السلام عليكم...جزاكم الله خيرا جزاء إلى كل من يزور هذا الموقع وأرجو منكم تستفيد وتنتفع بها إذا كانت وجدتها غير مفيدة ولا فائدة لكم فاتركها...أهلا وسهلا إلى بيتي جنتي...قال الله

تعالى: يأيها الذين ءامنوا اتقوا الله حق تقاته ولا تموتنّ إلا وأنتم مسلمون

Thursday, 25 June 2009

KIsah Cinta Nabi SAW



Perasaan sedih dikala tidak dapat melakukan sesuatu, atau tidak mendapat apa yang diinginkan adalah perkara lumrah yang wujud dalam diri setiap makhluk yang bernama manusia. cumanya, cara manusia menghadapi sedih itu tidak sama. Menangis, masam muka, memberontak dan berbagai-bagai lagi cara manusia menghadapi kesedihan.

Kebiasaan bagi perempuan, apabila mereka ditimpa sesuatu kesedihan, antara cara yang digunakan oleh mereka adalah dengan menitiskan air mata. Bermakna, air mata merupakan antara cara bagi perempuan menterjemah bagi kesedihan yang sedang dialami mereka.

Ini bukan bermakna, kaum lelaki tidak menangis di kala sedang bersedih. Tetapi, Keadaan ini berlaku kepada perempuan, disebabkan mereka dihadiahkan oleh Allah jiwa dan hati yang tidak sama dengan kaum lelaki. Hati dan jiwa yang dipenuhi kelembutan, disamping fitrah ketetapan dari Allah bahawa orang perempuan mempunyai sifat sedemikian.

Selalunya, apabila perempuan bersedih, mereka sebenarnya tidak menemui jalan penyelesaian terhadap masalah yang sedang menimpa. Ekoran itu, mereka meluahkan perasaan sedih itu melalui menangis.

Justeru, bagi menyelesaikan masalah tersebut, hendaklah diberikan jalan penyelesaian bagi meringankan atau menghilangkan terus perasaan kesedihan tersebut.

Jika diperhatikan kepada Hadis, didapati Rasulullah SAW menggunakan kaedah ini dalam mengembirakan hati isteri dikala mereka sedang bersedih.

Ini dapat dibuktikan dengan satu hadis riwayat Jabir bin Abdillah R.A yang berkata;

خَرَجْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حُجَّاجًا لَا نُرِيدُ إِلَّا الْحَجَّ وَلَا نَنْوِي غَيْرَهُ حَتَّى إِذَا بَلَغْنَا سَرِفَ حَاضَتْ عَائِشَةُ فَدَخَلَ عَلَيْهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهِيَ تَبْكِي فَقَالَ مَا لَكِ تَبْكِينَ قَالَتْ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَصَابَنِي الْأَذَى قَالَ إِنَّمَا أَنْتِ مِنْ بَنَاتِ آدَمَ يُصِيبُكِ مَا يُصِيبُهُنَّ

Maksudnya;
“Kami keluar bersama Rasulullah untuk menunaikan haji. Kami tidak mempunyai tujuan lain, melainkan ketika kami sampai di ”Sarif”. Di sana, Aisyah telah kedatangan Haid. Rasulullah SAW masuk berjumpa dengan Aisyah, didapati beliau sedang menangis. Bagi bertanya; ”mengapa kamu menangis?” Aisyah menjawab; ”Aku didatangi Haid”. Berkata Nabi : ”kamu adalah anak-anak perempuan Adam. Kamu akan ditimpa perkara yang sama ditimpa kepada anak-anak perempuan Adam
[1]”.

Hadis yang dinukilkan ini, kita akan dapati bahawa Rasulullah SAW amat bijak dalam menggembirakan hati Aisyah yang sedang menangis ekoran kedatangan Haid yang sudah pasti membantutkan peluang beliau untuk menunaikan haji bersama Rasulullah SAW.

Rasulullah SAW sedar disebalik kesedihan yang dihadapi oleh Aisyah. Kesedihan itu berpunca, Aisyah tidak sedar bahawa kedatangan Haid merupakan perkara lumrah bagi semua manusia yang bernama Perempuan.

Justeru, bagi menghilangkan kesedihan tersebut, Rasulullah SAW bertindak menyebut tentang asal kejadian perempuan yang tidak boleh lepas dari kedatangan Haid. Asal kejadian ini, bukanlah perkara yang hanya menimpa kepada Aisyah sahaja, bahkan menimpa seluruh perempuan di atas muka bumi Allah SWT, sejak dari zaman nabi Adam, hinggalah ke akhir dunia.

Nah !! kita renungi hadis ini. kita akan dapati, kesedihan yang dihadapi oleh Isteri tidak selayaknya dibiarkan mereka terus menerus dengan kesedihan. Sebagai suami yang baik, sebarang kesedihan yang diketahui, hendaklah difikirkan cara dan kaedah bagi memberhentikan kesedihan tersebut.

Kesedihan yang menimpa isteri, jika dibiarkan, dibimbangi menghasilkan masalah di masa akan datang. Apabila sesuatu masalah tidak diselesaikan dengan segera, menyebabkan di masa akan datang, apabila masalah lain akan menimpa, pasti isteri tersebut akan menghadapi masalah yang bertimbun-timbun.

Apabila sudah banyak masalah yang sudah dihadapinya, memungkinkan mereka akan ditimpai masalah psikology jiwa yang juga memungkinkan berlaku berbagai-bagai kemungkinan yang tidak diingini. Seperti mereka akan susah hendak senyum. Susah hendak gembira. Tidak agrasif dalam bertindak dan sebagainya. semuanya berpunca dari permasalahan Psikology jiwa yang bermula dari kesedihan yang tidak diselesaikan.

Justeru, sebagai suami yang baik. Jadikan hadis ini sebagai panduan bagi mendapatkan kasih sayang antara suami Isteri yang berpanjangan. Lebih-lebih lagi, jika kaedah menyelesaikan masalah tersebut digunakan cara yang romantik, kata-kata manis, ucapan-ucapan memuji yang sudah pasti dapat menghasilkan natijah kebahagiaan dalam mengharungi lautan rumahtangga yang kadangkala tenang dan kadangkala bergelora.

Sekian




-diedit dari Al-Bakistani Syaikh-

Read more...

Tuesday, 23 June 2009

Pengemis dan PErempuan cantik


Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan. D
iruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.''Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.'' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.

Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isterinya yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain. Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan. Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis.

Si isteri mengadu, si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorang pengemis . Suami yang baru itu menjawab dengan tenang : ''Demi ALLAH ,akulah pengemis yang dihalau dan ditengking itu .

RASULULLAH S.A.W Bersabda: ''Sedekah itu dapat menutup 70ribu kejahatan''.

Anas Malik pula meriwayatkan bahawa NABI MUHAMMAD S.A.W ada bersabda yang bermaksud ; ''Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dia dengan kekayaanmu. Barang siapa yang mempunyai ilmu, maka sedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga bersedekahlah dengan tenaganya''.


Read more...

Saturday, 20 June 2009

kasih sayang kerana Allah


LAngit petang di bumi jordan ini cerah dan bercahaya... diri yang keseorangan memandang langit yang indah.. tanda sebentar lagi hari akan berakhir dan hari baru akan bermula... Terasa sarat diri dengan kecintaan yang tidak terhingga pada sekecil makhluk hinggalah kepada sang Pencipta Allah swt.... Melampiaskan tanda gembira dan syukur kerana nikmat yang tidak terhingga hari ini.... Alhamdulillah!!!

Menjadilah hati yang sarat dengan kasih sayang agar hati akan senantiasa tenang. Jalinkan persahabatan kerana Allah kerana sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Barangsiapa yang menjalin persaudaraan kerana Allah maka Allah akan meninggikan darjatnya di dalam syurga, tidak condong suatu apapun dalam amalannya".

Berkata Abu Idris Al Khaulani kepada Muaz bin Jabal: "Sesungguhnya aku mencintai anda kerana Allah". Maka Muaz berkata: "Sampaikanlah berita gembira dan bergembiralah. Sesungguhnya aku telah mendengar daripada Rasulullah SAW bersabda: "Suatu kelompok manusia kelak akan memperoleh kursi di sekitar Arsy pada hari kiamat, wajah mereka bagaikan bulan purnama pada malam lailatul qadar, waktu itu manusia terkejut padahal mereka tidak merasa terkejut, dan manusia takut padahal mereka tidak merasa takut, mereka itu adalah Auliya Allah yang tidak pernah takut terhadap mereka (musuh-musuh Allah) dan tidak pernah merasa khuatir".
Kemudian aku (Muaz) bertanya: "Siapakah mereka itu ya Rasulullah ?"
Baginda menjawab: "Mereka adalah yang berkasih sayang kerana Allah". (Riwayat Ahmad dan Hakim)

Dalam sebuah hadith diterangkan, sesungguhnya Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Allah SWT berfirmaan pada hari kiamat: "Dimana orang-orang yang menjalin rasa cinta kerana Aku ? Hari ini pada saat tidak ada lagi naungan apapun kecuali naungan-Ku, maka akan Aku naungi mereka di bawah naungan-Ku. Ada sebanyak tujuh kelompok dari mereka itu yang mendapat perlindungan Allah di saat tidak ada perlindungan lain pada hari itu kecuali perlindungan-Nya saja.

Sebagaimana diriwayatkan Asy Syaikhani bahawa di antara yang tujuh kelompok itu adalah dua orang yang menjalin cinta kerana Allah, berkumpul kerana Allah dan berpisah juga kerana Allah. (Ibnu Hibban dan Hakim dari Anas ra).

Dirikanlah kasih sayang kerana Allah,kerana ingin menegakkan kalimah Allah dan meninggikan asma' Allah...Memberi itu lebih baik... ^_^ Andai banyak diberi maka Allah akan memberi pada kita lebih banyak. Setapak melangkah mencintai Allah ,seribu langkah Allah menghampiri memberikan kasihNYA pada diri kita... Semaikan kasih dalam dirimu sebelum esok tiada lagi dalam diari perjalananmu.

Read more...

Tuesday, 9 June 2009

Maaf


maaf saye yang salah.

Read more...

Monday, 8 June 2009

Pesanan Buat Sahabat


Sahabat..

Kita Berjumpa Kerana Takdir,
Kita Berkawan Kerana Kasih,
Kita bersama kerana hati,
Kita berpisah kerana Cita-cita,

Kita kekal kerana kuatnya Ukhuwah,
Kita bergaduh kerana harga satu ikatan,

TAPI.....

yang paling penting Semuanya Kerana ALLAH,
BUkan Mudah untuk Kita berkawan,
Buakan Mudah Untuk Dikekalkan,
Bukan Mudah Untuk Meneruskannya,
Bukan Mudah Sehingga sekarang Tuk Kekalkannya,

Semoga ALLAh kekalkan UKhuwah,
Semoga Kita Saling jujur antara satu Same lain

Read more...

Friday, 5 June 2009

Hati Yang Terteram


Hatiku tenteram & damai jika aku diam sendiri
Ketika Kekasih bersamaku
CintaNYA padaku tidak pernah berbelah bahagi
Dan dengan benda yang fana selalu mengujiku
Bila dapat kurenungi KeindahanNYA
DIA akan menjadi mihrabku
Dan arahNYA menjadi kiblatku
Bila kumati kerana cinta, sebelum puas
Akan terseksa dan lukalah aku di dunia ini

Oh penawar jiwaku, hatiku
Adalah santapan yang tersaji bagi kehendakNYA
Barulah jiwaku pulih jika telah bersatu dgnMU

Oh sukacita & nyawaku
moga kekallah jiwaku

KAU lah sumber hidupku
Dan dariMU juaku berasal
Dari semua benda fana di dunia ini
Diriku telah bercerai
Hasratku adalah bersatu denganMU
Melabuhkan RINDU.................


-RABIATUL AL ADAWIYAH-

Read more...

Thursday, 4 June 2009

Menikmatinya :-) dikala cahaya matahari pungubat duka


Semalam sambil berjalan jalan di halaman Sweileh selepas solat Asar dan merenung sebentar ke atas langit dan pemandangan kaki bukit di sweileh , mata tertancap pada cahaya matahari terbenam yg cantik di kaki langit. Subhanallah! cantik sungguh pemandangan matahari terbenam dari sini,inilah ciptaan allah yg maha kuasa... Tidak dinafikan sejak beberapa hari ini cuaca di bumi Jordan ini panas sungguh. Dua hari lepas suhu mencecah 35 darjah celcius sebabnya dah masuk musim panas.. fuuuhhh panas sungguh . Kain dijemuran cepat sungguh menjadi kering walaupun membasuhnye sekali seminggu. Terasa bahang dari mentari yang tidak tertahan dek diri. Tetapi pemandangan dikala matahari itu terbenam.. masyaallah indahnya .. nikmat sang mata bagi mereka yang menyedari dan melihat akan kecantikkan suasana itu.

Perumpamaan kehidupan manusia itu seperti teriknye panas matahari dan dikala pemandangan matahari itu terbenam. Tidak akan sama keadaan sepanjang masa dan tidak akan selalunya hati menjadi gembira serta tidak selalu kita akan menerima penderitaan itu. Kadangkala dengan cahaya itu juga kita meneruskan kehidupan,kegembiraan dan mendatangkan kesakitan serta kedukaan. Kejatuhan yang tidak disangka. Walaupun sudah mencuba untuk mendapatkan sesuatu yg kita ingini dalam kehidupan ini. Hati hati yang tidak kuat akan terus menderita dan akan rosak jiwa. Yang kuat akan meneruskan perjuangan dan meninggalkan jejak kebaikan dalam kehidupannya.(Harapnya begitu)...

Menikmati kesedihan...

Kalau ditanya... Siapa yang mahu sedih? semua orang akan menjawab tidak akan ada orang yang mahu sedih. Jadi, adakah semua orang akan mahukan gembira saja? Siapa pula yang akan menerima kesedihan? Bersyukur kerana kita terpilih untuk menerima kesedihan! Tidak ramai orang yang diberikan kesedihan, jadi kita bertuah kerana diberi kesedihan. Tanpa kesedihan, kita tidak akan tahu sejauh mana kuatnya diri kita, sejauh mana sabar diri kita. Yang paling utama... Sebab Allah itu sayang kita. Kan seronok dan bahagia kerana disayangi Allah. Jadi, nikmati kesedihan itu dengan penuh sabar dan penuh hikmah. Ingatlah, jika sekarang ini kamu sedih sautau hari nanti kamu akan tahu apa nikmat kegembiraan itu kelak. Jangan mengeluh dan optimis saja dengan kehidupan ini.. Cubalah untuk mendapatkan kegembiraan itu. sesungguhnya allah akan membantu kamu dalam mengaharungi kehidupan y penuh sedih ini ke arah kehidupan yang penuh dengan kegembiraan.

Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar(Al-Baqarah:155)

Semoga berjumpa lagi...Yakinlah semua yang kita jalani itu ada harga yang akan dibayar Allah.. keep smiling... :-)

Read more...

About This Blog

helwa telinga

Tetamu maya

free counters

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP