwin ini merupakan tajuk yang panjang. Cinta tidak semestinya membawa kepada couple, namun bahkan cinta boleh menjadi wasilah kepada mungkar lain yang mungkin berlaku tanpa couple.


وَٱلَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبۡ لَنَا مِنۡ أَزۡوَٲجِنَا

وَذُرِّيَّـٰتِنَا قُرَّةَ أَعۡيُنٍ۬ وَٱجۡعَلۡنَا لِلۡمُتَّقِينَ إِمَامًا



Allah Taala berfirman yang bermaksud: Dan orang orang yang berkata: “Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa al-Furqan (25:74)



Magnet jantina ini sebenarnya satu fitrah dalam kehidupan manusia. Hal ini bukanlah perkara baru bagi kehidupan pelajar ditambah lagi dengan faktor umur di alam kampus tarikan untuk berpasang pasangan merupakan perkara lumrah dan mendarah-daging dalam diri mereka.



Perkenalan di alam sekolah, kenal semasa kursus persediaan, kenal sebab sekelas atau satu universiti, kenal kerana pertukaran nota, bahkan kenal sewaktu sama-sama berprogram merupakan noktah pemulaan kepada eposid cinta remaja, mungkin cinta monyet.



Jadi bagi yang sudah bermula untuk mencari, semak balik niat anda. Bagi yang sudah tersasar jauh jadikan cinta Allah Taala benteng ampuh dalam mengawal karenah cinta anda yang bergelora. Akhirnya pesanan penulis kepada semua yang ingin dan tengah bercinta, jangan jadikan couple anda punca tawar hubungan suami isteri selepas kahwin.



Mengapa perlu mencari marah Allah Taala semata-mata mencari bahagia manusia yang tiada jaminan.



Jauhilah maksiat bercinta sebelum kahwin, sinonimnya cinta monyet ini.



“Ya Allah. Kami ingin belajar untuk mentaati perintah-Mu. Kami belajar untuk menjadi hamba-Mu yang soleh dan solehah. Kami seringkali jatuh dan bangun, jatuh dan bangun lagi, dan lagi. Semoga kami terus dipimpin oleh-Mu. Duhai Allah”

ameen





hasil nukilan = www.puteraazhari.blogspot.com

Read more...

Sunday, 18 October 2009

"Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah."

Wanita ibarat bunga... cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara... Yang kekal menjadi pujaan manusia, hanyalah wanita yang mulia akhlaknya... kerana akhlaq itu umpama bunga diri.. Tiada guna berwajah cantik tetapi akhlaq buruk.. tiada guna juga berwajah cantik tetapi hati kosong dari ilmu... Ibarat bunga.. ada yang cantik bila dipandang tetapi busuk baunya... Ada pula yang kurang menarik dan baunya juga kurang menyenangkan... Ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan mata kasar.. tetapi bila dihalusi dengan mata hati, ternyata amat tinggi nilainya....

Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita. Oleh yang demikian, Allah telah menetapkan hukumnya ke atas mereka; walaupun berat di pandangan mata si jahil dan ingkar tetapi ia adalah kemanisan iman yang dicicip oleh wanita solehah.

Kerana itulah... Sebagai anak, dia menjadi anak yang solehah... Sebagai remaja dia akan menjadi remaja yang berhemah.. sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya.. sebagai ibu, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih sayang... dan pastinya sebagai hamba Allah, dia akan menjadi hamba yang tunduk dan menyerah diri hanya kepada-Nya...

Firman ALlah dalam surah an-Nisa', ayat 24 yang bermaksud...

"Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun."



Wanita Menurut Perspektif Islam

Dalam Islam wanita amat dihormati dan dihargai peranannya. Sebagaimana eratnya hubungan siang dan malam yang saling melengkapi, begitu juga lelaki dan wanita diciptakan untuk saling melengkapi. Setiap lelaki dan wanita memiliki tugas-tugas dan kewajipan-kewajipan yang berlainan, sesuai dengan fitrah masing-masing. Namun, matlamat hidup setiap lelaki dan wanita adalah sama, iaitu mencari redha Allah (Mardhatillah). Allah telah berfirman,

"Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun." An-Nisaa : 124

Rasulullah juga turut menyuruh umatnya supaya memperlakukan wanita sebaik-baiknya sebagaimana sabda baginda yang bermaksud :

"Mereka yang paling sempurna dikalangan mereka yang ikhlas adalah mereka yang mempunyai akhlak yang terbaik dan yang terbaik dikalangan kamu adalah yang paling baik terhadap isterinya." HR At-Tirmidzi
Rasulullah saw telah memerintahkan supaya kaum wanita diperlakukan menurut fitrah ia dijadikan sebagaimana dalam sabdanya yang bermaksud....

"Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu." Al-Bukhary dan Muslim


Terdapat perbezaan diantara pembawaan lelaki dan wanita yang tidak boleh dinafikan. Wanita secara fizikalnya lebih lemah dari kamu lelaki, oleh itu mereka tidak dapat melindungi diri mereka dengan kekuatan mereka sendiri. Fitrah telah mengurniakan kepada wanita dua ciri iaitu kedegilan dan rasa malu yang merupakan dua senjata ampuh yang digunakan untuk memelihara diri mereka. Nilai sebenar wanita dalam Islam amat bertentangan dengan apa yang diperjuangkan oleh wanita Barat. Nilai wanita bukan terletak pada fesyen pakaiannya yang menonjol, berhias diri untuk memperlihatkan kecantikannya, tetapi hakikatnya ialah pada kesopanan, rasa malu dan keterbatasan dalam pergaulan.

Read more...

Sunday, 11 October 2009

Cerita dari Timur......

setelah sekian lama ana tidak bercerita kepada antum semua..jd post pada kali ini. ana dengan berbesar hati untuk berkongsi sedikit cerita dari timur... al-kisahnye begini.....

Rahsia Alif, Lam, Mim Dalam Surat Khalifah

Diceritakan bahawa Sultan Mahmud telah mencabar Khalifah Al-Qadir Billah di Baghdad, mungkin kerana timbul suatu perselisihan faham. Sultan Mahmud menghantar utusan kepada Khalifah Al-Qahir dengan membawa surat ugutan bahawa beliau sanggup menghantar pasukan bergajah untuk melanggar dan memporak perandakan Baghdad. Diterangkannya pula bahawa gajah-gajahnya boleh mengangkat bumi Baghdad dan dibawa ke Ghazanah.

Khalifah Al-Qadir tidak tinggal diam, beliau terus mengirim surat cabaran. Anehnya surat Khalifah hanya mengandungi tiga huruf saja iaitu: ( Alif, Lam, Mim ) Sultan bingung ketika menerima surat tersebut kerana tidak faham apa maksudnya. Beliau memanggil pakar-pakar bahasa, tapi mereka juga tidak mengetahui maksudnya. Ahli-ahli Tafsir dan Al-Quran juga dipanggil dan mereka berusaha mempadan-padankan surat Khalifah itu dengan surah-surah di dalam Al-Quran yang diawali dengan huruf Alif Lam Mim, tapi tidak sesuai. Ia tidak dapat dihubung kaitkan dengan kandungan surat Khalifah yang dihantar kepada Sultan.


Dalam keadaan Sultan bingung mencari orang yang lebih pakar lagi, tampil seorang pemuda yang selama ini tidak diambil kira oleh mereka.


“Kalau Sultan mengizinkan, saya cuba untuk mempelajari rahsia surat itu.” kata si pemuda.


Para pegawai istana melaporkan tawaran si pemuda kepada Sultan, dan baginda mengizinkannya.


“Panggil dia ke sini.” kata Sultan.


Si pemuda masuk dan surat itu pun dihulurkan kepadanya. Setelah berfikir beberapa minit, si pemuda bertanya: “Apakah Sultan pernah menghantar surat kepada Khalifah yang berisi ugutan untuk menyerang dengan menggunakan tentera bergajah?”


“Betul, betul. Tapi apa hubungannya?” tanya Sultan.

“Kalau begitu, Khalifah telah menghantar surat kepadamu yang ertinya: “Tidakkah kamu memperhatikan bagaimana Tuhanmu telah bertindak terhadap tentera bergajah? Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka (untuk menghancurkan Ka’bah) itu sia-sia?”

(Al-Fil: 1-2)

“Oh... betul tuanku. Khalifah telah menyahut cabaran tuanku.” kata para pakar bahasa dan Tafsir hampir serentak. Sultan merasa gembira dan berterima kasih kepada si pemuda dan diberinya hadiah yang banyak. Mereka juga merasa gelihati sendiri kerana telah berpusing-pusing membongkar Tafsir dan mengkaji surah-surah yang dimulakan dengan Alif lam mim, tapi ternyata ia hanyalah hujung surat Al-Fil.*
Aristotles berkata: “Orang yang berakal dapat menangkap fikiran orang yang berakal. Sedang orang yang bodoh tidak dapat menerima fikiran
orang yang berakal, bahkan tidak dapat menerima orang bodoh.”


Keanehan-keanehan Peminta Sedekah

Syekh Syihabuddin Muhammad bin Ahmad menceritakan pula tentang kisah-kisah para peminta sedekah yang sampai kepada beliau.

( i )
Di antaranya kisah seorang peminta sedekah yang datang ke sebuah rumah, lalu berseru: “Wahai tuan yang empunya rumah...” Belum sempat dia meneruskan perkataannya, tuan rumah telah bangun meninggalkannya sambil berkata: “Semoga Allah melapangkan engkau.”

“Wahai tuan rumah! Alangkah baiknya kalau engkau mendengarkan apa yang akan kukatakan terlebih dahulu. Barangkali aku datang untuk menjemputmu ke majlis kenduri kahwin.” kata si peminta sedekah. *

( ii )
Diceritakan pula bahawa seorang peminta sedekah berdiri di hadapan pintu sebuah rumah kerana mengharapkan sesuatu.
“Semoga Allah melapangkan engkau. Kami tidak punya apa-apa untuk diberikan kepada engkau.” kata tuan rumah.

“Sisa-sisa makanan pun jadi.” kata si pengemis.

“Kami tidak punya.” kata tuan rumah.

“Sedikit gandum atau syair pun jadilah tuan.”

“Kami tidak punya.”

“Secawan susu atau zait?” kata si pengemis.

“Kami tidak punya.”

“Kalau begitu, berilah saya sedikit air suam saja.”

“Kami tidak punya apa-apa.”

“Kalau begitu, apa yang engkau buat di dalam rumah ini? Pergilah keluar mengemis. Kalian lebih patut menjadi peminta sedekah daripada saya.” kata si pengemis lalu pergi. *

( iii )
Syekh Syihabuddin menceritakan pula bahawa seorang pengemis telah berseru di hadapan sebuah rumah: “Tuan, kami lapar, berilah sesuap makanan.”

“Engkau berbohong.” kata tuan rumah.

“Betul tuan. Kalau tidak percaya, tuan boleh cuba aku dengan dua kati roti dan dua kati daging. Nescaya ia akan habis sebagai tanda bahawa kami betul-betul lapar.” kata si pengemis.

Read more...

Tuesday, 6 October 2009

Kisah seorang Muslim dan Muslimah..... ;-)

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah sebanyaknya dari prasangka, kerana sebahagian prasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah di antara kamu mengumpat sebahagian yang lain. Apakah kamu suka memakan daging saudaramu yang mati? Tentu kamu berasa jijik. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah maha menerima taubat, maha penyayang.

(Al-Hujurat:12)
.....

Dikisahkan pada suatu ketika dahulu, pada zaman kegemilangan Islam wali Songo di Indonesia masyarakatnya dikhabarkan sangat taat kepada ajaran dan cara hidup Islam. Mereka mempraktikkan Islam dalam semua aspek kehidupan, dari sekecil-kecil hingga sebesar-besar perkara. Hatta bersangka baik (husnu dzon) terhadap manusia lainnya juga diberi perhatian dan menjadi gaya kehidupan mereka.

Dikisahkan juga pada zaman ini, hidup seorang pemuda kacak anak kepada kiyai di satu kawasan di tanah Jawa. Walau bapanya adalah kiyai dan ibunya adalah seorang yang solehah, namun pemuda ini tidak pula mewarisi kewarakan ibu bapanya. Dia hidup sebagai seorang Muslim yang nakal dan lalai. Dia banyak menghabiskan masanya dengan perkara sia-sia, mengusik orang di tepi jalan dan bersuka ria dengan pria-pria sebayanya di kampung itu. Puas ibu bapanya memujuk dan mengingatkan dirinya untuk berubah ke arah gaya hidup Islam yang sebenar namun dia menolak dan selesa dengan gaya hidup santainya. Ibu bapanya terus-terusan menasihati dan berdoa agar anak lelaki mereka ini diberikan hidayah oleh Allah dan menjadi orang yang soleh.

Pada suatu hari ketika pemuda ini sedang duduk-duduk di jalanan bersama dengan rakan-rakannya, dia terlihat seorang gadis bertudung labuh berjalan pulang dari pengajian di surau. Dia terus terkesan dengan keanggunan dan akhlak gadis tersebut, hingga dia lupa usikan-usikan nakal yang sering dilontarkannya kepada pejalan-pejalan kaki yang sering lalu di hadapannya. Hatinya terpaut dengan gadis itu. Lantas dia bergegas pulang ke rumah dan memberitahu ibunya yang dia sudah punya calon untuk bernikah dan ingin berkahwin segera.

Cerah wajah si ibu melihat perubahan pada anaknya. Lantas dia memberitahu si bapa pula perihal anakanda mereka yang seorang itu. Mereka mengucap hamdalah dan gembira dengan keinginan anak mereka itu. Jauh di sudut hati, mereka mendoakan moga perubahan anak mereka ini berterusan dan terus-terusan berada dalam kebaikan.

Maka bertanya si bapa, “wahai anakku, siapa yang ingin kamu nikahi ini? Beritahulah agar aku dapat meminangnya untukmu”. Si anak menjawab, “ perempuan sekian-sekian bertudung labuh. Aku baru ketemunya pulang dari surau tadi”.

Si bapa pun menyelidik dan akhirnya mendapati bahawa gadis itu adalah anak kepada kiyai kampung seberang, teman sepengajiannya dahulu. Dia memberitahu isterinya, “Wah, ini sudah bagus. Orang tuanya adalah saudara sepengajianku. insyaAllah urusan peminangan dan penikahan anak kita ini akan menjadi lebih mudah”. “Ya, bapaknya. insyaAllah, kita doakan saja”.

Si bapa pun pergi berjumpa saudara sepengajiannya itu dan menyampaikan hasrat hati anaknya. Huluran peminangan itu disambut gembira oleh si kiyai kampung seberang. Setelah diberitahu kepada puterinya akan peminangan itu, si puteri diam dan tersenyum tanda setuju pada ayahandanya. Melihat si gadis setuju menerima pinangan itu, kedua kiyai itu terus menetapkan hari pernikahan anak mereka berdua. Masing-masing gembira menunggu hari di mana persaudaraan mereka berdua diperkukuhkan lagi atas pernikahan anak-anak mereka. Si kiyai kampung seberang, keluarganya dan masyarakat kampung seberang tidak tahu tentang kenakalan dan kelalaian si pemuda. Mereka menyangka bahawa anak kiyai itu pastinya orang yang soleh, malah pasti tinggi ilmu agamanya.

Hari pernikahan pun tiba. Pernikahan berlangsung pada malam jumaat, selepas solat isya’. Kedua-dua anak kiyai itu selamat diijabkabulkan dalam satu lafaz oleh si bapa gadis. Selesai akad, seluruh hadirin yang hadir di majlis itu mendoakan keberkatan rumahtangga mereka. Berbunga hati si kiyai kampung seberang melihat menantunya itu. Berdetik hatinya, “Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana anakku bukan saja dianugerahi dengan suami yang soleh, malah kacak dan manis wajahnya”. Dia tersenyum sendiri. Dia tidak tahu yang menantunya itu “nakal” orangnya.

Selesai majlis, kedua mempelai masuk ke kamar –sunnah pengantin baru. Si pemuda merapati isterinya. Pun begitu, si isteri berkata, “Mas, solat sunnat dahulu. Kita ikut jejak langkah Rasul dalam hal ini. Agar rumah tangga kita lebih barakah”. Terkedu si suami. Walau dia “nakal” selama ini, dia tidak pula membiasakan dirinya berbohong. Dia dengan jujur membalas, “Bagaimana mahu solat ya sayang? Aku sudah lama meninggalkan perkara itu. Malah, bacaannya juga aku tidak tahu”.

Terkejut si isteri. “Bukankah kau ini orang yang soleh anak kepada seorang kiyai?” “Ya, aku anak seorang kiyai namun aku tidak mewarisi kesolehan ibu bapaku,” balas si pemuda, kaget. Si isteri terkejut dan berisighfar. Oleh kerana dia gadis yang solehah, maka dia tidak panik dan tenang berucap, “wahai suamiku, ini adalah keaibanmu. Tidak ada seorang pun di kampung ini yang tahu perihalmu. Dan keaibanmu adalah keaibanku juga. Jangan kau biarkan perkara ini diketahui orang lain. Hanya Allah dan kita berdua saja tahu tentangnya.” Si suami mengangguk setuju.

“Mari ke sini biar aku ajarkan mas tentang solat, cara dan bacaannya,” pinta si isteri. Si suami mengikut. Maka penuhlah malam pertama mereka itu dengan pengajian tentang wudhu, solat dan bacaannya. Dari malam hingga ke pagi, si isteri gigih mendidik dan membimbing suaminya. Si suami pula tekun mengaji dan memahami apa yang diajarkan si isteri. Berakhir malam pengantin si pemuda itu dengan dia sudah menguasai wudhu, solat dan bacaannya (al-fatihah). Si isteri pun berkata, “Mas, sebentar lagi subuh. Bapa pasti akan ke masjid untuk solat subuh berjamaah. Kau ikut dia ya. Amalkan apa yang sudah aku ajarkan tadi. Sama jua dengan solat Jumaat nanti ya.” Si suami mengiyakan dan tersenyum.

Solat subuh itu, si bapa mengimami solat dan pemuda itu menjadi makmum di barisan pertama di belakang mertuanya. Sampai waktu zohor, maka si bapa sebagai kiyai pun naik menjadi khatib dan menyampaikan khutbahnya. Di akhir khutbah itu, dia memperkenalkan menantunya yang baru, anak kiyai saudara pengajiannya. Dia juga meminta si pemuda itu mengimamkan solat jumaat pada hari itu. Orang-orang kampung mengucap hamdalah dan masing-masing tertunggu-tunggu untuk solat berimamkan menantu kiyai itu.
Si pemuda kecut perut. Dia tidak menyangka yang dia akan diminta untuk mengimami solat sebesar solat Jumaat, walhal dia baru saja tahu selok belok solat itu. Oleh kerana tidak tahu untuk menolak, dia maju kehadapan lantas mengimami solat Jumaat itu. Dimulai dengan takbir, si pemuda membaca Al-Fatihah dengan suara yang merdu seperti yang diajar oleh isterinya:

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
مَـالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ


Sampai ke ayat ke-6, pemuda itu terhenti. Ayat seterusnya, dia terlupa! Dia beristighfar, puas dia mengingat tapi ayat terakhir itu tidak menjelma di ingatan. Dia cuba mengingat dan mengingat hingga menangis, namun ayat terakhir ummul kitab itu tidak juga keluar.

Makmum sekaliannya menunggu imam dalam diamnya. Apabila si imam mula menangis, mereka pun menangis juga. Sangka mereka si imam sangat menghayati ayat-ayat yang dibacanya hingga menangis, maka mereka pun turut menangis. Seluruh masjid menangis dalam solat Jumaat pada hari itu.

Si pemuda dalam tangisnya mencari jalan. Dia perlu melakukan sesuatu. Akhirnya dia terlihat pintu di sebelah mihrab yang menghala keluar masjid. Akhirnya, dia berlari keluar dari masjid melalui pintu itu. Dia malu dengan seisi kampung. Dia berlari sekuat-kuatnya agar dia dapat lepas dari perhatian jemaah masjid itu.

Makmum seluruhnya apabila melihat si imam berlari keluar, maka mereka pun turut mengikut berlari dan mengejar imam tersebut. Mereka akhirnya berhenti di padang berhampiran masjid apabila si imam berhenti berlari gara-gara kepenatan. Mereka tertanya-tanya mengapa imam itu berbuat demikian. Belum sempat mereka bertanya, mereka dikejutkan oleh satu bunyi.

Kaboom!!! Semua mata di padang itu tercatuk kepada bangunan masjid yang runtuh. Masing-masing menelan liur. Andai mereka masih berada di dalam masjid itu sebentar tadi, tertimbuslah mereka di bawah runtuhan bangunan kayu itu. Semua mengucap hamdalah dan berterima kasih kepada si pemuda kerana berlari keluar dari masjid sejurus sebelum runtuhan itu dalam solatnya. Mereka bersyukur kerana pada sangkaan mereka, Allah memberi ilham kepada pemuda itu tentang runtuhnya masjid itu di dalam solatnya dan menyelamatkan mereka dari bencana itu.

Pemuda itu pucat dan keletihan. Si kiyai yang melihat wajah menantunya yang pucat itu,lantas menyambung dan mengimami solat Jumaat yang tergendala itu. Hari itu, mereka solat Jumaat di atas padang. Dalam solat itu, mereka mengucap syukur pada Tuhan yang Esa yang menyelamatkan mereka dari bencana itu. Selamatlah si pemuda dari terbuka keaibannya pada orang ramai.

Pemuda dan mertuanya pulang ke rumah. Si pemuda lantas menceritakan apa yang terjadi kepada isterinya. Isterinya mengucap hamdalah dan memuji-muji Allah atas apa yang terjadi. Si suami pun berkata, “demi Allah, aku ingin belajar agama. Aku tidak akan menyentuhmu hingga aku selesai belajar agama dan menguasainya.” Keesokannya, si pemuda pun memberitahu bapa mertuanya, “Ayahanda, anakanda ingin keluar menuntut ilmu. Anakanda ingin belajar untuk menampung kekurangan yang ada dalam diri anakanda.” Si bapa yang masih tidak tahu perihal menantunya itu pun mengizinkan dan menggalakkan. 5 tahun selepas itu, si menantu pulang dengan ilmu yang mantap dan fikiran yang faqih. Dia menjadi salah seorang ulama terbilang di zamannya, menggantikan bapa dan bapa mertuanya. Subahanallah.

Pendapat sesetengah ulama’ tentang runtuhnya masjid itu, adalah kerana Allah ingin menyimpan aib si pemuda dan keluarganya. Juga kerana Allah redha dan suka dengan penduduk kampung itu yang sentiasa bersangka baik dalam semua perkara. Lantas Allah mengutus malaikat untuk menekan masjid itu hingga runtuh, bagi menyimpan keaiban pemuda itu dan keluarganya, juga menyelamatkan seluruh isi kampung yang sangat bersangka baik sesama mereka. Wallahualam.

p/s: kisah benar rakyat ini di petik dari syarah Ustaz Muslim Mubarak di Curtin Musolla. Ustaz Muslim merupakan imam Masjid Hepburn, Padbury WA.


(diambil dari http://natasyaazwin.blogspot.com)

Read more...

Sunday, 4 October 2009

Temuduga Terbuka


** TEMUDUGA TERBUKA **
EMPAT TAWARAN HEBAT
1. Nikmat kubur
2. Perlindungan di Padang Mahsyar
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat
4. Syurga yang kekal abadi


TEMPAT
: Di dalam kubur (alam barzakh)

KELAYAKAN
:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil
Anda tidak perlu bawa pingat

Anda tidak perlu bawa wang atau harta (yg banyak)
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbedan tegap atau seksi
 
(Sila bawa dokumen Iman dan Amal)
 
PENEMUDUGA (BERTAULIAH)       : Mungkar dan Nakir
 
 
**Enam soalan utama yang mudah akan disoal**
 
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?
 
CARA MENYERTAI     : 
 
Anda cuma perlu menunggu penjemput Kami yang berkaliber

untuk menjemput anda.Ia akan menjemput anda pada bila2
masa saja (mungkin sekejap lagi).Ia akan berlembut kepada orang2
tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.
Ia diberi nama Izrail.
 
"SEMOGA BERJAYA & SELAMAT MENJAWAB"
 
*Nota:soalan-soalan ini telah dibocorkan

Read more...

About This Blog

helwa telinga

Tetamu maya

free counters

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP